TAG 1887:
Malaysia Kehilangan Kedudukannya 
Dalam Urusan Islam Di Luar Negara 
(Malaysia is losing its place in Islamic affairs overseas)
Oleh: MGG Pillai - 18-10-2005 07:52 am  - Laman M@RHAEN

Menteri Luar Malaysia, Syed Hamid Albar telah memberitahu Thailand agar tidak campurtangan dalam urusan Malaysia. Saya kebingungan dengan sikap beliau berbuat demikian. Semasa Paklah diberitahu oleh Mr. Thaksin di Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bulan lalu supaya tidak masuk campur hal ehwal Thai, Syed Hamid tidak pula bersuara apa-apa. Sedangkan semasa Thaksin bercakap dengan Paklah, dia ada bersama. Kenapakah kedua-dua mereka tidak bersuara? Persidangan tahunan UMNO akan diadakan tidak lama lagi. Apa gunanya Syed Hamid bersuara sekarang kalau untuk memancing undi. Malaysia mempunyai satu rekod yang panjang di Thailand di mana orang Melayu Thai telah lama memperjuangkan kemerdekaan wilayah mereka lebih satu abad. Itulah perjuangan yang berasaskan kepercayaan bahawa British sepatutnya pada awal abad ke-20 dulu, bertegas dengan kerajaan Thai agar menyerahkan wilayah Melayu kepada Semenanjung Tanah Melayu. Malaysia sudah lama masuk campur hal ehwal Selatan Thai sejak zaman kemerdekaan lagi.

Saya pernah berbual dengan wakil PULO di Jabatan Perdana Menteri lebih 30 tahun yang lalu. (PULO ialah pertubuhan bersenjata orang Melayu di Selatan Thailand) Malaysia telah menggembar-gemburkan konflik itu ke tahap antarabangsa dengan mengambil kira negara-negara Islam, dan telah membabitkan peperangan global yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat. Apabila Mr Thaksin mula menekan, baru-baru ini, sudah tentu PULO turut bersikap begitu juga. Selatan Thai sudah tidak lagi merupakan tempat yang selamat bagi rakyat Malaysia. Baru-baru ini puak pemisah Thai telah membunuh seorang sami Thai, di antara beberapa ramai lagi yang telah mereka bunuh sejak beberapa bulan yang mutakhir. Saya ada seorang kawan yang mempunyai ibunya daripada Selatan Thai. Dia telah terperangkap di sana ketika menziarahi ibunya di seberang sempadan. Kini, tidak lagi selamat untuk menyeberangi sungai Golok memasuki Selatan Thai. Sungai itu sebenarnya merupakan terusan air yang cetek di kebanyakan masa dan amat mudah menyeberanginya bila tidak banyak berair. Kini, apa yang dahulunya merupakan konflik mengenai wilayah sudah bertukar menjadi perbalahan antara Buddhist dan Islam, sekali gus merupakan satu peperangan agama.

Ketegangan sudah membara sejak Malaysia diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam dan menjadikan masalah di selatan Thai sebagai isu antarabangsa. Dulu kita menyebut Melayu Thai tetapi kini kita menyebut sebagai Thai Islam pula. Malaysia sudah menukar definisi dalam perlembagaan di mana orang Melayu dianggap sebagai satu bangsa di negara asing. Dengan istilah begini Kuala Lumpur telah kehilangan kuasa di Selatan Thai. Yang menjadikan keadaan lebih teruk ialah sikap agen-agen Malaysia yang lebih berminat mengaut wang daripada menjalankan tugas mereka. Paklah tidak pun berminat dan selalu berdolak-dalik. Dia tidak semacam tuannya dulu Dr. Mahathir yang bersikap tegas. “Dulu kita merasa lega bertugas dengan dia,” kata seorang agen. “Anda perlu beri keterangan kepadanya, dan dia tanyakan apa pilihan kita. Apabila keputusan sudah dicapai, anda perlu meneruskannya. Dia tidak mudah lupa kerana akan menyoal anda balik bila berjumpa dengannya..”

Kita tidak tahu sekarang ini siapa sebenarnya yang berkuasa dalam regim Paklah. Kita boleh meragukan pegawai yang menerima laporan kita itu tidak disogok oleh kuasa luar. Ini sudah tentu membahayakan kedudukan agen tadi. Apakah kita mempunyai agen (perisikan) di luar negara? Sudah tentu. Saya pernah bertemu agen daripada negara seperti New Zealand dan Burma. Begitu juga dengan negara lain yang mempunyai agen rasmi dan yang tidak rasmi. Begitu juga halnya dengan Singapura dan setiap negara yang berminat dengan Malaysia. British, Amerika, China, Russia, Singapura, India, Timur Tengah, Indonesia. Mereka ada di kedutaan ataupun di syarikat swasta. Inilah caranya negara-negara lain mengikuti perkembangan sesuatu negara, sambil mendapatkan khidmat orang tempatan baik pegawai kerajaan mahupun individu perseorangan.

Masalah di selatan Thai adalah seperti itu juga. Sepatutnya kita menentukan apa yang sedang berlaku di sana. Apa yang dibantah oleh Thailand ialah pembabitan Malaysia dalam urusan Selatan Thailand. Malaysia pernah menghalau seorang duta Singapura (dia diminta keluar dengan hormat) apabila seorang pegawai perisik Singapura telah menerima satu bungkusan sensitif daripada seorang pegawai tentera yang masih berkhidmat di tempat awam. D dokumen itu bukanlah risalah rahsia seperti yang difikirkan oleh Singapura. Dokumen itu boleh didapati secara percuma. Saya pernah meminta satu salinan dokumen itu daripada Kementerian Pertahanan ketika itu, dan mendapatnya. Sesiapa sahaja boleh menerima salinan itu akan tetapi inilah cara kerajaan berfungsi.

Thailand memang membenarkan Malaysia mencari maklumat di Selatan Thailand. Tetapi Malaysia telah menganggap Selatan Thailand semacam satu tangannya yang hilang, dan melakukan apa sahaja untuk menerima kembali wilayah Melayu Thai. Ramai rakyat Kelantan mempunyai saudara mara di sebelah sempadan. Bekas Menteri Luar dan Menteri Pertahanan Malaysia, Tengku Ahmad Rithaudeen, adalah berasal dari sana. Malahan Thailand pernah satu ketika dulu membantah semasa beliau menjadi Timbalan Menteri Pertahanan. Tun Razak tidak mempedulikannya. Paman Tengku Rithaudeen pernah menjadi ahli Parlimen Malaysia dan pernah menjadi ketua selatan Thai. Ku Deen pernah menjalin persahabatan yang akrab dengan kuasa besar di Bangkok. Satu ketika dulu Perdana Menteri Thai adalah bekas kawan sedarjah dengannya, dan ketika Perdana Menteri itu datang melawat Malaysia tiga puluh tahun dahulu, Tengku Rithaudeen telah berjumpa dengannya.

Sepatutnya Malaysia tidak cakap celupar terhadap Thailand seperti yang dilakukan oleh Syed Hamid Albar. Lagipun Malaysia sudah tidak lagi mempunyai peranan besar seperti dulu. Malaysia sudah kehilangan banyak peranan utama itu apabila Thailand menandatangani satu perjanjian damai dengan Malaysia pada 1976,. Dengan perjanjian itu tentera Malaysia tidak lagi masuk di kawasan Thai untuk menyekat kemaraan parti komunsi Malaya. Tetapi Malaysia tidak pula menyekat kemasukan orang Melayu Thai yang menggunakan Sungai Golok untuk mencari perlindungan daripada sasaran tentera Thai. Perjanjan damai dengan PKM memberi tumpuan kepada kerajaan Thai terhadap Melayu Thai.
 
Negara lain sudah “mencucuk” Thailand dan Malaysia dalam konflik yang dihadapi sekarang. Walayah Melayu Thai sudah menerima bantuan daripada masyarakat Islam dunia dan Bangkok sudah menjadikan pejuang pemisah Thai sebagai bahan percaturan untuk penubuhan pangkalan Amerika memerangi keganasan.

Sepatutnya kita tidak ambil peduli apakah Mr Thaksin bersikap ganjil. Dia adalah seorang Perdana Menteri. Kita tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Thailand dan keadaan menjadi lebih dahsyat disebabkan pergerakan pemisah di selatan itu. Seandainya Thailand bertindak memotong Segenting Kra, ini bererti wilayah Melayu di Selatan Thai akan terputus daripada tanah besar Thailand. Dulu rencana demikian tidak diterima akal tetapi sekarang Thailand bersedia membuatnya. Singapura telah menawarkan pembinaan satu pelabuhan di setiap penghujung genting itu. Ini bererti Singapura yang mempunyai pelabuhan sendiri sudah akur perkara ini tidak dapat dielakkan lagi.

Sepatutnya Malaysia akan menerima tempat yang baik di hati orang Melayu di Selatan Thai. Tetapi tidak. Pucuk kepimpinan Melayu Thai yang kini dianggap sebagai Islam Thai, tidak pernah mempercayai orang Malaysia. Mereka melihat nasib mereka sebagai Kashmir di rantau ini seperti Kashmir dalam konflik antara India dan Pakistan. Mereka mahu kemerdekaan sendiri. Dengan adanya hasil petrol dan kedudukannya di Teluk Siam, serta bantuan daripada negara-negara Islam, orang Melayu Thai sudah mula melupakan Malaysia dan Presiden OIC, Paklah. Perdana Menteri Turki pernah menolak desakan Paklah agar tidak melantik Anwar Ibrahim menganggotai Lembaga Pengarah Dana Islam. Sebagai seorang Perdana Menteri dan Pengerusi OIC, Paklah tidak mampu menyekat pembabitan seorang Islam Malaysia menguruskan berjuta dollar dana itu. Kini Paklah sudah kehilangan pengaruh dengan orang Melayu Thai. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia (bukan orang Melayu) memikirkan apa yang sebenarnya menyenakkan negara ini. Malaysia terpaksa bangun semula dan menerokai arah tuju yang baru. Usaha itu tidak akan pergi ke mana seandainya Menteri Luar, mula celupar secara terbuka dengan Thailand. Apapun alasan beliau Malaysia sudah kehilangan pengaruhnya di Selatan Thai.

- MGG Pillai
pillai@streamyx.com

http://www.mggpillai.com/article.php3?sid=2136

Terjemahan MT-SPAR  - 19.10.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan:bakongnet.com


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.