BANJIR – KE MANA GHAIBNYA ANNUAR MUSA?

Oleh Tun Paduka Tuan (Laman M@RHAEN)

Ia bukanlah sesuatu yang misteri tetapi jelasnya ia sudah menjadi buah mulut setiap orang di Kelantan. Khasnya rakyat Kelantan yang ditimpa musibah dilanda banjir seminggu lalu bertanya ke manakah perginya pemimpin yang disayangi Annuar Musa?

Mangsa banjir daripada bangsa UMNO terutamanya menanti-nanti kedatangan pemimpin yang dilahirkan dari klon Islam Hadhari ciptaan Abdullah Ahmad Badawi al-Hadhari itu.

Rakyat Kelantan dan bangsa UMNO menjadi bingung dan tercari-cari. Ke manakah menghilangnya Annuar Musa di saat rakyat Kelantan dalam keadaan kelam kabut ‘berperang’ dengan banjir. Annuar Musa langsung tidak menunjukkan janggut ‘sunan’nya – janggut yang tumbuh bersama tahi lalat di dagunya. Aneh!

Begitukah sikap pengerusi baru UMNO Kelantan? Di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bukan main lagi cakap berdegar-degar hendak bantu rakyat, hendak membela rakyat, terhimbau dengan nasib malang rakyat dan sebagainya, tetapi bila rakyat dihimpit masalah dan ditimpa mala petaka dia menghilang diri entah ke mana.

Orang tidak faham dengan sikap Annuar ini. Apakah beliau tidak peka dengan masalah yang dihadapi rakyat itu? Ekoran sikap menghilangkan diri itu, timbullah berbagai tanggapan dan andaian. Kata setengah kaum, beliau sengaja tidak mahu muncul kerana sayang untuk mengeluarkan peruntukan bagi membantu rakyat.

Annuar memang terkenal sebagai seorang pemimpin yang tangkai jering (kupit) dengan rakyat. Beliau bukan seperti pemimpin lain yang sedia menghulurkan wang peribadi untuk membantu rakyat. Annuar seorang yang murah dengan janji tetapi terlalu bakhil dengan sedekah dan ihsan.

Selain itu ada juga yang menyinis Annuar bukan tidak mahu tunjuk batang hidung, tetapi dia tidak boleh untuk menghampiri bajir (air) kerana takutkan lintah. Lintah dan pacat memanglah galak di musim banjir. Orang yang tidak tahan dengan lintah bukan sahaja tidak sanggup digigit, melihatnya sudah geli geleman.

Dalam hal ini Annuar Musa kalah dengan Puteri UMNO yang bukan sahja berani dengan pacat dan lintah, dengan lintah darat pun mereka boleh jinaknya. Ramai Puteri UMNO yang berkawan dengan si lintah darat!

Pemimpin lain semuanya tampil mempamerkan bakti dan diri masing-masing. Mereka bersusah payah membantu rakyat. Cari biskut kering, roti, bantal dan selimut untuk dihulur kepada rakyat. Atau cari perahu dan sebagainya untuk membantu menyelamatkan nyawa rakyat.

Husam Musa, Exco kanan yang ketika ini dicemburui Annuar Musa, sampai tidak tidur, bersengkang mata kerana bimbangkan nasib rakyat. Sampai demam Exco berkenaan kerana berhujan dan berbanjir demi rakyat.

Begitu juga Menteri Besar Nik Aziz Nik Mat yang disuruh berhenti oleh Annuar kerana sakit, walaupun di dalam keadaan tubuh tidak sihat masih sanggup meredah air atau turun meninjau keadaan rakyat. Walaupun beliau hanya layak berdoa di atas tikar sembahyang tetapi digagahi juga untuk melihat nasib rakyat.

Bukan itu sahaja, pemimpin UMNO di Kuala Lumpur juga nampaknya simpati kepada rakyat Kelantan. Abdullah Badawi al-Hadhari walaupun tidak hadir, tetapi dihantar menantunya Khairy Jamaluddin bagi membantu rakyat kesusahan. Khairy bersama barisan pemudanya bukan main lagi tekun membantu rakyat.

Saya percaya kalau bukan kerana banjir dan untuk mencari political mileage, Khairy dan pemuda UMNO tidak akan sampai ke kampung Lancang, di mana kampung ini dikira sebuah tempat yang ‘darat’ atau jauh di pedalaman. Namun kerana politik sampai juga menantu kesayangan Endon dan Abdullah Hadhari itu ke kampung berkenaan.

Tidak cukup dengan Khairy dan pemudanya, anak Razak Hussein (Najib) juga turut terbang ke Kelantan bagi meninjau suasan banjir. Beliau sempat melawat beberapa kawasan terpilih. Kemuncak kehadiran Najib ialah menyampaikan bantuan kewangan segera sebanyak RM50,000 kepada kerajaan Kelantan.

Kehadirannya lebih kurang juga sama tujuan dengan Kahiry untuk mencari political mileage, tetapi tidak mengapalah asalkan habuan jatuh juga ke mulut rakyat.

Sekali lagi orang merasa aneh, ketika majlis penyampaian bantuan oleh Najib itu yang turut sama dihadiri Menteri Besar Nik Aziz,  Annuar Musa juga tidak kelihatan. Apakah kerana beliau tidak ngam dengan Najib maka dipulau majlis itu? Umum sudah mengetahui Annuar tidak sehaluan dengan Najib walaupun berada di atas kapal bernama UMNO bersama.

Sebaliknya Mustapa Muhamad yang baru digugurkan sebagai Pengerusi UMNO Kelantan kelihatan tersengeh-sengeh kera bersama Najib.

Ke manakah si Annuar Musa?

Ada cerita mengatakan Annaur Musa tidak ada di dalam negeri. Selepas berpenat lelah berhujah di dewan mempersendakan Nik Aziz serta menuduh kerajaan Kelantan membantu PULO, dia ke luar negara untuk berehat. Annuar Musa khabarnya senak perut apabila dihentam kiri dan kanan ekorannya celupar mulut mengaitkan PULO dengan wang balak di Kelantan.

Pemilik kereta Mercedes WCE 1 (yang di beli dengan wang diragui) dikatakan berada di Los Angeles.

Untuk apakah ke Los Angeles? Masakan kalau hendak berehat pun sampai ke Amerika Syarikat? Lagipun bukannya penat sangat berhujah di dewan tempoh hari, bukan cakap kosong elaun juga dapat! Lagipun bukankah sebelum ini kalau hendak bersantai, Annuar selalu sahaja ke Jakarta, singgah di kelab dangdut 101? Kelab ini menyajikan tarian bogel ala Arab yang dipersembahan oleh orang Indon!

Dari perangai dan fiil inilah rakyat Kelantan boleh menilai siapa dia Annuar. Sejauh manakah komitmen dan juga keprihatinan beliau kepada rakyat. Rakyat boleh menilai apakah beliau ikhlas untuk membantu rakyat susah atau sekadar mencari ruang untuk kepentingan politik sahaja.

Apa yang jelas, Annuar hanya mahukan kepada kuasa sahaja. Bila sudah ada kuasa, dia akan lupakan sesiapa sahaja. Bukan sahaja rakyat, tetapi kawan baiknya juga dia akan tinggalkan begitu saja sesudah berkuasa. Bekas para pegawainya yang sebelum ini bermati-matian membantu menaikannya juga ditinggalkan begitu sahaja.

Ini bukan cerita rekaan, tetapi kenyataan. Tidak percaya tanyalah kepada bekas-bekas pegawainya semasa beliau menjadi menteri dulu. Tanya Tuan Hashim Tuan Yaacob, (Setiausaha Khas) Rahime Yusuf, (Setiausaha Akhbar) Hashim Abdullah (Setiausaha Sulit) dan juga Alwi Che Amat (Setiausaha Politik). Mereka akan menceritakan sikap dan sifat buruk dan baik bekas bos mereka itu.

Kalau dengan bekas pengawai dan rakan sendiri Annuar boleh lupa dan biarkan begitu sahaja, jadi apalah sangat dengan rakyat yang boleh digoreng macam menggoreng bertih itu. Apa lagi bagi Annuar, pemikiran dan memori rakyat lebih rapuh dan rangup daripada bekas-bekas pegawainya itu, jadi lebih mudah lagi untuk dikelentongnya.

Tidak percaya? Tunggulah selepas beliau balik dari Los Angeles ini beliau akan membuat seribu apologitik kepada rakyat Kelantan ekoran ketiadaanya di saat rakyat dan pengundinya hampir kelemasan banjir! – Reformasi.

Tun Paduka Tuan - 16.12.2004 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: