![]()
TAG 1897-3:
Akhirnya CIA Naik Muak Dengan George W. Bush
Dan Golongan Amatur Sekelilingnya (Bhgn 3/Akhir)
Regim George W. Bush dan CIA
Oleh: Arthur Shaw
Sumber: http://www.vheadine.com/printere_news.asp?id=46498 - Laman M@RHAEN
Sudah menjadi amalan CIA tidak mengampunkan sesiapa yang mendedahkan identiti ejen perisiknya. Kerana itu ia menganggap perbuatan itu sebagai satu perkara yang serius.Regim George W. Bush dan CIA tidak pernah berada dalam keadaan tenang walaupun ayah Bush pernah satu ketika dulu menjadi bos besar CIA. Regim Bush telah melaksanakan penswastaan beberapa fungsi dan operasi CIA dan menjadikan agensi itu di bawah telunjuk ketua perisikan. Kerana itu agensi tersebut telah menyalahkan regim Bush kerana pembohongan beliau apabila mereka terjebak dan dituduh sebagai tidak beroperasi secara berkesan. Semua peraturan baru itu telah menaikkan kemarahan petugas dan perisik di agensi itu. Ketika itu pula Bush membuka tembelang mendedahkan rahsia seorang perisik wanita disebabkan suami beliau enggan berbohong bagi pihak Bush. Pendedahan perisik itu menggambarkan betapa Bush tidak pernah ambil kisah keselamatan perisik-perisik agensi tersebut yang belum lagi dapat dijinakkan oleh kuasa politik.
Dengan terdedahnya identiti Plame, CIA akhirnya naik muak dengan Bush dan semua amatur di sekeliling beliau dan akhirnya CIA membuat pendirian mahu mengajar regim GOP itu.
Untuk melakukan satu pengajaran kepada pemerintahan diktator Bush, langkah pertama yang perlu dibuat oleh CIA ialah menumpulkan kuasa Ketua Peguam AS John Ashcroft (the AG) yang merupakan pemegang kuasa rasmi dan penjaga keluhuran undang-undang di negara itu. Kerajaan diktator GOP tidak boleh memperlekeh keluhuran undang-undang kecuali diberi kemudahan berbuat demikian oleh AG yang juga melindungi mereka. Seseorang AG perlu memainkan peranan sebagai seorang ‘team-player’ (anggota berpasukan) sebelum usaha menghancurkan keluhuran undang-undang itu dapat dijayakan. Selagi AG berdiri di sebelah mereka empat penguasa imperialis itu boleh membocorkan rahsia kepada sesiapa sahaja. Inilah yang telah mereka lakukan. Jadi, pada September 2003, CIA telah mengasak Ketua Peguam John Ashcroft dengan tekanan yang semacam satu tan batu bata. Dengan pantas Ashcroft melepaskan kes itu kepada Timbalannya dan Timbalan itu pula telah melepaskan kes itu kepada seorang peguam khas yang dilantiknya. Si AG telah menunjukkan sifat tidak setia kepada regim Bush apabila dia membenarkan CIA menumpulkan kuasanya. Para bajingan dalam regim Bush telah menyandarkan harapan ke atas Ashcroft supaya tidak begitu ketat dengan penguatkuasaan undang-undang dan menyekat orang lain daripada menguatkuasakannya.
Sudah tentulah regim Bush terpaksa menggugurkan Ashcroft yang tidak berguna itu selepas kuasa dia telah ditumpulkan.
Sepanjang siasatan Jabatan Kehakiman sebelum terlantik Patrick Fitzgerald sebagai peguam khas, CIA telah membocorkan maklumat perisikan kepada para penyiasat Jabatan Kehakiman dan kepada media kapitalis. Ini yang membuatkan satu kerja berat kepada Timbalan Peguam Negara Comey untuk menutup kes itu dengan pembohongan dan dengan niat melepaskan Bush daripada didakwa.
Kenapakah CIA berjaya menumpulkan kuasa AG dan Timbalannya?
Regim diktator Bush merupakan kumpulan sayap kanan daripada masyarakat ‘bourgeoisie” (boujua = ningrat) AS. Walaupun sudah begitu terhenyak oleh pukulan maut Bush, CIA masih merupakan lambang naungan keseluruhan masyarakat boujua AS yang berjumlah 8 orang jutawan, termasuk sayap liberal yang lebih dikenali sebagai kumpulan pengecut. Dengan helah menipu semasa diadakan pilihan raya Presiden pada 2000 dan 2004, Bush telah membuktikan bagaimana dia mampu memperkotak-katikkan masyarakat bojua itu. Tentulah satu keanehan yang dia tidak mampu memutar CIA mengikut seleranya kerana CIA mewakili keseluruhan masyarakat bojua AS, tidak sahaja sayap kanannya. Malahan, beberapa anggota utama sayap-kanan kediktatoran di bawah George W. Bush sudah berpaling tadah dan melaporkan kerja gila Bush kepada peguam khas. Nampaknya minat luas golongan kapitalis itu sudah menonjol untuk mencekik kepentingan sempit golongan sayap-kanan kelas pemerintah.
CIA tidak pernah menentang kediktatoran GOP ke atas Amerika Syarikat. Secara umumnya, CIA mempunyai keyakinan bahawa kediktatoran GOP adalah baik untuk kelas bojua AS. Tetapi CIA semakin yakin bahawa Bush sudah terlebih aksi apabila dia cuba melebarkan kuasa diktatornya terhadap rakyat Amerika dan daripada tiga cawangan kerajaan kepada CIA. CIA merupakan satu institusi ghaib dalam negara dan seolah-olah memiliki kedaulatan, dengan kuasa yang terhad ataupun kuasa pengaruh yang terhad ataupun autonomi yang terhad juga. Dari aspek perjalanan kerajaan diktator yang umum, CIA tidak punya sebarang masalah dengan mereka. CIA sudah terlalu berpengalaman dalam menumbangkan lebih banyak demokrasi dunia dan mengenakan lebih banyak kerajaan diktator berbanding kemampuan regim Bush. Dalam hal ini yang lebih menonjol ialah kejadian di Amerika Syarikat pada 2000 dan 2004 dan Haiti pada 2004.
Pelakon utama dalam Plame Affair ialah peguam khas Patrick Fitzgerald yang mungkin mendakwa ‘ikan bilis’ Rove dan Liby untuk membolehkan bos imperial mereka Bush dan Cheney terus berjalan. Akan tetapi Cheney tidak akan berlengah untuk menghumban ‘Scooter’ kepada anjing serigala. Cheney memang akan merasa seronok menghumban “Scooter” Libby kepada kumpulan anjing yang pasti bergembira menerimanya.
Seandainya Bush dan Cheney mampu terus berdiri, kegagalan ataupun keengganan menjaga undang-undang terhadap para pemimpin GOP menunjukkan betapa keluhuran undang-undang itu sudah hancur dan sekali gus demokrasi AS pun sudah menghilang.
Apa yang masih tinggal ialah apa yang disebut-sebut oleh Senator Robert C. Byrd daripada West Virginia. Dia menyebutnya sebagai “topeng kesahihan” yang bertujuan untuk memperbodohkan semua orang agar mempercayai bahawa keluhuran undang-undang dan demokrasi masih wujud lagi.
Seandainya peguam khas tidak mendakwa Bush dan Cheney, bererti ada tiga alasan serba-mungkin bagaimana boleh berlakunya kerja-kerja kelentungan mereka”
1) Bush dan CIA telah berunding untuk mencapai satu penyelesaian dan CIA pun memanggil balik semua anjingnya; ataupun
2) AG ataupun satu panel hakim GOP memecat peguam khas; ataupun
3) Bush buat usaha berdamai (ataupun menyekat keadilan) dengan peguam khas.
Untuk mengusahakan (3) ataupun untuk membeli peguam khas adalah satu kerja berbahaya kepada Bush. Untuk melaksanakan (2) ataupun memecat peguam khas akan memprovok media dan mencetuskan kemarahan masyarakat bojua. Malahan beberapa pihak bojua AS akan tiba-tiba sahaja mula merungut mengenai “keluhuran undang-undang.”
Ini bererti hanya tinggal (1) atau membuat penyelesaian dengan CIA. CIA hanya pentingkan usaha melindungi CIA. Bagi orang CIA, Bush boleh meneruskan kerajaan diktatornya yang haprak dan memperlekehkan undang-undang terhadap rakyat Amerika yang dayus dan pengecut.
Seseorang boleh berdebat bahawa Plame Affair tidak ada kena mengena dengan masalah keluhuran undang-undang di Amerika Syarikat. Tetapi Plame Affair hanya menyangkuti martabat CIA.
Rahsia dan martabat ejen perisik memang termaktub dalam undang-undang yang mesti dipelihara. Lagi pun identiti sebenar secara rasmi ataupun tidak rasmi setiap perisik, seperti sepupu mereka yang bertugas sebagai diplomat mempunyai hubungan yang ganjil dan kadangkala menyulitkan dengan keluhuran undang-undang.
Secara fundamentalnya, ejen perisik merasakan mereka mengatasi undang-undang dan undang-undang mesti menyebelahi untuk memberikan perkhidmatan kepada mereka dan bukan sebaliknya.
Regim Bush mempunyai sikap yang serupa.
Memang jelas betapa ‘Plame Affair‘ lebih merupakan satu kes jenayah, (seperti kes O.J. Simpson dan Robert Blake di LA). Berbeza dengan pembohongan media kapitalis AS, ‘Plame Affair’ mempunyai implikasi politik dan ideologi. Lagi pun Simpson memiliki hanya dua dan Blake hanya satu.
Pembunuhan yang dilaksanakan oleh Bush berjumlah ratusan ribu, walaupun dia bertegas bahawa adalah menyalahi undang-undang mengira berapa banyak mayat orang Iraq dan Haiti.
- Seandainya anda pergi ke Haiti ataupun Iraq dan cuba menghitung berapa banyak mayat yang mati, besar kemungkinan anda akan dibunuh oleh askar AS ataupun askar yang pro-AS.
Dan anda bukanlah penghitung yang pertama ditembak mati.
Lagi pun rakyat AS, setidak-tidaknya GOP yang memerintah, tidak mahu mengetahui berapa ramai orang Iraq ataupun berapa ramai orang Haiti ataupun orang lain yang telah dibunuh oleh si bedebah George W. Bush.
Segala jumlahnya merupakan lambang kewujudan apa yang masih digelarkan sebagai demokrasi dalam kerajaan AS yang haprak dan tidak berguna di mana pemimpin GOP kerap membocorkan rahsia negara kepada rakyatnya.
Arthur Shaw
Belial4444@aol.comTerjemahan MT-SPAR - 30.10.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan:bakongnet.com
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.