![]()
ANNUAR MUSA MULA SERANG KELANTAN
Oleh Tun Paduka TuanPengerusi Baru Badan Perhubungan UMNO Kelantan Annuar Musa sudah memulakan silat dan misi untuk menyerang Kelantan. Beliau khabarnya akan membuat serangan rasmi di dalam sidang DUN yang akan berlangsung pada Disember ini.
Khabarnya ada beberapa isu yang akan dibangkitkan untuk mendapat perhatian rakyat dan sekali gus menonjolkan dia adalah hero baru di Kelantan selepas mengambil alih kepimpinan UMNO Kelantan.
Di antara isu yang akan dibangkitkan ialah mengenai pembelian enam buah kereta Mercedes oleh Kerajaan Negeri Kelantan untuk kegunaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco). Annuar mempertikaikan pembelian kereta itu yang bernilai lebih RM1 juta.
Beliau juga cuba melagakan anggota Exco Kelantan apabila mempersoalkan kenapa enam buah sahaja dibeli sedangkan Exco Kelantan ada 11 orang?
Beliau juga mendedahkan kononnya ada Exco yang dikatakan tidak berapa setuju dengan pembelian kenderaan berkenaan kerana ia membebankan kewangan negeri Kelantan. Annuar juga mempertikaikan bagaimana kerajaan boleh membelanjakan begitu ‘banyak’ membeli Mercedes sedangkan belanjawan negeri berada dalam keadaan defisit.
Sekali gus kita bersetuju dengan apa yang dipertikaikan oleh Annuar itu. Sewajarnya di dalam keadaan ekonomi meruncing, kerajaan Kelantan tidak sepatutnya berhabis wang dengan membeli kenderaan seperti itu. Sepatutnya kerajaan Kelantan membeli Proton Perdana sahaja atau kenderaan sederhana lain untuk kegunaan Exco seperti mana yang diamalkan oleh kerajaan negeri lain.
Walaupun kerajaan ada peruntukan untuk membelinya, tetapi adalah baik kalau wang untuk kenderaan itu digunakan untuk pembangunan rakyat. Lagi pun kerja dan juga aktiviti Exco untuk membantu dan membela rakyat tidak terjejas kalau tidak menggunakan Mercedes. Jika dilihat kepada cara bekerja dan berfikir sesetengah Exco Kelantan hari ini, mereka hanya layak menggunakan motosikal Honda sahaja!
Baguslah kalau Annuar Musa peka dan ikhlas mengenai perkara itu demi menjaga kepentingan rakyat Kelantan. Mudah-mudahan beliau benar-benar dapat muncul menjadi hero dan pembela baru menggantikan Mustapa Mohamed. Tetapi di dalam pada itu sebelum bercakap dan membuat kritikan, Annuar perlu melihat ke dalam dirinya terlebih dahulu. Beliau perlu mencerminkan dirinya secukup-cukupnya. Banyak kecacatan yang bertompok di dalam dirinya.
Rasanya kalau Annuar ‘kencing dalam tempurung’ dan tilik dirinya dia tidak akan tergamak cakap apa yang diucapkan itu. Sebelum pertikaikan langkah kerajaan pimpinan Nik Aziz Nik Mat itu beliau kerana renung sedalam-dalamnya ke dalam diri sendiri. Beliau kena ukur apa yang kerajaan Kelantan lakukan itu dengan apa yang beliau telah buat sebelum ini.
Mungkin Annuar terlupa harga Mercedes yang dibelinya lebih mahal daripada apa yang kerajaan Kelantan belikan itu. Sebuah Mercedes model S320L yang Annuar beli harganya RM980,000.00, kurang RM20,000 sahaja lagi untuk mencecah sejuta. Cuba bandingkan kereta siapa lebih mahal dan siapa lebih membazirkan wang? Harga enam buah Mercedes yang dibeli oleh kerajaan Kelantan baru RM 1 juta lebih.
Tentunya pembelian kenderaan oleh kerajaan negeri Kelantan itu tidak menimbulkan keraguan mengenai di mana wang itu diambil. Urusan pembelian juga telus dan dibuat tanpa keraguan munasabah! Berlainan dengan apa yang berlaku ke atas Annuar. Orang boleh pertikaikan di manakah beliau mendapat wang sebanyak itu untuk membeli Mercedes itu.
Menurut Annuar beliau telah menjual (trade-in) dua buah keretanya untuk membeli Mercedes itu. Dua buah Mercedesnya bernilai RM550,000 sementara bakinya beliau buat pinjaman bank. Tetapi daripada siasatan serta maklumat yang tiba kepada kita, Annuar tidak pun membayar sendiri pembelian kereta itu sebaliknya dibayar oleh seseorang bernama Ooi Kee Siang? Siapakah Ooi Kee Siang ini?
Segala maklumat dan butiran salinan resit dan juga cek membuktikan bahawa Ooi yang membayar kereta berkenaan kepada syarikat Optima Auto Sdn. Bhd di Bangsar. Annuar menafikan pernah kenal dengan Ooi ini. Jelas Annuar cuba hendak menutup rahsianya dengan sehelai daun lalang. Ooi adalah partner isterinya Rosniah binti Abdul Rahman dalam beberapa buah syarikat.
Kalau Ooi menjadi rakan kongsi bininya, macam mana Annuar tidak kenal lelaki Cina ini? Apakah Rosniah menjalankan perniagaan itu secara gelap dan berkongsi dengan Ooi itu juga secara gelap tanpa pengetahuan Annuar? Macam mana seorang suami tidak mengetahui kegiatan isteri? Ada queen control ke?
Annuar berbohong! Dia memang kenal dengan Ooi Kee Siang. Ooi ini ialah orang yang mendapat banyak kepentingan di dalam projek yang dikendalilkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (PLKB) yang di bawah tanggungjawab Annuar ketika itu. Ada kemungkinan bayaran Mercedes oleh Ooi itu sebagai imbalan (rasuah) di atas kemurahan hati Annaur meluluskan projek kepada Ooi? Ada besar kemungkinan! (Besar bukan kecil!).
Apa pun, kita mohon Annuar menjelaskan kedudukan sebenar cara dan kaedah pembelian Mercedes bernombor plat WCE 1 yang pernah disita oleh pihak Kastam itu. Rakyat sedang menunggu mengenai urusan pembeliannya. Apakah benar ianya dibeli dengan menggunakan duit poketnya sendiri ataupun kerana hasil rasuah? Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ke atasnya juga tidak lama dulu amat meragukan orang ramai.
Sekiranya Annuar dapat menjelaskan duduk perkara ini, barulah kita boleh respect kepada pertikaiannya ke atas langkah kerajaan Kelantan membeli enam buah Mercedes re-cond itu.
Kalau kita juga membazirkan wang, tidak telus dan terlibat dengan rasuah, usahlah kita mendengki perbuatan orang lain. Sucikan diri kita dulu sebelum bersihkan diri orang lain. Kalau kita juga ‘bercepuah’ – berlumuran dosa dan noda, janganlah kita cuba-cuba hendak menegur kejahatan orang lain.
Apakah ini jenis Pengerusi baru (UMNO Baru) Kelantan yang di bawah kepimpinan Abdullah Badawi al-Hadhari? Nampaknya Annuar lebih teruk daripada Mustapa. Kalau Mustapa mencuri ayam, Annuar mencuri lembu! – Reformasi!
Tun Paduka Tuan - 21.11.2004 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
HarakahDaily 22.11.2004: Kelantan pertahan pembelian enam kereta Mercedes HarakahDaily 22.11.2004: Kereta Mercedes Exco Kelantan, ingat lagi WCE 1