TAG 2421:
    Antara Keyakinan dan Kenyataan
    (Between belief and reality)
    Oleh Raja Petra kamarudin      - Laman M@RHAEN

     


     

    Seperti yang disebut oleh Kofi Annan dalam ucapannya di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), “Kita semua adalah cucu-cicit Nabi Ibrahim.” Ya, kalaulah orang Yahudi, Kristian dan Islam memahami perkara ini tentu mereka juga akan faham bahawa agama kita adalah agama Nabi Ibrahim.
     
     
     
     

    Penulisan saya mengenai Islam selalunya menghasilkan kesan yang sama. Mereka yang bukan beragama Islam akan bertepuk tangan keceriaan dan mahu saya meneruskan usaha penuliisan semacam itu. Mereka yang beragama Islam akan mengisytiharkan saya mempersendakan agama Islam. Sebenarnya apa yang disebut itu bukanlah perkara baru kepada ramai orang. Saya tulis apa yang mereka sudah mempercayainya. Hanya mereka perlu seseorang lain untuk berkata supaya mereka boleh tumpang semangkuk dan mencari kumpulan yang berceria. Sesungguhnya tidak penting langsung apa yang saya katakan dan sama ada saya sebutkan ataupun tidak. Minda mereka sudah membuat keputusan demikian lama dahulu lagi.

    Umat Islam akan bertindak secara negatif terhadap apa juga komen yang janggal ataupun tidak menyelerakan mereka tentang cara Islam diamalkan ataupun tentang sifat hodoh umat Islam seolah-olah Nabi Muhammad yang dikritik. Tidak ada istilah kritikan membina dalam Islam. Perkara semacam itu tidak wujud. Kritikan adalah dianggap menghancurkan, tidak pernah membina, tidak kiralah kalau kritikan itu memang berasas. Malahan kritikan mesti dibalas dengan keganasan dan tumpahan darah.

    Umat Islam perlu memahami satu perkara. Agama adalah sesuatu yang ‘personal’ antara insan dan Tuhannya. Kebanyakan orang memang sedia membiarkan perkara itu semacam itu sahaja. Akan tetapi apabila agama dikuatkuasakan ke atas orang lain, ataupun kehidupan mereka terpengaruh oleh agama, maka agama itu tidak lagi bersifat personal. Bererti anda sudah melibatkan agama menjadi milik masyarakat sehingga ia perlu diteliti dan diamati. Kalau anda mahu orang lain tidak menyibuk dengan agama anda maka agama anda itu perlu tidak menyibuk dengan kehidupan mereka juga.

    Umat Islam mempunyai anggapan bahawa oleh kerana Islam adalah agama rasmi negara ini, makanya Islam boleh menguasai setiap kehidupan rakyatnya. Apakah reaksi umat Islam seandainya Kristianiti disahkan sebagai agama rasmi Australia dan agama Kristian itu dibenarkan menguasai kehidupan setiap orang yang menetap di Australia? Apakah umat Islam di Australia naik angin?

    Anda bebas mengenakan pakaian bertudung seandainya anda percaya bahawa itu adalah satu kemestian dalam agama anda. Sudah tentu anda tidak boleh memaksa orang lain memakai tudung walaupun kerajaan tidak boleh memaksa anda tidak mengenakannya. Yang ironis, sebuah negara Kristian seperti England (ataupun mungkin Peranchis) membenarkan anggota polis wanita yang beragama Islam mengenakan pakaian tudung sedangkan sebuah negara Islam seperti Turki mengharamkan penggunaan tudung. Anda dapat lihat wanita yang cantik dan menarik berpakaian uniform polis mengenakan tudung sedangkan pelajar Islam di Turki terpaksa menanggalkan tudung mereka sebelum memasuki gerbang universiti. Satu ketika dahulu seorang ahli Parlimen wanita telah diheret ke luar bangunan kerana dia bertegas mahu pakai tudung di dewan Parlimen Turki

    Cuba anda lihat Televisyen. Setiap hari dan malam ada sahaja orang yang bercakap mengenai Islam. Mereka bercakap tentang ‘Islamic hub’ pengeluaran makanan Islam, Perbankan Islam, Kewangan Islam, Insurans Hayat Islam, pelaburan Islam, hukum-hakam Islam, dan apa sahaja. Mereka bercakap tentang memaksa umat Islam bersolat lima kali sehari, menangkap penganut Islam yang tidak berpuasa, menangkap umat Islam yang minum (arak) dan berjudi, menangkap penganut Islam yang melakukan seks rambang, dan banyak lagi. Mereka mahu diwujudkan kolam renang berasingan dan lorong pembayaran berasingan untuk dua jantina dan mahu mengharamkan penggunaan gincu bibir, kasut tumit tinggi dan pakaian terbuka di bahagian belakang.

    Itu sahajalah yang mampu mereka borakkan. Mereka berborak mengenai rupa bentuk. Mereka tidak bercakap mengenai isinya (substance). Mereka bercakap mengenai Syariah Islam tetapi mengabaikan Akidah Islam. Mereka berbincang mengenai Hadith Mereka enggan menyentuh apa yang disebut oleh Al Quran Mereka memberi fokus mengenai apa bentuk Islam yang sepatutnya, Tetapi apa yang sepatutnya rupa Islam itu tidak menjadi perhatian mereka

    Memanglah kita tidak boleh bercakap Bahasa Arab. Maknanya kita tidak akan faham Al Quran yang ditulis dengan bahasa Arab. Tetapi bukankah kita tidak dibenarkan membaca Quran dalam Bahasa Inggeris, kerana itu dianggap terjemahan yang dianggap tidak tepat dan mungkin mengandungi banyak kesilapan. Jika demikian bagaimana kita membaca Al Quran? Jika demikian kita mestilah belajar Bahasa Arab tetapi 99% orang Melayu tidak boleh cakap bahasa Arab? Apa yang perlu kita buat? Kita perlu mencari seorang guru agama yang dapat menjelaskan Al Quran kepada kita.

    Baiklah, saya akur perkara itu. Tetapi apakah guru itu dapat menjelaskan Al Quran dengan betul ataupun dia memberikan penjelasan dalam bahasa yang kita fahami, yakni Inggeris? Sudah tentu si guru akan menjelaskannya dalam Bahasa Inggeris (ataupun Bahasa Malaysia jika relevan).

    Bukankah ini bererti si guru tadi memberikan penjelasan dalam versi terjemahan Quran itu ...yakni dalam Bahasa Inggeris dan Melayu dan tidak dalam versi asal Quran tersebut> Apa bezanya? Apakah kita tidak miliki sebuah kitab Al-Quran dalam bentuk terjemahannya? Oleh kerana si guru itu tadi bercakap dalam Bahasa Inggeris ataupun Melayu bukankah kita mendengar al Quran dalam versi terjemahannya?

    Baiklah, andaikan si guru itu tadi bercakap dalam bahasa Arab dan Inggeris (ataupun Bahasa Melayu) jadi dia kononnya faham apa yang dicakapkannya. Aduhai....orang yang menterjemahkan Quran dalam Bahasa Inggeris (ataupun Bahasa Melayu_ pun pandai bercakap Bahasa Arab. Kenapakah terjemahan Quran dalam Bahasa Inggeris dianggap tidak tepat sedangkan guru yang bercakap kepada kita dalam bahasa bukan Arabik dianggap tepat dan betul?

