TAG 1909:
Busuk Ikan Bermula Dari Kepala
Oleh Sim Kwang Yang – MalaysiaKini 22/10/05  - Laman M@RHAEN


Beberapa tahun dulu, dalam satu bulan Ramadan, saya menerima panggilan telefon meminta saya datang mengutip kad pengenalan seorang budak kampung yang saya bantu mendapatkannya. Ketika tiba di pejabat Jabatan Pendaftaran Nasional, saya telah bersemuka dengan seorang pegawai yang muda rupanya dan kelihatan kurang senang dengan kehadiran saya, mungkin kerana dia tidak berapa selesa dengan puasanya.

Dia meminta bayaran sepuluh Ringgit. Saya pun mengeluarkan sekeping not RM10 tanpa berfikir panjang. Memang saya sudah lama membuat bayaran kecilan itu sepanjang hayat ini setiap kali berkunjung ke pejabat kerajaan. Kalau di tempat lain mungkin juga kita kena bayar untuk mendapatkan borang permohonan ataupun sebagainya.

Pegawai itu menyorokkan wang not sepuluh Ringgit di bawah beberapa fail tanpa memberikan saya sebarang resit dan kemudiannya menyerahkan kad pengenalan secara selamba. Dalam jangkamasa satu sat saya faham keadaan itu dan beredar dari situ.

Itulah keadaannya semcam kita dikenakan denda secara-tiba-tiba oleh polis trafik dan bukannya didenda oleh seorang majistret di mahkamah undang-undang kerana kesilapan kecil ataupun melanggar peraturan trafik . Seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang saya kenal, sya sudah menerima hakikat melicinkan tapak tangan sebagai kos sara hidup yang ghaib perlu dihadapi oleh setiap warga negara ini. Sogokan semacam itu adalah sebahagian ekonomi pasaran gelap yang tentunya besar jumlahnya di merata negara. Mungkin juga itu kejadian harian, di setiap tahap kerajaan, membabitkan terlalu ramai manusia yang boleh kita rakamkan pergerakannya.

Memang terdapat beberapa tahap penerimaannya. Bagi saya, memang saya mudah naik marah selepas setiap kejadian rasuah itu. Saya pun memikirkan sepuluh cara untuk bertindak dalam otak.

Saya boleh melapurkan kes itu kepada badan pencegar rasuah. Tetapi seperti rakyat Malaysia yang saya kenal, saya memang tidak ada keyakian pada badan yang bertanggungjawab kepada perdana menteri. Adalah lebih meyakinkan kalau ia bertnggungjawab kepada Parlimen. Apapun, selagi mereka tidak bertindak terhadap orang politik yang besar-besa dan saya kenali, martabat BPR memang boleh diragukan. Mungkin juga seorang ‘Ombudsman’ dapat memainkan peranan yang lebih berkesan.

Individu Yang Menyesal

Saya boleh membuat laporan kepada pegawai atasan si pegawai muda tadi. Ini merupakan sesuatu yang pernah saya lakukan dalam tugas rasmi saya. Untuk berlaku adil pihak atasan selalunya mengambil tindakan tatatertib selepas menjalankan siasatan yang rapi. Memang bukan mudah kerja ini, kerana kita sebenarnya membubuh pasir dalam periuk nasi pegawai itu. Memang ada cara memerangi korupsi, Tetapi bukannya mudah berhadapan dengan seseorang individu yang tersilap langkah dan kadangkala menyesal akan perbuatannya.

Jika demikian macam mana hendak memulakannya dan mana pula tamatnya? Dalam kisah kerani yang berurusan dengan saya tadi , mungkin juga dia menerima gaji yang kecil. Tekanan persiapan Hari Raya sudah menjelang tiba. Dia memang tidak mahu bertentangan mata dengan saya dan kelihatan gelabah sahaja. Apa gunanya kita menyingkirkan ikan bilis sedangkan setiap hari kita amat faham bagaimana ketua-ketua dan tuan politiknya di merata negara ini mengaut begitu banyak duit secara haram? Pegawai kerajaan yang berstatus ikan bilis itu hanya berkhidmat dengan sifat mencontohi kepimpinannya.

Memang ini merupakan satu dilema. Dengan tidak bertindak, bukankah saya merelakan amalan jahat, dan membiarkan si pesalah bebas mencari orang lain sebagai mangsa? Dengan mudah menyerah kalah bukankah saya turut bersekongkol dengan sebahagian besar rakyat ini yang merelakan sogokan sebagai satu budaya hidup? Apakah kawan-kawan yang lebih jujur mengutuk saya dengan sikap negatif begini dan apakah mereka tidak akan mengingatkan saya betapa perjalanan panjang sepuluh ribu batu bermula dengan satu langkah dan Roma bukannya terbina dalam satu hari?

Sesungguhnya mereka yang membuka dan menguruskan perniagaan kecil dan sederhana dan juga peniaga runcit akan mengangkat bahu tanpa menunggu lama. Saya akan dituduh terlalu naif dan inilah cara hidup di Malaysia. Hidup kita ini tidak boleh lari daripada aksi menyogok, kata mereka. Akhrinya dengan sedikit kewajaran mungkin, mereka akan mengatakan bahawa begitulah cara hidup di dunia ini.

 Ada seorang kawan yang membuka sebuah syarikat perunding kejuruteraan yang begitu berterus terang. Dia berkata TNB adalah satu institusi yang begitu rosak . Kalau anda tidak membayar sogokan. yang mengikut jadualnya orang yang mempunyai kuasa untuk menentukan kejayaan perniagaan anda akan menghilangkan dirinya. Dia kerap mengambil cuti atau pegi mesyuarat dan terlalu sibuk. Pada mulanya kawan tadi pernah membuat aduan terhadap seorang pegawai dan pegwai itu telah ditukarkan ke jawatan lain dan tidak pun dipecat. Keseluruhan sistem (di TNB) memang hapak, katanya. Sekarang ini katanya, kamu terpaksa memberi sogokan kepada penghantar surat untuk dia menyerahkan dokumen ke tangan yang betul.

Prasangka yang terdidik

Dengan itu saya tidak sedikitpun terkejut apabila pihak akhbar mendedahkan kisah peniaga gerai yang terpaksa membayar puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan lesen berniaga di kawasan Masjid India, Kuala Lumpur dalam bulan Ramadan.

Itu pun adalah satu dakwaan sahaja lagi, dan kita tidak harus mengadakan penghakiman melalui media. Akan tetapi kerana kita membesar dengan diwarnai suasana Malaysia begini, amat mudah untuk kita mempercayainya. Ini merupakan satu prasangka dan sudah tentu ia merupakan prasangka yang terdidik.

Lagipun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berada di mercu bandaraya negara , pangkal perniagaan, kerajaan dan kewangaan. DBKL menguasai segala-galanya dan antaranya ialah hartanah yang sungguh berharga di merata negara , dengan peranannya sebagai kerajaan tempatan yang tidak dipilih. Pegawai yang bertugs di sana mempunyai kuas besar terhadap soal hidup mati berjuta manusia, cara dan motivsi mengkayakan diri sendiri. Tidak ada pun unsur periksa dan imbang untuk menentukan akauNtabiliti dan ketelusan. Media pula secara keseluruhannya memang mudah berpuashati. Tentu menjadi satu kejutan seandainya bandaraya dilihat sebagai tempat yang memang bersih.

Saya tidak mempunyai jalan mendekati perniagaan besar dan duit yang banyak Tetapi peniaga kecilan, peniaga runcit dan kumpulan samseng merupakan sumber maklumat yang terperap. Maklumat semacam itu memang ada asasnya kerana yang menjadi mangsa bukannya ada keuntungan dan selalu di tempat yang kalah kalau mendedahkan rahsia besar mengenai rasuah besar di Bandar Raya.

Senjata paling perkasa yang ada di tangan birokrasi yang korup ialah pelbagai undang-undang dan peraturan yang digubal dengan tujuan menguasai dan mengatur aktiviti swasta. Apa juga yang anda cuba lakukan untuk mencari rezki halal memerlukan pelbagai permit dan lesen.

Seseorang yang cuba membuka satu restoren perlu mendapatkan kelulusan daripada majlis tempatan melalui pelbagai bentuk permohonan dan pemeriksaan. Sudah tentu masanya yang panjang menyebabkan kos tertangguh menjadi tinggi dan akan ada lagi kelewatan dalam memproses permohonan sebelum kelulusan yang terakhir. Orang perniagaan memang faham muslihat ini, dan secara senyap-senyap proses yang menyakitkan ini boleh dipercepat kalaulah tongkat sakti digunakan dengan cara membayar jumlah tertentu yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak.

Oleh kerana segala hukum-hakam yang digubal . boleh dilentuk mengikut keadaan dengan syarat ada sogokannya – pelbagai perbezaan memang sedia dibenarkan sehinggakan apa yang sah dan tidak sah merupakan sesuatu yang samar sahaja pemisahnya. Keluhuran undang-undang sudah tidak berkesan pada kacamata rakyat marhaen. Seperti yang dikatakan oleh kawan saya yang berniaga itu, kalau hendak ikutkan undang-undang, memang susah hendak berniaga.

Cara Hidup

Saya mengetahui akan satu kedai kopi 24/7 yang sungguh maju dan telah lama berniaga di Tigasegi Emas selama sepuluh tahun tanpa lesen.

Sudah menjadi satu cara hidup di Malaysia ini kalau sesiapa yang mahu membuka perniagaan, di mana juga di negara ini yang tertakluk kepada majlis tempatan. Majlis inilah yang menguasai dan menguruskan aktiviti mereka. Tetapi tidak ramai yang begitu tertekan dan merana seperti yang dihadapi oleh pemaju hartanah dan sektor pembinaan.

Inilah sektor yang merupakan perniagaan besar di mana ramai manusia yang bergantung padanya baik dalam perniagaan utama mahupun yang sampingannya (industri aliran/hiliran). Harganya memang tinggi. Apa pun tujuan memajukan sesuatu hartanah itu, terdapat pelbagai kelulusan yang perlu diperolehi “daripada pihak berkuasa yang relevan” sehinggalah dikeluarkan CF (Certificate of Fitness) yakni Sijil Kelayakan dan penyerahan kunci. Kos minyak pelincir jentera rasmi pihak yang berkenaan merupakan sesuatu yang tidak boleh dielakkan dan ini merupakan belanja hangus dalam produksi yang perlu ditanggung oleh pelabur dan peniaga untuk diambil kira dalam ‘”cost-benefit analysis”

Akhirnya nanti akan ada rumusan bahawa kerajaan ini terlalu besar. Ia perlu dikecutkan kuasanya supaya tidak mencekik semangat usahawan yang bebas. Ada satu falsafah politik yang mengatakan bahawa pengawalan sosial adalah cara yang paling berkesan untuk mengekalkan kuasa. Ini bererti lebih banyak pengawalan dan undang-udang akan merupakan satu amalan yang dipraktikkan untuk satu tempoh yang lama di masa depan

Orang-orang berpangkat tinggi yang bermulut manis mahu membanteras rasuah mungkin mahukan bahan bukti. Tanpa fakta tulisan saya ini hanya merupakan fitnah sahaja; kekurangan bahan bukti yang memungkinkan pendakwaan dan penghukuman terhadap pihak yang bersalah.

Sebenarnya fakta mengenai korupsi memang ada di mana-mana. Kecuali fakta itu dilihat sebagai nyata ataupun terselindung. Itu sebabnya rasuah itu dianggap rahsia yang paling terbuka. Kebanyakan fakta itu mungkin dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi negara.

Lagi pun pemimpin politik menentukan ragam dan standard moral kehidupan. Tokoh politik kita sibuk memperkayakan diri semasa memegang jawatan, tanpa takut disiasat dan rakyat yang prihatin memang tahu siapa mereka semuanya. Akan tetapi tidak ada banyak harapan untuk menghapuskan barah yang paling berbahaya ini daripada badan politik kita.

Mantan Presiden MCA memang terkenal dengan ungkapan bahawa “busuk ikan bermula dari kepalanya” Memang dia patut tahu.
 


Sim Kwang Yang pernah menjadi MP DAP untuk Bandar Kuching 1982-1995. Sejak bersara dia menjadi seorang penulis bebas dalam akhbar berbahasa Cina dan mengajar falsafah di sebuah maktab selama tiga tahun. Kini dia bertugas dengan sebuah NGO di Kuala Lumpur ‘the Omicron Learning Circle’ yang menggalakkan pengajian berterusan untuk dewasa yang bekerja dan pelajar kolej.
 

Terjemahan MT-SPAR  - 30.10.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan:bakongnet.com


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.