![]()
TAG 1836:
Kambing Hitam London: Ulangtayang Passport Perampas 9/11
(London Patsies: A Replay Of The Pristine 9/11 Passport)
Oleh: Jon Rappoport | July 13 2005 - Laman M@RHAEN
Cerita menutup kejahatan sendiri sedang berlegar dengan banyak dan pantas ketika penyiasat British cuba menutup lubang kesilapan akan jalan cerita serangan ke atas Kota London.Ia adalah umpama Jambatan Brooklyn mahu dilelong sekiranya anda percaya kelentungan mereka bagaimana Data Pengenalan (DP) sebenar para pengebom dijumpai dalam longgokan berbeza pada tapak letupan.
Kesemua DP itu tentu sahaja digali keluar dari longgokan keluli setebal tiga kaki.
Ingat tak bagaimana passport perampas pesawat 9/11 yang terpelanting keluar dari pesawat dan terdampar dalam keadaan baik di atas jalan New York?
Ini ialah laporan Sky News dari London. Terlalu banyak tempat yang boleh dipertikaikan, jadi saya masukkan ulasan dalam huruf besar serta kurungan:
PENGEBOM MATI DALAM LETUPAN KERETA API BAWAH TANAH“Kemungkinan amat besar” salah seorang pengebom kereta api bawah tanah mati dalam serangan dalam rangkaian bawah tanah kata polis. [BAHAGIAN AKHIR LAPORAN INI KITA AKAN DAPATI YANG KEMUNGKINANNYA KESEMUA PENGEBOM MATI.]
Para pengebom yang disyaki datang dari Yorkshire Barat dan berkumpul di stesen King Cross sejurus sebelum serangan dilancarkan pada pagi Khamis, kata polis dalam kenyataan akhbar.
Imej mereka telah dirakamkan oleh kamera CCTV.
Dokumen peribadi telah dijumpai di kesemua tapak letupan dan walaupun kesemua penyerang itu diagakkan mati [OH MEREKA TELAH MATI DENGAN SELESANYA AKAN TETAPI KESEMUA BOM ITU ADALAH BOM JANGKA, YANG AKAN MEMBERI MASA UNTUK PEMBUNUH BERGERAK MENJAUHI BOM—OH BEGITU—IANYA BUKANLAH PENGEBOMAN RELAMATI, IANYA HANYALAH EMPAT KAMBING HITAM- YANG DISOGOK MEDIA OLEH PENGGANAS SEBENAR YANG MENYEBABKAN KEMATIAN MEREKA] Polis amat berhati-hati untuk mengatakan sama ada Britain telah dihenyak serangan bom relamati pertama.
Polis anti-keganasan berkata yang mereka telah menjejak pengebom dan enam waran telah dikeluarkan bagi beberapa alamat di Yorkshire Barat.
Polis berkata yang terdapat bukti forensic “kemungkinan besar” pengebom yang bertanggungjawab bagi letupan kereta api di Aldgate mati di situ. [BUKTI APA? APAKAH KITA AKAN MELIHATNYA?]
Seorang dari empat lelaki itu telah dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya pada hari serangan dan barangan peribadinya telah dijumpai pada tapak letupan bas. Barangan peribadi lelaki kedua telah dijumpai pada tapak letupan Aldgate manakala barangan lelaki ketiga dijumpai dalam letupan Aldgate dan Jalan Edgwarw. [BARANGAN? DILETAKKAN OLEH AGEN OPERASI? MEJA, KERUSI, EMAS BERLIAN? DISIMPAN DALAM KOTAK KESELAMATAN KELULI?]
Seorang lelaki telah ditangkap di Yorkshire Barat dalam hubungan dengan serangan itu. Timbalan Assistant Pesuruhjaya Peter Clarke, ketua cawangan anti-keganasan Scotland yard berkata: “Penyiasatan awal telah membuatkan kita bimbang tentang pergerakan serta aktiviti empat lelaki, tiga darinya datang dari kawasan Yorkshire Barat. “kami cuba menentukan pergerakan mereka sehingga kepada serangan minggu lalu dan secara khusus menentukan apakah kesemuanya mati dalam letupan itu. [MUNGKIN KESEMUA MEREKA MATI. MUNGKIN JUGA TIDAK. NAMPAK MACAM TU LAH. KAMI TAK BOLEH BERITAHU.
NAMUN KAMI MEMPUNYAI ‘BARANGAN’ MEREKA DI TAPAK KEJADIAN. MUNGKIN IA TELAH DILETAKKAN SAHAJA DI SITU SUPAYA BOLEH MELEPASKAN DIRI. BETUL-BETUL MACAM AL QAEDA. BERLAGAK SEOLAH-OLAH PENGEBOM RELAMATI DAN KEMUDIANNYA CABUT LARI. LUPAKAN KISAH ANGGOTA AL QAEDA YANG TERBUNUH DAN MASUK SYURGA. KALI INI BERBEZA. NAMUN IANYA SAMA SAHAJA. IANYA AL QAEDA]. Kami telah keluarkan enam waran di bawah Akta keganasan untuk beberapa alamat di Yorkshire Barat.
Ini termasuklah alamat rumah tiga dari empat orang lelaki tersebut. Pemeriksaan forensic yang lengkap akan dibuat dan ianya akan memakan masa untuk disempurnakan. “[RAKYAT AWAM TIDAK BERHAK MENGETAHUI BUTIRAN LENGKAP PEMERIKSAAN ITU. TIDAK MUNGKIN. KAMI HANYA AKAN MENYIARKAN KESIMPULANNYA.]
Beliau meneruskan: Kita tahu yang kesemua empat orang itu tiba di London melalui kereta api pada pagi hari. Kami telah mengenalpasti rakaman CCTV yang menunjukkan keempat-empat mereka di Stesen King Cross sejurus sebelum jam 8.30 pagi 7 Julai. [MEREKA BERGAYA BAGI RAKAMAN GAMBAR DI HADAPAN KAMERA? NAMUN CUKUP PINTAR SEHINGGAKAN MENINGGALKAN ‘BARANGAN’ DI TAPAK LETUPAN SEBAGAI BUKTI MEREKA MATI, YANG KEMUDIANNYA DENGAN MUKA DI KAMERA TELAH MELARIKAN DIRI. TENTU, IA BOLEH DITERIMA.]
“Salah seorang dari mereka bertolak dari Yorkshire Barat telah dilaporkan hilang oleh keluarganya kepada biro kemalangan pada 7 Julai. Kita telah berjaya mengesan yang ia telah ditemani dalam perjalanannya ke London oleh tiga lelaki lain. Kita telah pun menemui dokumen peribadi yang tertera dengan nama tiga dari empat lelaki itu berhampiran dengan kerusi ketiga-tiganya berdekatan letupan itu.” [DALAM KEADAAN BARU DICETAK TENTUNYA, DENGAN ANAK PANAH BESAR BERWARNA MERAH MENGARAH KEPADA NAMA, BETUL-BETUL DI TENGAH TAPAK LETUPAN, DP YANG SUNGGUH KEBAL]. Berkaitan dengan lelaki yang hilang, beberapa barangannya telah ditemui dalam laluan bas 30 di Tayistock Square. Barangan lelaki kedua pula dijumpai pada tapak letupan Aldgate dan ada hubungan dengan barangan lelaki ketiga dengan namanya dijumpai pada letupan Aldgate dan Edgware Road.” [KARUNGAN PAKAIAN DENGAN NAMANYA DIJAHIT PADA LABEL? PAKAIAN YANG DIPERBUAT DARI ASBESTOS AGAKNYA?] kami mempunyai bahan bukti forensic yang kukuh yang kemungkinannya salah seorang dari Yorkshire telah terbunuh dalam letupan di Aldgate.”
Pakar keganasan Sky News Steve park berkata yang dokumen-dokumen tersebut mungkin sengaja diletakkan di situ untuk “mengelirukan polis”. [STEVE PARK BARU SAHAJA MENERIMA TUGASAN LAPORAN BARU TENTANG BURUNG DI ALASKA. APA PUN, SIAPA KAH AGAKNYA YANG TELAH MENGADA-ADAKAN BAHAN BUKTI? PENGGANAS? SELEPAS MEREKA BERGAYA BERGAMBAR BERSAMA DI HADAPAN KAMERA CCTV DALAM PERJALANAN KE LONDON? KATAKANLAH STEVE. AGEN OPERASI ATAU POLIS YANG TENTUNYA MELETAKKAN BAHAN BUKTI DI SITU.]
Berita itu timbul sebaik geledahan anggota polis yang bersenjata di Leeds selepas tentera menggunakan letupan terkawal untuk memasuki rumah tersebut. [SAYA INGAT MEREKA MEMPUNYIA ANGGOTA YANG CEKAP MEMBUKA KUNCI. DAN SEKIRANYA MEREKA MENGESYAKKI SEBAHAGIAN KECIL BAHAN LETUPAN ADA DALAM RUMAH TERBABIT, APAKAH LETUPAN TERKAWAL ITU DILAKUKAN DEMI UNTUK MEMASUKI RUMAH ITU ATAU PUN MAHU MEMUSNAHKAN BAHAN BUKTI SEBENAR? (ATAU MELETAKKANNYA DI SITU-PENTERJEMAH)] penemuan betapa pengebom bas yang kemungkinan mati dalam letupan itu telah mencetuskan serbuan. [BUKANKAH SALURAN MEDIA AS MENDAKWA KLU SEBENAR IALAH SATU PANGGILAN TELEFON PADA 7 HARIBULAN DARI AHLI KELUARGA DALAM KERJIRANAN ITU? TIDAK BOLEHKAH MEREKA MENYUSUN AGAR CERITA KELENTONGAN ITU TIDAK MEREWANG?] Ratusan penduduk telah dipindahkan dari kawasan sekitar Hyde Park Road, Burley.
Tiada sesiapa berada di rumah ketika itu namun pegawai bersenjata digunakan sebagai langkah berjaga-jaga. Lima buah rumah lain di Leeds telah digeledah oleh polis yang memburu pengganas yang kununnya menjadi dalang kepada serangan minggu lalu.
Para jiran di salah satu alamat berkata yang seorang remaja berusia 22 tahun yang tinggal di situ dengan keluarganya telah hilang. Pesuruhjaya polis Metropolitan Sir Ian Blair berkata yang serbuan itu ada “hubungan langsung” kepada kezaliman hari Khamis lalu.
Beberapa jam kemudiannya polis telah mengosongkan stesen kereta api Luton dan tempat parkir kereta untuk merampas kenderaan yang boleh dikaitkan dengan serangan pengganas itu. Kereta itu telah diletupkan dalam dua letupan terkawal. [BILAKAH IANYA DILETUPKAN? SEBELUM ATAU SELEPAS BAHAN BUKTI DIPEROLEHI DARI KERETA ITU. NAMPAK MACAM PEHAK BERKUASA SEBOK MELETUPKAN BAHAN BUKTI UTAMA. TUNGGU BEBERAPA MINIT. MEREKA TENTU AKAN MELETUPKAN KAWASAN SISTEM KERETA API BAWAH TANAH DI MANA LETUPAN KEGANASAN TERJADI.]
Artikel Sky News
Ini ialah salah satu usaha paling telus dan amatur dalam menjahit percaan cerita kelentungan yang pernah saya baca. Sama sahaja tarafnya dengan kelentungan 9/11 dan pengeboman OKC.
Terjemahan N-SPAR - 18.07.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN