![]()
TAG 1842:
Teori Bom Ajaib
(The "Magic Bomb" Theory)
Oleh: Mark Faulk - Jul 23, 2005 - Laman M@RHAEN
Ini ialah cerita tentang pengganas yang meresap, beg yang tidak pun wujud serta penyiasatan auta pehak berkuasa, namun yang pentingnya ini ialah kisah bom ajaib.Ini ialah Penyiasatan Tapak Jenayah 101(Crime Scene Investigation 101). Ianya adalah berkaitan Hukum Asas Fizik. Ianya adalah perkara asas, wahai Watson, sehinggakan seorang penari yang masih terpinga-pinga terkejut kerana duduk berhampiran dengan tempat di mana salah satu bom yang diletakkan dalam koc tiub London itu meledak juga boleh tahu tentangnya.
Dalam sebuah artikel akhbar British Cambridge Evening News, seorang jurulatih tarian berusia 32 year- Bruce Lait, dalam sebuah temuramah dari katil nya di hospital menyatakan “anggota polis itu berkata ‘jangan lupa lubang itu, di situ lah bom diletakkan’ Lantai logam terpokah ke arah atas seolah-olah bom berada di bawah kereta api. Mereka kelihatan merasakan yang bom telah ditinggalkan dalam beg, namun seingat saya tiada sesiapa yang berada di tempat bom itu berada, atau kehadiran sebarang beg.”
Baca bahagian terakhir, secara perlahan-lahan dan biarkan ia memberi kesan kepada anda. “Lantai logam terpokah keatas seolah-olah bom berada di bawah kereta api.” “Pehak berkuasa merasakan yang bom telah ditinggalkan dalam beg, namun seingat saya tiada sesiapa yang berada di tempat bom itu berada, atau kehadiran sebarang beg.”
Dan pehak berkuasa British di tapak kejadian terlepas pandang perkara penting itu, dan hanya sekadar beranggapan yang ianya adalah bom yang digalas dalam beg sahaja? Tolonglah, berapa kali anda telah lihat dalam rancangan Tv yang teruk di mana seorang detektif eksentrik telah mengatakan yang jenayah itu adalah “kerja orang dalam” kerana kaca berada di luar dari tingkap yang pecah, tidak di dalam seperti sepatutnya. Saya ulangi: Penyiasatan Tapak Jenayah 101. Fizik asas.
Ketika mengulas tentang kejadian itu, Lait berkata tentang dirinya dan rakan tariannya Crystal Main, “Dari keseluruhan koc itu, saya rasa hanya kami berdua yang tidak cedera teruk sedangkan rasanya kami berada paling hampir dengan bom itu.”
Beliau kemudiannya meneruskan penerangannya tentang mereka yang duduk berhampiran beliau dan Main tatkala bom itu meledak. “Saya ingat ada seorang lelaki Asia, juga terdapat seorang lelaki kulit putih yang memakai seluar trek dan topi besbal, juga ada dia orang wanita tua yang duduk bertentangan saya.” Beliau menerangkan tentang seorang wanita yang badannya terhempap keatasnya tatkala ia sedar dari pengsan sebagai “wanita pertengahan umur dengan rambut blonde yang beralun, berpakaian hitam dan kemungkinannya seorang ahli perniagaan.”
Sekali lagi, tumpukan sepenuh perhatian. “Kami yang paling hampir dengan bom”. Seorang lelaki Asia, seorang lelaki kulit putih, dua wanita tua, serta seorang ahli perniagaan wanita berambut perang….dan dua penari.
Jadi….sekiranya bom itu berada dalam beg yang dibawa oleh pengganas, bagaimana mungkin dua orang penari “berada hampir dengan bom”? dan kenapa tidak saksi yang paling hampir melihat sebarang pengebom, atau SESIAPA juga yang duduk tempat di mana bom itu meledak? Kenapa lantai logam itu terpokah kearah atas sekiranya bom itu berada dalam koc?
Mari kita atur dalam perspektif ini, satu demi satu:
“Lantai logam terpokah keatas seolah-olah bom berada di bawah kereta api.”
“Namun seingat saya tiada sesiapa yang berada di tempat bom itu berada, atau sebarang beg.”
“Kami yang paling hampir dengan bom”
“ Seorang lelaki Asia, seorang lelaki kulit putih, dua wanita tua, serta seorang ahli perniagaan wanita berambut perang….dan dua penari.”
Sekali lagi kita berada dalam situasi ini. Satu lagi kejadian keganasan yang penuh dengan persoalan dari jawaban, persoalan yang media utama gagal untuk mempersoalkannya.
