TAG 1834:
‘Al Qaeda’: Bagaimana Pentagon/CIA mencipta ‘Musuh’
('Al Qaeda': How the Pentagon/ CIA Made an 'Enemy')
Oleh: CONSPIRACY PLANET  - Laman M@RHAEN
Al Qaeda tidak pernah dan bukannya sebuah “pertubuhan pengganas.”

“Al Qaeda (hihi) secara bahasanya ialah ‘pangkalan data’, yang asal-usulnya adalah fail computer ribuan anggota mujahidin yang telah diambil dan dilatih dengan bantuan CIA bagi menumpaskan Russia,” akui mantan Setiausaha Luar British Robin Cook, yang antara folionya termasuk berkuasa ke atas Agensi perisikan British MI-6 dan Ibupejabat Perhubungan kerajaan (GCHQ), dalam ruangan yang disiarkan oleh akhbar UK Guardian.

 (http://www.guardian.co.uk/terrorism/story/0,12780,1523838,00.html)

Dalam kata lain, apa yang dipanggil Al Qaeda, telah diperkenalkan oleh Kartel media sebagai penyebab kepada semua pengeboman dan keganasan sejak musnahnya Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001,  hanyalah pangkalan data akan “pengganas” yang dilatih CIA (atau “pejuang kebebasan”, bergantung kepada perspektif anda) telah digubah menjadi penjahat Sejagat yang sungguh menyelesakan bagi abad ke 21.

Apakah maksudnya? Keseluruhan planet telah ditipu bontang untuk mempercayai betapa “pertubuhan” Islam wujud untuk menggalakkan kemusnahan masyarakat barat, sedangkan hakikatnya “pertubuhan” ini hanyalah senarai pejuang Mujahidin yang dilatih oleh CIA/Pentagon yang boleh dipergunakan dan dibunuh jika perlu.

“Adalah suatu yang menarik  betapa Cook telah mendedahkan tentang fail komputer Sukarelawan Mujahidin sehari sebelum Briged Abu Hafs Al Masri menjadi kumpulan pengganas kedua yang mendakwa bertanggungjawab bagi letupan di London,” tulis Wayne Madsen yang berpengkalan di Washington. (http://www.waynemadsenreport.com/)

”Abu Hafs, seorang warga Mesir yang namanya telah muncul dalam pangkalan data yang nama jolokan al-Masri (orang Mesir) adalah pembantu kepada Osama Bin Laden dan berjasa dalam memeriahkan pangkalan data dengan pejuang sukarela Mujahidin,” Madsen meneruskan. “Al-Masri adalah sebahagian dari Penjihad Mesir yang telah membunuh Presiden Anwar Saddat dalam tahun 1981.”

Madsen juga menyatakan hakikat yang diketahui umum betapa AS yang membiayai Mujahidin Afghanistan, yang ketika itu menentang pencerobohan Soviet ke atas Afghanistan, yang menyuburkan kedua-dua Al Qaeda dan Taliban, sebagaimana yang dilaporkan oleh wartawan BBC di Teheran Frances Harrison.

Pengeboman London pada 7/7/05 ialah bahan bukti yang dipentaskan untuk mengaitkan Iran sebagai kambing hitam dalam usaha Neo-Kons mewujudkan dalil bagi perang baru ke atas Iran.

Madsen melaporkan “sekiranya didapati RDX/C4 telah digunakan dalam pengeboman itu, Neo-Kons akan menuding tuduhan yang Iran memiliki sejumlah besar RDX/C4. Mesin putar belit Neo-Kons dengan cepatnya akan berpindah dari Al Qaeda ke Iran” demi untuk menaikkan sokongan Perang terhadap Iran.
Operasi psikologi Pentagon/ CIA/ Mossad terhadap penduduk Planet Bumi akan berterusan.

Sekiranya pangkalan data Pentagon/CIA yang dipanggil “Al-Qaida, yang secara bahasanya ‘pangkalan data,’ pada asalnya hanyalah fail komputer ribuan Mujahidin yang diambil dan dilatih dengan bantuan CIA untuk menumpaskan Russia,” jelas penjahat sejagat abad ke -21 itu adalah rekaan sepenuhnya.

Dan Propaganda Kartel Korporat Media Mega yang menjual fiksyen ini sekali lagi tersungkur dan hina.
 
Ulang selepas saya—Tidak Wujud pun Al Qaeda. Tidak Ada pun Al Qaeda. Al Qaeda hanyalah khayalan sahaja.

Penipuan sudah pun terbongkar. Sebarkanlah…

Terjemahan N-SPAR  - 16.07.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN