TAG 1841:
Bagaimana Op Hitam Dipentaskan Dalam Pengeboman London
(How Black Ops Staged the London Bombings)
Oleh: Oleh Fintan Dunne, BreakForNews.com 22 July, 2005 12:00pmET  - Laman M@RHAEN
Kejadian keganasan yang dipentaskan—sepertimana juga helah silap mata—bergantung kepada penipuan untuk mengelirukan manusia. Langkah pertama dalam mendedahkan pengeboman London telah dilakukan oleh pasukan operasi hitam barat- ialah dengan melihat menerusi kelentongan (misdirection)  utama yang mereka lakukan dalam operasi itu.

Di sini ialah kelentongan rasmi akan apa yang terjadi:

Bukti utama akan pergerakan empat orang yang didakwa pengebom datang dari imej tunggal CCTV akan empat individu yang sama memasuki Stesen Luton untuk menaiki kereta api menuju London. Tiga dari mereka telah memandu ke Luton untuk bertemu orang yang keempat dan meneruskan perjalanan melalui kereta api ke Stesen King Cross di London.

Pehak polis mendakwa mempunyai satu lagi video CCTV tentang mereka yang berpecah di Stesen Kong Cross dan menuju ke arah berbeza bagi melakukan serangan. Dokumen yang mengesahkan identiti mereka telah ditemui di tapak kejadian—di mana mayat mereka juga telah ditemui. Polis juga menjumpai bahan-bahan pembuatan bom dalam kereta yang telah mereka tinggalkan di tempat parkir berbayar di Luton.

Begitu lah kisah dongeng “pengebom relamati”. Masalah besar dengan jalan cerita ini ialah kumpulan pengganas tidak mungkin membazirkan sumber manusia yang berharga dalam serangan berani mati, tatkala tektik berani mati tidak diperlukan.

Sebagai jawapannya, media arus perdana kini turut menyogok cerita yang kemungkinannya mereka telah diperdaya—serta tidak tahu yang bom-bom itu akan meledak dengan tiba-tiba sebaik ia dipasang. Dalam media alternatif sesetengah mencadangkan yang mereka menyangka hanya membawa dadah.

 kedua-dua penerangan itu membuat anggapan yang keempat-empat mereka memang membawa bom ke dalam kereta api bawah tanah serta bas London.

Yang mana tentunya salah belaka. Kesemua itu adalah cerita kelentongan yang disengajakan.

Ini adalah bagaimana cara ianya terjadi:

Ketiga-tiga mereka yang memandu dari Leeds ke Luton tidak pun menghabiskan perjalanan mereka. Di satu tempat sepanjang Motorway M1, sebuah kereta dengan lampu biru yang berkelip-kelip datang dari arah belakang mereka dan kedua-dua kereta itu berhenti di tepi jalan kemudiannya. Apa yang kelihatan sebagai anggota polis telah meminta pengenalan serta kemudiannya memaksa kereta itu dirampas atas alasan keselamatan dan juga soal-siasat seterusnya.
 

Sementara satu lagi pasukan telah memintas lelaki yang keempat semasa sedang bergerak dari Aylesbury ke Luton. Tidak seorang pun dari mereka akan dilihat hidup sejak itu. Mereka tidak pun terlibat dalam pengeboman itu.

Imej CCTV mereka yang sedang memasuki Stesen Luton ialah  potongan dan lekapan gambarfoto pemantauan terdahulu keempat-empat mereka. Ini ialah kelentongan yang penting.

Pemintasan keatas kempat-empat mereka akan menjadi satu keterlaluan kepada awam  sebaik mereka memasuki Stesen Luton. Mereka telah diambil lebih awal dari itu. Mari kita kembali kepada apa yang terjadi kepada mereka sebaik kita dedahkan satu lagi salah arah penting.

Bom-bom dalam kereta api bawah tanah bukannya berada dalam koc kereta api itu. Ianya berada di bawah lantai koc terbabit. Pasukan op-hitam perlu mendapat capaian kepada landasan atapun gudang selenggaraan bagi meletakkan peralatan dengan jam randik tersebut.

Itu jalan yang boleh diharapkan berkesan. Itu lah kenapa perkara yang tidak dapat dielakkan dilakukan.

Pengesahan akan hal ini datang dari beberapa laporan, termasuklah cerita saksi tentang bom kereta api di Aldgate East oleh penari Cambridge Bruce Lait. Hanya beliau dan rakan penarinya Crystal Main merupakan penumpang dalam koc yang terselamat tanpa kecederaan teruk- walaupun berada dalam kedudukan terdekat kepada letupan bom.

Ini ialah laporan Cambridge Evening News [also]:

"tatkala saya bangun dan melihat sekeliling saya semuanya gelap, asap serta serpihan. Seketika masa diambil untuk menyedari di mana saya dan apa yang terjadi…” Beliau dan Crystal telah dibantu keluar dari koc. Sebaik mereka melangkah keluar, seorang anggota polis telah menunjukkan di mana kedudukan bom itu.

“Anggota polis itu berkata ‘jangan lupa lubang itu, di situlah bom berada’. Logam itu tertolak ke atas seolah-olah bom itu berada di bawah kereta api. Mereka kelihatan berfikir seolah-olah bom telah ditinggalkan dalam beg, namun saya tidak ingat sesiapa berada di tempat bom itu meledak, atau sebarang beg di sana,” kata beliau.

Tambahan pula, Christophe Chaboud, Ketua French Anti-Terrorism Co-ordination Unit, telah memberitahu akhbar Le Monde yang bahan letupan yang digunakan alam pengeboman itu ialah berasal dari jenis tentera:

Beliau menambah yang kecederaan mangsa mencadangkan yang bahan letupan itu tidak berat tetapi amat berkuasa”, telah diletakkan atas tanah, mungkin juga di bawah tempat duduk. [Sumber juga]

Atau mungkin di bawah lantai.

Ia menyebabkan kecederaan seperti yang dialami oleh Emily Benton, salah seorang warga Knoxville, TN sisters yang sedang bercuti di London yang tercedera dalam letupan salah sebuah kereta api bawah tanah. Beliau telah patah tulang kaki serta kehilangan kulit pada kakinya:

“kaki beliau tercedera teruk (pehak hospital tidak fikir yang ia akan kehilangan kaki), dan beliau juga mendapat luka yang teruk di lengannya.” [Sumber]

Dengan kebanyakan kacau bilau terjadi di bawah tanah, adalah juga penting adanya bom bas untuk menjadi tumpuan di atas sana- dan satu-satunya orang yang melihat pengebom itu sedang bertindak:

Penumpang yang terselamat dari letupan bas Richard Jones kelmarin telah mendedahkan bagaimana ia berhadapan dengan salah seorang pengebom London. Pakar IT keturunan Scotland itu telah turun dari bas dua tingkat yang malang itu hanya beberapa saat sebelum ia musnah dalam letupan yang membunuh 13 orang penumpang.

“Lelaki ini asyik menjenguk ke dalam begnya atau apa sahaja yang berada di hadapan kakinya,” kata beliau kepada Associated Press.

Beliau berkata yang pengebom itu sekitar 6 kaki tingginya, usia pertengahan dua puluh, bercukur rapi dan berpakaian kemas. Lelaki itu memakai seluar bercorak kotak yang mempunyai cekak di pinggangnya, dengan baju pereka fesyen yang terdedah serta pakaian luar seperti jersi yang sepadan. “Seluarnya kelihatan sangat mahal, ianya berwarna putih dengan garisan meraha pada bahagian atas… beliau dalam keadaan  berdiri dengan belakangnya mengadap saya di tingkat bawah bersebelahan pemandu, betul-betul di mana letupan itu berlaku… bunyinya sungguh dahsyat. Saya pernah bertugas sebagai pelatih di kilang bahan letupan di Ayrshire jadi saya tahu tentangnya.”
 [Sumber]

Yang mana tidak pun berbunyi seperti jeans biru, tidak bercukur, seperti berjubah yang dipakai Hasib Hussain. Namun dongeng akan pengebom yang ketakutan telah menyerikan lanskap London yang amat diperlukan sekurang-kurangnya seorang saksi yang melihat bagaimana pengebom itu beraksi.

Bas itu- sepertimana juga kereta api, mempunyai bom yang disembunyikan.

Sementara itu, mereka yang kununnya pengebom telah diseret ke lokasi terpencil untuk dibunuh dengan kejamnya dalam cara supaya ia selari dengan penglibatan mereka dalam pengeboman berani mati. Mereka mati dalam letupan yang diatur dengan ketepatan tentera.

Empat lagi pembunuhan adalah enteng sahaja bagi mereka yang telah pun membunuh sejumlah besar manusia di London dengan ketepatan kejam yang serupa.

Tubuh serta cebisan badan akan diseludup masuk ke dalam penyiasatan forensik. Dokumen pengenalan akan ditemui pada tapak pengeboman. Kecederaan tubuh mereka kan selari dengan sekitaran pengeboman. Nama dan memori mereka telah dicemari selama-lamanya.

Ianya adalah peperangan. Beginilah rupanya peperangan itu. Hentikanlah.

Terjemahan N-SPAR  - 25.07.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN