Kesilapan Yang Melucukan 
[Kebodohan Muhammad Muhd Taib]

Oleh: Tun Telanai - Laman M@RHAEN


Assalamu’alaikum wm.wrt,

Oleh Al-Husseyn Terjemahan A Comedy Of Errors [http://malaysia-today.net/blog2006/corridors.php?itemid=6773]

DiPetik Oleh : Tun Telanai
Daripada Laman Tranungkite
Rujukan 1 : http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=2959
Rujukan 2 : http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=2960&mode=&order=0&thold=0

--------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamu’alaikum wm.wrt

Ya, bersalah saperti yang didakwa. Saya telah mencuri baris kata ini daripada Shakepeare. Tetapi saya tak dapat berbuat apa-apa. Apakah cara yang lebih baik menggambarkan masa lapan jam yang saya habiskan dibawah soal siasat di Balai Polis Dang Wangi kelmarin selain ianya satu komedi yang  tersilap? Walau apa pun sebelum saya meneruskan, saya telah terima lebih seribu panggilan telifon, SMS dan e-mail daripada mereka yang mengucapkan selamat dan para penyokong. Saya tiada kesempatan masa untuk membalas setiap satu pun, saya harap  anda semua memaafkan saya. Saya sangat terharu diatas perihatin dan mesej sokongan yang dihantar melalui lamanweb Malaysia Today. Dari sudut hati saya, ikhlas setulus hati, Saya berterima kasih kepada anda sekalian dan berjanji bahawa perjuangan untuk ‘lebih bebas’ di Malaysia akan diteruskan  walau apa yang melanda.

Saya terima panggilan daripada pihak polis pada 8.00 pg kelmarin bahawa mereka mahu mencatat pernyataan saya keatas laporan polis yang diadukan oleh bekas Menteri Besar dengan dua Muhammad pada namanya. Saya telah melihat dan bukan sahaja menjangkakannya tetapi berharap mereka akan memanggila saya untuk disoal siasat supaya saya dapat mendedahkan seluruh peristiwa lucu  adalah benar. Ringkasnya, saya telah menggerakan tangan mereka dengan rencana  ‘See you in hell Muhamad son of Muhamad’, memaksa mereka bertindak keatas saya.Mereka mahukan saya jam 10 tetapi saya beritahu hanya dapat saya lakukan pada 11. Saya hendak meng-update laman web dahulu kalau-kalau pemergian saya ke Dangi Wangi berakhir dengan dua minggu tinggal disitu.

Mengikut laporan berita, laporan polis keatas saya itu  merujuk kepada artikel tulisan saya pada 11 Julai 2007 bahawa mereka menganggap sebagai mengaibkan  Agong dan Islam. Walau apa jua pun, sekiranya anda tidak tahu, Malaysia tidak mempunyai seorang raja, oleh itu hentikan merujuk Agong sebagai sebagai Raja. Agong bukan bermaksud raja. Agong maksudnya  kuasa tertinggi dan ianya  hanya bermaksud dialah kuasa tertinggi Pemerintah daripada sembilan pemerintah, lebih kurang ‘Yang Terutama dari  yang sama’ keadaannya. Saya membawa bersama dua beg beli belah mengandungi empat buah naskah -- alQuran bahasa Arab, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Malaysia,  Salasilah keluarga Kesultanan Selangor, dan satu versi yang diakui tentang sejarah Selangor tulisan Buyung Adil. Saya boleh juga menyertakan sama versi Joginder Singh Jessy, DJ Tate dan juga versi Winsted, tetapi versi Buyung Adil, dalam Bahasa Malaysia, akan  lebih  memudahkan bagi mereka  yang  berfikiran ambil mudah .

Pihak polis memaklumkan saya bahawa soal siasat saya bukan berkenaan rencana saya pada 11 Julai 2007. Yang sebenarnya, pada 11 Julai 2007, saya tidak ada  pun menulis satu artikel. Saya menulis pada 8 Julai dan juga pada 13 Julai, tetapi tidak sama sekali pada 11 Julai. Berpandu kepada laporan beberapa suratkhabar, saya di dakwa  mengaibkan Agong  dan Islam, maka  tujuan dua beg beli belah menganduni buku-buku tersebut adalah untuk berdebat berkaitan Islam dan  Agong dengan mereka yang  akan menyoal siasat saya. Tetapi mereka tidak mahu bercakap  tentang mana-mana rencana saya. Mereka hanya mahu bercakap berkenaan beberapa komen / ulasan para pembaca yang tersiar dalam laman blog Malaysia Today.

Saya beritahu pihak polis keengganan saya  bercakap  berkenaan ulasan-ulasan  didalam blog itu. Bukan saya yang menulis ulasan-ulasan tersebut maka saya enggan bercakap tentang apa yang bukan saya tulis. Saya hanya mahu bercakap berkenaan apa yang telah saya tulis dan mempertahankan diri saya  terhadap mana-mana tuduhan bahawa saya telah mengaibkan Agong dan Islam. Tetapi tidak, pihak polis tidak mahu bercakap berkaitan rencana-rencana saya. Mereka hanya mahu bercakap berhubung komen/ulasan  didalam blog tersebut. Saya beritahu pihak polis yang saya masih lagi enggan bercakap mengenai ulasan-ulasan (pembaca) dan jika mereka mahu mendakwa saya  kerana menghasut dibawah Akta Menghasut, dipersilakan. Saya menumbuk  meja dan menjerit “Dakwa saya! Dakwa saya sekarang!” Polis berkata bahawa mereka belum lagi bercadang untuk mendakwa saya, tetapi hanya mahu mengambil kenyataan saya. Saya boleh pilih tidak menjawab atau menjawab saya tidak tahu apa-apa. Tetapi mereka tiada pilihan melainkan mengambil kenyataan saya kerana laporan polis telah dibuat terhadap saya. Sangat menghairankan bahawa mereka MESTI mengambil kenyataan daripada saya hanya baru dua hari sahaja selepas laporan polis terhadap saya dibuat padahalnya mereka tidak berasa  mereka MESTI  berbuat sesuatu keatas lain-lain beratus-ratusan laporan polis yang dibuat sepanjang sepuluh tahun lalu atau sejak 1998.

Ambil satu contoh, laporan polis yang dibuat oleh empat perwakilan UMNO ke Mesyuarat Agong Kubang Pasu tahun lepas mendakwa bahawa mereka masing-masing telah di’suap’ RM200  untuk tidak memberi undi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Malaysia Today menyiarkan salinan-salinan laporan polis berkenaan. Salah seorang perwakilan yang membuat laporan polis tersebut telah diserang dalam rumahnya dihadapan keluarganya. Dia telah membuat laporan polis yang ke-2  berkaitan serangan tersebut, malah menuding jari kepada merteka yang telah menyerangnya  sebab dia mengenali mereka secara peribadi. Sekali lagi, tiada apa-apa pun tidakan dilakukan. Maka, yang MESTI kali ini ambil kenyataan anda  apabila adanya  satu laporan polis  telah dibuat terhadap anda  , adalah benar umpama saya masih lagi mentah.

Apabila bekas Menteri Besar Selangor itu dengan dua Muhamad pada namanya pergi ke Balai Polis  Dang Wangi pada Isnin membuat laporan polis, dia tidak mempunyai apa-apa maklumat bagi menyokong dakwaan bahawa  Malaysia Today telah mengaibkan Agong dan Islam. Dia telah diberitahu bahawa bukti sokongan dakwaan tersebut mestilah disertakan dengan laporan polis tersebut. Mereka kemudiannya  cuba kedalam internet  untuk mendapatkan  Malaysia Today supaya mereka  dapat mencari untuk dijadikan bukti. Tetapi mereka tidak tahu bagaimana  caranya dan tidak dapat mencari Malaysia Today.

Mereka kemudiannya  menggesa pertolongan seorang wartawan dari salah satu  surat khabar Cina yang  sedang membuat liputan peristiwa tersebut disitu. Melalui pertolongan baik wartawan Cina tersebut, akhirnya mereka  menjumpai Malaysia Today  dan menyemak komentar  dalam blog mencari bukti yang mereka perlukan untuk menyokong laporan polis tersebut. Malaysia Today telah dilancarkan pada 13 Ogos 2004 dan sejak itu kami mempunyai hampir 20,000 item dengan anggaran lima juta komentar dalam  blog.  Mencari bukti tersebut adalah umpama mencari sebilah jarum dalam satu timbunan jerami. Kita mesti ingat bahawa dalam pada masa ini mereka telah membuat satu laporan polis tetapi tidak punya apa-apa bukti. Mereka sekarang meletakkan kereta kuda  dibelakang kuda.

