![]()
TAG 1837:
Warga London Mencurigai Penutupan Stesen
Sebelum Letupan Terjadi
(Londoners Suspicious Of Station Closures Before Blasts)
Oleh: Paul Joseph Watson/Prison Planet | July 12 2005 - Laman M@RHAEN
Forum internet bukanlah penanda aras kepada kebenaran hakiki namun tidak pula sepertimana kerajaan yang dengan ghairahnya bergegas memberi kredibiliti kepada kenyataan 'Al-Qaeda' sebaik sahaja syarikat Internet yang ada hubungan dengan Bush boleh mengeposnya, kita tidak menawarkan petikan forum ini sebagai bukti kukuh untuk apa jua. Namun ianya amat menarik.Beberapa orang yang berbeza dalam forum tapak web London Evening Standard telah melaporkan pengalaman aneh mereka pada hari pengeboman.
Seorang ahli menulis,
Hai semua,Saya terpaksa menjemput seorang teman sekerja dari Balham pada jam 7:15, namun sebaik saya sampai saya telah disambut oleh van kecemasan Tiub (kereta api), polis serta gerombolan warga yang telah dihalau keluar dari stesen yang ditutup.Adakah sesiapa yang berjalan SEBELUM serangan bermula kelmarin perasan akan sebarang keganjilan semasa menaiki tiub?
Saya menaiki laluan Piccadilly pada jam 7.15 setiap pagi dari Southgate untuk sampai ke tempat kerja di Kensington pada jam 8.00. biasanya kesemua tempat duduk dipenuhi dari stesen Finsbury Park dan pengangkutan ini sesak sebaik tiba di Kings Cross.
Pun begitu, kelmarin perjalanan kereta api saya sungguh sunyi dan sepi sekali. Buat pertama kalinya terdapat lebihan tempat duduk dalam koc saya sepanjang perjalanan melalui zon itu. Ianya sungguh ganjil sehinggakan saya kehairanan apa agaknya yang telah terjadi. Ketika itu jam 7.45- lebih satu jam sebelum serangan bermula.
Saya juga terdengar orang bercakap-cakap yang laluan Northern (utara) telah ditutup pada ketika itu. Apakah ada sesuatu yang kita tidak diberitahu?
Seorang ahli lain memberi balasan,
Ya!!
Kesemuanya itu amat ganjil sekali dan mereka mesti sudah tahu sesuatu akan terjadi, mereka tentu sahaja mendapat petunjuk. Ketika saya memandu sepanjang jalan, (yang juga searah dengan tiub) kesemuanya telah ditutup dan ratusan orang sedang beratur untuk menaiki bas. Tatkala saya tiba di Oval, ianya tidak ditutup dan terdapat dua anggota polis bersenjata lengkap berhampiran stesen, satu pemandangan yang agak jarang bagi kawasan yang sunyi sebegitu.Apabila dicampurkan dengan ugutan bom di beberapa bandar utama lain sebelum pebgeboman itu, amaran Israeli serta juga latihan yang meragukan pada hari serangan, kesemua ini menerangkan dengan lebih baik akan apakah jenis serangan itu sebenarnya. (operasi hitam sel sulit dalam kerajaan Bliar -Penterjemah)Laluan Utara telah ditutup dari Morden sehingga ke Stockwell. Memang secara terang mereka telah tahu apa yang akan terjadi, mereka sudah tersilap dan berharap agar tiada sesiapa yang mengungkitnya.
Related: London Bombing Archive
Terjemahan N-SPAR - 18.07.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN