PAS Wilayah Popularkan Istilah
"Calon Barang Naik" Dan "Sekutu Taukeh Judi Vincent Tan"!
Oleh Tarmizi Mohd Jam (Sanggahtoksago) - Laman M@RHAEN


 
 
 


 Ishak Surin ketika berpidato di tapak penamaan calon, 
hadapan Sek. Men. Aminuddin Baki, Kuala Lumpur

 
 
 

PAS Wilayah meminta agar semua tenaga kempen di Parlimen Titiwangsa dan Putrajaya mempopularkan istilah-istilah kempen yang menyentuh hati rakyat ketika mempromosikan calon-calon dan komponen Baraisan Nasional (BN).

Demikian ditegaskan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Wilayah, Ishak Surin ketika ditemui di Bilik Gerakan Pilihan Raya Kg. Baru semalam.

Katanya, calon BN di Titiwangsa hendaklah dipopularkan sebagai "Calon Barang Naik" dan "Calon Taikun Asing".

Sementara calon BN di Putrajaya, hendaklah dipopularkan sebagai "Calon Barang Naik", "Kawan Rapat VK Linggam", "Sekutu Taukeh Judi", "Sekutu Vincent Tan".

BN pula hendaklah disebut oleh tenaga kempen dan calon-calon PAS sebagai "BARANG NAIK" agar terpahat di hati rakyat dengan istilah itu, yang mana secara sentuhan hatinya memanglah BN sentiasa menaikan barang keperluan hingga menyusahkan rakyat.

Ishak amat berpuashati dengan kempen-kempen PAS di Putrajaya dan Titiwangsa setakat ini walaupun kecewa dengan Pemantau SPR yang lebih "menyuluh" PAS dari "menyuluh" BN.
 

TMJ: sanggahtoksago.com
29.02.2008

Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1      Tapak cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1
Tajaan: PerigiDuit


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel