![]()
TAG 1845:
Sesuatu Yang Jahat Akan Mendatangi Kita?
(Something Evil This Way Comes?)
Oleh: Rixon Stewart – July 24, 2005 - Laman M@RHAEN
Apakah siri pengeboman di London baru-baru ini sebahagian dari operasi hitam yang bertujuan membuka jalan bagi sebuah negara Diktator? Tak kiralah betapa ianya agak teruk bunyinya, dan di sebalik apa yang media arus perdana muntahkan, terdapat bukti yang menuding betapa ianya serba mungkin terjadi.Media arus perdana pada mulanya berspekulasi yang fundamentalis Islam adalah dalang di sebalik pengeboman 7 Julai, kemudiannya Al Qaeda pula dinamakan sebagai pesalah bersama dengan nama-nama kununnya sebagai “pengebom berani mati”. Selepas itu polis berkata yang mereka tidak mempunyai bukti kukuh betapa pengebom itu sebenar-benarnya adalah “pengebom berani mati”; “adalah mungkin yang mereka tidak berazam untuk mati,”
jurucakap Scotland Yard kemudiannya mengaku (1).Menambahkan lagi kekeliruan, Pesuruhjaya Polis Sir Ian Blair, dalam rekod telah memberitahu Foreign Press Association: “Al Qaeda bukannya sebuah pertubuhan. Al Qaeda adalah cara kerja” (2).
Memang versi rasmi kejadian itu telah berubah-ubah sehinggakan kita hampir percaya yang sepasukan penulis skrip sedang mengolah jalan cerita yang terjadi- bagi menjadikan rakyat awam serba ketakutan serta membingungkan penyiasat tulen.
Seolah-olah bagi mengukuhkan pendapat itu, tepat dua minggu selepas pengeboman pertama beberapa siri letupan kecil telah menggegarkan Kota London pada 21 Julai.
Namun laporan yang mencurah datang ke Truthseeker memberi gambaran berbeza dari apa yang telah diberitahu oleh pegawai kerajaan dan juga media arus perdana. Media telah menghuraikan bagaimana keempat-empat pengebom telah berkumpul di Stesen Luton pada pagi 7 Julai, sebelum berpecah ke destinasi sasaran. Dan menyatakan: bagaimana polis telah menjumpai kereta yang diparkir di Stesen Luton yang penuh dengan bahan letupan dalamnya.
Tambahan kepada putar belit cerita Sunday Times melaporkan pada 16 Julai betapa salah seorang yang tertuduh Mohammed Sidique Khan, 30 tahun seorang guru pembantu dari West Yorkshire telah disoal-siasat tahun lalu tetapi tidak dianggap ancaman oleh MI-5.
Tentu sahaja ini tidak membawa makna kepada kita dan hanya akan menambah seruan kepada perketatkan keselamatan serta lebih banyak kuasa kepada pihak keselamatan.
Namun para penumpang yang melalui Luton sekitar waktu yang pengebom dilaporkan telah melaluinya, yakni sejam sebelum waktu sebenar bom meledak, telah memberi cerita yang berbeza. Kereta api yang melalui Luton telah dibatalkan atau disuruh mundur ke tempat asal mereka datang, salah seorang koresponden melaporkan: “akhbar mengatakan yang para pengebom meninggalkan Luton pada jam 7.40 akan tetapi sesiapa sahaja yang berada di Stesen pada jam 7.40 akan memberitahu yang ianya mustahil.”
Seorang pekerja perkhidmatan Bas juga telah mengulas sebagai "mengarut" (3) akan dakwaan oleh pihak berkuasa Pengangkutan London betapa kesemua 4 kamera dalam bas yang dibom itu telah gagal berfungsi.
Penumpang yang melalui salah sebuah stesen bawah tanah yang diserang, King Cross, telah menghantar e-mail kepada kita menerangkan suasana kacau-bilau dan kekeliruan yang terjadi sebelum pengeboman sebenar, hasil dari apa yang kakitangan Pengangkutan London terangkan sebagai ledakan kuasa serta kegagalan fungsi sistem isyarat.
