![]()
TAG 1902:
Minyak BUKANNYA Bahan Api Fosil- Ianya Abiotik
Apakah ‘Kemuncak Minyak’ Satu Pembohongan?
(Oil Is NOT A Fossil Fuel - It Is Abiotic Is 'Peak Oil' A Put On?)
Oleh: Jerry Mazza - Online Journal Contributing Writer - 29-09-05 - Laman M@RHAEN
Kelihatannya begitu selesa untuk mempercayai ide ini. Minyak menyumbang dengan besarnya kepada pencemaran alam persekitaran. Zaman perindustrian telah menyemarakkan penggunaannya dengan meluas. Lagi banyak minyak yang kita guna, lagi banyak udara segar yang kita hilang, malah ozon juga turut terhakis. Lantas ianya kelihatan seperti pembalasan suci betapa kita bakal kekeringan apa yang dipanggil “bahan api fosil” dalam dua ratus tahun dan beberapa dekad, sebatian hidrokarbon sumpahan yang mengambil masa jutaan tahun untuk terhasil.Lantas, ianya kelihatan seperti memang layak apa yang menimpa kita: masyarakat yang dikuasai petro yangmana sebaik sahaja minyak menjadi kering kita akan menderita oleh pembunuhan massa penduduk, kebuluran, peperangan, kemunduran total, pengunduran kepada kehidupan dalam gua. Lantas kita patut membiarkan ‘nabi’ kita dari Wilderness.com, Michael Rupert meramal akan secara berterusan. Dan kitab tebalnya, Crossing the Rubicon akan mempunyai tajuk dengan ide besar: Kejatuhan Empayar Amerika pada penghujung zaman minyak. Yang sebenarnya, ia tidaklah sedemikian.
Untuk membuka bicara, ketahuilah bahawa minyak bukanlah bahan api yang berasal dari fosil (tulang belulang). Ini ialah teori lapuk tanpa pembuktian saintifik yang diketengahkan oleh saintis abad ke 18. Dalam masa 50 tahun, saintis Jerman dan Perancis telah menyerang teori yang mengatakan petroleum berasal-usul dari sumber biologi. Hakikatnya, minyak ialah abiotik, bukannya penghasilan dari bahan biologi yang mereput sekian lama. Dan minyak juga, walau bagaimana keadaannya bukanlah sumber yang tidak boleh diperbaharui dan bertambah jumlahnya. Ianya seperti mana arang batu dan gas asli, ditambah nilai dari sumber dalam perut bumi. Ini adalah kebenaran dan perihal Sains minyak yang sebenar-sebenarnya. Baca lah kesemua perihal tentangnya.Hakikatnya, saintis Russia dan Ukraine yang bekerja dalam tahun 1950an, yang telah dipotong dari bekalan minyak Dunia Barat, telah memerah otak mereka mengatasi masalah itu, dan menjelang tahun 1960an, telah meruntuhkan ide betapa minyak sebagai ‘bahan api fosil’. Tidakkah menghairankan ketika itu yang Russia adalah salah sebuah pengeluar jika pun tidak peneraju serta pengeksport minyak. Pemulauan oleh Perang Dingin telah memaksa Russia mengorek lebih dalam, secara bahasanya, bagi mencari minyak yang terletak jauh ke dalam perut bumi di sesetengah tempat, serta mencari di lain-lain tempat yang tidak ada sesiapa pun pernah terfikir kewujudannya. Selama ini Amerika merasa penyandang kepada pegangan palsu itu, kerana mendakwa yang penghasilan dan penemuan minyak sudah pun sampai ke kemuncaknya dan akan menyusut dalam beberapa dekad, yangmana Amerika berasa ia mesti mencetuskan peperangan bagi merompak minyak orang lain: Afghanistan, Iraq, Iran, Laut Caspian, Sudan dan sebagainya. Dan bagi mereka yang mempunyai minyak, mereka samada mesti bersinsing lengan menggoyang pedang sepertimana Venezuela, dengan mengancam membunuh Presidennya yang tidak mahu tunduk dan menjual kesemua minyaknya kepada Amerika. Dan dengan Arab Saudi pula kita akan pertahankan mereka dari pengganas dalamannya serta sebarang Saddam yang muncul. Dan kita akan bersekongkol dengan mereka selagi kita memperolehi habuan lumayan dari minyaknya, serta suara dalam menentukan siapa yang mendapat bakinya. Dan di situlah tersembunyi kebijaksanaan bejat, ‘Kemuncak Minyak’ yang penuh penipuan dan kelentongan seperti yang dicanangkan.
Sekiranya minyak, sepertimana arang batu dan gas asli, mengumpul sendiri oleh alam semulajadi, sekiranya kita jelas lebih kerap untuk menemuinya dari kehabisan bekalannya, bagaimana mungkin kita akan berterusan membuat wang darinya? Tentu sahaja tidak dengan memberi minyak pada harga yang berpatutan. Selepas Perang Dunia 2, minyak pada harga 25 sen segelen di stesen. Walaupun diambil kira akan inflasi yang mencanak sejak itu- minggu lalu saya telah membayar $3.50 segelen di New York City, 14 kali ganda dari harga dulu. Seminggu selepas cuti musim panas berakhir (musim penggunaan puncak), harganya turun kepada $3.00 segelen. Saya ragu sekiranya hanya saya seorang yang terperasan harga minyak melonjak setiap musim panas, kemudiannya jatuh sedikit selepas itu, dan kemudiannya naik kembali pada pertengahan musim sejuk tatkala bil untuk pemanasan tiba, orang tua lagi miskin yang tidak mampu menangani kenaikan harga mula kesejukan dan mati dalam rumah mereka sendiri.
Seseorang sedang mengumpul wang bagi broker-minyak Amerika, kerana “Kemuncak Minyak’ ialah konsep menarik untuk keluar berperang bagi “penguasaan” sumber minyak. Dengan itu setong minyak mentah boleh tetiba melompat dari $20 ke $70 kepada $100 satu tong, atau kepada dua, tiga atau empat ratus dollar satu tong, lalu memberikan keuntungan lumayan kepada syarikat minyak dan pembekal minyak dengan idea menyelerakan ‘permintaan tinggi’ bagi gas mereka. 'Kemuncak Minyak,' sebagaimana penulis Dave McGowan terangkan dalam surat nya yang berharga yang boleh anda dapati di Educate-Yourself.org, malah 'Kemuncak Minyak' akan mendorong syarikat-syarikat seperti Shell, cuba menutup prasarana yang amat menguntungkan seperti milik mereka di Bakersfield, California,.
Kemudahan Bakersfield, seperti lainnya di California, terletak di sepanjang garisan gelinciran San Andreas, yang membawa bersamanya sepanjang laluan itu merentasi Negara tersebut dengan kekayaan minyak mentah dan medan gas asli, penghasilan penyusupan dari teras bumi, dari pelantar tektonik, sebagaimana kata Dave, ‘mengentut’ dan gegaran apabila ia bergerak. Hakikatnya, minyak dan keluarga hidrokarbon kerap kali dijumpai di gunung berapi serta garisan gelinciran, sepertimana juga di kawasan padang pasir, teluk berair dan kawah laut. Mari kita bongkarkan misteri ini buat selamanya.
Alasan sebenar bagi sebuah syarikat seperti Shell untuk menutup sebuah prasarana seperti Bakersfield- kemudian merobohkan dengan bulldozer, menghentikan pengeluarannya, penapisan serta pembekalan ialah untuk memacu naik harga minyak. Ianya amat lah keji dan hodoh sekali. Dan kini kita melakukan perkara yang sama hari ini di Iraq, merobohkan Negara itu, untuk mengawal serta mengurangkan bekalan minyak. Jangan ambil pusing tentang demokrasi palsu yang kita sendiri tidak dapat berikan kepada diri kita di Amerika.Serentak dengan itu, kita juga membawa kemusnahan kepada penduduknya, mengurangkan bilangan mereka dengan lebih 100,000 kematian, menghancurkan prasarana, bekalan air bersih, sistem kumbah, tenaga, media, hospital namakan apa sahaja. Kita telah memecah-belahkan pemusatan bandaraya Iraq, memaksa penduduknya melarikan diri keluar atau terus meninggalkan Negara mereka, atau mengebom mereka kembali ke zaman batu sebagaimana yang para jeneral kita gemarkan ucapkan.
Dan Iraq sepertimana juga Afghanistan adalah paradigma masa hadapan tentang bagaimana kita akan menelan dan melahap Negara-negara, bandaraya-bandaraya malah juga yang memang menjadi milik kita seperti New Orleans contohnya, yangmana Teluk itu memang kaya dengan sumber minyak dan melalui pelabuhannya melintas peratusan besar akan bekalan Negara kita.
Para algojo politik AS sedang mengurangkan populasi Iraq demi mengembungkan kantung baron minyak seperti David Rockfeller. Dalam perkataan keras McGowan yang disedut dari mukasurat tiga satu surat lain:
THE ROCKEFELLER CORPORATE OIL MAJORS patut dihumban ke dalam penjara kerana menjual bahan dengan harga palsu serta menipu sekian lama akan cukai korporat mereka (kerana pengecualian cukai ‘elaun penyusutan’, yangmana mereka tahu adalah satu pembohongan. Kisah minyak abiotik ini mungkin kisah penipuan yang terbesar bagi tempoh 200 tahun lalu:: satu kejayaan korporat yang berlarutan dengan ,meletakkan harga minyak abiotik yang sentiasa bertambah dengan gembar-gembur akan pengurangan bahan itu secara palsu, berserta dengan kesemua ideologi berkaitan yang diperlukan untuk menjual kelentongan itu serta kesemua jutaan dollar yang telah dibuat mereka dan masih lagi kaut dari penipuan itu, dan juga kesemua dollar cukai yang mereka elakkan, curi dan lain-lain lagi.”
Dalam konsep “kemuncak minyak’ ini kamu mempunyai sistem rahsia untuk menjadikan dunia sebagai tebusan. Bukannya bermaksud yang kita tidak patut berhati-hati dari penggunaan berlebihan, bukannya yang kita patut mengelak dari pemuliharaan, atau berhenti dari mengorek planet, dan sebenarnya mencari kaedah organik tulin untuk hidup. Tetapi kini, oleh kerana kita berada di sini dan mempunyai bilionan umat untuk terus hidup, kita tidak boleh membiarkan sejumlah besar mereka dikasari, dibunuh, didera hanya kerana kekurangan sumber yang diada-adakan, ekonomi diterbalikkan oleh harga yang keterlaluan, setiap hari manusia kelas pekerja menjadi muflis kerananya, terpaksa bekerja, bagi memanaskan rmuah mereka, bagi memasak makanan untuk ahli keluarga, bagi mengambil bahagian dalam masyarakat teratur. Kita mesti pastikan yang para bedebah, keparat Bilderberg, kelompok elit, panglima penguasa menggunakan kelentongan ‘Kemuncak Minyak’ membebankan dunia.
Mempercayai “Kemuncak Minyak’ bukanlah harga yang perlu dibayar bagi mengelak perbelanjaan carigali dengan kaedah baru, bagi menetapkan harga komoditi yang adil dan tetap. Kos pertumpahan darah dan nyawa serta masa depan bangsa juga adalah keterlaluan sebagai bayaran kepada pembohongan ‘Kemuncak Minyak’. Malahan, menyedari yang minyak adalah sumber yang memperbaharui dengan sendiri kandungannya telah meletakkan agenda neokons ke dalam perspektif baru. Daripada melihat ‘Kemuncak Minyak’ sebagai hari-hari terakhir peradaban teknologi yang semakin kehilangan bisanya, lihat ide ini sebagai manipulasi seterusnya kearah kuasa fascist dan perhambaan: masih satu cara lain bagi menakutkan dunia untuk mempercayai yang sumber mineralnya memang sudah kekeringan, lantas kita mesti terus terlibat dalam perang demi perang yang perlu demi kesinambungan.
Sekiranya kita tidak menerima pembohongan, manipulasi ‘Kemuncak Minyak’ bukanlah bermakna yang kita tidak boleh mewujudkan satu sistem baru untuk membawa kehidupan dan dunia ke hadapan. Ianya hanya untuk menyedarkan para baron petroleum. Kemudiannya ia memberi kita peluang untuk menyatukan warga, mengoyak pembohongan kekurangan sumber, berkongsi sumber, bagi menikmati keamanan, membasmi kemiskinan dengan kemewahan sumber hidrokarbon yang semakin bertambah nilai sebagaimana dengan kemewahan impian manusia. Jika tidak kita akan terjebak dengan satu lagi kegilaan Ruppert, ‘Meningkatkan Pertandingan- Adakah China Pertempuran Terakhir?, Satu lagi hasil kerja gila menuju kearah kemusnahan total, satu lagi operasi hitam untuk generasi baru pintar yang percaya. Lebih banyak peperangan, perang tanpa penghujung bagi memperkayakan si kaya dan mempapakedanakan si marhaen yang miskin.
Jangan biarkan perkara ini terjadi, walaupun untuk jangkamasa yang pendek. Sebagaimana yang dilaporkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga, fail: “TIDAK BERLAKUPUN KEKURANGAN MINYAK.”
“Sebelum taufan Katrina melanda daratan Teluk Mexico, kebanyakan syarikat minyak telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan 30,000 pekerja dan menutup platform serta perkakasan carigali minyak. Lalu, bukanlah suatu yang mengejutkan betapa pada 30 Ogos, sekitar 95% penghasilan minyak Teluk berjumlah 1.5 juta tong sehari telah ‘ditutup’. Menjelang 6 September, angka itu menyusut kepada 58%, dengan hampir separuh dari keupayaan penghasilan minyak telah dipulihkan.
“Pada 2 September, Agensi Tenaga Antarabangsa yang dianggotai 26 negara telah bersetuju menyediakan 2 juta tong minyak sehari kepada AS, separuh petroleum dan separuh lagi minyak gasoline. Dalam kata lain, apabila penghantaran gasoline mula tiba dari Eropah dalam minggu hadapan atau kemudiannya, bersama-sama dengan 1 juta tong sehari dari Simpanan Strategik Petroleum AS, yang dikeluarkan di bawah garis panduan Agensi Tenaga Antarabangsa IEA, AS akan berenang dalam minyak.”
Dan terdapat laporan dari Perkhidmatan Berita laporan Perisikan Eksekutif LaRouche: “tatkala Sen. Byron Dorgan (ND-N.D.) memperkenalkan Akta Keuntungan Durian Runtuh (Windfall Profits Act) pada 7 September, beliau menganggarkan yang syarikat minyak utama telah merompak lebih 7 billion dollar setiap bulan dalam bentuk keuntungan berbanding tempoh 18 bulan lalu. Tidak berlaku pun kekurangan minyak.” Sekali lagi dari EIRNS:
"THE HOUSE OF WINDSOR-KARTEL MINYAK UTAMA BERTEKAD UNTUK MELAKSANAKAN OPERASI MENYAMUN GLOBAL DENGAN CARA MENGGENJAK HARGA MINYAK MELEPASI $70 SATU TONG. . Kunci kepada kehaprakan ini ialah betapa kartel minyak menguasai kesemua sudut kritikal industri tersebut sebagai sebuah sistem berpadu: (1) di A.S, sistem penghasilan minyak (selain dari yang diimport); (2) rangkaian penapisan minyak; (3) rangkaian pengedaran minyak; dan (4) antarabangsa, pasaran terbitan minyak. Ia menyedut margin keuntungan $40 bagi satu tong petroleum dalam rompakan di siang hari dalam usaha menyelamatkan dunia bankrupsi akan sistem matawang-kewangan.”
Petikan dari the Observer, 9/11/05: THE OBSERVER LONDON MENERANGKAN KATRINA SEBAGAI “PERFECT STORM” HALLIBURTON " . Saham Halliburton telah melonjak 10% sejak Katrina atas jangkaan akan kontrek tanpa pembidaan "Iraq-style", keuntungan berganda. The Observer memetik betapa Rep. Henry Waxman (D-Calif.), yang mengetuai penentangan terhadap korupsi hebat oleh Halliburton dan lain-lain kroni Bush/Cheney di Iraq, sedang ‘memerhati dengan teliti’ akan kontrek yang sedang dikeluarkan bagi pembinaan semula ekoran Taufan Katrina.
The Observer juga menyetakan betapa Joe Allbaugh, Bush's ketua FEMA yang pertama dan kini pelobi di Washington D.C, dengan KBR Halliburton sebagai pelanggan, dikenali sebagai “Karl Rove” dalam urusan kontrek.”Dan begitu lah kisahnya ia berterusan. Dan terimaksih kita kepada mereka yang bertekad mulia seperti David McGowan, Lyndon LaRouche, geologis Thomas J. Brown dan ramai yang lainnya atas keberanian, semangat serta suluhan cahaya kebenaran mereka. Mari lah kita ikuti kemana sahaja yang ia pancarkan, menjauhi dari kelentongan “Kemuncak Minyak” ke tahap medan kemanusiaan.
Kita tidak kerugian apa-apa melainkan kelemahan kita sendiri.
Jerry Mazza ialah penulis bebas yang tinggal di New York. Reach him at gvmaz@verizon.net.
The views expressed herein are the writers' own and do not necessarily reflect those of Online Journal.
Email editor@onlinejournal.com
© 1998-2005 Online Journal. All rights reserved.
You may not alter or remove any trademark, copyright or other notice from copies of the content.
http://onlinejournal.com/Commentary/091705Mazza/091705mazza.htmlTerjemahan N-SPAR - 29.10.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan:bakongnet.com
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.