PELUANG TERBAIK BUAT PAKATAN RAKYAT
Oleh: Tun Telanai- Laman M@RHAEN


 

Tulisan saudara tarabulsi-2008, bertajuk “NEGARA LAIN DAH TAK HORMAT KERAJAAN PAK LAH” yang disiarkan oleh Tranung kite net. Amat menarik untu dibuat sorotan.

Pergolakan politik dalaman UMNO dan kekalahan UMNO dalam PRU ke-12 lepas menyebabkan kedudukan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia berada dalam terumbang ambing. Hal ini menyebabkan negara luar dan khususnya negera-negara ASEAN memandang sebelah mata sahaja dan kata penulis ini negara-negara terlibat sudah tidak menghormati kita lagi.

Kata Tarabulsi : “Mereka membuat rumusan bahawa Abdullah Badawi adalah 'lame duck Prime Minister' yang sedang ditekan untuk letak jawatan bukan saja oleh pembangkang tetapi oleh orang-orang UMNO dan beberapa anggota kabinetnya sendiri. Negara-negara asing membuat ramalan tempoh Pak Lah sebagai Perdana Menteri boleh berakhir pada bila-bila masa sahaja, tak semestinya pada Perhimpunan Agong UMNO yang dijadualkan Disember ini”.

Kalau benarlah apa yang ditulis oleh saudara tarabulsi_2008 ini, tiga kemungkinan besar akan berlaku dalam hala tuju negara pada masa depan. Pertama, Tengku Razaleigh Hamzah hampir pasti akan mengambilalih jawatan Presiden UMNO daripada Abdullah Ahmad Badawi yang pasti akan meletakkan jawatan dalam tempoh terdekat ini. Beliau tidak sempat menunggu perhimpunan agung yang dijadualkan diadakan pada Disember 2008 nanti.

Kemungkinan kedua ialah Najib Tun Razak tidak akan berjaya mengambilalih kuasa daripada Abdullah. Kalau berjaya pun, Najib akan menjadi Pemangku Presiden dan Perdana Menteri yang paling singkat dalam sejarah Malaysia. Adalah dengan mudah untuk Tengku Razaleigh menewaskan Najib dalam pertandingan merebut jawatan Presiden pada bulan Disember nanti.

Perlu diingat Tengku Razaleigh masih lagi ramai penyokongnya dalam UMNO. Lagi pun Tengku seorang yang licik dan bijak berpolitik dan mempunyai strategi politik yang cemerlang. Budi pekertinya mulia, tutur katanya lemah lembut boleh memikat sesiapa yang mendekatinya. Saya sendiri pernah satu masa dulu sekejab bersama Tengku. Tengku Razaleingh telah merasai berbagai pahit maung, masam-manis dan liku-liku dalam era perjuangan politiknya selama ini, tetapi nasib dan takdir Illahi yang tidak menyebelahinya.

Sepanjang Tengku terlibat dalam arena politik, beliau bersih daripada sebarang skandal apatah lagi untuk mengamalkan rasuah dan menyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadai kerana Tengku berasal daripda keluarga diraja Kelantan yang hidup sudah pun kaya raya.

Berbanding Najib, tubuh badannya penuh dengan panau, kurap dan kudis buta. Berbau busuk hapak dan hanyir. Kehuduhan dan segala kepencangannya itu hanya dapat ditutup dengan adanya sedikit kuasa yang dikurniaan Allah dan diizinkan [digalakan dan dibudayakan] oleh pemerintah durjana. Kehidupan politiknya penuh dengan kemanisan dan kesedapan sepanjang masa, beliau belum pernah merasai dunia politik yang busuk dan hanyir seperti bau tubuh badannya itu.

Kenaikannya dalam heiraki politik bukan kerana kepintarannya berpolitik, tetapi kerana politik naungan yang dinikmatinya selama ini. Ditambah dengan kes Raja Petra Kamarudin, imej politiknya jaduh merudum bak nangka masak jatuh ke tanah. Berdebab bunyinya, sangat kuat. Baunya mereba ke seluruh dunia. Najib mendapat sorang isteri yang queen control. Tidak sesuai langsung untuk dijadikan Wanita Nombor 1 Malaysia. Malaysia di bawah Najib akan hancur berkecai. Tidak percaya tunggulah masanya akan tiba, jika Najib diberi peluang menerajui Malaysia dalam tempoh yang panjang.

