![]()
TAG 2351:
Aku Terima Cabaranmu,
Mamat anak kepada Muhammad!
(Muhammad son of Muhammad, I accept!)
Oleh Raja Petra Kamarudin - Laman M@RHAEN
![]()
(Awal kata Penterjemah: Saya tidak mahu gunakan nama Muhammad bin Muhammad ke atas si malaun yang lebih dikenali sebagai Mat Tyson ini. Ia mencemar nama baik Nabi Muhammad (s.a.w.) Junjungan Besar kita. Saya cuma akan mengekalkan nama ayah beliau. Kalau ayah beliau, Muhammad Taib masih hidup, sudah tentu arwah tidak merestui perbuatan si malaun, anaknya ini).
Anak menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin pernah berkata betapa beliau tidak pernah takut berdepan atau berdebat dengan para pengendali dan penulis blog (facing or engaging Bloggers). Muhammad bin Muhammad Taib (selepas ini dikenali sebagai Mamat anak kepada Muhammad), yang merupakan Ketua Penerangan UMNO berkata masyarakat Blogger adalah pengecut (bermakna mempunyai telur yang kecut) kerana mempunyai laman web berpangkalan di seberang laut semuanya, menyebabkan Kerajaan Malaysia tidak dapat menyentuhnya.
Sesungguhnya, syarikat tempatan yang mengendalikan hosting atau pelayan laman web mereka di Cyberjaya yang sebenarnya pengecut. Sejurus saya menyebut Malaysia-Today, tidak ada satu pun orang tempatan yang berani berurusan dengan kami, terutama syarikat yang dimiliki oleh orang Cina. Apa yang saya maksudkan semasa menonton wayang ala Kung Fu bikinan Hong Kong yang memaparkan pelakon berani seperti Bruce Lee, Chan Kwan Tai, Ti Lung, Jackie Chan dan sebagainya berlawan seorang diri menumpaskan 100 orang samseng, tentulah anda harapkan dalam kehidupan kita seharian ini orang Cina mampu menunjukkan keberanian mereka juga. Malangnya perkara begini tidak pula menjadi kenyataan.
Semasa era Reformasi dahulu, saya amat aktif menghasilkan VCD Reformasi. Akan tetapi, semua pengeluar VCD Cina yang saya temui telah menolak permintaan saya. Mereka tidak keberatan menghasilkan gambar porno, termasuk filem ‘gay’ ataupun kegiatan seks dengan haiwan, tetapi tidak mahu terlibat dengan VCD merakamkan Anwar ataupun Reformasi. Akhir sekali saya dapat bertemu seorang pengeluar VCD berbangsa Cina yang sanggup membuatnya dengan bersyarat. Pertama, saya mesti membayar segala kos pembikinan terlebih dahulu dengan penuh. Ini adalah untuk jadi jaminan seandainya polis menyerbu dan menyelongkar kilang mereka dan merampas VCD itu, saya sahaja yang akan kerugian dan tidak membabitkan mereka. Kedua, mereka akan menghasilkan VCD itu semuanya hanya selepas tengah malam, ketika tidak ada orang lain berkeliaran. Saya perlu mengutip semua VCD itu dengan segera sebelum kilang dibuka pada keesokan harinya dan sebelum para pekerja datang untuk bertugas. Saya perlu menemui mereka di tempat meletak kereta bawah tanah yang tersorok untuk mengalihkan VCD itu daripada kereta mereka. Selepas itu mereka akan beredar dari situ dan saya perlu menunggu dahulu untuk seketika sebelum memulakan perjalanan saya selepas mereka berada beberapa batu jauh dari situ seandainya saya tertangkap ditahan sendirian.
Beginilah pengecutnya orang Cina. Jadi janganlah mudah terpedaya dengan wayang Kung Fu dan pelakon hero yang menentang 100 orang jahat dan menghenyak 100 orang samseng itu dengan hayunan penumbuk sulung. Orang Cina memang jenis yang amat pengecut. Mereka tidak akan berani terlibat dengan kegiatan anti-kerajaan. Mereka akan menghasilkan filem lucah, mereka akan bergerak cergas sebagai ibu dan bapa-ayam dan mengendalikan rumah sundal. Mereka akan bergiat dengan pengedaran dadah. Mereka akan membunuh secara assassin pemimpin MCA dan ketua-ketua samseng (kerana kebanyakan kes itu, orang yang terlibat, adalah sama sahaja) Mereka akan mengusahakan loteri haram dan operasi perjudian. Mereka akan bergiat cergas dengan perniagaan ceti haram 'along' dan membakar rumah anda dan menculik anak-anak anda seandainya anda gagal membayar hutang. Mereka sanggup merompak bank dan kedai emas. Semua itu memang berani mereka lakukan. Tetapi mereka tidak akan mengeluarkan VCD anti-kerajaan. Dan mereka tidak akan pada bila-bila masa berani menjadi ‘hos’ kepada Malaysia-Today di pelayan (server) perkhidmatan web mereka.
