SPR, Polis & RTM Sudah Jadi Komponen BN?
Oleh Tarmizi Mohd Jam (Sanggahtoksago) - Laman M@RHAEN


 
 
 


Tarmizi Mohd Jam bersama Bendahari JPN, Ismail Yahya dan 
Abdul Halim Hassan, Bendahari PAS Wilayah ketika melawat 
Bilik Gerakan Pekeliling, Jalan Pahang Barat malam tadi.

 
 

UMNO sebenarnya bukanlah parti yang kuat tetapi mereka memperalatkan jentera kerajaan untuk mencengkam kuasa. Pilihan raya hanya rubber stamp bagi mengelirukan rakyat.

Ketika berkempen bersama Dr. Lo Lo di Kg. Datuk Keramat semalam, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah, Tarmizi Mohd Jam menyifatkan parti-parti alternatif boleh diperlakukan apa sahaja oleh BN hingga menyebabkan mereka kalah dengan mudah.
 

Tegasnya, SPR adalah sayap kanan Umno paling depan selain RTM dan pihak polis yang kini boleh dikatakan sudah menjadi salah satu komponen dari parti-parti dalam BN.

Padang yang tidak rata dan tangan terikat ke belakang, sebenarnya menjadi rahsia kemenangan BN kerana parti-parti alternatif telah dilemah dan dipasung awal-awal lagi.

"Ini semua permainan jahat SPR. Bermula dari persempadanan semula, isu bangsal panas, tambah masa dua jam mengundi di Selangor dan sekarang isu duti setem, semuanya dengan sengaja dilakukan untuk menumpaskan PAS," tegas beliau.
 

TMJ: sanggahtoksago.com
28.02.2008

Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1      Tapak cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1
Tajaan: PerigiDuit


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel