![]()
FAKTA @ AUTA.... macam hotFM la plak....
Kiriman Taraknama (Laman M@RHAEN)
Assalamualaikum....
![]()
Kita ke-6 terbaik dunia -- Kecekapan kerajaan atasi UK, Jerman, Jepun, Perancis - UTUSANeishhh ko nie dolah... tengok tajuk pon dah tau lebong...tengok nama UK, JERMAN, JEPUN & PERANCIS tu dah tau sesangat dah ko nie tail nipu... kalau ke 6 terbaik dunia bab KECEKAPAN NIPU aku caya laa...
Nie aku ambik keratan2 penulisan sahabat dan dari BERNAMA... bkn apa baca yg bernama pon dah tau dak ko org nak nipu...
Abdullah: M'sia ekonomi kelapan kompetitif di duniaAKU COPY PASTE KAT mSTAR
28-01-2008 05:31:39 PMPUTRAJAYA: Daya kompetitif Malaysia telah mencapai tahap yang lebih baik apabila menduduki tempat kelapan dalam "ranking" daya kompetitif dunia pada tahun lepas, berbanding tempat ke-10 pada tahun 2000.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memetik statistik World Competitiveness Yearbook yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland.
Malaysia masih berada di belakang Amerika Syarikat, Kanada, Australia, China, Jerman, Taiwan dan United Kingdom tetapi mendahului negara lain termasuk Jepun dan India, daripada segi daya kompetitif secara keseluruhan, katanya ketika berucap kepada ribuan kakitangan awam pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (Mappa) kelapan di Pusat Konvenysen Antarabangsa Putrajaya di sini.
Menurut laporan itu, Malaysia di tempat keenam daripada segi prestasi ekonomi tahun lepas, kedudukan yang dipegang sejak 2000.
Malaysia hanya perlu menyaingi lima negara terbaik Amerika Syarikat, China, United Kingdom, India dan Taiwan.
"Sumber menarik. Angka itu bagus. Kita tidak menipu orang ramai. Kerajaan tidak akan kekal jika menipu," kata Abdullah.
Sejurus sebelum beliau memetik kedudukan negara daripada segi kecekapan perniagaan, Abdullah secara berseloroh berkata: "Ini bukan angka Rafidah."
Beliau merujuk kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz.
Malaysia menduduki tempat keempat pada tahun lepas daripada segi kecekapan perniagaan, berada di belakang Amerika Syarikat, Australia dan Kanada, berbanding tempat ke-13 pada tahun 2000.
Statistik yang dipetik dalam laporan itu membabitkan negaranegara yang mempunyai jumlah penduduk lebih 20 juta.
Daripada segi kecekapan infrastruktur, Malaysia melonjak daripada tempat ke-13 tahun 2000 kepada ke-10 tahun lepas, katanya.
Abdullah berkata walaupun Malaysia tidak lagi dikenali dengan buruh murah berbanding dengan Vietnam, China dan India, ia masih kompetitif jika kos menjalankan perniagaan di negara ini kekal rendah.
Beliau berkata kelewatan yang tidak sepatutnya boleh menyebabkan kos membiayai perniagaan di negara ini meningkat.
Sebagai contoh, beliau berkata masyarakat peniagaan akan mengalami kerugian besar jika operasi peniagaan mereka tidak dapat dijalankan akibat kelewatan pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CF) walaupun bangunan telah siap.
"Menunggu membabitkan kos. Menunggu membuka ruang kepada rasuah," katanya.
Misalnya, beliau berkata seorang pemilik bangunan kedai tidak dapat mengutip sewa selama enam bulan jika CF tertangguh bagi tempoh itu manakala yang lainnya tidak dapat menjalankan perniagaan sepanjang tempoh itu. BERNAMA
surat habat depa sendiri pon dah belit-belit...
yang nie plak sidang akhbar dari DSAi..
Daya Saing Malaysia Ke-8 di Dunia? Telitikan Data Sebenar
Dakwaan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Malaysia kini di tangga kelapan dunia dalam konteks daya saing negara adalah satu fakta yang sengaja diputarbelitkan.
Penelitian menyeluruh kepada data yang dikeluarkan mendapati bahawa fakta tersebut adalah betul tetapi hanya di kalangan kategori negara-negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke atas.
Merujuk kepada Laporan Daya Saing Dunia 2007 seperti yang dipetik oleh Perdana Menteri, hakikatnya Malaysia hanya menduduki tempat ke 23 di dalam dunia. 15 daripada 22 negara yang menduduki tangga lebih tinggi di atas Malaysia pada tahun 2007 mempunyai populasi kurang daripada 20 juta penduduk, manakala 7 daripada 22 negara tersebut melebihi 20 juta penduduk.
Kedudukan kebolehsaingan Malaysia pada tahun 2006 adalah di tangga 22, dan pada tahun 1997 di tangga ke-17.
Keputusan Abdullah untuk mengeluarkan fakta yang bercelaru ini adalah usaha yang sangat lemah untuk menyembunyikan fakta bahawa asas-asas ekonomi Malaysia telah gagal bergerak di bawah pemerintahannya.
Daya saing Malaysia semakin merosot dan dalam keadaan di mana ekonomi kita dulunya setaraf dengan Singapura dan Hong Kong, kita sekarang di kedudukan ke 23 di seluruh dunia, manakala Singapura di kedudukan kedua dan Hong Kong ketiga.
Jelasnya, kita memerlukan kepimpinan yang lebih berwibawa sekiranya Malaysia ingin memperkasakan ekonominya sebagai gagasan ekonomi bertaraf global.
ANWAR IBRAHIM
ini plak dari seorang sahabat kat TKO:Betulkah malaysia negara ke enam kerajaan terbaik?
Oleh fizie02
"Malaysia negara ke enam kerajaan terbaik dan ke 8 paling kompetetif bagi 2007? Buktinya di sini, tak sama dengan ucapan Pak Lah,
www.imd.ch/research/publications/ wcy/upload/scoreboard.pdf
www.imd.ch/research/publications/ wcy/upload/CHPressRelease UK.pdf
TARAKNAMA : Lanie hangpa pikaiq sendiri laa mana dia juak2 UMNO yg dok jilat tu yg dok canang yg PAK IMAM HADARI hangpa nie baguih tahap teramat sangat lanie hangpa tolong cari idea sat nak AUTA macam mana plak dgn apa yg dimelalutkan oleh dia... penat dah aihh dengaq ayat2 JILAT SANGAT nie......
macam HotFM laa plak... AUTA @ FAKTA....
Kiriman:TarakNama…
TarakNama@gmail.com
http://TarakNama.tblog.com
TarakNamaV2.wordpress29.01.2008
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1 Tapak cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1
Tajaan: PerigiDuit
Emel