Hai Mamat a/k Muhammad, demikianlah halnya perkara yang sebenar. Kalau kita imbau kembali kisah Harakah yang dikenakan dakwaan (di bawah Akta Hasutan ataupun Akta Rahsia Rasmi, saya tidak ingat yang mana satu) beberapa tahun yang lalu, si Editor, si pemegang lesen dan si orang Cina yang menjadi pencetak akhbar itu telah didakwa. Si pencetak Cina telah mengaku salah dengan cepat dan membayar denda yang dikenakan. Dia tidak berani mencabar kes itu di mahkamah.
Dengan itu sedarlah kamu wahai Mamat a/k Muhammad, bahawasanya Malaysia-Today bukanlah pengceut dan Raja Petra Kamarudin bukanlah insan yang mempunyai telur yang kecut. Yang sebenarnya pengecut itu adalah orang Cina. Baru-baru ini kerajaan telah berkata mahu menahan dan menangkap seorang pelajar Cina yang berada di Taiwan dan menarik kerakyatan beliau kerana dia dikatakan telah mengaibkan Lagu Kebangsaan Negara. Ini membuatkan telur orang Cina menjadi lebih kecut. Orang Cina sudah lama sedar kalau mereka mengkritik kerajaan perbuatan mereka tidak akan dibiarkan dan mereka menghadapi risiko bukan sahaja ditahan tanpa perbicaraan, tetapi akan hilang kerakyatan (Malaysia) mereka juga. Itulah sebabnya tidak ada orang Cina yang berani menjadi hos pelayan kepada Malaysia-Today, walaupun ia melibatkan bayaran wang. Orang Cina sanggup merana dan merasakan telur yang kecut, daripada mereka hilang kebebasan dan kerakyatan mereka secara serentak. Orang Cina tidak ada bezanya kalau mereka melakukan sesuatu jenayah ataupun tidak, yang lebih penting ialah apakah kerajaan berkata anda sudah melakukannya. Apabila kerajaan berkata anda telah melakukan jenayah itu, bererti anda telah melakukannya walaupun perkara yang sebenar anda tidak pun melakukannya. Beginilah cara hidup di Malaysia ini.
Apa pun, eloklah kita lupakan masyarakat Cina dan syarikat perdagangan mereka. Saya tidak mahu orang Cina berkata bahawa saya menjadikan Malaysia-Today tempat mencerca orang Cina pula. Saya pun sedar orang Cina tidaklah begitu sensitif seperti orang Melayu. Orang Melayu adalah begitu sensitif. Sebarang kritikan adalah dianggap sebagai kritikan terhadap Melayu dan Islam. Saya boleh menggoyangkan keris di atas kepala sambil mengugut mahu menikam orang Cina sampai berdarah, tidak ada orang Cina yang akan membuat aduan kepada polis. Apa pun, penulisan ini bukanlah mengenai orang Cina. Tulisan ini ada kena-mengena dengan Raja Petra bin Raja Kamarudin yang dikatakan mempunyai telur yang kecut dan sedang berselindung di sebalik laman web yang berpangkalan di negara luar menyebabkan saya tidak boleh disentuh oleh hukum-hakam perundangan Malaysia.
Saya tahu betapa kecewanya kerajaan kalau tidak dapat menyentuh saya. Sebenarnya saya lebih bersedia untuk memudahkan kerja anda. Hai Mamat a/k Muhammad, saya akan biarkan anda menaja satu kumpulan orang ramai di PWTC seperti yang telah anda lakukan pada Sabtu yang lalu. Saya bersedia naik ke atas pentas dan berucap kepada 2,500 anggota UMNO yang akan dianjurkan oleh UMNO dan mengulang kembali segala dakwaan yang saya buat sebelum ini, di bumi Malaysia dan di ibu pejabat UMNO sendiri. Saya akan tarik balik perlindungan yang ada pad saya dan biarkan saya diadili oleh kerajaan serta membenarkan apa juga bentuk tindakannya.