Seorang penumpang telah menerangkan bagaimana beliau hampir menaiki kereta api apabila sistem siaraya awam mengumumkan yang penumpang perlu meninggalkan stesen itu dengan segera kerana berlaku ledakan kuasa. Sebaliknya, beliau melompat juga masuk ke dalam kereta api dan turun di stesen berikutnya.
Jika beliau tidak melakukan sedemikian, beliau percaya yang ia mungkin telah menaiki bas yang dibom itu, bersama dengan penumpang lain jika beliau meninggalkan stesen itu dan menaiki bas bernombor 30 tersebut.
Bersama-sama dengan latihan (4) olok-olok pengeboman sistem kereta api bawah tanah London pada hari sebenar pengeboman terjadi- yang telah dilaporkan dijalankan di stesen yang benar-benar dibom- serta fakta betapa Ketua sistem pengangkutan London ialah mantan Pembantu Eksekutif kepada Pengarah CIA (5), dengan pengalaman luas dalam operasi bendera asing serta amaran serangan ke atas sistem pengangkutan London dari perisikan Israel (atau diberi kepada perisikan Israel, bergantung kepada versi (6) yang anda percaya), kesemua petunjuk menuding kepada operasi hitam sulit dengan media arus perdana adalah memainkan peranan dengan tidak ambil peduli sebarang kisah yang bercanggah dengan cerita rasmi kerajaan.
Malahan terdapat kisah pendahuluan akan pengeboman itu, bergantung kepada cara anda melihatnya, latihan pengeboman olok-olok telah diadakan. Bandar Utara Sheffield telah sibuk dengan cakap-cakap akan kebimbangan bom (7) di atas bas hanya dua hari sebelum London dibom pertama kalinya, namun ini semua telah dipandang sepi oleh media kebangsaan setelah berlakunya serangan ke atas London dan terus terbantut dalam akhbar tempatan sahaja.
Juga yang tidak diberi perhatian ialah laporan tentang pembunuhan “pengebom berani mati” di Warf Canary London pada 7 Julai. Menurut laporan muka dalam yang kecil dalam New Zealand Herald: “Seorang warga New Zealand yang bekerja untuk Reuter di London berkata yang dua rakannya telah menyaksikan pembunuhan dua orang pengebom berani mati oleh polis (tidak disahkan) di luar Menara HSBC di Warf Canary London.”
Seorang lelaki yang tidak bersedia memberikan namanya berkata yang dua rakannya keturunan British yang juga enggan dikenali “telah menyaksikan pembunuhan itu dari sebuah bangunan di seberang jalan dari menara tersebut.”
Selepas itu, Herald melaporkan yang: “8000 kakitangan yang bekerja dalam menara 44 tingkat itu telah diberitahu supaya menjauhi tingkap serta kekal dalam bangunan selama sekurang-kurangnya enam jam…” (8)
“Menjauhi tingkap?” supaya mereka tidak melihat apa yang terjadi di luar, barangkali? Apakah mungkin mereka yang didakwa “pengebom berani mati” tidak mati dalam letupan “bunuh diri” tetapi sebaliknya telah ditembak mati di Warf Canary?
Sebagaimana yang terjadi, terdapat bukti betapa serangan pada 7 Julai bukanlah pengeboman “bunuh diri” langsung. Bruce Lait yang berada dalam koc kereta api bawah tanah berhampiran stesen Aldgate East tatkala salah sebuah bom meletup, menerangkan suasana yang menunjukkan betapa bom-bom itu telah dipasang (planted), bukannya dibawa oleh “pengebom berani mati”.
Menurut Bruce, tatkala mereka sedang keluar dari koc kereta api, seorang anggota polis telah menunjuk di mana kedudukan bom tersebut. "anggota polis itu berkata ‘jaga-jaga dengan lubang itu, di situlah kedudukan bom’. Lantai logam telah terpokah ke atas seolah-olah bom itu berada di bawah lantai kereta api. Pihak berkuasa kelihatan seperti berfikir yang bom telah ditinggalkan dalam sebuah beg, namun seingat saya tidak ada sesiapa yang duduk di tempat bom meletup, atau kehadiran sebarang beg,” kata beliau (9)
Namun, sebaik perkara ini serta persoalan lain tentang serangan mula mendidih dalam internet bebas, lebih banyak letupan menggegarkan rangkaian pengangkutan London pada 21 Julai, mendiamkan spekulasi seterusnya, sekurang-kurangnya buat seketika.
Secara kebetulan, atau mungkin juga disengajakan, serangan 21 Julai berlaku ketika Tony Blair sedang menemui ketua keselamatan membincangkan pendekatan baru dalam memerangi keganasan. Malah perjumpaan itu sendiri telah ditangguhkan ekoran dari serangan kedua itu. Apabila mesyuarat diteruskan, ketua polis dan ketua MI-5 serta MI-6 telah mencadangkan undang-undang baru bagi membolehkan mereka menahan serta menyoal-siasat tertuduh sehingga 3 bulan tanpa sebarang pertuduhan.
Seolah-olah untuk menekan perkara ini, pada hari berikutnya polis telah menembak mati seorang yang pada awalnya didakwa sebagai “pengebom berani mati” di stesen kereta api selatan London dan tidak seperti mana pembunuhan di Warf Canary, ianya telah menerima publisiti. Berjam-jam selepas pembunuhan itu, Pesuruhjaya Polis Ian Blair telah berkata yang mangsa ‘mempunyai hubungan ‘ dengan penyiasatan dalam serangan pada 7 dan 21 Julai. Akan tetapi semua itu telah berubah selepas ia menjadi terlalu jelas yang Jean Charles de Menezes tidak mungkin mempunyai kaitan dengan semua pengeboman dan media arus perdana dengan selesanya melupakan dakwaan awal Sir Ian Blair. (10).
Namun persoalan masih memenuhi benak: Apakah sebenarnya tujuan pengeboman itu dan sehingga tahap manakah ianya dilaksanakan?
Dari Kings Cross ke Hari Kemusnahan?Peristiwa 11 September 2001 telah membantu pembukaan jalan kepada pencerobohan Afghanistan dan ia akhirnya mengarah kepada kemelut terkini di Iraq dan segala perundangan keselamatan yang baru. Ketika ini kita tidak boleh mengatakan dengan yakin ke mana agaknya peristiwa 7 Julai mengarah namun sesuatu tentunya sedang berjalan.
Semasa penulisan ini, warga berhampiran Pengkalan Udara Wright Patterson melaporkan aktiviti yang ligat di sana, lebih dari kebiasaannya. Bersama dengan ini kita telah pun diberitahu bahawa kesemua cuti telah dibatalkan di sesetengah pangkalan tentera AS dan dengan pembinaan pangkalan tentera AS yang besar di Israel (11) yang dijadualkan akan beroperasi menjelang September, sesuatu bencana yang besar akan berlaku beberapa bulan di hadapan.