Mereka memerlukan bukti untuk menyokong laporan polis tersebut. Akhirnya mereka temui lebih kurang sedozen posting dikalangan lima juta yang mereka  tatapi, cukup kuat untuk membuktikan bahawa Malaysia Today telah mengaibkan  Agong dan Islam. Satu nya ialah posting saya sendiri yang  menyatakan  “jika anda  mencela / caci mana-mana kaum atau ugama, maka saya akan tidak punyai pilihan lain melainkan  memadam posting anda” dan mengharamkan anda daripada memghantar ulasan posting selanjutnya di Malaysia Today.  Satu lagi daripada Indianputra  yang merayu kepada pembaca  Malaysia Today  tidak bergaduh dan bertelagah  sebab terdapat beberapa kalangan yang mungkin mengambil kesempatan  diatas pertelingkahan  dan mengeksplotasi perpecahan kaum. Apa yang kami mahukan ialah negara yang aman, bantah  Indianputra,  maka jika kita  terlibat dengan  kelakuan sopan  maka kita akan mampu menyatukan semua bangsa.  Dan terus berterusan. Pada dasar nya, inilah bukti yang sedang merteka  perlakukan untuk membuktikan bahawa  Malaysia Today telah mengaibkan  Agong  dan Islam.

Saya bertanya pegawai polis berkenaan samada postig tersebut mengaibkan Agong, mencemarkan Islam,  dan cuba memecah belahkan antara kaum atau  samada sebaliknya. Wajah  ASP tersebut berubah merah sedang dia cuba  menjelaskan  bahawa dia hanya menjalankan  tugasnya  dan dia telah diarahkan  mengambil kenyataan  saya. Saya katakan kepadanya bahawa orang yang membuat laporan polis itu adalah seorang yang bodoh yang tidak tahu bertutur Inggeris. Jadi, apa yang anda harapkan daripada  seorang yang begitu? Dia bukan hanya tidak memahami komentar yang merayu untuk penyatuan bangsa/kaum malah  mentafsirkannya sebagai menyeru perbalahan kaum“ Tahukah anda orang bodoh itu lari bersama putri Sultan dan menafikannya?” Saya bertanya  kepada polis. Mereka hanya tersenyum. “Baiklah, saya akan mendedahkannya kepada dunia,” sambung saya. “saya akan  siarkan surat yang ditulisnya kepada Sultan dimana dia telah menafikan telah mengahwini puteri  Sultan pada hal sebenarnya, dia telah  berkahwin secara rahsia di Thailand.. You tengoklah. I akan balun si bodoh tu habis-habis.”

Polis nampaknya suka  terhadap apa yang saya katakan  walaupun jawapan mereka sekadar, “Banyak maklumat kita dapat hari ini.”

Mereka kemudiannya  mahu tahu identiti mereka yang mengirim komen / ulasan dalam blogMalaysia Today. Saya beritahu mereka yang saya tidak tahu siapa mereka  tetapi saya  tahu antara  mereka adalah kalangan  25 Umno cyber-troopers diketuai oleh Azalina dan Norza.

“Azalina?”  mereka bertanya.

“Ya, Azalina lesbian,” jawab saya.

“Oh, Azalina Othman.”  Jelas bahawa mereka kenal siapa yang saya maksudkan dengan Azalina lesbian.

“Saya tidak katakan  Azalina Othman. Saya kata  Azalina lesbian. Anda sepatutnya merekodkan setiap kata dengan cara apa yang saya katakannya. Begitulah perihal   pernyataan beramaran dibawah  Section 112. Saya kata Azalina lesbian. Bukan Azalina Othman. Anda rekod  apa yang saya kata  dan saya akan tandatangani kenyataan tersebut.”

Pegawai polis yang ke-2  berhenti menaip dan menggaru kepalanya dengan senyuman kambing dimukanya. “Okaylah, saya tak mahu anda menyusahkan anda nanti. Tukarkanlah lesbian  kepada Othman.” Pegawai polis yang ke-2  itu meneruskan menaip sambil gelak-gelak. Dia  tentunya gembira sendiri. Saya menunjukkan  beberapa IDs  kepunyaan Umno cyber-troopers dan pegawai yang ke-2 merekodkannya.”Bagaimana anda tahu mereka adalah Umno cyber-troopers?” pegawai pertama  menyoal saya. “Sebab saya mendapat maklumat dari dalam Umno.” Jawab saya.

