![]()
TAG 1881:
Manusia Itu Sama Sahaja di Mana Jua
(People are the same the world over)
Oleh: MGG Pillai - 14-10-2005 10:51 am - Laman M@RHAEN
Hari ini (15 Oktober) rakyat Iraq akan membuang undi dalam satu referendum, tanpa menyedari apa sebenarnya tujuan mereka membuang undi. Amerika Syarikat (AS) dan Britain sudah pun merestuinya. Namun, Presiden dan menteri kabinet yang merasa selamat berada di Zon Hijau, tidak berani melangkah keluar kawasan itu, walaupun ke lapangan terbang, kerana takut diserang-hendap ataupun dibunuh oleh asasin. Mereka hanya sedia membincangkan perlembagaan itu seolah-olah itulah perlembagaan Amerika, Itali ataupun Malaysia. Rakyat tidak tahu-menahu apa bendanya referendum itu kerana orang politik tidak berbincang dengan mereka. Tidak juga di Baghdad. Referendum esok hari tidak ada kena mengena dengan masa depan Iraq. Ia memang tidak relevan. Oleh kerana Amerika yang mahukan ia diadakan bagi santapan rakyatnya sendiri, tidak ada yang akan dapat dihasilkan. Orang Iraq akan semacam itu juga, sudah muak dengan keadaan negara mereka dijajah oleh orang asing.Amerika telah berbuat silap besar kerana menafikan puak Sunni memainkan peranan mereka. Perlembagaan itu telah dirangka oleh puak Shiah dan Kurdis. Sebelum itu Iraq tidak pernah mempunyai satu perlembagaan yang bertulis. Tetapi begitu juga halnya dengan Great Britain. Puak Sunni telahpun bertindak mahu memboikot pilih raya itu.. Walaupun ada kumpulan Sunni yang telah di ambil secara “ko-op” untuk merangka perlembagaan itu, kumpulan itu hanya mewakili diri sendiri.
Kini AS cuba memujuk puak Sunni agar tidak memboikot referendum itu. Namun, sejak dua minggu yang lalu, tidak pun ada liputan mengenai referendum tersebut. Pihak yang menjajah memang tahu seandainya referendum itu ditolak, mereka tidak boleh berundur mengikut jadual yang mereka rangka. Kalau referendum itu membawa kemenangan, mereka akan menghadapi satu laluan sukar untuk mencapai sasaran yang lagi satu, yang merupakan pilihan raya pada awal tahun hadapan.
Puak Sunni yang disisihkan semasa merangka perlembagaan itu, mungkin tidak mengambil peranan. Pasukan tentera yang menceroboh, kerana itulah sebenarnya peranan Amerika dan sekutunya, sudah terjebak dengan satu perangkap bikinan sendiri, lebih dahsyat daripada keadaan yang mereka hadapi di Vietnam beberapa tahun yang lalu. Sunni Islam merupakan agama dominan di tanah Arab. Saddam Hussein yang satu ketika dulu dianggap sebagai baruah CIA yang paling berharga kini sudah pun menjadi wira bagi orang Arab terutamanya puak Sunni dan juga wira bagi rakyat Iraq. Minggu depan Saddam akan dibicarakan, dan sekali lagi dalam hal ini pihak yang menceroboh telah membuat satu kesilapan. Dia dibicarakan dalam bulan Ramadan mengikut jadual yang disusun oleh Amerika. Dia sudah mendapat kemenangan tidak kiralah dia akan dihukum gantung ataupun tidak. Ada juga kesilapan yang dihimpunkan ke atasnya akan memberi kemudahan kepada puak Sunni dan Iraq.
Amerika mahu mengembangkan pengaruh di Timur Tengah. Pengaruh itu dapat dirangkulnya dengan bercakap mengenai demokrasi di negara sendiri dan mengenai korupsi di negara sasarannya yang berupa dalam pelbagai bentuk. Satu ketika dulu Amerika pernah menyogok rasuah kepada para penasihat Shah Iran dengan menjanjikan peluang menetap di Amerika dan pemberian wang. Akan tetapi bila timbul masalah Shah itu sendiri pun tidak dibenarkan menetap di Amerika Syarikat.
Iran kini merupakan sebuah negara Islam, yang didominasi oleh Shiah dan mahu dikuasai oleh Amerika. Semasa Perang Dingin dulu Amerika meminta Iran menyebelahinya dalam peperangan dingin dengan Soviet Union.
Sekarang sudah nyata betapa semua itu adalah mainan sahaja. Amerika menyatakan sanjungannya dengan kenyataan dalam suratkhabar. Mereka gunakan agensi berita terutama sekali di Barat dan juga di Dunia Ketiga. Amerika memenangi perang maklumat kerana ia menguasai kebanyakan sumber. Pada 1960-an dulu, pegawai khidmat luar AS selalu merungut terhadap pengaruh Ageence France Press, yakni agensi berita Peranchis. Tetapi setelah berakhirnya Perang Dingin, musuh baru Amerika ialah Islam. Amerika dan Barat telah menggunakan khidmat para pegawai semasa Perang Dingin dulu untuk melancarkan perang ini dan melalui jalan buntu. Sesiapa yang terdidik di Soviet Union telah diejek-ejek dan mereka yang dididik di universiti yang bagus-bagus di Dunia Bebas telah diberikan keutamaan. Yang pentingnya mereka menerima pendidikan dan mampu mula berfikir.
Ada yang mendapati bahawa AS adalah lebih hebat daripada kuasa lain, sedangkan ada yang berpendapat bahawa semua imperialis asing adalah berbahaya kepada negara mereka sendiri.
Semasa Perang Dingin dulu, Blok negara-negara berkecuali merupakan benteng penampan antara Amerika Syarikat dan juga Soviet Union. Semasa itu sebarang pertemuan antara duta-duta Soviet Union dan Amerika Syarikat di negara yang berkecuali boleh membawa kesan kepada peperangan di Vietnam. Tetapi sekarang, perkara semacam itu tidak terjadi lagi. Umat Islam sedunia sudah naik marah. Musuh Barat akan muncul di mana sahaja dan tidak semestinya daripada Timur Tengah. Kerana itu peperangan di Iraq membawa kesan di Selatan Thai dan juga di Mindanao. Kerajaan Thai dan juga Filipina terpaksa berusaha mengambil langkah menyekat kemaraan puak Islamiah daripada terlalu menggelegak.
Masalah di Iraq ada kaitan dengan globalisasi. Presiden Bush dan pemimpin negara Barat telah terlalu ghairah dengan perang Krused (Salib) dan telah berjanji mahu mengnyahkan umat Islam ke lautan dalam. Begitu juga janji musuh mereka, Osama bin Laden. Mereka sudah berada di satu posisi yang tidak boleh menarik balik sumpah sendiri. Kita faham taktik pemimpin Barat memberi janji akan menang peperangan mereka secara memperkecilkan Osama bin Laden yang mereka anggap akan tumpas juga. Akan tetapi Osama bin Laden mempunyai satu mesej yang amat mudah: Islam sedang diserang, katanya, dan adalah tanggungjawab umat Islam melawan balik. Inilah mesej yang disebarkan setiap pelosok dunia. Seandainya Barat berfikir bahawa umat Islam yang biasa itu buta huruf, begitu juga halnya dengan rakyat biasa yang beragama Kristian. Penjelasan Osama Laden kenapa mereka sedang menuju arah kemenangan adalah bertujuan untuk dipercayai oleh marhaen Kristian dan orang lain. Konsep globalisasi sudah berjaya menyebarkan berita ini. Dan umat Islam di Kepulauan Pasifik turut mendengarnya.
Sistem komunikasi Barat adalah lebih canggih. Inilah mesej yang perlu disebarkannya. Tetapi di waktu yang sama mesej yang tidak diingini dapat bolos juga. Dalam peperangan memusuhi Islam, Barat menggunakan proksi di merata dunia. Wartawan berita yang kebanyakannya merupakan agen mereka kini berada di medan hadapan peperangan. Di Iraq, mereka sudah menjadi sasaran tentera Amerika kerana takutkan mereka membocorkan rahsia yang tidak patut dilihat, didengar dan dibaca oleh dunia luar. Akan tetapi, orang Islam yang berkuasa besar adalah memihak kepada AS, seperti para pegawai kanan Shah Iran satu ketika dulu. Mereka yang menentang kejadian di Timur Tengah tidak pula memihak kepada Amerika. Seperti yang terserlah apabila berlakunya gempa bumi di Asia Selatan, Presiden Musharraf dan kerajaannya adalah memihak kepada Amerika Syarikat dalam peperangan WoT (War on Terror). Tetapi penduduk luar bandar yang musnah dalam gempa itu menjadikan pejuang kebebasan yang mati terbunuh memerangi Amerika sebagai golongan yang mati syahid.
Peperangan kali ini ialah antara Barat yang percaya dengan pengkomputeran, pencapaian sains dan penolakan alam; dengan Timur yang diwakili oleh Islam, yang memahami Manusia dan memeranginya. Manusia itu adalah sama sahaja sama ada dia berada di Toulouse ataupun di Tal Alaf. Hakikat ini dilupai oleh Barat tetapi tidak oleh Timur. Persiapan perang itu adalah menepati apa yang tersurat dalam Mahabharata. Mendiang paman saya, Thakazi Sivasankara, pernah memberitahu bahawa di India seseorang itu perlu dididik dengan Mahabharata. Beliau yakin bahawa manusia muncul berkali-kali sepanjang masa, dan buku suci itu menunjukkan jalannya. Seperti yang tertulis dalam Kitab Injil dan Al Quran. Penganut tiga agama besar ini tahu akan isi kitab mereka, kerana itulah yang dipantak ke cuping telinga sejak mereka kecil lagi. Baik di rumah mahupun di sekolah agama. Itulah yang dipasak dalam dirinya semasa dia terus menerima didikan Barat, kalau mempunyai peluang berbuat begitu. Apabila pendidikan diagihkan kepada peribumi secara pengagihan konsep globalisasi. kesannya mencetuskan sedikit masalah. Inilah masalah yang dihadapi oleh Barat dan Amerika Syarikat dalam peperangan WoT ini.
Di timur Tengah, penaklukan Barat dianggap satu perkara ‘taboo’ gara-gara sejarah silam mereka. Pada 1920-an dulu, Britain telah memaksa Iraq agar bersatu dengan Kurdis, Wilayah Sunni dan Shiah di bawah empayar Ottoman sebagai menyaingi kekuatan Peranchis yang menggunakan Syria, yang didominasi oleh Sunni tetapi dikepalai oleh seorang Presiden daripada puak Shiah. Muslihat British itu menjadikan puak Sunni menjadi perkasa di Iraq walaupun jumlahnya merupakan 20 peratus daripada jumlah penduduk keseluruhannya. Saddam Hussein merupakan seorang Presiden yang mewarisi kepimpinan Sunni sepeninggalan British yang selama itu menguasai Iraq. British telah sengaja memilih Sunni memimpin Iraq dengan muslihat mahu mempengaruhi negara lain di Timur Tengah.
Kini Britain telah menghumban segala muslihat dulu kerana mahu bergabung dengan Amerika untuk menjajah Iraq. Inilah yang mencetuskan huru-hara di Iraq. Akan tetapi sejarah mempunyai tabiat mengulangi peristiwa lama dan mereka yang berkuasa di Great Britain adalah orang-orang yang sama sahaja dengan yang terdapat di merata dunia.
- MGG Pillai
pillai@streamyx.comhttp://www.mggpillai.com/article.php3?sid=2134
Terjemahan MT-SPAR - 15.10.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan:bakongnet.com
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.