TAG 1923:
Kenapa Digali Pusara 
untuk Tun Ghafar Yang Masih Bernyawa?

(Why is Tun Ghafar's grave dug when he is still alive?)
Oleh: MGG Pillai - 12-11-2005 02:17 pm   - Laman M@RHAEN

Ada sebuah liang lahad yang telah disediakan di Masjid Negara, dan sesiapa yang ke sana akan diberitahu bahawa lubang kubur itu ialah untuk Tun Ghafar Baba, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kini berada di Hospital Pantai. Beliau yang sudah lama sakit dan lemah sedang diberikan rawatan. Sudah sepuluh hari dia dikeluarkan daripada unit rawatan rapi (ICU) dan keadaannya masih teruk juga. Tidak mungkin Tun Ghafar dapat bertahan lama, seperti Tun Abdul Razak dulu ketika diberikan rawatan di London. Para pegawai sudah berpendirian Tun tidak akan keluar daripada hospital itu dalam keadaan bernyawa. Soalnya sekarang lubang kubur yang digali itu telah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali ia siap, ukuran panjangnya ternyata berubah dan tidak menepati ukuran tubuhnya.

Di Masjid Negara terdapat enam tapak kuburan yang dikhaskan kepada pejuang kemerdekaan Malaysia. Yang pertama ditempatkan di situ ialah mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Ismail bin Abdul Rahman diikuti oleh dua mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn. Orang yang patut dimakamkan di situ dulu dan merupakan Perdana Menteri pertama ialah Tunku Abdul Rahman Putra yang telah memutuskan sebelum kematiannya agar Almarhum dikebumikan di permakaman DiRaja di Kedah. Ada seorang lagi yang tidak diambil kira oleh pihak kerajaan ialah Dato Sir Onn bin Jaafar yang meninggal dunia dan dipinggirkan gara-gara beliau berada di pihak pembangkang ketika itu. Anak beliau Tun Hussein Onn menjadi seorang Perdana Menteri dan cucunya Hishamuddin Hussein kini menganggotai kabinet. Akan tetapi Dato Seri Onn adalah warga istana DiRaja Johor, kerana itu dia dikebumikan di Makam DiRaja Johor.

Di Malaysia hari ini, mereka yang dianggap penting pada masa lalu, tidak diambil kira begitu lagi. Siapakah yang memberi arahan agar diukur saiz Tun Ghafar untuk menyediakan kerandanya? Apakah dikira perlu menyediakan kubur beliau sedangkan beliau masih lagi bernyawa? Beliau telah dibawa memasuki hospital dalam keadaan kesihatannya yang teruk dan dimasukkan dalam hospital untuk dihantar ke London ketika dia semakin nazak. Kini dia berada di Hospital Pantai. Hampir setiap orang yang berpangkat di Malaysia ini terpaksa memakai tangkal untuk menepis musuhnya. Saya pernah mengiringi seorang menteri kabinet pergi ke satu pondok lebih dua puluh lima tahun dulu, untuk mengetahui perkara ini sebagai satu pengalaman diri. Bukannya senang untuk mendapatkan tempat penginapan di pekan kecil di situ. Kami pernah diberikan bilik penginapan yang sama di pekan itu. Saya melihat menteri ini memakai tangkal dan dia menjelaskan apa sebabnya. Tangkal itu tidak berapa membantunya, cuba mengelakkan beliau ditikam daripada belakang oleh Majlis Tertinggi UMNO. Hampir semua anggota kabinet termasuk yang bukan-Melayu memakai tangkal untuk mengelakkan bencana. Keperkasaan tangkal itu adalah bergantung pada ‘tuan’ yang menyediakannya. Itu sebabnya beberapa ‘tuan’ mesti ditemui untuk mendapatkan perlindungan. Ada satu kisah bagaimana seorang anggota Exco negeri hanya boleh dibunuh di tempat berair. Dia telah berhati-hati tidak menyeberangi Tambak Johor. Tetapi dia dibunuh di sebatang parit sahaja.

Usaha mencari ‘tuan’ seperti itu memang melucukan. Ada seorang tukang kebun yang mempunyai nama yang sama dengan tuanya yang menjadi seorang menteri ketika itu. Bayangkan apabila ada orang politik yang diminta menjadi orang-tengah untuk mendapatkan ‘tuan’ telah meminta khidmat si tukang kebun dan bukannya menteri yang menjadi tuan si tukang kebun itu. Si tukang kebun yang telah memberitahu majikannya akan permintaan yang ganjil itu telah dibawa menginap di Hotel Crown Princess Si tukang kebun telah diminta merestui tangkal untuk menepis majikannya dan memberikan mereka kejayaan semasa berpolitik dalam UMNO. Semua yang terlibat sudah gagal dan tidak seorang pun yang menduduki tempat yang menonjol sekarang ini. Si menteri memang kenal siapa musuh-musuhnya dan mengambil tindakan untuk menyekat mereka. Dia telah memberitahu Perdana Menteri akan semua musuhnya. Tangkal mereka yang lain mungkin berkesan untuk mereka naik dalam politik UMNO, tetapi masa depan mereka dalam kabinet bolehlah dianggap sifar sahaja. Menteri ini memberitahu saya ketika si tukang kebun berada di Kuala Lumpur.

Ada seorang wanita yang tidak mati-mati sehinggalah tangkal beliau diserahkan kepada seseorang yang bukan ahli keluarganya. Dia sentiasa sakit berbulan-bulan tetapi nyawanya tidak juga mahu pergi. Beliau telah menggunakan tangkal agar suaminya tidak berlaku curang selagi dia masih bernyawa. Sejurus beliau mati, si suami telah mengahwini orang lain tidak lama kemudiannya. Orang-orang biasa menggunakan tangkal sebagai amalan biasa. Hampir 40 tahun dulu saya telah diberikan dua tangkal pada hari perkahwinanan saya. Saya masih memakainya sehingga sekarang. Apakah tangkal itu memang berguna tidaklah dapat saya katakan. Mungkin juga nasib saya berbeza tanpanya. Saya percaya dengan kekuatan tangkal yang baik-baik. Memang ia tidak masuk akal orang yang menerima didikan Barat yang sentiasa mahukan bukti. Tetapi hampir setiap orang Asia dan Afrika menggunakan tangkal. Kalau mengikut didikan Barat mereka memanglah tangkal itu dianggap tidak berguna, tetapi mereka masih menggunakannya juga.

Kebanyakan orang yang sibuk dengan benda-benda yang rasional tetapi bergelumang dengan perkara yang tidak rasional juga. Manusia selalu takut dengan kegelapan. Logik minda Barat telah mengajar manusia bagaimana menghindari ketakutan. Tetapi mereka terus ligat dengan perkara yang luar biasa. Di Barat di mana fikiran yang rasional sepatutnya merajai kehidupan, masih ramai manusia yang menggunakan tangkal. Saya kenal ramai orang Barat yang memperlekehkan perkara ghaib tetapi mereka tetap memakai tangkal. Mereka meniru sikap mendiang Malcolm Muggerdie yang pernah ditanya oleh BBC kenapa selepas begitu lama berfahaman seorang atheis dia tiba-tiba menganut agama Roman Katholik. Dia menjawab; “Apa kata kalau saya tersilap?” Kita tidak tahu menahu akan kejadian selepas mati. Akan tetapi pihak yang rasional memang bersikap bertahan ketika membincangkan perkara yang ghaib. Ini memang berbeza dengan orang Asia, Afrika dan malahan juga orang-orang Afrika Selatan. Itu sebabnya di Amerika Syarikat sekarang ini, rasional dan ketamadunan kehidupan ini sedang dicabar oleh orang yang percaya kepada tangkal dan benda-benda yang ghaib. Di zaman moden ini, seseorang yang tidak percaya dengan cara hidup Barat dianggap kolot. Untuk menjadi moden, negara di Asia, Afrika dan juga Amerika Latin telah meniru cara hidup Barat. Akan tetapi dalam kehidupan mereka seharian mereka masih mempercayai tradisi perkara-perkara yang bertentangan dengan kehidupan Barat.

Dengan itu kita tidak hairan kalau Tun Ghafar memakai tangkal. Tetapi kita mesti hairan kenapa lubang kuburnya digali dulu. Mereka terpaksa menggali lubang tiga kali, kerana setiap kali lubang itu tidak bersesuaian dengan ukuran badannya. Kerana itu mereka terpaksa menggalinya berkali kali. Itu sebabnya mereka yang pergi membaca tahlil di perkuburan Tun Hussein terserempak dengan lubang kubur itu. Orang-orang yang menggali kubur tidak pula mengelat dengan menceritakan perkara yang sebenarnya. Mereka tidak boleh menggali kubur itu dan menutupnya semula dengan tanah untuk memudahkan kerja-kerja menggalinya kemudian, bila diperlukan. Inilah yang tidak dapat ditutup daripada penglihatan sesiapa menziarahi tempat itu, untuk membaca tahlil di perkuburan Tun Hussein pada ulang tahun harijadinya.

Apakah perlu semua itu? Kenapakah tidak digali kuburnya selepas dia sudah tidak bernyawa? Memang tidak salah menetapkan tapak perkuburan dan digali lubangnya selepas dia meninggal dunia. Akan tetapi dalam zaman di mana seorang Perdana Menteri semakin bertukar menjadi seorang diktator, segala perkara berhemah sudah mula dilupakan. Tun Ghafar telah dipinggirkan setelah dia bersara. Dia dinafikan hak perlindungan polis. Saya pernah menziarahi beliau. Tidak pun pernah saya melihat orang kerajaan ataupun UMNO menziarahi beliau. Waima seorang menteri kabinet. Beliau telah aktif sebelum UMNO lagi. Beliau yang telah menukar RIDA (ciptaan Dato’ Sir Onn) menjadi MARA. Sokongan beliau kepada Mahathir yang membolehkan beliau (Mahathir) menukar UMNO daripada satu pergerakan nasionalis menjadi satu parti politik. Dia memang tidak bersetuju dengan apa yang berlaku kemudiannya tetapi ini tidak bermakna beliau mesti dilupakan. Beliau mungkin tidak mempunyai sebarang jawatan kini, tetapi apabila sejarah Malaysia dan UMNO ditulis semula, beliau akan mempunyai peranan yang amat menonjol di dalamnya.

- MGG Pillai
pillai@streamyx.com

http://www.mggpillai.com/article.php3?sid=2156

Terjemahan MT-SPAR  - 22.11.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan:bakongnet.com


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.