![]()
TAG 1910:
Bush Dilanda Musibah Semacam Nixon 33 Tahun Dahulu
(Bush is in trouble, as Nixon was 33 years ago, with journalists going in for the kill)
Oleh: MGG Pillai - 30-10-2005 10:38 am - Laman M@RHAEN
Presiden Bush sedang menggelabah. Politiknya sedang digugat oleh Mrs. Cindy Sheehan, seperti mana Presiden Richard Nixon digugat oleh Pengawal Persekutuan (National Guards) yang membunuh mahasiswa Kent State University pada 1970 dulu. Skandal Watergate merupakan penyebab utama Nixon meletakkan jawatannya. Tidak ada pertanda bahawa kes kobocoran rahsia CIA akan mudah berlalu, berkemungkinan menyebabkan Presiden Bush melepaskan jawatannya. Tindakan dua Presiden ini memang banyak persamaannya. Presiden Nixon baru sahaja memasuki bulan kelapan tempoh (penggal) kedua jawatannya apabila dia melepaskan jawatan secara tergesa-gesa. Beliau merupakan Presiden yang pertama berbuat demikian setelah semakin jelas yang dia akan dicela. Tetapi dia lakukan apa yang sedang dilakonkan oleh Presiden Bush sekarang ini. Dia beri banyak kemudahan kepada pegawainya seperti yang dibuat oleh Presiden Bush juga. Yang terbaru akan tersingkir ialah “Scooter” Libby, Ketua Turus kepada Naib Presiden Cheney. Kemudian ialah Karl Love, orang yang merancang pilihan raya Bush. Presiden Bush telah menyerahkan orang yang menjamin jawatannya John Hlderman untuk digasak oleh orang ramai, sehingga dia masuk penjara. Ketua Peguam di zaman Presiden Nixon dulu, John Mitchell terpaksa masuk penjara jua apabila skandal Watergate terus menyerang Rumah Putih. Namun orang ramai terus mendesak Kongres yang sudah bersiap mahu mendakwa Nixon tetapi dia berundur secepat mungkin. Orang yang menggantikan Nixon ialah Mr. Gerald Ford, ketua Parti Republikan di dewan rakyat, bukannya Timbalan Presiden Spiro Agnew yang turut bersara untuk menyelamatkan Presidennya. Apa yang kita lihat sekarang ialah gelagat Presiden mengorbankan pegawainya untuk menyelamatkan diri, tetapi tindakan itu tidak akan melepaskannya. Partinya, Republikan sudah begitu bergelumang dengan skandal, dan sayap konservatif dalam parti yang ditunjanginya untuk berpolitik sudah tidak menentu sama ada untuk terus memberikan sokongan kepadanya. Ramai lagi pegawai yang akan diserahkan untuk dikutuk oleh rakyat sambil dia terus cuba melepaskan diri daripada masalah yang membelenggunya.Bukannya mudah semua itu. Para wartawan sudah lama menunggu, selama ini mereka telah ditipu. Selama itu juga mereka telah menulis pelbagai kisah yang muluk-muluk untuk mewajarkan tindakan Amerika Syarikat pergi berperang. Akan tetapi mereka sudah terlalu lewat untuk mengetahui bahawa segala alasan yang diberikan itu adalah bohong semata-mata. Tidak ada senjata pemusnah di Iraq dan Saddam Hussein tidak mempunyai sebarang program nuklear. Tidak seorang pun dalam sektor media utama yang mempertikaikan kenyataan kerajaan itu. Malahan mereka inilah juga yang berlagak sebagai tukang sorak semasa Amerika Syarikat menceroboh. Kini wartawan yang sama sudah sedar dan mereka semakin marah. Di saat terakhir pemerintah Nixon dulu, liputan berita telah dibantu oleh “Deep Throat” (suara dan maklumat orang dalam). Kini, laporan akhbar sudah dipengaruhi oleh kisah wartawan New York, Judith Miller yang terpenjara. Memang dia patut menerima hukuman itu kerana bersekongkol dengan segala pembohongan pihak pentadbiran AS Kumpulan Bush mengizinkan beliau dipenjara apabila semakin menyerlah betapa wartawan yang memecahkan skandal CIA dapat dilepaskan kerana dia telah membuat ‘kautim’ (urusan tolak ansur) dengan pihak pentadbiran. Kini, para wartawan mahu tahu apakah cerita kerajaan mengenai pentadbirannya yang membohong juga. Mereka sudah bertukar daripada anjing peliharaan kepada serigala yang menyinga. Sekolah kajian kewartawanan akan mendapat suntikan seperti terjadinya skandal Watergate. Apakah ia mampu mewujudkan satu kerajaan yang tidak menyatakan yang benar?
