TAG 1839:
Livingstone: Barat Yang Melahirkan Pengganas
(Livingstone: West makes terrorists)
Oleh: The Evening Standard, London (This Is London) 20 July 2005 - Laman M@RHAEN
Datukbandar London, Ken Livingston telah menyalahkan dasar luar negara-negara Barat di Timur Tengah sebagai penyebab tercetusnya bencana serangan pengganas seperti pengeboman kota London pada Julai 7.

Mr. Livingston berkata bahawa campur tangan Barat untuk menentukan bekalan minyak daripada negara-negara Arab sejak sebelum Perang Dunia Pertama dahulu lagi telah melahirkan pengganas Islamis yang ekstrem termasuk Osama bin Laden dan Jaringan al-Qaeda.

 Beliau berkata ramai anak-anak muda Britain naik angin oleh sebab dua jenis standard dalam dasar luar Barat. Ini menyerlah dalam sokongan Amerika terhadap Israel dan penahanan tanpa bicara di kem penjara Guantanamao Bay, Cuba.

Datukbandar itu berkata dia mengutuk apa juga jenis pengeboman berani mati, tetapi dia menyatakan betapa dia juga amat faham kenapa orang Palestin sanggup menggunakan taktik itu di Israel.

Beliau telah mempertahankan satu gambar yang disiarkan di media, menunjukkan beliau bersama Omar Bakri Mohamad dan Anjem Chaudary yang menganggotai kumpulan militan al-Muhajiroun, sambil bertegas bahawa bergambar bersama mereka tidak bermakna yang dia bersetuju dengan pendirian mereka.

Apabila ditanya apakah sebabnya semakin meningkat unsur-unsur radikal Islamiah dan keganasan, Mr Livingston tidak pula memberikan penekanan terhadap penglibatan Britain dalam Perang Iraq yang memang dihentamnya Akan tetapi dia pernah memberitahu BBC Radio 4 dalam rencana “Today Programme” “Saya fikir kita sudah menghabiskan 80 tahun mengkucar-kacirkan pentadbiran banyak negara Arab kerana kita mahukan minyak mereka semata-mata.

“Kita telah lama menyokong kerajaan yang tak berguna, dan menggulingkan kerajaan yang tidak mesra dengan kita. Saya fikir masalah kita sekarang adalah disebabkan tindakan Amerika pada 1980-an dahulu yang memilih dan memberikan latihan kepada Osama bin Laden dan mengajar beliau bagaimana cara membunuh, membuat bom dan menghantar beliau membunuh orang-orang Russia di Afghanistan. Amerika ketika itu tidak terfikir bahawa apabila dia selesai dengan tugas itu dia akan berpaling tadah terhadap orang yang menciptanya.”

Beliau berkata kalaulah rakyat Britain dipaksa hidup dalam keadaan yang ditanggung oleh orang Palestin di wilayah yang ditakluk, mereka juga akan menggunakan taktik pengebom berani mati.

Mr. Livingston memuji rakyat London terhadap serangan 7 Julai dahulu sambil berkata: “Saya fikir penduduk London tidak akan berpecah-belah. Kita bukannya bodoh. Semua bom itu diledakkan untuk mencetuskan huru-hara, dan memecah-belahkan kita, dan menjadi satu asas untuk menarik ramai pengganas lagi.

Kedutaan Israel di London mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang disebut oleh Ken Livingston sebagai “mendukacitakan dan tidak kena pada tempatnya.” Israel berkata: “dalam persidangan akhbar beliau, hari Selasa, Ken Livingston berkata beliau tidak membezakan antara anggota parti Likud Israel dan anggota pengganas Hamas, sambil menyebut mereka serupa sahaja.

Kedutaan itu kesal dengan kenyataan Ken “lebih lagi setelah London diserang oleh pengganas lebih satu minggu sahaja.”

Kementerian Luar Israel berkata: “Kami kesal betapa datuk bandar London tidak tahu membezakan antara pengganas yang membunuh dan mereka yang cuba pihak yang tidak berdosa”.

Livingston berkata bahawa beliau sedia mengalu-alukan kerajaan Israel ke London, tetapi menambah: “Saya percaya mereka telah melakukan banyak perkara yang dahsyat terhadap kemanusiaan.”

Livingston berkata Israel sengaja membunuh lelaki, perempuan dan kanak-kanak di Tebing Barat dan Gaza selama bertahun-tahun.”

Inilah pertama kalinya Livingston bercakap lantang dalam sidang akhbar sejak Julai 7 di mana sistem pengangkutan London diserang dengan bom dan membunuh 50 orang.

Livingston berkata keadaan antara Israel dan Palestin memang tidak seimbang. Beliau menekankan kefahaman terhadap motif pejuang berani mati Palestin yang meletupkan diri mereka. “Orang Palestin tidak mempunyai jet pejuang, mereka hanya punya diri untuk digunakan sebagai senjata. Apakah itu adil dan kerana itu mereka menggunakan nyawa diri,” katanya.

Sejak dahulu lagi Livingston telah dikritik kerana menerima ketibaan Imam Sheikh Yousuf al-Qardawi yang begitu lantang menyokong jihad pengebom berani mati Palestin dan yang begitu bersuara lantang menentang kegiatan homoseks.
 

Livingston: Likud dan Hamas adalah serupa sahaja
(oleh: Herb Keinon)

Livingston telah membandingkan antara Likud dan Hamas dan menuduh Israel sebagai “penjenayah terhadap kemanusiaan” Di dalam satu sidang akhbar beliau mengaitkan pengeboman di London dengan tragedi di Timur Tengah. Beliau berkata: Israel telah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan seperti membunuh secara rambang lelaki, perempuan dan kanak-kanak di Tebing Bart dan Gaza untuk beberapa dekad.

Pada bulan Mac dahulu Livingston telah menulis satu artikel di The Guardian dan menuduh bahawa Ariel Sharon adalah seorang penjenayah perang yang sepatutnya disumbat dalam penjara dan bukan dibiarkan bebas di pejabatnya. Kali ini Livingston menyamakan parti politik Sharon sama sahaja dengan Hamas.

“Saya berpendapat para pendokong Likud di Israel dan anggota Hamas adalah sama sahaja, mereka saling memerlukan untuk mendapatkan sokongan sambil menuduh pihak musuh untuk menarik sokongan baru dan saya tidak membuat sebarang perbezaan kerana percaya adalah satu kesalahan untuk membunuh nyawa. Lebih lagi kalau kita ambil kira cara Lubnan ditakluki secara haram, penaklukan haram Mesir dan Jordan dalam Perang Enam Hari dan segala kegiatan dahsyat terhadap kem pelarian Palestin serta kerja-kerja memusnahkan rumah kediaman hanya disebabkan adanya seorang pengebom yang datang dari sana. “Saya tidak percaya dengan kerja-kerja balas dendam seperti itu.”

http://www.jpost.com/servlet/Satellite?pagename

Catatan Penterjemah: Sanggupkah salah seorang pemidato UMNO bersuara lantang dan mengutuk Ariel Sharon sebagai penjenayah? Sanggupkah Khairy Jamaluddin mengusulkan agar perniagaan Israel dinyahkan daripada bumi Malaysia?

Terjemahan MT-SPAR  - 20.07.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN