![]()
TAG 2431:
Penahanan Anwar Menyelubungi Malaysia
(Anwar Arrest Looms In Malaysia)
Oleh Jed Yoong, Asia Sentinel - Laman M@RHAEN
![]()
Kekalutan politik di Malaysia semakin bercelaru.
Baru dua hari berlalu selepas munculnya satu laporan perubatan yang menunjukkan bahawa dakwaan sodomi terhadap Anwar Ibrahim oleh seorang bekas pembantunya yang muncul dalam satu laman Web yang cenderung kepada Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Laman web itu telah mengisytiharkan bahawa “pihak polis sudahpun menyiapkan siasatan mereka” dan akan mendakwa Anwar tidak lama lagi berhubungan dakwaan tersebut.
‘The Malaysian Insider’ telah memetik satu sumber yang tidak bernama “yang biasa dengan siasatan” terhadap Anwar berkata; “Kes ini adalah berasaskan bahan bukti yang saintifik.” Laman web itu juga menyebut kata-kata sumber bahawa “siasatan akan berasaskan contoh DNA Anwar pada tahun 1998
Tidak ada perakuan bebas berhubung laporan yang dibuat oleh The Malaysian Insider, yang telah dimulakan oleh para wartawan yang disebut oleh para penganalis sebagai rapat kepada Abdullah. Tindakan itu yang ternyata satu usaha untuk melawan laman web pihak pembangkang, muncul selepas pilihan raya 8 Mac di mana gagasan Barisan Nasional telah kehilangan suara majoriti dua pertiga di Parlimen buat pertama kali selepas Kemerdekaan dicapai.
Drama mengenai laporan perubatan dan kemungkinan Anwar ditahan menyemarakkan ketidak-tentuan di Malaysia sedangkan kombinasi krisis politik dan kelesuan ekonomi menyemarakkan sentimen pro-pembangkang. Kemunculan Anwar untuk mara semula dalam dunia politik menyebabkan ramai orang melihat dakwaan sodomi itu sebagai usaha terdesak kerajaan mahu bergayut terus kepada puncak kuasa.
”Keseluruhan episod sodomi itu menggambarkan ketidakadilan yang busuknya melangit,” kata P. Ramasamy Presiden ALIRAN, yang mempersoalkan “apakah pihak polis menerima arahan ahli-ahli politik yang merasakan diri mereka tergugat dan mahu menghancurkan Anwar untuk mengekalkan akar kuasa mereka.”
Anwar pernah ditahan pada 15 Julai dan dilokapkan semalaman tanpa sebarang dakwaan dikemukakan berhubung dengan tuduhan sodomi yang dibuat oleh seorang bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan dua minggu terdahulu daripada itu. Pada waktu itu Anwar enggan memberikan contoh DNA beliau, kerana takut ia boleh disalah guna untuk membuat bahan bukti palsu terhadap beliau. Polis telah mengarahkan Anwar agar melaporkan dirinya dalam masa 30 hari.
Pada 1998, satu tuduhan sodomi telah dikenakan terhadap Anwar selepas beliau bergaduh dengan Perdana Menteri Mahathir Mohamad yang telah memecat beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan juga memecatnya daripada UMNO. Hukuman mahkamah terhadap sodomi itu akhirnya telah ditolak oleh mahkamah selepas Abdullah berjaya mengambil-alih daripada Mahathir. Anwar juga telah dipenjarakan atas tuduhan korupsi oleh Mahathir.
.
Laporan perubatan yang dibocorkan kepada para wartawan minggu ini menunjukkan tidak ada sebarang bukti kekoyakan ataupun pendarahan di dubur Saiful. Laporan yang dibuat oleh Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi telah mencetuskan tuduhan betapa pegawai kerajaan memalsukan seluruh episod untuk menentukan Anwar disekat daripada mengambil-alih kuasa selepas beliau berkemungkinan menang besar dalam satu pilihan raya kecil.Untuk mengelirukan keadaan, pada pagi Rabu yang lalu, pihak hospital telah menafikan adanya laporan perubatan itu walaupun sehari sebelum itu pihak hospital telah ditunjukkan laporan tersebut oleh MalaysiaKini, pegawai itu telah merampas laporan tersebut dengan berkata itu adalah milik hospital dan enggan memulangkan laporan tersebut.
Dengan banyaknya dakwaan yang bertimbal balas krisis di Malaysia berkemungkinan semakin menebal walaupun UMNO dan sekutunya menghadapi cabaran yang paling sengit dalam usaha terus mahu kekalkan kuasanya.
Melihatkan kekalutan yang melibatkan kerjaya yang paling dihormati di negara ini, Ambiga Sreenavasan, Presiden Majlis Peguam berkata: Pada keseluruhannya sistem keadilan Malaysia sedang tergugat. Integriti para professional, baik doktor mahupun peguam, seharusnya tidak boleh dinodai. Orang awam tidak seharusnya dibiarkan merasa sangsi bahawa sistem keadilan tidak dinodai dan disalah gunakan.”
Seandainya Anwar menang satu kerusi di Parlimen, pakatan pihak pembangkang akan hanya memerlukan 30 kerusi lagi untuk perolehi majoriti mudah dan menyingkirkan kuasa Barisan yang sudah berusia 50 tahun. Menyumbat Anwar balik semula di sebalik jeriji besi mungkin dianggap oleh pucuk kepimpinan kerajaan sebagai pilihan yang paling berguna untuk terus mencengkam kuasa. Tetapi itulah tindakan yang mungkin melantun balik.
”Sudah tentu akan meledak bantahan (seandainya Anwar ditangkap)” kata seorang pemerhati berpengalaman dalam politik Malaysia. “Sebelum bocornya laporan perubatan itu, saya boleh katakan keadaan memang aman, tetapi selepas terbongkarnya laporan palsu itu, saya tidak hairan kalau pembantah akan menjadi ganas.”
Laporan meluas sudah menyebut perihal muzakarah antara PAS dan UMNO, yang menyebut PAS akan tinggalkan Pakatan Rakyat untuk menganggotai Barisan Nasional. Kedua-dua parti adalah dianggotai oleh orang Melayu yang kononnya dikatakan oleh pemerhati politik merasa diri mereka terancam oleh gabungan kaum India dan Cina berserta Melayu bandar dalam pakatan pembangkang. Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat, dikatakan amat menentang pakatan semacam itu. Dengan menganggap UMNO sebagai korup tegar, sambil mengingati peristiwa lama bagaimana UMNO belot terhadap PAS pada awal 1970-an. Setakat ini pemimpin PAS telah memberikan jaminan kepada pemimpin Pakatan Rakyat bahawa mereka akan kekal dengan PR.
Kesan tindakan Anwar mengambil alih kuasa pemerintahan kerajaan pusat adalah menakutkan UMNO dan parti lain dalam gagasan BN. Pemimpin pembangkang itu telah pun memfailkan aduan kepada Badan Pencegah Rasuah terhadap Ketua Polis Negara (KPN) Musa Hassan yang pernah menjadi Ketua Pegawai Siasatan, dan Abdul Ghani Patail yang pernah menjadi Ketua Pendakwaraya, dalam merekacipta bahan bukti terhadap beliau pada 1998. Satu Suruhanjaya DiRaja pada Mac dahulu pernah mendedahkan amalan sistem keadilan yang korup, dengan dakwaan bahawa sistem itu telah dinodai oleh pemimpin politik, termasuklah Mahathir Mohamad.
Tuduhan korupsi telah menghantui pemimpin politik UMNO dan boleh menjadi bahan mudah dalam siasatan oleh kerajaan baru yang akan ditubuhkan. Beberapa kontrak kerajaan telah dipermudah kepada para kroni yang rapat dengan pucuk kepimpinan. Dengan kemenangan pembangkang di dalam kerajaan negeri di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan wilayah yang lain, kerajaan yang baru ditubuhkan telah mengambil tindakan untuk menyiasat beberapa kontrak yang disebut itu.
Kemudian muncul pula kisah urusan jual-beli tiga kapal selam buatan Peranchis yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak dan sahabat beliau Abdul Razak Baginda. Urusan itu telah menyerlahkan kisah komisen berjumlah US$111 juta. Najib dan isterinya Rosmah Mansur sedang dihambat dakwaan yang mungkin mengaitkan mereka kepada pembunuhan kejam seorang model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang berusia 28 tahun ketika dia diletupkan. Wanita Mongolia itu merupakan penterjemah dalam urusan jual-beli dan kononnya merupakan kekasih kepada kedua-dua orang lelaki tersebut (Najib dan Razak). Wanita itu pernah mendesak agar dibayar US$500,000 oleh Abdul Razak Baginda sebelum di dibunuh. Razak dan dua orang pengawal peribadi Najib sedang dibicarakan atas kematiannya.
Seorang blogger terkenal Raja Petra Kamarudin daripada Malaysia Today pernah berkata bahawa Abdullah Badawi sudahpun memiliki sebuah laporan perisikan tentera yang menyebut bahawa Najib dan Rosmah telah terlibat dalam pembunuhan itu. Abdullah telah menafikannya dalam media tempatan dan berkata dia mempunyai keyakinan penuh terhadap Najib.
31.07.2008 - Terjemahan marhaintua (MT-SPAR)
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Emel