![]()
TAG 1894:
Kedamaian Kodi Adalah Lebih Dahsyat Daripada Perang
(A bad peace is even worse than war)
Oleh: MGG Pillai - 20-10-2005 10:54 am - Laman M@RHAEN
Kira-kira 2,000 tahun dulu, Taciturn (sejarahwan Roma) telah berkata: “Satu kedamaian yang tidak sempurna adalah lebih dahsyat daripada satu peperangan.” Beliau juga telah merakamkan bagaimana seorang pemimpin Britain, Calgacus, memberitahu askar-askarnya bagaimana kerakusan Empayar Rom mahu menakluk dan merompak dan ‘merampas, menyembelih untuk membalun dengan alasan tipu, apa yang mereka anggap sebagai sebuah empayar mereka sehingga hancur-lebur semuanya dan kemudiannya mereka ajak berdamai”Tulisan Taciturn itu bolehlah dipakai terhadap Amerika Syarikat kini, yang ternyata lebih perkasa daripada kerajaan Roma. Hari ini Amerika Syarikat berlagak semacam orang Roma satu ketika dulu Seperti orang Roma mereka, kini, selalu termenung memikirkan apa yang sudah tersilap. Mungkin juga sudah terlambat untuk kita mencadangkan bahawa AS telah pergi berperang dengan ‘kata–nama’, sedangkan itulah hakikatnya. Amerika tidak mahu dilihat sebagai rasis, kerana itu peperangan mereka mengganyang negara Islam telah bertukar dengan pantas menjadi peperangan memerangi keganasan.
Amerika telah menjajah Iraq disebabkan minyak. Kerana Iraq ialah sebuah negara Islam maka ‘kata nama’ itu mudah diwajarkan di Washington. Tetapi alasan Amerika menakluk Iraq sudah ternyata palsu. Tidak ada senjata pemusnah di situ dan Iraq tidak pun ada rencana membina loji nuklear. Kerana Iraq mempunyai kedua-duanya (nuklear dan senjata pemusnah), menjadi alasan Amerika menyerang. Inilah yang menghumban puak Sunni dan ahli-ahli parti Baath daripada puncak kuasa dan akhirnya Amerika telah menangkap Saddam Hussein untuk dibicarakan.
Amerika tidak ada rencana lain kecuali menentukan puak Sunni dan parti Baath tidak memerintah lagi. Akan tetapi dalam membuat penentuan itu, Amerika sudah menentukan agar Iraq tidak mengeluarkan minyaknya lagi. Jadilah Iraq sebuah Dunia Keempat seperti Vietnam pada 1960-an dulu. Perang mengganyang keganasan itu telah menjadikan umat Sunni sebagai sasaran mereka. Di Timur Tengah Sunni Islam yang dominan dan marhaen Arab sudah menyokong rakyat Iraq yang amat membenci penceroboh yang datang daripada Amerika Syarikat. Pasukan bersekutu yang digabungkan oleh Amerika dulu adalah satu pemalsuan semata-mata sebagai helah mahukan negara lain turut serta. Amerika telah melancarkan perang maklumat menganggap sesiapa yang menyokong Iraq sebagai pengganas asing, seolah-olah mereka memang orang luar. Referendum yang diundikan terhadap perlembagaan yang direka oleh Amerika mungkin dapat diluluskan tetapi puak pejuang kebebasan tidak akan berhenti di situ sahaja.
Walaupun puak Sunni yang telah lama mencengkam kuasa di Iraq adalah puak yang minoriti, mereka telah berazam mahu menyulitkan usaha Amerika dan puak asing keluar meninggalkan Iraq. Akan tetapi bukan sahaja puak Sunni yang sedang berperang. Masih terdapat rakyat Iraq lain yang tidak mahu melihat negaranya berpecah belah seperti ketentuan perlembagaan baru. Golongan nasionalis ini merangkumi puak Sunni Shiah, dan Kurdis. Saddam Hussein pun satu ketika dulu tegas mempertahankan agar agama tidak dipolitikkan. Beliau telah memerintah dengan kuku besi, seperti yang akan disedari oleh pemerintah baru di Iraq.
Kini Saddam dibicarakan mengikut undang-undang yang tidak berkuasa semasa dia dituduh melakukan jenayah itu. Dia menolak perbicaraannya kerana sedar dia sedang dihakimi oleh keadilan puak yang menang. Barat terkejut dengan perangai Saddam dan CNN serta BBC turut terkejut kerana kelakuan Saddam menyerupai gelagat Molosevic ataupun Mandela bila dibicarakan oleh pemenang negara luar. Mereka memang terkejut dengan perangai Saddam di mahkamah. Kerana itu orang Amerika di Iraq telah membuat helah lain supaya dunia luar akan melupakan dia. Kematian seorang peguambela selepas muncul di mahkamah adalah satu kematian yang sengaja dirancang. Saya tidak terkejut dengan helah begini. Sejak dulu lagi saya kerap dituduh sebagai seorang teoris konspirasi, tetapi itu merupakan panggilan terhadap sesiapa yang tidak percayakan versi rasmi.
Bagaimana mungkin kita dapat mempercayai versi rasmi apabila askar British menyerang sebuah balai polis yang selalunya di bawah kawalan mereka, semata-mata mahu menyelamatkan dua askar British yang di tahan setelah ditangkap meledakkan bom dalam kereta? Ataupun apabila dua askar Amerika yang kini ditahan kerana tuduhan yang sama?
Amerika dan juaknya sudah lambat sedar betapa mereka buat silap menghadapkan Saddam ke muka pengadilan. Apa pun jadinya, dia akan dikira menang. Dia sudah menjangka akan digantung dan sudah pun bersedia menghadapinya. Kalau dia digantung, dia kira sudah menang dan kalau tidak dia kira dia menang juga. Dia sudah menjadikan dirinya sebagai seorang yang bakal mati syahid. Dunia kerap pernah membenci Saddam ketika dia berkuasa dan sudah pasti membencinya kalaulah revolusi itu dicipta di negara sendiri. Peperangan mengganyang keganasan sebenarnya merupakan helah untuk memerangi umat Islam, dan Amerika menyerang Iraq untuk menghumban puak Sunni. Mereka mungkin melakukannya atas nama kebebasan ataupun apa juga ‘isem’ yang lain tapi niat sebenar mereka a mat jelas.
Semasa Saddam berkuasa dulu, Al Qaeda tidak pun di sebut-sebut, tetapi kini Al Qaeda sudah masuk ke negara tersebut. Puak Sunni Iraq telah membuat pendirian mengharap al Qaeda akan membantunya dalam membangunkan semula Iraq yang sudah kini menjadi Dunia Keempat gara-gara kerja musibah Amerika Syarikat. Matlamat mereka ialah menentukan Amerika tidak akan berundur kecuali menanggung kerugian yang besar. Kelmarin mereka sudah memusnahkan satu lagi paip saluran minyak. Mereka telah membunuh hampir 2,000 askar Amerika kebanyakannya terbunuh selepas perang diisytiharkan tamat.
Presiden Bush mahu menjadi orang yang menyambung perang sabil yang dimulakan oleh Pope Urban II hampir satu ribu tahun dulu. Inilah peperangan dunia antara Kristian dengan Islam. Ini juga merupakan perang maklumat di mana dunia Islam turut mempunyai ruang angkasa yang luas untuk menyiarkan pandangan mereka. AS dan juak-juaknya sudah terjebak dengan kesilapan sendiri. Akhbar dunia yang dicuci mindanya oleh AS mengulangkan pandangan Amerika tetapi akhbar Islam mempunyai ruang untuk menyiarkan berita sendiri. Rakyat dunia Islam mudah memahami mesej berita Islam sedangkan mereka sukar memahami mesej Amerika. Saya fikir kerajaan Iraq yang ditaja oleh Amerika Syarikat tidak akan bertahan lama sejurus Amerika berundur daripada negara itu.
British pernah menjajah Iraq selama 40 tahun hingga 1958. Ketika itulah British menaikkan Sunni berkuasa walaupun dalam tiga wilayah yang diambilnya daripada sisa-sisa Empayar Uthmaniyyah orang Shiah adalah yang majoriti dan diikuti oleh puak Kurdis.
Puak Sunni telah berkuasa di Iraq selama 80 tahun. Seorang pegawai Amerika pernah bercakap bongkak betapa Amerika adalah lebih perkasa daripada Empayar Roma. Mungkin juga tetapi ia tetap diwarnai ciri-ciri pembikinan empayar seperti Roma. Malahan menghadapi masalah yang sama merata dunia.
Iraq yang pernah dibina oleh Saddam adalah berasaskan pembinaan negara Eropah yang kurang baik. Tetapi Amerika Syarikat sudah menjadikannya padang jarak padang tekukur. Amerika muncul dengan niat jahat untuk menyedut minyak Iraq sebagai selenggaraannya tetapi gagal meneka kemunculan puak pembebasan yang berani. Terutamanya di kalangan rakyat Iraq dan puak Sunni yang tahu bahawa Iraq mereka dulu sudah pun berlalu dan mereka tidak lagi akan memerintahnya.
Itu sebabnya mereka hancurkan Iraq supaya tidak ada orang asig akan menjajah. Apa yang kita lihat di TV dan baca di akhbar bukanlah perkara yang sebenarnya terjadi di bumi Iraq. Sekarang ini sudah wujud perang saudara di Iraq dan keadaan itu akan menjadi dahsyat lagi kalau Amerika dan Britain berundur. Kerajaan masa depan di London dan Washignton akan mendapt sokongan rakyat berasaskan rencana mereka berundur daripada Iraq, dan berbincang dengan puak yang menentang mereka. Masalahnya perkara ini sudah menjadi sulit disebabkan oleh Amerika dan juaknya.
Di Vienam dulu, saya telah diberitahu bahawa Amerika tidak pun memusnahkan sistem pentadbiran. Mereka memainkan peranan (palsu) berbincang dengan negara yang sedang memerintah. Vietnam dan Vietcong telah menggunakan sistem telekomunikasi bikinan Amerika setiap kali Amerika tidak menggunakannya. Amerika telah tumpas di sana tetapi mereka berkawan baik sekarang ini. Keadaan semacam itu sukar boleh terjadi di Iraq. Lebih lagi setelah kita diberitahu bahawa Amerika sudah mensasarkan Saudi Arabia pula. Kalau Iraq boleh mencetuskan banyak masalah bayangkan apa yang boleh terjadi di Arab Saudi. Kalaulah kota suci Mekah akan terancam dan rosak, seperti yang terjadi di Najaf dan Karbala di Iraq, Amerika dan juaknya tidak mampu lari ke lubang cacing lagi. Puak Sunni di Timur Tengah sudah pun bersiap-sedia.
- MGG Pillai
pillai@streamyx.comhttp://www.mggpillai.com/article.php3?sid=2140
Terjemahan MT-SPAR - 25.10.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan:bakongnet.com
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.