![]()
TAG 1900:
Amerika Syarikat Gusar Wartawan Peliharaan Sudah Menyinga
Dalam Peperangan Propaganda
(The journalist poodle has become the barnyard dog in this propaganda war)
Oleh: MGG Pillai - 27-10-2005 12:01 pm - Laman M@RHAEN
Perbezaan pendapat, khususnya dalam sesuatu konflik adalah perkara biasa. Cadangan mengatakan Al Qaeda sudah berpecah, seperti yang disiarkan oleh The Guardian pada 26 Oktober 2005 bukan juga merupakan satu berita yang luar biasa. Seperti juga berlakunya perpecahan antara Amerika Syarikat dengan sekutunya mengenai cara mengatur peperangan di Iraq. Akan tetapi inilah peperangan maklumat di mana satu pihak diberitahu bahawa musuhnya sudah berpecah belah. Seolah-olah kedua-dua pihak tidak mengalami perpecahan. Kita dapat melihat perbalahan di kalangan para pemimpin dan antara pemimpin dan rakyatnya. Segala perpecahan ini dilaporkan dengan terperinci oleh orang yang pada mulanya dimanjakan sewaktu perang bermula. Tetapi segala perbalahan, kesilapan, dan keraguan sera martabat mereka sendiri menyebabkan mereka mengambil pendirian untuk berkecuali. Kerana itu setiap kali Amerika Syarikat dan sekutunya melakukan yang terburuk terhadap musuh mereka, para wartawan melaporkannya di ruangan tulisan mereka. Mereka tidak ambil kisah tentang para pejuang yang tidak pun memberikan sidang akhbar seperti yang dilakukan oleh Amerika. Jaringan Al Qaeda sudah pun menunjukkan kecanggihan dalam operasi mereka. Jika demikian bagaimana pula anda yakin bahawa perpecahan mereka tidak sengaja ditohmah oleh Washington, London dan ibu kota kuasa lain, seperti yang mereka lakukan dalam siri propaganda mereka. Mereka yang berkecuali di Iraq dan juga di tempat lain dapat melihat akan perang propaganda ini, dan mereka yang tidak terlibat langsung di Iraq mengambil pendirian berkecuali juga jika tidak berpihak sedikit menentang Amerika Syarikat. Perang propaganda ini sebenarnya mempunyai tujuan untuk meyakinkan rakyat mereka bahawa semuanya berjalan lancar. Tahap propaganda semakin meninggi apabila para pejuang kebebasan, yang sebenarnya adalah nasionalis Iraq dan puak Sunni yang amat benci terhadap para penceroboh, mencetuskan rusuhan dan mendapat sokongan daripada merata dunia.Timbalan Setiausaha Diplomasi Awam AS baru-baru ini mengadakan kunjungan ke negara-negara Islam untuk mendapatkan sokongan terhadap usahanya berperang. Beliau gagal mendapatkannya walaupun akhbar-akhbar Malaysia ada membuat liputan lawatannya itu.
Kunjungan beliau ke negara-negara Islam adalah sebahagian usaha membaiki keadaan selepas AS kalah dalam perang propaganda di tahap awal peperangan dulu. Kerana itu diwujudkan faktor pelencungan minda untuk menutup keresahan rakyat Amerika Syarikat dan sekutunya. Ada satu kes membabitkan Judith Miller di Amerika Syarikat. Para wartawan di Amerika selalu mengetap bibir terhadap beliau seolah-olah kisah beliau begitu penting, dan dengan demikian menghabiskan masa yang banyak membincangkan tindakan beliau. Sedangkan mereka seharusnya menumpukan tenaga menganalisis hal keadaan peperangan di Iraq. Kes Judith Miller dianggap kini sudah menyentuh setiap wartawan, sedangkan wartawan yang sama bersalah masih lagi bebas. Saya dapat tahu banyak kisah kes ini daripada yang saya perlukan, dan saya dapat lihat pada mula lagi ini adalah satu pelencungan minda dan saya ternyata memang betul
.
Rumah Putih mempunyai tukang karut (spinmaster) nya sendiri yang memang suka disebut namanya oleh pihak media tetapi tidak pula melakukannya kerana mengikut tatasusila tradisi kewartawanan. Mengikut tradisi biarlah orang lain yang menyebut namanya. Buat masa ini si tukang karut masih lega dan bebas. Para wartawan memegang tradisi itu, dan si tukang karut menikmati kelegaannya. Kisah ini masih menjadi tajuk berita. CNN masih lagi menyiarkan kisah Miller malam kelmarin seolah-olah ia membawa implikasi kepada peperangan mengganyang keganasan. Tetapi Rumah Putih mendapati perkara ini menyenangkannya kerana ia melencungkan tumpuan daripada Perang di IraqKisah Judith Miller dan perpecahan Al Qaeda adalah mainan sahaja kepada tukang karut di Rumah Putih. Inilah yang membuatkan orang lalai akan peperangan itu seperti yang telah terjadi sejak bulan lalu, setidak-tidaknya dalam akhbar AS. Akan tetapi kisah Judith Miller telah diberikan liputan luas seolah-olah ia merupakan satu kerja melanggar ‘First Amendment’ (mengenai perlembagaan AS) dan laporan yang dibuat merata dunia mengikut fesyen itu. Tetapi itu bukan yang sebenarnya kerana itu adalah satu pelencung daripada masalah yang utama.
Begitu juga halnya dengan kes perbicaraan Saddam Hussein. Sejak mula kes itu dikaitkan dengan kes Milosevic dan Mandela, kini sudah ada desas-desus bahawa Amerika mahu memindahkan tapak perbicaraan kepada satu negara lain di Timur Tengah. Saya membaca berita ini dalam beberapa akhbar, dan melihatnya di CNN dan BBC. Berita semacam ini hanya boleh muncul daripada kerajaan Amerika Syarikat sebagai sumbernya. Sudah tentu tidak benar bahawa beberapa wartawan di Iraq mempunyai pendapat yang sama. Jadi, Saddam akan merupakan seorang penentang yang berbeza. Terdapat banyak kesilapan dalam hal ini. Saddam dikenakan tuduhan mengikut satu undang-undang yang belum lagi wujud ketika kesalahan itu didakwa telah dilakukannya. Pada mulanya AS beranggapan dia boleh dikenakan tuduhan dengan satu ‘jenayah’ dulu, supaya dia mengalah, dan supaya kes yang lain dapat menumbangkannya sama sekali. Akan tetapi, seperti yang berlaku kepada kes Milosevic di Hague, lagi lama kes ini, lagi banyak keaiban yang mengena Barat dan semakin bertenaga pejuang kebebasan Iraq. Inilah yang dikatakan keadilan pihak yang menang. Tidak kiralah perbicaraan itu dianggap sah.
Pembunuhan yang dilakukan terhadap seorang peguam bela adalah bertujuan memberi amaran kepada semua peguambela bahawa pihak yang kononnya menang masih lagi berkuasa. Mereka mahukan Saddam mati semasa kes dia dibicarakan kerana dia mempunyai keupayaan mendedahkan penglibatan Barat selama 30 tahun bersekongkol semasa dia berkuasa. Di sini juga mereka sudah kalah dalam perang propaganda.
Begitu juga halnya dengan perlembagaan Iraq dan referendum. Keadaan tidaklah seindah yang digambarkan oleh AS. Puak Sunni dan nasionalis Iraq sudah menolaknya, kerana penubuhan persekutuan akan memecah-belahkan negara itu. Para pemimpin yang dilantik oleh Barat telah menghalusi beberapa bahagian perlembagaan itu bukan dengan rakyat jelata yang telah menaikkan mereka untuk berkuasa, tetapi dengan kerajaan Barat sahaja. Rakyat jelata tidak tahu-menahu apa yang disumbat dalam perlembagaan itu. Tetapi itulah yang dimahukan oleh diktator yang terkini. Kerana itu mereka memberikan undi menyokong diktator yang terkini itu semacam mereka memberikan undi kepada diktator yang dulu-dulu. Ini bermakna referendum itu telah sengaja diputar belit untuk menghasilkan undi kemenangan setaraf dua pertiga. Saya akan terkejut seandainya mereka dapat kurang dari itu. Oleh kerana mereka tidak mendapat sokongan puak Sunni mereka ubah peraturan untuk menentukan bahawa undi ‘tidak’ hanya boleh diambil kira seandainya dua pertiga pengundi menyatakan ‘tidak’. Tetapi itu bukan cara yang betul. Perlembagaan tidak boleh diluluskan di mana-mana wilayah sekiranya tidak mendapat dua pertiga undi. Peraturan telah diubah-ubah sesuka hati untuk membolehkan perlembagaan itu dikira sudah diterima. Apakah kedamaian dapat dicapai di sebuah negara yang sudah menghadapi perang saudara? CNN telah mengangkat seorang pemikir yang berkata bahawa ekonomi Iraq semakin pulih. Bagaimana mungkin kalau untuk berjalan di jalan raya pun masih tidak selamat? Ada sahaja yang akan dibunuh. Sama ada oleh pejuang kebebasan ataupun askar AS. Si pemikir tadi telah melakonkan apa yang diharap padanya: dia menyebelahi Rumah Putih dalam perang di Iraq, dan tidak mahu bercakap mengenai keadaan sebenar di sana.
