![]()
APA MUSLIHAT SPR?
Oleh: Tun Telanai - Laman M@RHAEN
Assalamu’alaikum wm.wrt
SPR telah selesai mengemaskinikan daftar pemilih [Rujuk :http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/428/32/]. Jumlah pengundi yang layak mengundi pada PRU ke-12 adalah seramai 10,820,650 orang.
Sedikit keraguan yang timbul di hati saya ialah terdapat 21 bantahan dalam Daftar Pemilih Tambahan yang melibatkan 39,868 pemilih. Daripada jumlah itu, seramai 11,118 orang pemilih telah dapat diselesaikan yang melibatkan parlimen Marang, Pekan, Rompin dan Sungai Besar di Selangor.
Selebihnya, seramai 28,750 orang pemilih yang melibatkan 17 bahagian pilihan raya belum sempat diselesaikan yang mana PRU ke-12 semakin hampir tiba, bila-bila masa dari sekarang. 13 daripada `17 bahagian yang terlibat kebanyakannya datang daripada negeri Kelantan iaitu parlimen Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Ketereh, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Jeli dan Kuala Krai.
Tiga bahagian lagi terdapat di Terangganu iaitu parlimen Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Dungun, manakala satu di Pahang, iaitu parlimen Bera.
Persoalannya : Mengapa isu bantahan ini hanya banyak timbul di Terengganu dan Kelantan, tidak berlaku di negeri-negeri lain?
Mungkinkah ada Udang Di Sebalik Batu?
Mari sama-sama kita tolong fikirkan.
Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya : http://tuntelanai.blogspot.com/
Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”- Tun Telanai
29.12.2007 (semakan/suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://marhaen.ngepeng.com / Kelatedaily.net.
CARA MUDAH melakukan sumbangan utk Tabung M@RHAEN.