    Cuba kita ambil Hadis sebagai satu contoh. Hadis yang asal adalah dalam Bahasa Arab. Tetapi kita dibenarkan membaca terjemahannya dalam Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Melayu. Itu dianggap OK. Itu dianggap betul. Tentulah ada yang tidak kena di sini. Kenapa dibenarkan membaca hadis dalam bentuk terjemahannya yang kita fahami tetapi tidak boleh membaca al Quran dalam bentuk terjemahannya pula? Kenapakah dalam usaha memahami Al Quran kita mesti mencari seorang guru untuk menterjemahkannya pada kita? Bukankah itu juga satu terjemahan kerana si guru itu bukannya bercakap pada kita dalam bahasa Arab?

    Baiklah kita ambil perkataan ‘Islam”. Apakah dia Islam? Apakah agama Islam? Islam Cuma bererti mengabdikan diri. Jika demikian apakah dia bentuk cara hidup dan sistem agama yang kita dikerah untuk mengabdikan diri? Quran sudah membuat satu penjelasan yang amat terang tetapi umat Islam suka merumitkannya. Quran ada berkata mereka yang mengikuti agama Nabi Ibrahim adalah pengabdi yang tulen, sama dan mereka pengikut Musa ataupun Isa. Teliti perkara ini. Orang yang betul-betul mengabdikan dirinya adalah pengikut agama Musa dan Isa yang patuh kepada agama Ibrahim,. Adakah anda lihat nama Muhammad disebut di mana-mana dalam doktrin itu?

    Nabi Muhammad sendiri telah mengisytiharkan bahawa dia bukannya mencipta satu agama yang baru tetapi hanya mengingatkan orang Arab agar kembali semula kepada agama asal yang betul sebelum ini. Inilah juga mesej yang dibawa oleh Musa dan Isa. Malahan Isa adalah seorang yahudi yang mati sebagai seorang Yahudi. Walaupun penganut agama Kristian mahu menyanggah pendapat ini. Saya terpaksa menyebutnya kerana saya bertanggungjawab apa yang saya yakini, bukannya berkata apa yang membuatkan orang menyukai saya.

    Nabi Isa tidakpun menyuruh penganutnya mencipta satu agama yang baru dan begitu juga Muhammad. Begitu juga Musa yang hidup mendahului mereka berdua. Apa yang disuruh oleh tiga orang Nabi agama kitab suci itu minta kita buat ialah balik semula kepada agama Ibrahim.

    Inilah akidah Musa Isa dan Muhammad. Ketiga-tiga Nabi Besar ini memang bersatu dalam doktrin ini. Yang membuatkan kita berbelah-bahagi ialah Syariah. Setiap agama mempunyai Syariahnya. Dan Syariah itulah yang diterjemahkan kepada hukum-hakam kehidupan. (ritual)

    Malahan Syariah telah membahagi-bahagikan tiga agama itu sehingga mereka bertelagah dalam konflik dalaman. Sesungguhnya hukum-hakam hidup ataupun ritual itu ataupun Syariah telah memcah-belahkan kita dengan teruknya – baik antara agama ataupun inter agama. Ritual yang sama ataupun Syariah itu telah memecah-belahkan kita sehingga kita lupa bahawa kita sebenarnya bersatu dalam bentuk Akidah.

    Telitilah semula Akidah Musa, Isa dan Muhammad. Ia ada tersurat dalam al Quran. Al Quran ada menyebut bahawa Akidah itu adalah Akidah Nabi Ibrahim. Seperti yang disebut oleh Kofi Annan di PBB: “Kita semua adalah cucu-cicit Nabi Ibrahim.” Ya, kalaulah orang Yahudi, Kristian dan Islam memahami perkara ini tentu mereka juga akan faham bahawa agama kita adalah agama Nabi Ibrahim. Inilah yang disebut dalam al Quran. Inilah yang disebut oleh Nabi Muhammad. Kofi Annan memahami perkara ini. Tetapi orang Yahudi, Kristian dan Islam tidak memahaminya. Itu sebabnya kita berperang sesama kita.
     

    18.07.2008 - Terjemahan marhaintua (MT-SPAR)
    (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


    Ditaja oleh:


    Hantar artikel ini kpd sahabat:
    Emel