Rakyat marhaen Iraq tidak menonton stesen TV barat sepanjang masa. Mereka menonton Al Jazeera. Pada bulan Mac nanti Al Jazeera akan memulakan rangkaian bahasa Inggeris, untuk membolehkan pandangan Arab marhaen diketahui oleh orang lain juga. Amerika mempunyai Al Hura, kerajaan Arab Saudi memiliki al-Arabiya tetapi tidak diminati oleh Arab marhaen kerana menganggapnya sebagai rangkaian propaganda. BBC pernah mempunyai rangkaian berbahasa Arab yang diuruskannya dengan biaya Saudi tetapi sudah pun ditutup kerana tukang taja mahu sebahagian komisen setiap program yang dibuatnya. Kini BBC mahu mulakan rangkaian Arab dengan cara menutup perkhidmatan sepuluh bahasa, dan kali ini ia beroperasi sendirian pula. Rangkaian itu tidak akan menjadi popular seperti Al Jazeera. Al Jazeera mendapat sokongan Al Qaeda tetapi ia tetap mengekalkan sikap berkecuali Lagi pun para penonton menikmati programnya berbanding segala propaganda yang ditayangkan oleh TV barat. Yang ironisnya kebanyakan wartawan Al Jazeera pernah bertugas dengan BBC saluran Bahasa Arab. Untuk menaikkan martabatnya Al Jazeera sudah pun mengambil wartawan unggulan Sir David Frost untuk bertugas dalam perkhidmatan bahasa Inggeris itu. Dengan ramainya ikon Barat dan bekas wartawan TV barat, sudah tentu rangkaian baru Al Jazeera itu akan diterima mudah oleh masyarakat berbahasa Inggeris.
AS memang sudah lama cuba menutup kebangkitan Al Jazeera. Satu ketika dulu Amerika telah mencatatkan nombor kordinat (nombor sasaran) pejabat Al Jazeera di Kabul. Tidak berapa lama kemudian, askar AS telah menghunjam pejabat itu dan membunuh wartawan di situ. Hotel Palestin di Baghdad sudah pun dibom dan pasukan pembebasan Iraq telah dituduh melakukannya. AS memang tidak mahu para wartawan bersarang di Iraq. Itu sebabnya dicetuskan kezaliman itu semua untuk melencungkan tumpuan. Inipun tidak berjaya. Mungkin juga puak pembebasan telah melakukan pengeboman itu, tetapi tidak pun ada bukti mengenainya setakat ini. Saya lebih yakin bahawa itu adalah kerja AS dan sekutunya. Askar British pernah menyerang satu balai polis yang berada dalam kawasan kawalannya untuk menyelamatkan dua orang komando yang ditangkap mengebom sebuah kereta. Tidak lama kemudian dua orang askar Amerika telah juga ditangkap melakukan kerja busuk semacam itu jua. Britain dan Amerika diam membisu apakah sebabnya mereka membuat kerja jijik itu. Saya telah diberitahu bahawa hanya Russia yang mengeluarkan berita akan penangkapan askar Amerika di sana. Semua ini adalah kerana Amerika memilih tidak mahu berkata benar. Sudah ada buku sekarang ini yang menceritakan perihal propaganda Amerika di Vietnam. Kita tidak mengharapkan yang terkurang di Iraq. Sesiapa sahaja yang berjaya dengan perang propaganda di Iraq akan menang peperangannya. Buat masa ini AS sedang kalah dan mereka cuba mengelat dengan menghalau wartawan yang melihat semua itu dan sanggup mengatakan bahawa Amerika tidak berkata benar.
Wartawan belaan sudah menyinga untuk bertukar peranan laksana anjing serigala. Bilangan mereka hanya dapat dikurangkan melalui pembunuhan ataupun menyulitkan tugas mereka dan bukan melalui perbincangan ataupun propaganda.
- MGG Pillai
pillai@streamyx.comhttp://www.mggpillai.com/article.php3?sid=2143
Terjemahan MT-SPAR - 29.10.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan:bakongnet.com
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.