Jadi sekiranya sesuatu bencana akan berlaku, anda tentu bertanya, di mana kali ini terjadi? Seperti mana juga peristiwa 11 September mengarah kepada pencerobohan Afghanistan dan Iraq, kita tentu mencadangkan pengeboman 7 dan 21 Julai bertujuan untuk memulakan perang di suatu tempat Timur tengah. Seperti mana cerita merapu Saddam Hussein dengan Senjata Pemusnah Massa, ia hanya memerlukan “bukti” untuk ditimbulkan yang boleh dikaitkan dengan serangan di London dengan Iran atau Syria, untuk melihat satu lagi bab dibuka dalam “Perang Menentang Keganasan”
Namun sekiranya ini tidak berlaku, adalah hampir pasti ia akan mengarah kepada peningkatan kuasa polis serta perubahan kepada Negara polis. Sebagaimana yang diungkapkan oleh seorang Profesor Ekonomi yang berpengalaman yang telah melawat Stoke-on-Trent pada Khamis 7 Julai 2005. ketika ia menunggu keretapinya yang telah dilewatkan oleh kejadian di London, beliau telah bercerita kepada kakitangan kereta api bagaimana keadaan seperti itu hampir menyamai peristiwa 9/11. tidak lama kemudian beliau telah didatangi oleh dua orang anggota polis yang telah menyoalnya selama 20 minit: tentang apa yang dibuat beliau di situ, apa pekerjaannya, di mana beliau tinggal? Jikalau ia bukan seorang anggota masyarakat yang dihormati, kalaulah beliau seorang keturunan Asia atau Ulama Islam sebagai contohnya, tentu ia akan meringkuk dalam tahanan polis. Oleh kerana alasan itu beliau telah dibenarkan meneruskan perjalanan namun kejadian itu menyentuh tentang ke manakah masyarakat kita sedang menghala.
Ia juga menyatakan tentang sifat hitam serta jahatnya akan peristiwa tersebut dan bagaimana mereka adalah hasil dari agenda jangka panjang. Untuk beberapa dekad lalu Britain telah menyaksikan kemasukan pendatang dari pelbagai kepercayaan dan bangsa, mewujudkan masyarakat pelbagai budaya yang sebenarnya, hampir-hampir melalui satu perancangan. Setelah mencipta satu masyarakat pelbagai agama dan ras, pihak berkuasa kini sudah bersedia menyalahgunakan perbezaan itu dan melanjutkan kuasa mereka melalui prinsip “pecah dan perintah”. Oleh kerana penulis ini percaya yang pengeboman London adalah satu pementasan, sebahagiannya untuk mewujudkan perseteruan antara komuniti Islam Britain yang besar dengan populasi asalnya.
Sebagai tambahan kepada pendapat bahawa pengeboman London adalah sebahagian dari perancangan jahat, malah terdapat petunjuk gerakan jahat ini bagi 7 Julai 2005, satu tarikh tulen berkaitan angka (12).
Apa yang terjadi kemudiannya boleh diagak sesiapa sahaja namun dalam perkataan Sherman Skolnick, tunggu.
http://www.thetruthseeker.co.uk/article.asp?ID=3391
References:
(1) The London Attacks – Latest
http://propagandamatrix.com/Pages/Jul05/190705attacks.html
(2) Cops: London Attacks Were Homicide Blasts
http://www.foxnews.com/story/0,2933,162476,00.html
(3) London Stagecoach Employee Says Bus Bombing Suspicious
http://www.prisonplanet.com/articles/july2005/150705busbombing.htm
(4) London Underground Bombing ‘Exercises’ Took Place at Same Time as Real Attack
http://www.prisonplanet.com/articles/july2005/090705bombingexercises.htm
(5) London Transport Controlled by Former CIA Executive Director
http://www.thetruthseeker.co.uk/article.asp?ID=3350
(6) Was Israel Warned Ahead of First Blast?
http://www.thetruthseeker.co.uk/article.asp?ID=3313
(7) Bomb scare leads to city gridlock
http://news.bbc.co.uk/1/hi/england/south_yorkshire/4654289.stm
(8) ‘Police shot bombers’ reports New Zealander
http://www.nzherald.co.nz/index.cfm?c_id=2&ObjectID=10334992
(9) "I was in tube bomb carriage - and survived"
http://www.cambridge-news.co.uk/news/region_wide/2005/07/11/83e33146-09af-4421-b2f4-1779a86926f9.lpf
(10) Jean Charles de Menezes
http://xymphora.blogspot.com/2005/07/jean-charles-de-menezes.html
(11) American Base in Israel
http://www.thegoldenreport.com/asp/jerrysnewsmanager/anmviewer.asp?a=928&print=yes
(12) Dark Secrets of the 7/7 Attacks
http://www.thetruthseeker.co.uk/article.asp?ID=3320
Last updated 26/07/2005Terjemahan N-SPAR - 29.07.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.