TAG 1840:
Lebih Banyak Letupan Di London: 
Operasi-psikologi Sedang Berlangsung

(More Explosions in London: Psy-ops in Progress)
Oleh: Paul Joseph Watson & Alex Jones /Prison Planet | July 21 2005 - Laman M@RHAEN
Tanyakan soalan, siapakah yang mengaut untungnya (cui bono)?

Hari ini ialah hari terakhir Parlimen sebelum tempoh 80 hari rehat. Jadi sekiranya kerajaan mahukan kaedah anti-keganasan yang dicadangkan selepas letupan 7/7, status kewaspadaan yang tinggi ini ialah cuaca sempurna untuk meluluskannya tanpa mendapat bantahan.

Sky News melaporkan yang anggota parlimen boleh dipanggil malam ini bagi sesi khas untuk mempercepatkan kelulusan undang-undang itu.

Apakah yang termasuk dalam undang-undang itu? Mengecap sebarang orang yang menulis artikel atau membuat tapak web yang menyokong atau memberi bantuan serta keselesaan kepada pengganas.

Jadi anda akan mempunyai situasi di mana mereka boleh mengatakan yang seseorang seperti saya menulis artikel menuduh penglibatan kerajaan, mempunyai kesan negatif kepada kepercayaan awam terhadap kerajaan dalam peperangan palsu mereka terhadap keganasan lalu dianggap telah membantu pengganas.

Tafsirannya begitu longgar sehinggakan mereka boleh mengklaskan apa yang kita buat dalam tapak web ini sebagai membantu pengganas. Sedangkan apa yang kita buat sebenarnya ialah menyuluh kepada pengganas sebenar sambil cuba menyelamatkan nyawa serta kebebasan rakyat jelata.

Kerajaan sedang membina pangkalan data mereka yang tidak digemari untuk dipantau di bawah undang-undang ini.

Kaitan: Clarke ‘merendahkan batasan’ jenayah keganasan melalui web, penulisan, khutbah

Dalam kekeliruan awal tentang apa yang sebenarnya berlaku di London, beberapa perkara sudah pun jelas.

- Ini dengan segera menimbulkan persoalan tentang pengeboman yang pertama. Media arus perdana akhirnya mula menekankan betapa cerita rasmi kerajaan tidak menepati apa yang terjadi. Ini menjadikan isu itu dikeluarkan dari muka surat depan.
- Ini akan melajakkan lagi perasaan ketakutan serta mencipta khalayak yang tersepit sehingga mereka menerima undang-undang anti keganasan yang ketat. Mereka sedang menukar kita menjadi seperti Israel dengan amaran atau pengeboman setiap dua minggu.
- Tatkala Akta Patriot mahu diperbaharui, Bush boleh menggunakan tahap amaran untuk melicinkan agar Kongres meluluskan semula Undang-undang itu.

Kaitan: Bush melihat serangan London sebagai alasan bagi Akta Patriotik

Sesetengah laporan awal dari tapak kejadian memang sangat menarik.

Laporan itu mengatakan yang orang Arab kelihatan melarikan diri dari tapak letupan. 20 peratus dari populasi

London ialah keturunan Arab. Sekiranya bom meletup berhampiran anda, tidakkah anda akan melarikan diri? Salah seorang Arab dilaporkan sebagai berkata “Apa silapnya mereka ini?” yang mencadangkan perasaan ketakutannya  tetapi dengan pantas ia dikenalpasti sebagai kambing hitam.

Sky News telah menyiarkan rakaman bagaimana keturunan Arab telah ditahan secara rawak. Perhatikan ayat menanam ketakutan ‘empat pengganas yang bebas sedang menanti untuk menyerang’- ini akan membolehkan penyalahgunaan kuasa kecemasan untuk menahan serta menggelidah. Mungkinkah kesemua empat buah bom itu gagal meledak?

ITN News melaporkan yang salah seorang yang disyaki sebagai pengebom relamati telah ditangkap dan dibawa ke Whitehall. Kenapa perlunya seorang yang berpotensi berbahaya dibawa masuk ke dalam bangunan kerajaan dan tidak ke balai polis berhampiran?

Sky News telah melaporkan ‘sesuatu sedang berlaku’ dan beberapa stesen telah ditutup disebabkan amaran yang dikeluarkan jam 11 pagi.

BBC melaporkan yang beg salah seorang dari mereka telah meletup dan ia kelihatan terkejut dan kecewa. Siapa agaknya yang meletakkan bom ke dalam beg penumpang? Atau apakah mereka ini hanya peniru sahaja?

Sky News melaporkan betapa Tony Blair sudah pun berada dalam mesyuarat krisis di dalam kubu bawah tanah dalam masa yang sama amaran dikeluarkan. Satu lagi kes bersedia untuk ‘menguasai’ sebaik kekacauan berlaku?

Sky News juga melaporkan betapa Blair telah dijangka bertemu dengan M15 dan M16 serta Perkhidmatan Sulit lewat hari ini. Ini mencadangkan yang jadual Blair telah dirancang lebih awal supaya menjadi kebetulan dengan kesemua insiden ini.

Kini sudah pun terdapat cerita sekelas dengan “passport Mohd Atta’ akan orang Arab yang meletakkan bom dan cabut lari yang kemudiannya diburu oleh rakyat awam. Ini dengan pantas mencipta operasi psikologi betapa ini semua kerja Al Qaeda. (Ingat! Al Qaeda bukan sebuah pertubuhan malah hanya pangkalan data nama mujahidin yang dilatih CIA- Penterjemah).

PM Australia John Howard mempertahankan polisi negara itu ke atas Iraq dan Afghanistan dengan mengaitkan dakwaan pihak yang bertanggungjawab bagi pengeboman London yang disebarkan oleh forum internet, yang mengkritik penglibatan Australia di Iraq dan Afghanistan. Dakwaan asal memang terbukti rekaan sahaja.

Kerajaan Israel memang terbukti unggul dalam melakukan pengeboman yang diadakan sendiri bagi memastikan penduduknya sentiasa dalam keadaan ketakutan.
 

FLASHBACK: 2 religious soldiers believed behind J'lem fake bomb
More developments as this story unfolds....
Related: Reports Of Explosions In London Tube Stations and Bus

http://www.propagandamatrix.com/articles/july2005/210705moreexplosions.htm

Terjemahan N-SPAR  - 23.07.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN