![]()
TAG 1906:
Berdozen Penjara Semacam Abu Ghraib
(Dozens of Abu Ghraibs)
Oleh Gustavo Cadevila – Inter Press Services - 26.10.2005 - Laman M@RHAEN
GENEVA – Kumpulan Hak Asasi Manusia di AS telah menyatakan kepada Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB bahawa terdapat berdozen-dozen pusat tahanan rahsia di merata dunia di mana Washington sedang memenjarakan beberapa banduan yang tidak diketahui jumlahnya sebagai sebahagian “peperangan anti-keganasan”.Di Geneva ada minggu ini, Jawatankuasa itu telah memeriksa kegiatan Amerika Syarikat dalam mematuhi “International Covenant on Civil and Political Rights’ khususnya mengenai kegiatan anti-terrorisme.
Pada hari Isnin ahli-ahli Jawatankuasa, yang dianggotai oleh 18 orang pakar bebas yang memang pakar dalam bidang hak asasi manusia telah mendengar hujah pertubuhan bukan-kerajaan AS yang menuduh Washington melanggar hak asasi manusia.
Patel merupakan seorang peguam dan wakil ‘Human Rights First’ yang berpangkalan di New York telah membuat aduan kepada anggota Jawatankuasa mengenai pusat tahanan rahsia yang menahan individu yang kononnya mempunyai hubungan dengan terrorisme.
“Terdapat beberapa lokasi yang boleh kita ketahui, seperti Guantanamo, Abu Ghraib, dan Bagram di Afghanistan,” kata Patel, “masih ada lokasi lain yang anda sedar memang wujud tetapi anda tidak tahu lokasinya yang sebenar.”
Menurut Patel terdapat pangkalan sementara di Iraq dan Afghanistan yang berdekatan dengan zon konflik, tetapi sentiasa dialih-alih kepada tempat yang ditentukan oleh Amerika Syarikat.
“Terdapat 20 kem seperti itu di Afghanistan, tetapi tidak pula diketahui berapa tahanan berada di situ dan anda tidak juga tahu bagaimana layanan yang diberikan.” Patel mendedahkan ini kepada IPS.
“Kemudian dalam kes yang terburuk sekali ada tempat tahanan yang tidak pun diketahui akan lokasinya.
“Sebagai contoh,” kata Patel “kita tidak pun tahu kalau ada orang yang ditahan di Diego Garcia (sebuah pulau kecil di Lautan Hindi, yang menjadi pangkalan tentera AS.), tetapi kita menerima laporan yang dipercayai untuk kita mempercayainya.”
Walaupun Amerika Syarikat enggan memperakukan ataupun menafikan kewujudan pusat tahanan rahsia ini” kami tahu sekurang-kurangnya terdapat 3 orang tahanan yang diperap di tempat rahsia itu,” kata Patel. Pertemuan pada hari Isnin dengan pertubuhan hak asasi manusia itu bertembung dengan pengumuman bahawa Amerika Syarikat sudah lewat menghantar laporan kedua dan ketiga kepada badan PBB yang khas ini. Hanya minggu lalu barulah laporan itu dikemukakan. Laporan kerajaan AS yang terkini belum lagi diketahui umum, tetapi aktivis dalam masyarakat sivil berkata di samping memenuhi kehendak ‘International Covenant’ laporan itu juga mengandungi jawapan terhadap soalan yang khusus dan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa itu mengenai salah guna kuasa yang menyangkuti kegiatan anti-keganasan.
Sejak beberapa tahun yang terkini, Jawatankuasa itu telah meminta Washington menyerahkan laporan yang tertunggak dan juga memberikan penjelasan kesan-kesan peruntukan yang diterima oleh AS sebagai sebahagian aktiviti tersebut.
Jawatankuasa itu telah menyatakan keprihatinannya terhadap implikasi “Patriot Act” yang diluluskan pada Oktober 2001 sebagai salah satu peraturan anti–keganasan yang pertama dulu yang diterima-pakai oleh AS selepas kejadian September 11 di New York dan Washington pada tahun yang sama yang meragut 3,000 nyawa.
Monique Beadle daripada ‘World Organisation for Human Rights USA’ telah memberitahu IPS betapa para aktivis telah menyatakan keraguan mereka mengenai sikap Amerika yang tidak patuh kepada ‘International Covenant and Civil and Political Rights’, tetapi memberikan penekanan terhadap keadaan orang tahanan, terutama mereka yang ditahan di tempat yang mengamalkan penderaan.
Beadle telah menyebut kisah Ahmad Omar bin Ali seorang warga Amerika di Arab Saudi yang sedang menuntut pengajian agama ketika dia ditangkap oleh pihak berkuasa Arab atas permintaan Amerika Syarikat.
Dia tela ditahan tanpa bicara selama 18 bulan di penjara Arab Saudi. Di sana dia didera dengan dahsyatnya” kata Beadle. “Terdapat beberapa parut di badan beliau hasil penderaan itu.”
Pertubuhan Beadle telah menyerahkan habeas corpus bagi pihak District of Columbia “Hakim dalam kes ini sedar kalaulah kita dapat membuktikan bahawa AS memainkan peranan dalam penahanan dan penderaan Abu Ali, Amerika boleh dikenakan hukuman.”
Keputusan hakim “memang memalukan kerajaan AS.” katanya. “Tanpa menyerahkan tuduhan di Arab Saudi, Abu Ali telah dihantar berpindah ke Amerika Syarikat, di mana dia masih dipenjara, dituduh oleh kerajaan AS dengan dakwaan bersekongkol dengan terroris.”
“Di sini jelas menunjukkan Amerika mempunyai kuasa terhadap penahanannya di setiap masa. Sebab pada saat terakhir apabila tidak lagi menyenangkan kalau beliau ditahan di Arab Saudi, ia menjadi mudah pula untuk membawa dia balik ke sini,” kata Beadle.
Beadle juga merujuk kepada amalan mengalihkan para banduan ke negara lain seperti Mesir ataupun Syria di mana orang tahanan kena siksa dengan azabnya.
“Amerika memang tahu sangat bagaimana Mesir dan Syria memang mendera para banduan, dan mereka menggunakan maklumat ini semasa menyoal-siasat banduan itu,” kata dia lagi.
Beadle menceritakan satu proses di mana tahanan di Guantanamo dikenakan ‘sensory deprivation’ (penafian rasa deria) di atas kapal terbang yang terbang selama berjam-jam untuk mendarat kembali di Guantanamo, sedangkan para banduan ditipu supaya mempercayai yang mereka sudah dibawa ke Mesir.
Para pengawal bercakap pada mereka dalam Bahasa Arab dan mengalu-alukan mereka ke Mesir. “Kalau anda tidak bekerjasama kami akan siksa kamu,” kata pengawal itu.
Terjemahan MT-SPAR - 30.10.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan:bakongnet.com
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.