Hari ini kewartawanan menjadi subur berasaskan fakta. Akan tetapi, fakta yang anda lihat itu sudah pun diseleweng. Apa yang dikatakan fakta hari ini telah disogok kepada para wartawan oleh seorang pegawai kerajaan yang berkemungkinan tidak berkata benar. Inilah yang berlaku kepada pentadbiran Bush. Bilakah seseorang wartawan itu menggunakan kebijaksanaannya sendiri untuk mengatakan bahawa fakta yang disogok itu adalah palsu? Dia tidak berbuat begitu kerana takutkan wartawan lain dan pegawai pentadbiran yang menyerang beliau kerana kekurangan sumber. Kita faham-fahamlah bagaimana di Malaysia ini para pegawai boleh buat apa yang dia suka. Akan tetapi itulah yang diajar oleh sekolah kewartawanan masa kini. Saya tidak pernah pergi ke sekolah kewartawanan seperti kawan-kawan seangkatan dengan saya. Saya juga bertegas agar anak saya seorang wartawan mengambil kursus lain semasa di universiti. Akan tetapi pendidikan sekarang ini sudah begitu rapuh sehinggakan para majikan sekurang-kurangnya di Malaysia dan Singapura, tidak akan mengambil seseorang lulusan yang tidak ada ijazah berlainan daripada yang dipohonnya. Seorang lulusan agama dalam kewartawanan, boleh dianggap sebagai calon yang tidak kena pada tempatnya. Oleh kerana akhbar di Malaysia ini merupakan sayap parti politik dalam Barisan Nasional, pembaca selalunya diberikan gambaran palsu tentang kejadian di negaranya. Mereka mencari maklumat alternatif, dalam internet, kalau termampu.
Di Malaysia hampir semua sumber penerangan adalah daripada punca rasmi, sesiapa yang menyiarkan berita yang menyentuh pihak berkuasa sudah pasti akan disingkir daripada jawatannya. Itu sebabnya berita rasmi itu tidak berapa dihirau oleh orang ramai. Ada seorang lelaki memberitahu saya bahawa dia membeli akhbar kerana sudah menjadi tabiat, dan seorang lagi meberitahu bahawa isterinya mendapat akhbar itu di sekolah di bawah satu program yang menambahkan jualan akhbar, dan dia hanya membaca iklan sahaja sambil melihat internet untuk membaca berita dan komentar. Itu sebabnya apabila seorang menteri kabinet ataupun pegawai kerajaan diserang, kerana mereka dalam kerajaan mahu berbuat begitu padanya, pihak akhbar boleh menjadi kritis terhadap mereka. Di Singapura pun begitu juga. Tidak ada bezanya antara akhbar–akhbar di Malaysia, Singapura, Myanmar ataupun Vietnam. Wartawan seluruh dunia mempunyai tanggapan bahawa suratkhabar di Myanmar dan Vietnam tidak bebas kerana politik, tetapi di Malaysia dan Singapura akhbar kita tidak bebas juga semacam di London dan Amerika Syarikat. Semasa Perdana Menteri Malaysia membuat lawatan ke luar negara, dia membawa bersamanya satu kumpulan wartawan. Begitu juga yang dilakukan oleh Presiden Amerika. Tidak kiralah kalau seseorang itu dibayar untuk lawatan itu dan yang lain tidak pula. Niatnya adalah sama sahaja, untuk mendapatkan persetujuan mereka yang berada di tanah air.