Saya akan ulangi dakwaan saya di bumi Malaysia, di Ibu Pejabat UMNO betapa UMNO telah menyalahgunakan wang rakyat dan pembayar cukai sebanyak RM600 juta dan memberikan setiap 119 bahagian UMNO, sebanyak RM3 juta setiap satu. Untuk menyokong dakwaan ini saya akan tunjukkan Minit Mesyuarat UMNO di mana Presiden parti yang juga Perdana Menteri pernah berkata bahawa RM600 juta itu adalah untuk UMNO Bahagian dan bukan untuk Kawasan Parlimen. Saya juga akan buktikan bahawa 28 Bahagian Sarawak tidak diambil kira dalam pakej itu kerana UMNO tidak mempunyai cawangan dan bahagiannya di Sarawak.
Saya akan ulangi dakwaan saya itu secara lintas-langsung, di bumi Malaysia ini, di ibu pejabat UMNO, bahawa semasa Abdullah Ahmad Badawi masih lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dia telah menandatangani satu surat sokongan untuk menyokong adik iparnya menjadi salah seorang penikmat program tukaran Minyak untuk Makanan Iraq. Saya akan bentangkan Laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Kongres Amerika Syarikat yang mempalitkan Abdullah Badawi dalam skandal Minyak-Untuk–Makanan itu. Laporan itu menyebut betapa Saddam Hussein dan/atau kerajaan beliau telah disogok wang untuk membolehkan Abdullah mendapat kuota tersebut.
Saya akan ulangi secara lintas langsung di bumi Malaysia ini di ibu pejabat UMNO, betapa Scomi, sebuah syarikat milik anak Perdana Menteri, adalah penerima nikmat kontrak Petronas bernilai lebih daripada RM1.5 bilion. Saya akan bentangkan satu senarai kontrak dengan jumlah yang terlibat. Saya juga akan bentangkan testimoni salah seorang anggota keluarga BSA Tahir yang menyatakan bahawa Abdullah secara peribadi memang kenal Tahir dan amat rapat dengan beliau serta pernah pergi ke rumah beliau untuk makan malam. Seandainya anda terlupa, ya Mamat a/k Muhammad, BSA Tahir dikatakan telah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sedangkan itulah undang-undang yang sepatutnya digunakan terhadap mereka yang menjadi ancaman kepada keselamatan Malaysia. Sudah tentu saya menjangkakan kamu wahai Mamat a/k Muhammad menjelaskan sebab apakah Tahir merupakan satu ancaman kepada keselamatan Malaysia, memastikan beliau ditahan mengikut ISA dan apakah penahanan beliau hanya bertujuan untuk menghalang Amerika menemui beliau untuk mendapat maklumat penuh pembabitan keluarga Abdullah dalam skandal komponen nuklear, yang boleh menjadi pengetahuan orang ramai.
Saya akan ulangi dakwaan di bumi Malaysia di ibu pejabat UMNO, bahawasanya rumah di Perth yang pernah menjadi tempat tinggal Perdana Menteri dengan buah hatinya bernama Jean Danker, ketika mereka bersama-sama di sana pada bulan Disember tahun lalu, adalah didaftarkan di bawah nama isteri Patrick Lim. Saya akan tunjukkan satu salinan hak milik rumah itu untuk menjadi bukti seandainya anda tidak percaya. Seandainya anda belum faham lagi, wahai Mamat a/k Muhammad, Patrick Lim itu ialah rakan kongsi perniagaan kepada anak lelaki Abdullah Badawi dan syarikat beliau mendapat banyak faedah dalam pembangunan tanah berhampiran Jambatan Pulau Pinang yang bernilai RM2 bilion, dan sedang dibina dengan harga RM3 bilion melalui wang pinjaman daripada China. Seandainya anda belum sedar lagi, wahai Mamat a/k Muhammad, Patrick Lim ialah juga orang yang membolot Wang Ehsan Terengganu bernilai RM1 bilion yang digunakan untuk membiayai Pesta Monsoon Cup dan pembangunan Pulau Duyung . Semua itu dilaksanakan melalui satu tender yang dirunding mengikut penyeliaan Jabatan Perdana Menteri . Sedarlah kamu wahai Mamat a/k Muhammad, bahawa saya akan bentangkan segala gambar-gambar untuk menyokong segala hujah dan dakwaan saya.
Saya akan ulangi dakwaan saya ini di bumi Malaysia di ibu pejabat UMNO bahawasanya Majlis Tertinggi UMNO telah membuat satu keputusan mensabotaj Tun Dr. Mahathir dalam satu pemilihan UMNO di Bahagian Kubang Pasu, pada tahun lalu, dan ini adalah melanggar Perlembagaan Parti serta Kod Etika Parti. Saya akan bentangkan Akuan Bersumpah ataupun Affidavit bertandatangan oleh beberapa orang perwakilan yang menghadiri mesyuarat bahagian itu termasuk laporan polis yang mendakwa mereka telah dibayar RM200 setiap seorang agar tidak mengundi nama Dr. Mahathir. Saya juga akan bentangkan satu laporan polis oleh salah seorang pengadu yang telah dipukul di hadapan rumah kediamannya dan di hadapan ahli keluarganya oleh pemimpin UMNO daripada bahagian beliau dan dia sendiri dapat mengecam setiap mereka dan bagaimana setakat ini tidak ada sesuatu pun yang dibuat oleh polis walaupun laporan itu semuanya hampir menjangkau satu tahun lamanya.
Mungkin kita boleh beri tumpuan kepada segala isu ini dahulu, wahai Mamat a/k Muhammad. Memang banyak lagi isu lain seperti pembelian jet Airbus bernilai RM200 juta, penjualan MV Augusta dengan nilai hanya RM 4.00; keruntuhan Proton dan ghaibnya berbilion ringgit wang simpanan dalamnya, kemelut Jambatan Bengkok, Penggabungan ECM Libra dan Avenue Capital, dan banyak lagi. Mungkin juga saya boleh simpan isu ini untuk dijawab oleh Khairy kerana dia mahu menemui para pengendali Blog untuk berbincang dan berdebat ataupun berdialog.
Oh ya, wahai Mamat a/k Muhammad, saya juga akan dedahkan satu pucuk surat yang pernah anda tulis kepada Almarhum Sultan Selangor menafikan yang anda pernah menikah anak perempuan baginda dan satu keping surat lagi yang anda tulis kemudiannya memohon maaf daripada Baginda dan salinan surat sijil nikah daripada Thailand dan segala dokumen berkaitan dengan hal itu yang setakat ini belum pernah saya siarkan di Malaysia-Today. Saya juga akan bentangkan segala dokumen berkaitan dengan kerugian Kerajaan Negeri Selangor membabitkan RM800 juta disebabkan anda salah urus (ataupun sengaja uruskan begitu dengan niat ) penswastan bekalan air Selangor kepada Puncak Niaga. Sudah tentu saya akan menjangkakan anda akan membentangkan penyata akaun Negeri Selangor untuk tahun-tahun anda menjadi Perdana Menteri sebagai penjelasan apa yang berlaku kepada wang Negeri sebanyak RM3 billion, yang telah ‘lesap’.
Dengan demikian, wahai Mamat a/k Muhammad, saya tidak akan membuat dakwaan dalam laman web yang berpangkalan di luar Malaysia dan di negara asing. Saya akan membuat segala dakwaan itu secara terus terang dan di bumi Malaysia, di ibu pejabat UMNO. Dengan itu saya akan tertakluk kepada pendakwaan mengikut undang-undang Malaysia seandainya segala dakwaan saya itu adalah pembohongan dan tanpa bukti sahih untuk menyokongnya.
Kalau anda memerlukan dua minggu wahai Mamat a/k Muhammad, untuk menganjurkan himpunan manusia pada Sabtu lalu, apakah satu bulan mencukupi untuk anda anjurkan satu himpunan semacam itu sekali lagi? Buat sementara itu saya akan siapkan segala bahan bukti sebagai bahan pertemuan di Ibu Pejabat UMNO. Sudah tentu saya membawa bersama satu pasukan khas yang boleh membuat pengakuan secara sendiri terhadap segala dakwaan, dokumen dan sebagainya. Seandainya cakap saya sahaja belum memadai, saya mina izin anda untuk menyiarkan peristiwa itu di laman web secara lintas langsung kepada internet untuk membolehkan mereka yang tidak dapat hadir di PWTC dapat mengikuti peristiwa itu dengan keselesaan rumah kediaman ataupun pejabat mereka.
21.08.2007 - Terjemahan marhaintua (MT-SPAR)
(suntingan M@RHAEN)
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1 Tapak cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1
Ditaja oleh:![]()
free counter
Emel