![]()
ANWAR SEORANG PEJUANG SEJATI
Oleh: Tun Telanai- Laman M@RHAEN
![]()
Sebagaimana yang dijangkakan Anwar Ibrahim telah ditangkap oleh pasukan polis bertopeng. Lagak pasukan ini seolah-olah meniru gaya GESTAPO ketika Indonesia di bawah merintahan Suharto dan mereka juga berlagak seolah-olah mereka pasukan polis Israel yang dikenail sebagai MOSSAD yang sanggop melakukan apa sahaja terhadap rakyat Palestin tanpa ada unsur-unsur kemanusiaan. Garang, ganas,kejam dan tidak berperi kemanusiaan. Itulah skap yang ditunjukan oleh pasukan polis kita yang berani bertindak terhadap pihak yang tidak melawan. Pihak yang mengalah dan ketika musuh berada di depan mata.
Kalaulah sikap sebegini diterjemahkan terhadap penjenayah sebenar, sudah tentu kes-kes yang melibatkan pembunuhan, penculikan, rogol, rompakan dan jenayah berat lain yang melibatkan beberapa orang wanita dan kanak-kanak dapat dilumpuhkan dan pelakunya dapat ditangkap dan dihukum mengikut lunas-lunas perundangan yang sepadan dengan kesalahan yang dilakukan mereka. Seterusnya kadar jenayah di Malaysia dapat dikurangkan, malah rakyat dapat hidup dengan aman dan tenteram tanpa takut dan ragu-ragu terhadap nyawa dan harta mereka selamat.
Malaysiakini melaporkan Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini. Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.
Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur dan seterusnya baca link ini : http://www.malaysiakini.com/news/86193
Sementera itu, Malaysiakini juga membuat tinjauan pendapat mengenai debat khas di antara Anwar dengan Shabery Cheek, Menteri Penerangan. Keputusannya Anwar adalah pemenang dalam debat tersebut. Sila baca link ini : http://www.malaysiakini.com/news/86203.
Kami sebagai rakyat Malaysia menuntut Shabery Cheek mengotakan janjinya untuk meletakan jawatannya sebagai Menteri, sekiranya maruah kerajaan terjejas. Sekarang bukan sahaja kredibiliti kerajaan dipersoalkan oleh berjuta rakyat yang menonton siaran tersebut, malah maruah Shabery jatuh merundum seperti buah nangka busuk.
Apa lagi LETAKLAH JAWATAN segera untuk menjaga maruah anda.
Anwar engkaulah pejuang sejati yang tidak takut mati kerana rakyat. Semoga kerajaan yang zalim ini tumbang menyembah bumi akhirnya.
Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya : http://tuntelanai.blogspot.com/
Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan di blog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”- Tun Telanai
17.07.2008
Emel