”Anda ada orang dalam Umno?” “Sudah tentu saya ada, dan saya  rasuahkan mereka  untuk mendapatkan maklumat. Saya campakkan RM1,000 keatas meja dan tanyakan mereka  segalanya  dan mereka  menyanyi saperti seekor buruing kenari. Bukan susah sangat nak beli maklumat. ”Empat pegawai polis dalam bilik itu senyum dan menggeleng kepala tidak percaya. “Boleh kami catatkan dalam pernyataan anda?”

”Sudah tentu anda boleh. Alasannya saya memberitahu anda ini supaya anda boleh merekodkannya  dalam kenyataan saya. Saya mahu direkodkan bahawa Umno sedang menyerang Malaysia Today dengan 25 cyber-troopers dean mereka lah yang meghantar posting  perkauman. Kadangakala  mereka menyamar sebagai orang Cina dan ‘ hentam’ orang Melayu dan Islam. Kemudian cyber-trooper yang lain akan respon dan ‘hentam’ orang Cina. Umno cyber-troopers  adalah dibelakang  perkauman dan ugama  di Malaysia Today. Kemudian mereka buat Laporan Polis mendakwa bahawa Malaysia Today  mencerca Islam dan mengapi-apikan sentimen perkauman.”

Semua soal jawab ini tentunya direkodkan  setiap  apa yang anda ucapkan dibawah  Seksyen 112 soal siasat direkod dan anda disuruh menandatangani kenyatan itu diakhir soal siasat tersebut. Dan anda dipenjarakan jika  anda membuat kenyataan palsu.

Diakhir 8-jam soal siasat tersebut, saya bertanya mereka samada telah habis dan mereka kata ya. “Okay, sekarang saya mahu membuat kenyataan tambahan,” saya memberitahu pihak polis.“Tentunya, kami akan bertanya anda sebelum kita mengakhirinya, samada anda mahu menambah apa-apa lagi kepada kenyataan  anda.Itu adalah prosedur.

”Okay, sekarang  saya akan buat kenyataan itu. Nama domain  Malaysia Today  didaftarkan di UK,”  saya beritahu  polis. Apabila anda klik malaysia-today.net, anda akan melayari server yang alamat IP nya berdaftar dalam nama domain tersebut. Server kita di Singapura. Tetapi apa yang and alihat hanyalah muka hadapan. Kemudian anda pilih item mana dimuka hadapan anda hendak baca dan anda akan dihantar ke blog tersebut. Blog tersebut berada di US.  Bila anda menghantar komen ianya  pergi terus ke blog tersebut. Bagi segala tujuan dan keperluan,  Malaysia Today  adalah website luar negeri dan bukan lamanweb Malaysia. Oleh itu kami tidak tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

"Izinkan saya katakan cara lain,” saya beritahu Polis.” Sodomi (hubungan sejenis lelaki sama lelaki) adalah satu jenayah di Malaysia dan anda  boleh di penjarakan sembilan tahun bagi jenayah tersebut walaupun anda seorang Timbalan Perdana Menteri. Di England, lelaki boleh berkahwin lelaki malahan anda menerima ucapan tahniah daripada Perdana Menteri British. Oleh yang demikian, sodomi bukan suatu jenayah di UK dan anda tidak dipenjarakan.” “Pendekkan cerita,  akta hasutan anda sah hanya di Malaysia dan tidak di luar Malaysia. Oleh itu anda tidak boleh mengenakan Akta Hasutan  Malaysia keatas Malaysia Today yang  tinggal di luar Malaysia. Sebenarnya saya boleh katakan kepada anda  pergilah  jahanam dan bahawasanya saya tidak akan membuang masa  8-jam menjawab semua pertanyaan anda. Tetapi saya tidak mahu anda menganggap saya sombong, jadi saya sedia  menghabiskan 8 jam bersama anda menjawab pertanyaan anda kerana saya tahu anda  ada tugas  yang perlu dibuat dan bukan  salah anda.”

Saya tahu pegawai ini dibawah tekanan yang terlalu kerana setiap setengah jam dia akan menerima panggilan telifon daripada OCPDnya dan juga KPN bertanyakan perkembangan soal siasat tersebut. Boss-boss paling atas mengawasi  keseluruhan situasi dan soal siasat saya adalah sama sekali bukanlah suatu yang kebiasaan.

