![]()
TAG 1844:
Foto ‘Pengebom’ Telah Dipinda
Sekurang-kurangnya seorang telah ditindih masuk ke dalam gambar
(Photo of 'Bombers' has been Doctored)
Oleh: Prisonplanet.com | July 25 2005 - Laman M@RHAENPada asalnya disedari oleh web citizens for legitimate Government, kami kini mempunyai bukti seterusnya yang mencadangkan gambar foto di atas telah dipinda.
CLG melaporkan, “Pada mulanya, (hampir-hampir) kesemuanya kelihatan bagus saja, namun perhatikan dengan dekat… lihat pada tangan lelaki yang memakai topi putih… perhatikan tangan kirinya (tangan kiri BELIAU)… bahagian bawah jeriji pagar railing berada DI HADAPAN tangan kirinya… yang tak sepatutnya berada di situ!! Saya bukannya pakar imej, namun ini nampak sungguh melucukan. Saya kata ianya palsu”
CLG juga telah melakukan pemeriksaan ke atas imej ini. “Tangan lelaki yang bertopi putih memang jelas ditindihkan ke dalam gambar tersebut. Bukan setakat lengannya berada di belakang railing yang sepatutnya beberapa kaki di belakang BELIAU, bahkan juga dengan pembesaran menggunakan Photoshop, sebahagian dari jeriji besi itu masuk ke dalam kepalanya. Ini adalah ‘gambar foto yang diubahsuai’, namun piksel kepalanya telah tersalah campur dengan piksel jeriji itu.” – Michael Rectenwald.
Di sini ialah pembesaran gambar tersebut. Anda boleh melihat dengan jelas betapa besi railing kelihatan DI HADAPAN lengan kiri lelaki yang dikatakan pengebom itu. Bukan setakat itu akan tetapi kelihatan juga bagaimana jeriji besi itu menembusi kepala lelaki tersebut.
Analisis selanjutnya menunjukkan dengan jelas jeriji besi itu kelihatan menembusi kepala lelaki itu. Juga terdapat garisan luar yang jelas di atas topi ‘pengebom itu’ dan sekitar kepalanya, menunjukkan yang imej itu telah ‘dipotong’ dan ditindihkan ke atas gambar asal stesen kereta api tersebut.
Kenapa agaknya pihak berkuasa meminda imej tersebut? Apakah yang sedang mereka cuba lakukan itu untuk memujuk orang awam supaya mempercayai kelentungan mereka? Ataukah ini hanya ilusi optikal sahaja? Sekiranya sesiapa ada mempunyai penerangan lain bagi keganjilan ini, tolong e-mail butiran lengkap kepada kami.Terjemahan N-SPAR - 29.07.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.