Akan tetapi, wartawan di Amerika Syarikat (dan Britain) boleh bertindak apabila mereka sedar yang mereka telah diberikan berita palsu. Mereka marah dengan penipuan itu, dan mereka mahu membuktikan kepada umum bahawa mereka adalah bebas setiap masa walaupun\n mereka selalunya tidak begitu. Masa sudah berlalu apabila akhbar di luar bandar diuruskan secara bebas. Hari ini semuanya adalah sebahagian rangkaian, di mana ruangan editorial (lidah pengarang) disediakan di pejabat korporat dan dikirim kepada semua pejabat akhbar dalam rangkaian yang sama. Akhbar di anggap elok dimiliki selagi ia memberi keuntungan. Akan tetapi wartawan mudah berang apabila mengetahui yang mereka diberikan berita palsu seperti d Amerika Syarikat dan Britain. Wartawan akan mendapati tulisan mereka tidak disiarkan seandainya tulisan itu dibuat mengikut perasaan sendiri sahaja. Dalam ruangan lidah pengarang, ruangan itu boleh ditulis apa sahaja, tetapi ia tidak akan membawa banyak makna kalau di muka surat lain diisi dengan berita rasmi yang ditulis oleh wartawan yang bergantung kepada sumber rasmi untuk berita mereka. Para wartawan selalu diawasi oleh pemilik akhbar yang merupakan syarikat korporat di Malaysia. Syarikat korporat itu adalah milik parti politik yang mahu menentukan berita yang diterbitkan itu mengikut selera mereka. Saya pernah ditanya oleh seorang ahli politik di sebuah bandar kenapakah akhbar di Malaysia tidak melaporkannya. Akhbar di Malaysia membuat laporan mengenai peristiwa di bandar hanya kalau berita itu disenangi oleh pihak berkuasa, termasuklah di Sarawak dan Sabah. Saya mengetahui banyak hal mengenai Kuala Lumpur apabila saya pergi ke Sabah dan Sarawak.
Syarikat korporat di Amerika Syarikta kini turut sama dengan wartawan menyerang kerajaan kerana mereka mahu mengekalkan hak ‘kebebasan’ . Presiden Bush ternyata sendirian kerana para pegawainya sedang diserang, kerana salahlaku. Tidak ada apa-apa yang mampu dilakukan oleh Bush. Para penyokong beliau pun mengikuti perjalanan akhbar, dan menyerang beliau juga. Pentadbirannya sudah berbuat silap, dan akhbar yang marah telah menulisnya. Pada masa dahulu, mereka tidak berbuat demikian kerana mereka mengongsi tidur di bantal yang sama. Skandal Watergate pernah diperlekeh sebagai satu rekaan polis oleh para wartawan di Rumah Putih seperti mana Puan Sheehan sedang dicemuh sekarang ini. Serangan itu semakin galak sekarang, kerana para wartawan turut disertai pemilik akhbar mereka korporat komersial. Pada 1930-an dulu Emporia Gazette dari Kansas menjadi begitu popular di Washington. Tetapi akhbar itu adalah milik seorang yang terkenal di kalangan masyarakat bandar. Kini akhbar itu sudah menjadi satu rangkaian dengan menyiarkan lidah pengarang dan kolum yang sama dengan akhbar lain dalam rangkaian yang sama. Apakah penyingkiran Presiden Bush boleh mencetuskan perbezaannya? Saya tidak fikir begitu. Syarikat korporat dan para wartawan, setelah memainkan peranan mereka dalam “kebebasan Akhbar’” nanti, akan rujuk semula kepada peranan lama yang memang mereka pandai lakonkan untuk menjadi tukang angguk kepada pihak berkuasa. Tidak akan ada banyak perubahan di Amerika Syarikat hanya kerana seorang Presiden meletakkan jawatan. Dia akan melakukannya kalau semakin jelas nanti, seperti yang terjadi kepada Richard Nixon, bahawa dia akan berdepan dengan celaan.
- MGG Pillai
pillai@streamyx.comhttp://www.mggpillai.com/article.php3?sid=2145
Terjemahan MT-SPAR - 31.10.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan:bakongnet.com
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.