Kemungkinan ketiga, Anwar Ibrahim akan dinobatkan sebagai PM ke-6. Kemungkinan ini tetap ada kerana pada waktu ini UMNO sedang diserang oleh berbagai virus berjangkit yang sukar diubati lagi. UMNO penuh dengan ulat-ulat yang merobek setiap isi yang ada. Tunggu masa yang suai akan dihancurkan oleh ulat-ulat tersebut.

Untuk menjadikan kemungkinan ketiga ini menjadi suatu realiti, maka Anwar bersama-sama dengan para pemimpin Pakatan Rakyat harus memperlipatgandakan usaha dengan menggunakan berbagai saluran yang ada untuk memujuk, merayu dan menawarkan pangkat dan kedudukan yang lebih baik di pelbagai GCL yang sedia ada, yang kini diisi oleh para pemimpin dan penyokong UMNO. Kita hanya memerlukan hanya 30 kerusi sahaja lagi, yang boleh kita mengambilalih kuasa Kerajaan Persekutuan daripada tangan UMNO.

Untuk tujuan tersebut, seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat perlu menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat. Elakkan perbalahan pendapat yang tidak membawa keuntungan mana-mana pihak. Kerajaan-kerajaan negeri yang terajui oleh Pakatan Rakyat wajib berwaspada setiap langkah yang hendak diambil. Biar cermat dan berhati-hati supaya tidak timbul sebarang kontroversi atau konflik sesama sendiri dan dengan pihak luar daripada organisasi kita. Setakat alasan yang diberikan ‘mengikut peraturan’ tidak memadai kerana ia amat sukar untuk memahamkan rakyat yang begitu lama dibelenggu mental dan fizikalnya oleh UMNO. Apa itu peraturan atau apa itu undang-undang., rakyat tidak faham. Ingat, sedikit kesilapan yang berlaku, ia akan dimanipulasikan oleh UMNO sepuas-puasnya.

Tugas kita sekarang ialah untuk mengasak UMNO disegenap penjuru alam yang ada. UMNO tengah tercungap-cungap sekarang menghadapi kemelut dalaman dan luaran yang tidak pernah dia alami sebelum ini. Pada ketika inilah masa yang terbaik untuk kita merancang strategi menjatuhkan UMNO dari tahta kekuasaan yang dipegang lebih daripada 50 tahun. Dalam pada itu, menjadi kewajipan kepada semua pihak dalam Pakatan Rakyat menunjukkan komitment yang terbaik untuk membela semua golongan lapisan rakyat. Ini penting untuk memberi mereka satu keyakinan bahawa kita boleh melakukan yang terbaik demi kebajikan mereka. Kita Boleh.

Ramai yang ada dalam Pakatan Rakyat dan golongan rakyat yang ada kesedaran [bukan daripada golongan haprak yang hadir di Kongres Permuafakatan Melayu] hendak menyaksikan kejatuhan UMNO daripada tampok kekuasaan yang dipegangnya selama ini. Biarlah, walaupun ia berlaku dalam masa seminit. Dalam tempoh seminit itulah kita akan mempergunakan masa yang ada itu untuk membaikpulih [overhaul] seluruh sistem yang sudah rusak seperti pasukan polis yang senantiasa menjadi budak suruhan UMNO, Jabatan Peguam Negara yang mengamalkan prosedur pendakwaan terpilih dan dalam sistem kehakiman yang curang.

Jangan mengambil masa terlalu panjang untuk bertindak mengambil kesempatan yang ada ini. Bukan senang keadaan seperti ini akan wujud lagi buat masa hadapan. Belum tentu, PRU ke-13  nanti keputuan pilihan raya akan  menyebelahi kita lagi. Contoh sudah ada apa yang berlaku pada pada PRU ke-11 tahun 2004 lalu, kita kalah teruk berbanding tahun 1999 dalam PRU ke-10, kita menang besar. Yang pastinya UMNO tidak akan berdiam diri. UMNO ada strateginya tersendiri dan akan menggunakan segala saki-baki kuasa yang ada padanya untuk bangkit semula pada PRU ke-13 nanti.
 

Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya : http://tuntelanai.blogspot.com/

Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/
 

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

- Tun Telanai

07.05.2008

Sudah daftar akaun percuma? Malah, upgred nanti pun PERCUMA!

USD1juta (RM3.13juta) untuk diagih-agihkan sebagai insentif promosi.
Daftar dan ketahui sendiri apa keistimewaannya - BackOffice disediakan.
 

Ditaja oleh:


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel