TAG 1848:
Kata-kata Terakhir Pengeboman 7/7: 
Rangkaian Pengganas Tuanku Permaisuri
Hanya Teoris Konspirasi yang mempercayai kerajaan tidak terlibat

(7/7 Bombings Final Word: Her Majesty's Terrorist Network)
Only conspiracy theorists would believe the government wasn't involved
Oleh: Paul Joseph Watson & Alex Jones | August 7 2005  - Laman M@RHAEN
Kemewahan bahan bukti yang muncul sebulan selepas terjadinya pengeboman London 7/7 hanya mengarah kita kepada satu kesimpulan jelas, betapa serangan itu adalah dilakukan oleh atau dengan mendapat bantuan dari perisikan tertinggi British.

Bahan bukti terkini mencadangkan betapa cerita rasmi adalah satu kelentungan yang menumpukan kepada keyakinan bahawa bom itu telah diletakkan di bawah lantai kereta api bukannya diletupkan oleh pengebom berani mati yang memakai beg galas. Saksi pertama yang melaporkan perihal ini ialah Bruce Lait, seorang mangsa dalam pengeboman di Stesen Aldgate.

Beliau telah menceritakan dalam Cambridge Evening News,

“Anggota polis itu berkata ‘jangan lupa lubang itu, di situlah bom diletakkan’ Lantai logam terpokah ke arah atas seolah-olah bom berada di bawah kereta api. Mereka kelihatan merasakan yang bom telah ditinggalkan dalam beg, namun seingat saya tiada sesiapa yang berada di tempat bom itu berada, atau kehadiran sebarang beg.”
Kini seorang lagi sumber yang boleh dipercayai, wartawan Guardian Mark Honigsbun, telah menemuramah seorang saksi dalam pengeboman di Jalan Edgware yang secara asas telah menghuraikan perkara yang sama.

Para saksi memberitahu Honigsbaum yang “tiles, yang menutupi lantai kereta api, tiba-tiba berterbangan, melantun ke atas.”

Bagaimana mungkin lantai kereta api boleh terpelanting ke atas dari bom yang sepatutnya berada dalam beg galas orang yang duduk dalam koc, di aras yang lebih tinggi dari lantai?

Para mangsa kemudiannya telah terdengar “bunyi perlanggaran yang amat kuat” tatkala kereta api yang bergerak dari arah bertentangan bertembung, jelas menunjukkan yang kereta api itu telah tergelincir ekoran dari bom yang telah diletakkan di bawah koc.

Klik di sini untuk mendengar rakaman audio.

Bagi orang perseorangan untuk meletakkan bom di bawah kereta api serta menyembunyikan kedudukan bom tersebut tanpa ditangkap, mereka tentunya perlu kepada kemudahan terhadap kereta api itu. Dalam scenario ini, kereta api bawah tanah tentu sudah diberitahu yang peralatan palsu akan ditempatkan di bawah kereta api sebagai sebahagian dari latihan menguji keselamatan dan tahap siaganya. Tatkala serangan sebenar berlaku sesetengah pegawai system kereta api itu tentu telah diberi amaran namun kecurigaan mereka telah terkubur apabila didedahkan yang bom telah dibawa dalam beg galas belakang, bermaknanya yang latihan itu hanyalah ‘kebetulan’ yang ganjil.

Hakikat betapa bom-bom itu sebenarnya diletakkan di bawah kereta api dengan mudah sahaja ditutupi oleh longgokan pengumuman rasmi yang menceritakan kebalikan darinya.

Sebaliknya bom beg galas itu mungkin juga adalah satu letupan alih tumpuan bagi membolehkan mereka yang tertuduh terperangkap, seperti mana juga dengan kapal terbang yang menghentam menara yang bertindak sebagai alihtumpuan bagi bahan letupan yang ditanam dalam WTC.

Hakikat betapa Kartu Pengenalan akan kesemua yang dipanggil pengebom telah dijumpai dalam keadaan masih elok serta baru bersebelahan di mana bom meletup dengan kuatnya mencadangkan betapa ianya adalah bahan bukti yang diletakkan secara terancang bagi memerangkap mereka. Kartu Pengenalan itu mempunyai peluang terpelihara tidak dimusnahkan jika bom tidak berada dalam beg galas dengan mereka, sebaliknya di bawah kereta api.

Scenario latihan tentu akan menjadi kambing hitam untuk dipersalahkan sekiranya para penyiasat mula menyoal tentang objek di bawah kereta api itu.

Kita memiliki bahan bukti yang terakam dengan banyak, latihan sebegitu memang terjadi pada pagi 7/7.

Agensi perundingan dengan hubungan kerajaan serta polis sedang melakukan latihan bagi sebuah syarikat yang tidak dinamakan sekitar laluan kereta api bawah tanah yang telah dibom pada masa serta tempat yang sama dengan kejadian sebenar pada pagi 7 Julai.

Dalam temuramah radio 5 BBC yang telah dikeudarakan pada petang 7 Julai, hos rancangan telah menemuramah Peter Power, pengarah Urusan Visor Consultants, yang menggambarkan ia sebagai syarikat penasihat ‘pengurusan krisis’, yang elok dikenali kepada kita semua sebagai firma PR.

Peter Power adalah bekas pegawai Scotland Yard, yang pernah bekerja dengan Cawangan Anti Pengganas.

Power telah memberitahu hos rancangan betapa pada ketika yang sama pengeboman London berlaku, syarikatnya sedang mengadakan latihan dengan kekuatan 1,000 anggota dengan latihan olok-olok laluan kereta api bawah tanah London dibom pada tempat, masa yang sama dengan kejadian sebenar.

Bagaimana mungkin seseorang boleh mendakwa dengan yakin betapa ia hanya kebetulan sahaja apabila ia disekalikan dengan bukti-bukti lain? Artikel asal kami pada link di atas pada tapak Google apabila ditaip 'London bombing' - mengatasi BBC, CNN and ABC News, membuktikan bagaimana tingginya perhatian yang diterima oleh artikel itu.

Kecurigaan kami timbul beberapa jam selepas pengeboman itu apabila dilaporkan oleh Associated Press betapa Menteri Kewangan Israel Benjamin Netanyahu telah menerima amaran dari Kedutaan Israel supaya tidak meninggalkan hotelnya bagi menyampaikan ucapan yang sepatutnya ia sampaikan pada pagi itu. Lokasi ucapannya itu betul-betul berhampiran tapak salah satu pengeboman.

Walaupun telah dilakukan pelbagai cubaan mendedahkan yang ianya tidak benar oleh akhbar berpengaruh, Associated Press tidak pun menarik balik cerita itu dan kemudiannya Mossad telah mengaku yang ianya benar belaka.

Apa yang dikatakan sebagai dakwaan bertanggungjawab bagi serangan yang dibuat oleh sebuah kumpulan yang memang diketahui tidak wujud secara fizikalnya dan kalau pun ada hanyalah seorang yang duduk menghadap komputer menghantar mesej dalam sebuah forum.

Namun media berpengaruh terus juga melaporkan yang Al Qaeda bertanggungjawab bagi serangan itu seolah-olah ia kebenaran yang hakiki. Secara tepatnya apakah bahan bukti yang telah kita lihat untuk bersetuju dengan pertelagahan yang mengatakan keempat-empat lelaki dengan bom beg galas yang telah melakukan serangan ini? Empat gambar kelabu CCTV akan lelaki berkulit gelap dengan beg galas? Tidak patutkah kita mempersoalkan bahan bukti ini terutamanya apabila telah disahkan oleh para saksi dalam dua dari tiga koc kereta api yang telah dibom dengan mengatakan bom berada di bawah kereta api dan mereka tidak pun melihat sesiapa dengan beg galas dalam kawasan itu?

Persoalan tentang serangan itu tidak akan berakhir.

Kenapakah telah dilaporkan yang bahan letupan yang digunakan adalah gred tentera tetapi kemudiannya cerita telah berubah untuk mengatakan yang ia adalah bom buatan sendiri? Tidak bolehkah pakar letupan memberitahu perbezaan antara keduanya dan apakah perubahan cerita itu mempunyai alasan untuknya?

Kenapa seorang lelaki dengan bayi berusia 8 bulan, seorang lagi yang hanya berminat dalam sukan, dan yang seorang pula mengajar anak-anak cacat, mahu membunuh diri sendiri, orang lain yang tidak berdosa serta menyebabkan huru-hara dalam proses tersebut? Malah media berpengaruh turut memulakan spekulasi seolah-olah para pengebom telah diberi dadah sehingga sanggup membunuh diri oleh pihak lain.

Kenapa agaknya kamera di atas bas sasaran tidak berfungsi pada hari tersebut? Kenapa bas itu telah dipesongkan dari laluan sebenar? Kami secara peribadi telah menziarahi tapak pengeboman bas di Tavistock Place dan mengesahkan tiada bas bernombor 30 yang melalui jalan itu.

Kita nak buat apa dengan dakwaan-dakwaan oleh pekerja bas Stagecoach yang mengatakan kumpulan kontraktor yang berbeza telah memeriksa kamera CCTV pada hari-hari sebelum pengeboman dan mereka telah mengambil dua hari penuh bagi menjalankan tugasan yang biasanya hanya memakan masa beberapa jam sahaja bagi menyelesaikannya.

Apakah pula alasan di sebalik keputusan Alan Greenspan untuk menyuntik hampir $40 billion kecairan ke dalam pasaran kewangan dua hari sebelum serangan? Apakah ini sebagai cubaan secara preemptif menghalang gelongsoran dalam pasaran? Sekiranya Greenspan mempunyai maklumat tentang serangan keganasan itu kenapa pula rakyat biasa di atas kereta api dan bas tidak menerima amaran yang sama?
 
Siapakah orang perseorangan yang mengaut untung dari ‘short-selling’ Paun British dalam masa sepuluh hari sebelum serangan terjadi? Paun telah merosot 6% tanpa alasan tertentu. Keuntungan lumayan telah dibuat selepas Paun merudum lagi selepas kejadian serangan itu. Ini betul-betul menyerupai akan ‘short selling’ saham United Airline dan United Airline pada hari-hari sebelum 9/11.Urusniaga yang mencurigakan ini mengarah secara langsung kepada  CIA.

Kenapa seorang lelaki yang tidak bersalah, Jean Charles Menesez telah ditembak lapan kali di kepala sehingga mati di stesen Stockwell? Kenapa pihak polis mengubah cerita mereka, dari asalnya mengatakan yang Menesez memakai jaket besar untuk mengaku yang ia hanyalah jaket kain denim yang ringan? Kenapa pihak media pada awalnya melaporkan yang Menesez telah ditembak di perut tetapi mengubah cerita itu apabila diperkatakan yang ianya adalah satu kebodohan untuk menembak seorang yang disyaki pengebom berani mati di bahagian yang mungkin bom itu berada.
 
Apakah Menezes dibunuh kerana ia telah mengetahui akan latihan itu? Menezes adalah seorang ‘electrician’. Apakah ia mempunyai pengetahuan berbahaya akan kenapa pengeboman itu telah dilaporkan sebagai lonjakan elektrikal selama lebih satu jam?

Kenapa agaknya Tony Blair dengan pantas menolak soal-selidik awam ‘public inquiry’  tentang bagaimana serta kenapa pengeboman itu terjadi? Di Britain, terdapat soal selidik awam bagi setiap kejadian, walaupun atas perkara kecil sahaja, namun selepas tragedy terbesar Britain sejak kebakaran, Blair telah menutup pintu. Apakah yang beliau takutkan?
 
Paku terakhir berkaitan penglibatan kerajaan timbul apabila orang yang dikatakan sebagai perancang serangan 7/7 dan 21/7, Haroon Rashid Aswat ialah asset Perisikan British.

Pakar keganasan John Loftus telah memberitahu Fox News,

“Dalam tahun 1999 Haroon Aswat telah datang ke Amerika. Jabatan Kehakiman mahukan ia disabitkan di Seattle kerana beliau dan rakannya telah cuba menubuhkan sekolah latihan pengganas di Oregon… kami baru sahaja tahu yang ibu pejabat Jabatan Kehakiman AS telah mengarahkan pendakwaraya Seattle supaya tidak menyentuh Aswat…, jelas yang Aswat telah bekerja untuk perisikan British.”

Dalang akan pengeboman London adalah di bawah arahan serta perlindungan MI6. apa lagi yang diperlukan untuk menunjukkan akan elemen jenayah dalam agensi perisikan telah terlibat dalam serangan itu?

http://www.prisonplanet.com/articles/august2005/070805finalword.htm
Related: London Bombings Data Page

Terjemahan N-SPAR  - 17.08.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.