2010: 
Anak Badawi Hapuskan Karya Teks Sasterawan Negara 
Di Sekolah-Sekolah!

Oleh Tarmizi Mohd Jam (Sanggahtoksago) - Laman M@RHAEN


 
 
 

Kuala Lumpur:  PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Kementerian Pelajaran agar mengkaji semula rancangannya untuk mengubah buku teks bagi mata pelajaran Bahasa/Sastera di sekolah-sekolah mulai tahun  2010.

Menurut Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali, pihak kerajaan telah bercadang untuk menggugurkan semua karya-karya terkenal Sasterawan Negara dan pemenang SEA Write Award dan menggantikannya  -karya dari penulis yang belum diiktiraf pencapaiannya oleh masayarakat dan kerajaan.

“Jiklau laporan media ini benar, maka nyata sekali kerajaan tidak bertindak bijak dan kami sangat-sangat kecewa.  Kami tidak menganggap bahawa semua teks yang dipilih mesti terbatas kepada karya  penulis-penulis "established" saja,” tegas beliau dalam satu kenyataan medianya.

Rancangan pihak kerajaan hendak menggugurkan semua penulis serta karya sastera yang terulung di negara ini, tegas beliau,  membuktikan kerajaan yang sepatutnya bertanggungjawab tidak melakukan tanggungjawab sebaliknya makin buta budaya.

Dr. Syed Husin berpendapat, karya-karya Sasterawan Negara dan  pemenang SEA Write Award  mesti diteruskan disamping pihak kerajaan mengambil juga karya-karya baru yang baik walaupun belum begitu terkenal.

Beliau juga mohon kerajaan mempertimbangkan karya-karya dari penulis bukan Melayu tetapi warga Malaysia yang menghasilkan karya yang baik dan diterjemahkan ke Bahasa Malaysia, untuk digunakan sebagai buku teks.

Tokoh PKR ini juga bimbang karya-karya pengganti yang terbukti belum mendapat pengiktirafan ini, akan menggugat nilai serta unsur budaya yang membentuk pembaca memahami nilai-nilai masyarakatnya.

Katanya lagi,  bahasa yang digunakan oleh Sasterawan Negara seperti Usman Awang dan A Samad Said sangat baik, halus dan boleh dijadikan contoh. Semua hasil mereka, jelasnya, banyak membicarakan soal-soal kemasyarakatan yang boleh menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab di kalangan pelajar.

Dr. Syed Husin hairan, bagaimana di Malaysia, penggunaan teks-teks sastera karya Sasterawan Negara mahu dipinggirkan sedangkan di seluruh dunia, teks-teks tersohor yang sudah dianggap sebagai klasik digunakan untuk kursus-kursus sastera para pelajarnya samada diperingkat sekolah mahupun universiti.
 

TMJ: sanggahtoksago.com

25.01.2008

Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1      Tapak cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1
Tajaan: PerigiDuit


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel