TAG 1885:
Bersiap-sedia Untuk Berperang Dengan Iran?
(Preparing for War With Iran?)
Oleh: Steve Sellery – westchesterweekly.com Sept 29, 2005 - Laman M@RHAEN

Scott Ritter, mantan pemeriksa senjata PBB di Iraq, telah mengadakan bukti kukuh betapa pentadbiran Bush sedang bersiap sedia untuk meluaskan perang ke Iran dalam ucapan yang disampaikan di United Church di New Heaven pada 17 September di hadapan 250 hadirin yang memberi perhatian penuh.

Perhimpunan itu yang ditaja oleh  Squeaky Wheel Productions, Between the Lines Radio Newsmagazine, WPKN dan the Yale Coalition for Peace, telah dirancang tepat pada masanya. Ritter telah berucap sehari sebelum lawatan oleh Cindy Sheehan, seorang ibu yang masih mahukan Presiden George W. Bush memberitahu kenapa anaknya perlu mati. Dalam ucapannya yang bertajuk “Kelentongan Setara: Agenda Bush bagi Perang di Iraq dan Iran,” Ritter menerangkan dengan jelas betapa anak Cindy mati kerana penipuan pentadbiran Bush yang mendorong kepada Perang Iraq dan kini sedang menyediakan kita untuk peperangan di Iran. Ini semua telah dihidangkan dalam dokumen geng Wolfowitz-Cheney “Project for a New American Century"  di mana neokons merancang untuk penguasaan ketenteraan di Timur Tengah.
 

Scott Ritter ialah seorang lelaki yang hebat. Besar dan ragam tubuhnya, beliau masih kelihatan seperti pemimpin Marins Korp yang mengetuai sedozen tentera dalam pertempuran. Beliau memulakan ucapan dengan kenyataan selamba yang ia tidak pernah terbayang akan ditaja oleh kumpulan keamanan. Beliau memang selamanya seorang tentera, anggota American Legion. “Saya masih percaya kepada pentingnya peperangan,” kata beliau. “masalahnya ini ialah peperangan haram dan setiap hari ia menjauhkan kita dari matlamat keamanan.”

Kawalan kemarahan Ritter terhadap pentadbiran Bush memang jelas terpampang. Ini bukannya keberangan oleh pencinta keamanan akan tetapi oleh seorang tentera yang telah ditipu bontang oleh kepimpinan tertingginya. “Ianya bukan lah kesalahan anggota biasa tentera akan peristiwa yang berlaku di Iraq,” kata beliau. “mereka hanya mengikut arahan. Apabila anda dan 12 orang anggota bawahan berhadapan menghadapi musuh, anda perlu menumpukan perhatian untuk terus hidup dan memenangi misi anda. Para anggota tentera melakukan apa yang negara kita perintahkan mereka.”
 

“Iraq  ialah negara yang sedang terbakar,” jelas Ritter. “Dan tentera kita adalah bahan api yang menyemarakkan api itu.” Jangan tersilap tentangnya, tambah beliau, hari ini ialah hari yang terbaik untuk kita nikmati di Iraq. Ianya hanya akan menjadi lebih parah. Kenapa tidak kita keluar dari Iraq pada hari yang terbaik? Kita tidak perlu menanti sehingga keadaan menjadi lebih parah.
 

Ritter meringkasakn koflik Iraq kini sebagai perang ‘haram’ yang meru[pakan hasil penipuan sedekad oleh kerajaan AS dan pehak CIA. Selepas Saddam Hussein menceroboh Kuwait, Resolusi PBB menyeru agar tentera Iraq disingkir keluar dari Kuwait. Ianya dicapai dengan sempurna. Colin Powell, yang pada ketika itu Joint Chief of Staff tentera, telah memberitahu Presiden supaya jangan menakluki Iraq kerana kita tidak mempunyai perancangan menguruskan negara itu selepas perang tersebut; yangmana tanpa perancangan akan berlaku pertelingkahan etnik. Bush Sr telah mengikut nasihat itu. Pehak  CIA telah memberitahu Presiden yang dengan sekatan ekonomi, kita akan memaksa rakyat Iraq sehingga mereka menggulingkan Saddam Hussein. CIA merasakan yang ia akan mengambil masa enam bulan.

Senjata Pemusnah Besar telah digunakan sebagai alasan bagi sekastan ekonomi keatas Iraq selepas Kuwait dibebaskan. Namun, Ritter menyatakan yang Perang Teluk Pertama hampir memusnahkan kesemua keupayaan Iraq. Ianya hanayalah seolah-olah “program sekolah tinggi” bagi membangunkan SPB, kata Ritter. Pun begitu, kerajaan AS telah memperbesar-besarkan ancaman supaya ekonomi negara itu jatuh tergolek dan Saddam Hussein dipunggah turun. Bush telah menandatangani arahan kepada CIA dengan menjadikan penyingkiran Saddam sebagai matlamat utamanya.
 
Semasa menjelang Perang Iraq, rakyat Iraq membenarkan pemeriksa senjata memasuki negara itu, terang Ritter. Pehak Iraq berkata yang mereka telah pun memusnahkan kebanyakan dari keupayaan mereka. Ritter berkata yang para pemeriksa mempunyai bukti akan keupayaan mereka yang telah dimusnahkan, namun tidak dapat mengesahkan jumlah senata yang tertinggal. “Adalah mustahil untuk membuktikan negatif, kata beliau. “Pehak CIA berterusan mendakwa yang masih ada lagi senjata yang tinggal dan ketika itu kita tidak dapat membuktikan dakwaan mereka itu salah. Kini kita sudah pun tahu.
 
“CIA berkata terdapat 140 buah misil SCUD di Iraq dan kita telah membuktikan maklumat mereka itu salah,” tambah beliau. “Pehak CIA kemudiannya mengurangkan angka itu kepada 14 buah misil dan berkata yang mereka tidak akan berganjak dari angka itu. Dan mereka memang betul akan satu perkara—mereka tidak akan berganjak dari angka itu. Ternyata yang ianya bermotifkan politik sejak awal-awal lagi.”
 

Beralih ke Iran. Ritter berpegang kepada hakikat yang pentadbiran Bush merancang untuk berperang dengan Iran kerana program tenaga nuklearnya. Kerajaan kita berkata yang kita tidak boleh mempercayai Iran kerana negara yang kaya minyak tidak memerlukan tenaga nuklear. Akan tetapi dalam tahun 1976 (tatkala Donald Rumsfeld menjadi Setiausaha Pertahanan dan Dick Cheney Ketua Kakitangan di bawah Presidensi Gerald Ford), Shah Iran telah memberitahu AS yang beliau memerlukan tenaga nuklear bagi mempelbagaikan program tenaga negaranya bagi alasan keselamatan, sekiranya Teluk Parsi disekat atau terdapat kerosakan teruk—secara semulajadi atau buatan manusia—kepada telaga-telaga minyaknya. Kerajaan AS bersetuju dengan logik Shah ketika itu, namun telah mengubah keputusan mereka kemudiannya kerana sebagaimana yang dikatakan Ritter, strategi neokons ialah perubahan rejim di seluruh Timur Tengah, walau si belaik hakikat betapa orang yang sama pernah menyokong program tenaga nuklear Iran kini menentangnya pula.

 Iran sudah pun mematuhi kesemua Peraturan antarabangsa berkaitan dengan pemeriksaan antarabangsa akan program tenaga nuklearnya. Menurut Ritter tidak ada cara sah untuk menentangnya, jadi pentadbiran Bush berkata yang negara itu telah mengumpul senjata Pemusnah Massa. Sekiranya AS meminta Iran menutup program tenaga nuklearnya dan permohonan itu sampai kepada Majlis Keselamatan PBB, Russia dan China sejak awal lagi berkata yang mereka akan menentang permohonan itu. Dalam kes itu kata Ritter, Amerika Syarikat akan beralih kepada Perjanjian Keselamatan Baru Bush tanggal 17 September 2002 dengan berkata yang keselamatan AS telah diancam dan satu-satunya penyelesaian ialah dengan berperang.

Ritter berkata satu sebab kenapa kita tidak dapat mencari jalan keluar dari Perang Iraq ialah kerana begitu ramai anggota Kongres yang mengundi untuk berperang dan takut untuk mengubah pegangan mereka. Satu-satunya pendekatan yang ada ialah untuk rakyat Amerika menyingkirkan setiap pegawai yang dipilih—anggota Republikan atau Demokrat—yang enggan mengubah pegangan mereka kepada pengunduran segera. Ini termasuklah Demokrat seperti Hillary Rodham Clinton dan Joseph Biden yang terus melekat kepada pegangan pro-peperangan apabila bertanding jawatan Presiden. Jika kita tidak menjatuhkan kesemua bedebah ini dari jawatan, mereka akan menghantar kita berperang di Iran, ramal Ritter.

Berikutan ucapannya itu, Ritter telah menerima dua soalan dari hadirin. Seorang bertanyakan tentang pengkalan tentera kekal di Iraq. Ritter berkata yang AS memulakan dengan 120 pengkalan tentera dan kini mengurangkannya kepada 40 buah dengan perancangan untuk mengecilkannya lagi kepada 14 buah dan seterusnya kepada empat buah pengkalan utama di luar dari zon penduduk. Iraq akan menjadi ‘lily pad’ kita di Timur Tengah, kata beliau. Ia akan membolehkan kita mengundurkan tentera kita dari Arab Saudi, namun masih memberi kemampuan kepada kita untuk menyerang Iran, Syria dan lain-lainnya. Pun begitu, rakyat Iraq mahukan kita berambus keluar dari negara mereka sepenuhnya. Mereka tidak akan menerima kehadiran pengkalan tentera Amerika yang kekal.

Penyoal kedua bertanya kepada Ritter apakah yang patut ia beritahu kepada anak-anak nya yang bersekolah tinggi. Ritter membalas, “Saya mempunyai dua anak perempuan, kembar berusia 12 tahun. Kita perlu menjadikan dunia ini selamat buat mereka dan anak-anak mereka. Tatkala saya berucap di sekolah tinggi seluruh negara, saya memberitahu pelajar yang generasi saya telah berdosa kepada mereka kerana gagal. Ya, memang kita telah gagal. Mereka tidak sepatutnya mendengar cakap kita, kerana kita teah mencipta dunia dengan peperangan yang kekal, dan kerana kita telah berbohong kepada mereka dengan kerapnya. Jangan percaya kepada kerajaan anda, kata saya kepada mereka. Percayailah kepada diri sendiri. Persoalkan pehak berkuasa. Ambil tanggungjawab kepada dunia. Ambil tindakan. Hanya kamu yang dapat menyelamatkan dunia.”

http://westchesterweekly.com/gbase/News/content?oid=oid:127517
Last updated 30/09/2005

Terjemahan N-SPAR  - 19.10.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan:bakongnet.com


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.