TAG 1838:
Pekerja Syarikat Stagecoach London Berkata 
Yang Pengeboman Bas Mencurigakan

(London Stagecoach Employee Says Bus Bombing Suspicious)
Oleh: Paul Joseph Watson/Prison Planet | July 15 2005  - Laman M@RHAEN
Kami menerima sebuah email dari seorang pekerja Stagecoach, syarikat yang bertanggungjawab bagi majoriti bas di London. Orang hubungan kami itu bekerja sekitar satu batu dari tapak letupan pada Khamis lalu. Pemandu bas menegaskan yang bas nombor 30 adalah satu-satunya bas yang ditukar laluan selepas bom yang pertama meledak di laluan kereta api bawah tanah London, setiap bas lain telah meneruskan perjalanan melalui laluan biasa, namun untuk bas tersebut ianya telah dilencongkan laluannya.

Pemandu itu juga menyentuh tentang selenggaraan CCTV.

“CCTV telah diselenggara sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu dan secara digital boleh menyimpan sehingga 2 minggu lamanya rakaman filem. Ini telah dilakukan oleh sebuah kontraktor persendirian….Lalu tatkala saya mendengar yang CCTV tidak berfungsi dalam kenderaan tersebut yang tidak lebih dua tahun usianya sejak Jun lalu…..maafkan saya kerana ia satu pembohongan, saya bekerja untuk syarikat itu dan saya tahu membezakannya.”

Juga satu maklumat yang menarik….Sabtu lalu seorang kontraktor telah datang untuk memeriksa CCTV di atas bas dalam depoh, menurut kata penyelia saya orang itu telah mengambil masa lebih 20 jam pada hujung minggu itu, 20 jam untuk melihat apakah CCTV itu berfungsi? Dan lagi orang yang datang itu bukanlah kontraktor kebiasaannya, bagi alasan keselamatan orang yang sama akan datang ke depoh untuk melaksanakan tugas, kali ini ia berbeza pula.

Para pemandu di depoh sudah pun terfikir mereka yang kununnnya dipanggil pengebom mendapat bantuan orang dalam kerana ianya terlalu tersusun. Malah sesetengah mereka beranggapan yang kejadian itu mendapat bantuan dari syarikat.”

Saya telah menerima maklumat yang mencadangkan betapa CCTV itu telah diselenggara dan diperiksa dengan kerap. Pehak polis membayar syarikat bas untuk pemeriksaan itu, dan syarikat bas pula membuat untung lumayan darinya, jadi kesemua pehak memperolehi keuntungan dengan memastikan sistem CCTV berfungsi dengan sempurna.

Maklumat itu menyebabkan timbul kecurigaan yang tinggi kenapa kamera bas itu tidak berfungsi.

Apakah sesi panjang pemeriksaan selama 20 jam akan CCTV bertujuan merosakkan fungsi CCTV, atau suatu kerja yang lebih jahat? Apakah kontraktor yang tidak biasa dengan pekerja syarikat bas itu sebenarnya memasang bom di situ?

Akan tetapi usah bimbang, media sudah pun terkecor liurnya tentang gambar kununnnya pengebom Hasib Hussain yang dikatakan meledakkan bom di bas tersebut. Jelas, ianya adalah gambar kelabu tentang seorang lelaki Islam dengan beg galas, tutup kes! Ianya bahan bukti yang cukup baik, saya nak tidur.

Ianya melampaui batas keraguan betapa empat lelaki Islam itu telah diperangkap. Kemungkinan besarnya mereka telah diupah sebagai pengintip M16, dihantar ke Pakistan dan kemudiannya dipanggil balik serta diberitahu yang mereka akan mengambil bahagian dalam latihan penting menguji keselamatan negara. Beri mereka beg galas, arah mereka untuk naiki kereta api dan kemudiannya meletupkan kesemua bom itu secara kawalan jauh.

Apakah anda benar-benar percaya yang lelaki dengan anak kecil berusia 8 bulan serta lelaki yang mengajar di sekolah kanak-kanak cacat akan meletupkan diri mereka serta membunuh orang lain yang tidak berdosa?

http://www.prisonplanet.com/articles/july2005/150705busbombing.htm

Terjemahan N-SPAR  - 19.07.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN