![]()
Flashback:
RUPANYA ABDULLAH AL-HADRI PERNAH HINAKAN BAPA MARINA?
Oleh Tun Paduka Tuan (Laman M@RHAEN)Ini ada satu kisah atau peristiwa yang tidak dapat dikesani oleh sesiapa. Sudah hampir setahun kejadian ini berlaku. Namun kerana ianya ada nilai berita (news value) maka elok juga kalau kisah atau kejadian ini diangkat ke atas skrin untuk menjadi tatapan dan kenangan bersama.
Setidak-tidaknya bagi mereka yang akal panjang dan tahu akan erti kehidupan sebenarnya dapat mengambil iktibar serta pengajaran dan tidak begitu bermegah dengan kausa dan kekayaan yang Allah pinjamkan kepada kita selama ini.
Bahawa bagaimana hebat pun seseorang itu (manusia) suatu hari akan ada gilirannya menjadi hina sehinanya. Batapa dengan kuasa dan kekayaan seseorang itu diagung dan diangkat ke martabat para dewa, namun suatu hari dia kena kembali juga kepada tempat asalnya – seperti seperti setitik mani yang hina.
Kisah atau peristiwa yang hendak diceritakan ini ialah tentang nasib bekas Perdana Menteri, bapak Marina yang telah ‘dihina’ oleh Perdana Menteri sekarang, Abdullah Ahmad Badawi al-Hadhari.
Apakah kejadian ini disengajakan atau tidak ‘wallahualam’ tetapi inilah yang berlaku seperti mana yang dicitrakan oleh orang yang melihatnya. (Hendaknya bukan nawaitu Abdullah al-Hadhari untuk memalukan bapa Marina sedemikian rupa).
Tersebutlah kisah daripada orang dalam dan hampir dengan bapa si Marina itu (tegasnya pegawai peribadinya) memberi tahu seorang tokoh politik yang sudah terpinggir, bahawa pada suatu hari bapa Marina itu telah mengunjungi Abdullah Badawi di kediaman rasminya di Putrajaya.
(Untuk maklumat Abdullah masih tinggal di rumah TPM kerana pengubahusaian kediaman rasmi Perdana Menteri yang melibatkan pembinaan dewan makan dan kolam masih belum siap. Gara-gara itu juga maka TPM sekarang, anak Razak Hussein masih tinggal di rumahnya (sebenarnya istana) di Jalan Duta).
Bapak Marina tergega-gesa ke rumah Abdullah apabila rakan baiknya Eric Chia telah didakwa di Mahkamah atas tuduhan melesapkan wang Perwaja Steel. Bapa Marina pagi-pagi lagi bergegas ke rumah rumah Abdullah gara-gara pendakwaan Eric Chia itu.
Tidak siapa tahu apakah tujuan kehadirannya itu. Mungkin tujuannya bagi meminta penjelasan kenapa Eric China yang hidup bebas di zamannya menjadi PM tiba-tiba diheret ke mahkamah oleh Abdullah yang mengambil tempatnya tidak sampai 100 hari.
Sesampai di rumah itu tidak ada siapa yang menanti atau menyambut si bapa Marina itu. Apa yang berlaku ialah beliau disambut oleh pekerja Indonesia yang menjaga landskap di sekeliling rumah itu. Tidak ada pegawai atau pembantu Abdullah menanti kehadirannya.
Mungkin polis yang berkawal di kediaman itu juga tidak pedulikan beliau lagi. Atau sudah tidak kenal dengan orang tua berusia lebih 75 tahun itu. Selepas memeriksa kad pengenalan atau mengenali wajah bapa Marina itu polis mungkin terus membiarkannya tanpa mengiringinya hingga ke muka pintu. (Mungkin polis pun mengambil kesempatan untuk menunjukkan lagaknya kepada bekas PM itu).
Sesudah beliau dibenarkan masuk ke kediaman itu, Abdullah tidak segara muncul. Setelah 10 minit duduk di kerusi baru Abdullah turun dari biliknya di bahagian atas.
Apa yang dirasakan sebagai penghinaan ialah Abdullah dikatakan turun dengan berpalikat sahaja dan mengenakan capal dan keadaan itu sedikit pun tidak menunjukkan beliau mahu merai tetamu di pagi hari itu. Mustahil Abdullah tidak tahu orang yang menunggunya ialah bekas bossnya.
Apa yang dilakukan oleh Abdullah itu tidak sepatutnya, namun itulah apa yang berlaku pada pagi kira-kira setahun lalu. Tidak disebut pula apakah butir dan hasil pertemuan itu namun yang jelas ianya kerana Eric China.
Begitulah besar dan gahnya Eric Chia. Apabila beliau diseret ke mahkamah maka ada orang yang bersusah payah bertindak dan melakukan sesuatu. Kita tidak mahu menyatakan bekas PM itu cuba melepaskannya, namun jika ditenguk kepada proses keadilan ke atas Eric Chia tidak seserius seperti mana proses ‘keadilan’ ke atas Anwar Ibrahim dahulu.
Demikianlah kejadian atau peristiwa yang menimpa bekas PM. Begitulah lumrah hidup, seseorang itu akan dilupa dan dihina begitu sahaja apabila mereka sudah tidak ada kuasa.
Justeru sebaik-baik manusia ialah mesti menjadi seorang mukmin atau orang kesayangan Allah s.w.t. barulah ia dicinta oleh semua orang di sepanjang zaman. – Reformasi.
Tun Paduka Tuan - 21.03.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)