TAG 1849:
Teori Keanak-Anakan (Yang Menelan Belanja USD340 Billion)
(A Childish Theory)
Oleh: Charley Reese – lewrockwell.com August 9, 2005   - Laman M@RHAEN
Ketika tulisan ini dibuat, lebih 1,800 (sumber bebas mendakwa lebih 8,000 -Penterjemah) anak muda Amerika telah mati terbunuh di Iraq. Kos keseluruhan perang Iraq dan Afghanistan mencecah $340 Billion. Inilah yang terjadi apabila kita memilih pemimpin yang enggan menerima had kuasa yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Amerika Syarikat.

Perlembagaan memberi kita kerajaan untuk memerintah Amerika, bukannya dunia. Bukannya kerja buat kita tentang bentuk kerajaan yang dimiliki Negara lain, seperti mana juga bukannya kerja kita untuk menentukan sama ada wanita Negara luar memakai burkha mahupun bikini.
 
Tentunya anda sudah pun menyedari kini betapa sama ada pentadbiran Bush sudah pun tahu yang Iraq tidak memiliki senjata pemusnah massa atau lebih menakutkan adalah terlalu dungu untuk mempercayai Iraq memilikinya. Pada 11 September, 2001, kita mempunyai satu musuh- pertubuhan pengganas yang digelar Al Qaeda. Dari sepatutnya menghadkan tindakbalas kita untuk menghancurkan pertubuhan itu, Presiden Bush mengisytiharkan perang terhadap dunia.

Mangkuk itu menerima pakai terus teori khayalan yang keanak-anakan, yang telah diadun dan disogok oleh neokonservatif pro Israel, betapa kita boleh menjatuhkan Saddam Hussein dan menegakkan demokrasi ala Jefferson di Iraq, dan contoh hebat ini akan menyebarkan demokrasi bebas ke seluruh Timur Tengah. Ini adalah kerja murah dan mudah, kata mereka. Ianya bukan sekadar teori keanak-anakan serta enteng, tetapi suatu yang amat bodoh. Itu lah yang anda boleh jangkakan dari segerombolan ahli akademik yang tidak pun pernah mendengar bunyi tembakan senjata dan tidak boleh membaca mahupun bertutur dalam Bahasa Arab, apatah lagi pernah menghabiskan masa di kawasan itu.

Dalam peperangan Iraq kita telah menjadi musuh kepada semua orang. Si bedebah Ahmed Chalabi telah memperbodohkan kita supaya dimusuhi, dan Israel juga memainkan peranan untuk kita dibenci. Kedua-dua pihak itu mendapat apa yang dimahukan mereka- kemusnahan kerajaan Saddam Hussein tanpa perlu mengeluarkan satu sen wang mereka atau perlu menitiskan darah mereka. Daripada kununnya minyak Iraq akan membiayai peperangan ini seperti janji para neokons, kita pula yang terpaksa membayar $61 bagi satu tong minyak. Selepas dua tahun penjajahan Amerika, rakyat Iraq masih belum menikmati (1) keselamatan, (2)  bekalan tenaga yang boleh diharapkan, (3) bahan baker yang murah dan banyak, (4) bekalan air bersih, (5) sistem kumbah yang sempurna atau (6) ekonomi yang mapan.

Imperialis yang berkhayal di Washington boleh menyalahkan kekurangan itu kepada pejuang, tetapi biarlah saya yakinkan anda, rakyat Iraq menuding kesalahan itu kepada kita.

Kini terdapat lebih banyak keganasan, bukannya semakin kurang, Timur Tengah semakin tidak stabil; dan kita tidak akan dapat menobatkan demokrasi di Iraq. Sebaliknya kita akan terhenyak dengan kebangkitan ahli Agama yang bersekutu dengan Iran, perang saudara atau sebuah lagi kerajaan diktator- ataupun keseluruhan siri penghasilan yang buruk, secara berturutan. Dan dalam masa yang sama, kebebasan kita sendiri menggelongsor dihakis. (dengan diwujudkan Jabatan Keselamatan Dalam Negara, Akta Patriotik, dll- penterjemah)

Apa yang sentiasa kita khutbahkan sebagai demokrasi (bentuk kerajaan kita ialah republic, bukannya demokrasi) telah berkembang melalui beberapa abad dari negara asal kita, United Kingdom.  Ianya bertahan hanya di beberapa Negara-negara berbahasa Inggeris, tetapi tidak di Benua Eropah. Ianya unik dan berdasar kepada ‘English common law’.

Seseorang perlu menjadi baghal atau tidak langsung mengambil pusing akan dunia Islam untuk menjangka yang anda boleh mengenakan sistem itu ke atas Iraq dengan ugutan hujung senjata. Terdapat kehilangan yang ketara akan daya timbang di Washington sehinggakan kadang-kadang saya fikir kita patut menyerahkan Jabatan Negara kepada Teamster Union, dan kerja perisikan kepada Mafia. Ia tentu akan membantu jika kita pindahkan Ibunegara ke Fargo, North Dakota, di mana suhu bawah takat beku mungkin akan menggalakkan Kongres melakukan kerja tepat pada masanya.

Minggu lepas, sekumpulan pejuang- barangkali tidak seorang pun pernah mendapat latihan rasmi- telah membunuh 14 orang “tentera yang amat terlatih serta paling ampuh kelengkapan dalam dunia” dengan sebutir bom buatan sendiri. Pejuang Iraq tahu satu perkara yang Washington terlepas pandang: cara untuk menentang tentera berteknologi tinggi ialah dengan taktik serta senjata murahan.

Selagi kita mengekalkan tentera di Iraq, sesetengahnya akan mati, kerana di bahagian dunia itu, apabila anda membunuh seseorang, secara automatik anda telah menjadi musuh abadi kepada keluarganya. Dalam kata lain, kita sedang menghasilkan pejuang baru setiap kali kita membunuh seorang darinya. Sepertimana dengan Vietkong, pejuang Iraq tahu yang mereka tidak boleh mengalahkan kita di medan tempur, namun mereka tahu dalam jangka panjang, mereka akan terus kekal di situ dan kita akan angkat kaki pergi.
 
Charley Reese [ send him mail ] has been a journalist for 49 years. Write to Charley Reese at P.O. Box 2446, Orlando, FL 32802.

© 2005 by King Features Syndicate, Inc.
http://www.lewrockwell.com/reese/reese214.html
Last updated 09/08/2005
http://www.thetruthseeker.co.uk/article.asp?ID=3445

Terjemahan N-SPAR  - 27.08.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.