Macam ini ke punya tahap otak Menteri Pelajaran Malaysia
Oleh Taraknama  (Laman M@RHAEN)
ASSALAMUALLAIKUM,

Dalam U/Meloya semalam satu kenyataan dari Menteri Pelajaran BN (sebab dia cakap pasal BN) yg mana guru tak sokong BN pegi cari keja lain...nampaknya menteri pelajaran pon tak paham apa itu Kerajaan Persekutuan apa itu parti politik... nak beza itu pon dah nampak kebodohan berfikirnya org BN ini....

Apa taknya takkan nak cerita 2,3 kali kot.. kau tu menteri untuk negara Malaysia bukan untuk negara BN... Malaysia ada rakyatnya.. rakyatnya tuu laa yg ada berbagai puak... yg sokong k'jaan dan jadi pembangkang...tapi asasnya semua ini rakyat malaysia dan warganegara malaysia...jadi kamu tuu menteri pelajaram malaysia...cakap laa macam org yg berpendidikan sikit...

Jadi sekarang bercakap lee pakai otak sikit jangan ikut sedap hati aja....

dan kepada pengundi P/Pasir dan Guru2 kau org fikirkanlah sendiri tahap otak menteri pelajaran kita...


Guru tak sokong BN disyor cari kerja lain

PASIR MAS: Guru yang menyokong pembangkang meskipun sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran disaran berhenti dan mencari kerjaya lain sesuai dengan pendirian politik mereka.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau sedih dan kecewa jika masih ada guru enggan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) yang banyak membela nasib mereka selama ini.

Sejak mengetuai Kementerian Pelajaran, beliau sentiasa memberi penekanan dan tumpuan serta keutamaan kepada kebajikan, kedudukan serta profesion perguruan, katanya mengulas sikap segelintir guru yang masih propembangkang meskipun menikmati pelbagai kemudahan dan keistimewaan sebagai guru di sekolah bantuan penuh kerajaan.

"Kalau masih wujud guru yang tak bersama, saya rasa begitu kecewa kerana selama ini saya tak nampak Kerajaan Pas dan pembangkang mempertahankan profesion perguruan dan membela nasib guru saya.

"Bagi yang masih tak mahu bersama kita, terserahlah kepada mereka. Pilihlah kerjaya lain kerana tugas mereka memastikan anak kita terbela adalah suatu tanggungjawab berat yang terpaksa kita pikul demi masa depan," katanya.

Katanya, kerajaan memerlukan guru yang komited dalam mendidik anak di sekolah bagi menyokong dasar dan matlamat serta keperluan negara memenuhi Wawasan 2020.

"Saya terkilan kalau dengan usaha yang kita lakukan selama ini, masih ada guru tidak mahu menyokong dan bersama dengan kita," katanya.

"Kita memerlukan seluruh tenaga dan guru yang betul-betul berwibawa di sekolah supaya mereka dapat melahirkan anak bangsa yang boleh mencorak dan mewarnakan negara maju Malaysia pada 2020," katanya.

Beliau berkata, sikap amanah dan ikhlas setiap guru menjalankan tanggungjawab juga menentukan pahala dan dosa di akhirat kelak.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda di Hotel Renaissance, Kota Bharu, semalam, Hishammuddin berkata, guru berasal dari Pengkalan Pasir yang mengajar di luar Kelantan boleh pulang mengundi pada 6 Disember ini.

"Kalau sesebuah negeri itu berdepan dengan pilihan raya, kita (Kementerian Pelajaran) mempunyai prosedur dan peraturan tertentu supaya mereka dapat menunaikan tanggungjawab serta hak mereka sebagai pengundi.

"Kita mempunyai peraturan untuk membolehkan mereka mengundi. Bukan saja guru, malah mana-mana pihak kalau ada sekatan tertentu, ia tidak patut berlaku kerana setiap rakyat Malaysia ada hak mengundi," katanya.

taraknama@gmail.com
http://taraknama.tblog.com/  - 22.11.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)

Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan:bakongnet.com


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.