Seorang pegawai kanan Cina  yang duduk disitu disepanjang masa tanpa membuka mulutnya mendedahkan peranan sebenarnya  apabila hanya ketika itulah  dia telah berkata untuk mengungkapi kenyataan bahawa saya  cuba menjatuhkan KPN. Itulah sebenarnya apa yang dikehendakki oleh Polis. Ianya  keuntungan  berbaloi bagi pendedahan  kaitan antara KPN dan sindiket jenayah terancang orang Cina. Bagaimana pun, Umno, mempunyai motif lain. Ianya bukan pasal  Malaysia Today  mengaibkan Agong atau  Islam. Mereka tidak ada apa pun bukti tentangnya sehinggalah wartawan Cina itu  membantu mereka melayari internet  dan  akses laman web Malaysia Today. Apa yang merunsingkan mereka berkenaan rencana  saya  dalam bahagian No Holds Barred pada  8 Julai 2007 berkaitan kuasa-kuasa  Agong. http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=2959

Jika anda baca  perkara 150  perlembagaan  Malaysia – yang saya siarkan dibawah --- anda dapat lihat bahawa Agong mempunyai kuasa  menyingkirkan Perdana Menteri sekiranya  Agong  menganggap Perdana Menteri sebagai tidak layak langsung dan membahayakan  kesejahteraan ekonomi dan  kehidupan warga Malaysia. Tentunya , perkara ini tidak pernah di lakukan sebelumnya melainkan pada 1969  untuk menyelesaikan  masalah Rusuhan 13 May . Tetapi ini bukan bermakna tidak boleh dilakukan, hanya  ianya tidak pernah dilakukan atau pernah dilakukan Cuma sekali pada 1969.

Perhatikan  persoalan utama dalam artikel50 umpamanya :

1) If the Yang di-Pertuan Agong is satisfied
    (Jika Yang di-Pertuan Agong  berpuashati)

2) That a grave emergency exists
    (Wujudnya keadaan cemas yang bersangatan )
 
3) Whereby the security, or the economic life, or public order in the Federation or  any part thereof is threatened.
   (Dimana keselamatan, atau pertumbuhan ekonomi, atau peraturan awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagian tergugat)

4) He may issue a Proclamation of Emergency making therein a declaration to that effect.
    ( Dia  boleh buat Pengisytiharkan Dharurat yang berkuatkuasa)

5) A Proclamation of Emergency may be issued before the actual occurrence of the event which threatens the security, or the economic life, or public order in the Federation
 (Sesuatu Perisytiharan Dharurat  mungkin di keluarkan sebelum berlakunya  perkara sebenar  yang mengancam keselamatan , atau pertumbuhan ekonomi , atau peraturan awam dalam Persekutuan).

6) Except when both Houses of Parliament are sitting concurrently
    (( Melainkan  apabila  kedua-dua  Dewan Parlimen bersidang serentak)

7) The Yang di-Pertuan Agong is satisfied that certain circumstances exist which render it necessary for him to take immediate action
    (Yang di-Pertuan Agong  berpuas hati bahawa  perkembangan tertentu wujud yang  demikian memerlukannya bertindak segera.)

8) He may promulgate such ordinances as circumstances appear to him to require.
    (Dia  harus  mengisytiharkan ordinan seumpama nya  apabila  melihat perkembangan  yang memerlukan)

9) The Houses of Parliament shall be regarded as sitting only if the members of each House are respectively assembled together
(Dewan Parlimen  akan di anggap bersidang hanya apabila anggota setiap dewan bersidang bersama).
 

150 adalah jelas bahawa Agong boleh mentafsirkan  situasi itu sebagaimana yang dilihatnya dan mengambil tindakan  yang dia fikir sesuai  dengan situasi. Pada dasarnya , ia adalah  pendapatnya dan hanya pendapatnya yang berkuasa dan dia boleh bertindak  berdasarkan  kepada pendapatnya.

Apabila artikel ini  pertama kali di terbitkan pada 8 Julai 2007, ia telah menggegarkan menembusi Tngkat Empat  hingga ke Tingkat Lima  pejabat Perdan Menteri di Putra Jaya.Mereka tiba-tiba menyedari bahawa sekiranya  Agong menganggap Perdana Menteri sebagai tidak layak  dan  merupakan suatu bencana terhadap negara , maka Agong boleh menukar dan melantik sesiapa yang dihajatinya untuk menggantikan Perdana Menteri tersebut.Tidak seharusnya  Timbalan Perdana Menteri atau mana-mana pemimpin Umno.Mengikut theorinya, ia boleh jadi Tukang Kebun Agong sekiranya Agong berfikiran bahawa dia lebih baik daripada Perdana Menteri dan orang yang paling layak menerajui negara.
 

Dan itulah bermulanya Abdullah Ahmad Badawi  mengambil keputusan  menyelinap keluar negara bersama kesemua keluarganya.Mereka  menjangka bahawa artikel 8 Julai itu bukan suatu kebetulan tetapi  suatu pertanda bahawa Agong mungkin bertindak  dalam bidang kuasanya  dibawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan menggantikannya  dengan seseorang yang  lebih bagus. Perdana Menteri kemudiannya mengarahkan  KPN dan Pengarah Cawangan Khas ke Australia untuk mendapatkan  maklum balas  perihal samada  dia dalam bahaya disingkirkan.

Terdahulu, Abdullah telah mengisytiharkan  kontrak  jawatan KPN dilanjutkan melepasi 13 September 2007 bilamana dia sepatutnya bersara. Abdullah telah menerima satu tamparan hebat kelmarin sewaktu persidangan Majlis Raja-Raja apabila Raja-Raja menolak ‘perlanjutan’ jawatan KPN  atas dasar bahawa mereka tidak di maklumkan terlebih dahulu mengenainya. Itu  merupakan mesej  keras Raja-Raja kepada Abdullah  bahawa mereka  tidak gembira  dengan cara  dia mentadbir negara.

Abdullah khuatir bahawa Malaysia Today  memainkan peranan ‘menghasut’ Raja-Raja untuk melucutnya. Mereka kemudiannya duduk dan  lahirlah  satu rancangan  supaya Raja-Raja  bertindak terhadap Malaysia Today dengan menuduh Malaysia Today  mengaibkan Agong dan Islam. Mereka berharap dengan berbuat begini , Raja-Raja akan murka kepada Malaysia Today  dan  terhutang budi kepada Abdullah kerana  menempatkan Raja Petra kedalam penjara  dan dalam proses yang sama  menjaga dan mempertahankan  imej  dan  kehormatan  Raja-Raja. Ringkasnya, Abdullah mahu Raja-Raja supaya berfikir bahawa Malaysia Today adalah musuh  sedangkan  Perdana Menteri  dan keluarganya dapat meneruskan  kehidupan  gembira sepanjang masa sebagai  the First Family of Malaysia  -  Keluarga Pertama  Malaysia.

Abdullah dijangka pulang pada 27 Julai 2007. Menurut pejabatnya , dia mungkin menunda kepulangannya  hingga ke minggu pertama Ogos . Abdullah  berharap apabila kepulangannya pada 27 Julai 2007, Raja Petra  telah selamat di humban disebalik  dinding tinggi  penjara Sungai Buluh dan  dia memohon berkenan  kebawah Duli Yang di Pertuan Agong untuk mengadap dan menyatakan bagaimana  dia telah mempertahankan imej  dan kehormatan  Agong dengan menghukum Raja Petra diatas jenayah  mencemar duli Agong dan Islam.

Tetapi mereka telah menghantar seorang yang tolol / bengap untuk melaksanakan kerja mmenghapuskan Raja Petra. Bekas Menteri Besar dengan dua Muhammad pada namanya ini  mengkucar kacirkan tugas ini.Abdullah sekarang perlu memikirkan semula strateji nya juga berkenaan tarikh kepulangannya. Adakah dia akan masih berjalan di Gerbang Kuasa atau  dia akan terus tinggal di Australia dan memohon staus PR ? Ya, kita  hidup dalam masa yang menarik . Seorang Datuk tertentu  dari kem Abdullah  menalipon saya malam tadi dan saya beritahu Datuk ini supaya menyatakan kepada bossnya  bahawa Raja Petra  bersungguh-sungguh  untuk mmemusnahkan   Abdullah Ahmad Badawi  dan mempastikan  bahawa saki baki  tentang nya (Abdullah)  adalah satu longgokan  habuk. Seorang bapa saudara Agong menalipon saya  dua malam yang lalu  dan berkata :

“Bodoh betul Mat Taib!”

Pusingan Pertama : Raja Petra. Tetapi adakah saya juga kan memenangi pusingan ke-2? Saya tidak tahu lagi. Kita kena tunggu dan lihat. Masa  pastinya akan  menyatakan . Tetapi apa yang saya tahu,  ini adalah pertarungan hingga mati  dan saya  sesungguhnya tidak peduli  samada  saya yang terkorban.
 
 

Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya : http://tuntelanai.blogspot.com/
 

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

- Tun Telanai

29.07.2007 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://marhaen.ngepeng.com / Kelatedaily.net.


Hantar artikel ini kpd sahabat:
CARA MUDAH melakukan sumbangan utk Tabung M@RHAEN.