![]()
PENYAKIT DIBAWA ANNUAR MUSA SUDAH MULA MEREBAK!
Oleh Tun Paduka Tuan (Laman M@RHAEN)TINDAKAN kurang bijak Annuar Musa kerana mengaitkan penyelewengan balak di Kelantan kononnya diberikan kepada Pattani United Liberalition Organisasi (PULO) telah menimbulkan masalah kepada negara ini.
Tindakan Annuar itu seperti mana yang dibayangkan telah diambil kesempatan oleh pihak kerajaan Thailand untuk menekan umat Islam Pattani. Kenyataan Annuar di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan itu disambut bagaikan orang mengantuk disorong bantal oleh kerajaan Thaksin Shinawatra.
Kelmarin Perdana Menteri Thaksin Shinawatra secara terang-terangan telah membuat tuduhan memedihkan; kononnya terdapat sekolah agama rakyat di Kelantan digunakan sebagai markaz melatih tentang pemisah.
Kenyataan itu sesuatu yang menyakitkan hari rakyat Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Tuduhan itu secara tidak langsung menggambarkan negara ini menjadi pusat melatih pengganas.
Kenyataan Thaksin Shinawatra itu juga sebagai melanggar semangat kejiranan dan Asean. Beliau nampaknya bercakap mengikut sedap mulutnya sahaja dan tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Tidak cukup dengan menuduh tanpa periksa ke atas Kelantan (Malaysia) hari ini Thaksin Shinawatra cuba mengheret Indonesia pula ke dalam kekemelutan di Selatan Thai itu. Thaksin seperti membuat tuduhan ke atas Kelantan, (tanpa menyertakan bukti jelas) mendakwa kekacauan di Selatan Thai itu disebabkan kerana ada penglibatan rakyat Indonesia.
Sekiranya Thaksin menghormati semangat kejiranan dan Asean beliau tidak akan membuat tuduhan terbuka begitu. Beliau sekurang-kurangnya berfikir lebih sekali sebelum mengeluarkan tuduhan itu.
Mungkin walaupun niatnya hendak menimbulkan kekeliruan di Kelantan (atas kehendak orang Kelantan sendiri), namun ia tidak sepatutnya berbuat begitu. Thaksin seharusnya mengutamakan semangat kejiranan dan Asean daripada cuba memenuhi kehendak pihak itu yang sangat benci kepada kerajaan Kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Aziz.
Apakah Thaksin sedar implikasi kenyataan itu? Ia boleh menimbulkan suasana keruh di antara negaranya dengan Malaysia dan juga Indonesia. Sebagai negara yang bersatu dalam Asean sepatutnya Thaksin menyelesaikannya dulu di peringkat dalaman.
Beliau harus mengenang budi baik negara jiran Asean yang lain. Baru-baru ini semasa persidangan ekonomi Asean bersama rakan dialognya di Laos ada ura-ura untuk membincangkan soal kemelut Selatan Thailand.
Tetapi kerana ianya dibantah oleh pihak Thai agenda itu terpaksa digugurkan. Ini menunjukkan bahawa semangat Asean diamalkan oleh Malaysia.
Apabila kita mengenangkan ‘akal pendek’ dan menunjukkan kesombongan Perdana Menteri itu tentu orang akan terhimbau kepada kenyataan
Annuar Musa, Pengerusi UMNO Kelantan. Tidak dapat tidak orang akan beranggapan tuduhan Thaksin itu disebabkan kerana tuduhan orang kita sendiri mengenai hal itu.
Dari satu segi kita langsung boleh menyalahkan kepada Thaksin. Tetapi sebenarnya apa yang diucapkan oleh Thaksin itu adalah ialah kerana menyambut dakwaan Annuar Musa. Dalam hal ini orang yang tidak cerdik ialah Annuar Musa.
Kalau Thaksin membuat kenyataan itu bersandarkan kepada tuduhan Annuar itu mengapa Thaksin tidak mendapat maklumat sahih daripada Annuar dulu? Ataupun apakah sememangnya Thaksin sudah mendapat bekalan maklumat (rekaan) daripada Annuar?
Umum sudah tahu bahawa Annuar begitu ghairah untuk menjatuhkan kerajaan Pas bagi membolehkan UMNO memerintah Kelantan dan beliau menjadi MB. Tidak mustahil kalau Annuar melakukan tindakan gila itu walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan orang Melayu sendiri.
Kini semua orang sedang menghalakan kepada bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga tuan punya Mercedes Benz WCE 1 yang dibeli dengan wang yang meragukan itu.
Dalam hal ini Annuar Musa harus bertanggungjawab. Beliau kena jelas dan tunjukkan bukti. Beliau kena ingat gara-gara cakapnya itu menyebabkan perkara ini sudah melarat.
Penyakit gila kuasa yang dibawa oleh Annuar itu sudah mula merebak. Implikasi daripada kenyataan itu bukan kecil dan main-main tetapi sudah merebak ke seluruh negara. Persoalannya bukan sahaja kepada Kelantan, tetapi kepada seluruh negara.
Hakikat ini jelas terutamanya di Kelantan rata-rata rakyat bercakap menyalah Annuar Musa. Kemuncak kepada kemarahan itu di kalangan rakyat Kelantan pada pagi tadi, apabila Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), telah menyerahkan surat bantahan kepada Konsul General Thai di Kota Bharu Kelantan.
Beribu orang menyertai demonstrasi aman di sepanjang jalan Pengkalan Chepa menuju ke Konsul untuk menyerahkan surat bantahan itu yang diketuai oleh Presiden MTRK Datuk Ibrahim Ali.
Dicelah-celah riuh rendah mengecam kerajaan Thaksin itu terdengar satu pekikan memaki hamun Annuar Musa.
“Ini semua kerana kes (sebab kenyataan) Annuar Musalah, bodoh! Kecek (cakap) tidak tenguk depan dan belakang ikut sedap mulut!” cemuh satu suara penuh emosi.
Laungan itu jelas menggambarkan rakyat Kelantan kurang senang dengan tindak tanduk Annuar Musa tempoh hari. Walaupun Thaksin ada politik lain di sebalik kenyataannya itu, namun bagi rakyat Kelantan Annuar juga secara tidak langsung telah bersekongkol dengan Thaksin dan Thailand.
Andaian sebelum ini Annuar ada agenda untuk membalas budi Muhammad Nur Matta yang dikira berbudi dengannya kerana melindung Ooi Kee Siang semakin menampakkan kebenaran! – Reformasi.
Tun Paduka Tuan - 20.12.2004 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Gambar demo MTRK kiriman Tun Paduka Tuan