Ceh, saya sanggup ditikam mati asal sahaja dapat menjawabnya:
Lantai logam itu terpokah kearah atas kerana BOM ITU BERADA DI BAWAH KERETA API.
Lait tidak ingat melihat sesiapa atau beg yang dimuatkan bom dalamnya berhampiran dengan pusat letupan kerana memang tidak ada pengebom yang duduk di situ begitu juga dengan beg. BOM BERADA DI BAWAH KERETA API.
“ Seorang lelaki Asia, seorang lelaki kulit putih, dua wanita tua, serta seorang ahli perniagaan wanita berambut perang….dan dua penari.” Tidak pun terdapat radikal Islam, tiada pengganas Timur tengah yang duduk dalam koc. BOM BERADA DI BAWAH KERETA API.
Pasangan penari Bruce Lait dan Crystal adalah orang yang paling hampir dengan bom…sekali lagi tiada orang Islam Radikal, tiada pengganas Timur Tengah yang duduk dalam koc. BOM BERADA DI BAWAH KERETA API.
Kami telah disanjung sesetengah orang, manakala yang lain pula mengkritik bagi artikel yang ditulis oleh Jeff Buckley (bertajuk "London Calling") sehari selepas pengeboman London yang pertama dua minggu lalu yang mempersoalkan motif di sebalik pengeboman itu, dan juga meminta pembaca memandang “respons rasmi kerajaan” yang menyusul nanti dengan tahap kecurigaan yang sihat.
Di sini bagaimana Jeff menulisnya:
“jadi, tatkala kamu melihat tajuk utama dikuasai cerita ini dan longgokan bahan bukti palsu, kelentongan serta pengkhianatan telah ditolak ke tepi, pastikan anda menyoal diri sendiri, “Siapakah yang mengecap untungnya?” Sebelum anda memberi sokongan di belakang pentadbiran yang hanya tahu cakap berbelit, menipu, dan menyogok kematian sebagai bukti mereka berusaha, pastikan anda bertanya kepada diri, ‘Siapakah yang mengaut untungnya dari semua ini?’ Dan, sebelum anda benarkan diri dilanyak stimrol dan hanyut oleh semangat membalas dendam, pastikan anda bertanya kepada diri, ‘Siapakah yang meraih untung dari bencana ini?’
Jadi kita di sini, baru dua minggu (dan satu lagi episod pengeboman ‘simbolik’) kemudiannya, suara-suara Sayap Kanan sedang ligat memutar ‘kerja orang dalam’ ini sebagai satu lagi alasan kewajaran Perang Iraq….. walaupun pengganas yang disyakki ialah keturunan Pakistan. (Rasa macam pernah dengar? Pengganas 9/11 katanya dari Arab Saudi, jadi…….”Mari kita bom Iraq!”)
“Siapakah yang mengecap untungnya dari bencana ini?”
Baru sahaja dua minggu kemudiannya, para pengikut pemutar belit sedang sebok menyalahkan sekumpulan pengebom berani mati yang membawa beg galas, walaupun mereka yang mati itu adalah kumpulan yang tidak mungkin "pengebom berani mati" yang telah melakukan keganasan itu.
“Siapakah yang mengecap untungnya dari bencana ini?”
Baru dua minggu kemudiannya, Bush dan gerombolannya telah mempergunakan pengeboman London dengan jayanya….menyogok kemaskinian Akta Patriotik. “Pergi mampuih dengan Perlembagaan, mereka mengebom kita daaa!”
Para pemutar belit rasmi samada tidak mempedulkan tanda-tanda yang menunjukkan sesuatu yang tidak kena, atau meminggirkan kita yang mempersoalkan respons rasmi sebagai sekadar jongosan Teorist Kospirasi.
Cuba agak? Sekiranya kita tidak istiqamah menanyakan soalan bernas, serta menuntut jawaban yang ikhlas serta lurus bagi persoalan itu, lalu tidak ada siapa pun yang akan melakukannya. Mereka telah menipu kita jutaan kali sebelum ini, dan sekiranya rakyat Amerika yang jujur….dan rakyat England….tidak berterusan memastikan pegawai awam kita bertanggungjawab bagi tindakan serta menuntut kebenaran, tentu sahaja mereka berterusan kan menyuap kita dengan kelentongan demi pembohongan…..sehingga akhirnya kita tercekik di bawah bebanan kelentongan ang dahsyat. Dan ITU lah Kebenaran .
(Editor's note: A special thanks to http://www.whatreallyhappened.com/ for once again pointing me in the right direction, and to Jeff Buckley for making us ask the "hard questions".)
Terjemahan N-SPAR - 25.07.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.