TAG 1833:
‘Latihan’ Pengeboman Bawah Tanah London 
Berlaku Serentak Dengan Serangan Sebenar

Senario melindungi penjenayah sebenar mengulangi pementasan 9/11

(London Underground Bombing 'Exercises' Took Place at Same Time as Real Attack)
Oleh: Paul Joseph Watson & Alex Jones/Prison Planet | July 9 2005   - Laman M@RHAEN


Sebuah agensi perunding yang mempunyai hubungan dengan kerajaan dan polis sedang melakukan latihan bagi sebuah syarikat yang tidak dinyatakan yang melibatkan sekitar bawah tanah London yang telah dibom pada masa serta tempat yang sama sebagaimana kejadian sebenar pada pagi 7 Julai. Dalam satu temuramah Radio 5 BBC yang dikeudarakan pada petang 7 haribulan, pengacara telah menemuramah Peter Power, Pengarah urusan Visor Consultants, yang menamakan dirinya sebagai syarikat penasihat ‘pengurusan krisis’, mudah untuk dikenali sebagai firma PR. Peter Power adalah mantan pegawai Scotland Yard yang satu ketika bekerja dengan Cawangan Anti Keganasan.

Power memberitahu hos rancangan betapa pada masa yang sama pengeboman London terjadi, syarikatnya sedang melakukan latihan melibatkan 1,000 kakitangan bantuan kecemasan berkaitan terowong bawah tanah dibom secara olok-olok pada lokasi, masa yang sama sepertimana yang berlaku dalam kejadian sebenar.

Transkrip adalah seperti berikut:

POWER: pada jam 9.30 pagi ini kami sebenarnya sedang menjalankan satu latihan untuk sebuah syarikat dengan lebih 1000 orang kakitangan di London berdasarkan kepada pengeboman serentak pada stesen kereta api tepat-tepat di mana ianya benar-benar terjadi pagi ini, jadi saya masih lagi meremang bulu tengkuk ketika ini.

HOST: Tanpa melengahkan masa, anda sedang melakukan latihan untuk melihat bagaimana anda menangani masalah tersebut dan pengeboman terjadi tatkala anda sedang melakukan latihan?
 
POWER: Tepat sekali, dan ianya sekitar jam 9.30 pagi ini, kami telah merancang untuk syarikat ini dan atas alasan yang jelas saya tidak mahu mendedahkan nama mereka namun mereka mendengarnya dan mereka akan tahu tentangnya. Dan kami mempunyai para pengurus krisis yang memenuhi sebuah bilik yang baru pertama kali berjumpa sesama sendiri, jadi dalam masa lima minit kami telah membuat keputusan yang pantas yang letupan ini adalah kejadian sebenar, lalu kami menuruti prosedur latihan pengurusan krisis aktif dari langkah pertama sehinggalah seterusnya.

Klik di sini bagi petikan dialog ini. Klik di sini bagi petikan yang lebih panjang di mana ulasan boleh didengar dalam konteks yang penuh.

Hakikat betapa lokasi serta masa latihan menyamai kejadian sebenar adalah kebetulan yang terlalu mustahil.  Power berkata yang latihan olok-olok itu menumpukan sekitar ‘pengeboman serentak’. Pada mulanya kami fikir pengeboman itu berlaku dalam jarak masa satu jam, namun  BBC Reports hari ini mengatakan yang ia berlaku serentak.

Encik Power (gambar kiri) dan Visor Consultants tidak perlu ‘terlibat dalam pengeboman’ atau sebagainya kerana ianya amat penting. Kerajaan British atau salah satu dari syarikat persendirian boleh saja mengupah Visor bagi menjalankan latihan bagi beberapa tujuan.

Latihan itu memenuhi beberapa matlamat berbeza. Ia bertindak sebagai asap perabun melindungi sekumpulan kecil pengganas tajaan kerajaan bagi menjalankan operasi mereka tanpa disedari oleh perkhidmatan keselamatan lainnya akan apa yang diperbuat mereka, dan yang lebih pentingnya, sekiranya mereka ditangkap semasa serangan dilakukan atau selepas itu dengan bahan bukti di tangan mereka boleh sahaja mendakwa yang mereka sedang mengambil bahagian dalam latihan.

Ini lah apa yang telah berlaku pada pagi 9/11/2001 di New York. CIA sedang menjalankan latihan olok-olok menerbangkan pesawat yang dirampas menghentam WTC dan Pentagon pada jam 8.30 pagi. Adalah jelas yang sekurang-kurangnya lima jika tidak pun enam latihan sedang berjalan pada hari-hari menjelang serta pagi 9/11. ini bermakna yang skrin radar NORAD telah menunjukkan sebanyak 22 pesawat yang telah dirampas pada masa yang sama. NORAD telah pun dimaklumi yang ianya adaah sebahagian dari latihan olok-olok lalu prosedur reaktif yang normal telah dibekukan dan dilewatkan.

Jumlah ‘kerlipan’ yang banyak atas skrin NORAD yang mempamerkan pesawat yang dirampas serta yang olok-olok menerangkan kenapa berlaku laporan akhbar yang mengelirukan beberapa jam selepas serangan yang menyatakan sehingga 8 buah pesawat telah dirampas.

Kelompok Anglo-Amerika yang menguasai kompleks tentera-industri Barat telah ditangkap lebih seratus kali semasa secara khianat melakukan pengeboman serta serangan keganasan seluruh dunia bagi meluaskan sasaran korporat mereka sambil menyalahkan musuh mereka. Kerajaan AS telah ditangkap semasa merancang untuk menyerang atau ketika sedang menyerang. Kerajaan British juga pernah ditangkap sebegitu. Anggota FSB Vladimir Putin telah ditangkap ketika memasang bom dalam bangunan apartmen Russia dalam tahun 1999 oleh Polis Moskow.

Ini bukanlah spekulasi. Roosevelt Si katak telah mengaku dalam radio NPR betapa dalam tahun 1953 CIA dan perisikan British telah melaksanakan gelombang  pengeboman serta tembak-menembak di Iran.  Bedebah itu kemudiannya bercakap angkuh tentang bagaimana mereka kemudiannya menyalahkan pengeboman itu kepada Presiden Iran, Mossadegh. Anda faham tak, manusia sebegini akan bercakap besar tentang kejahatan yang mereka lakukan 40 tahun kemudiannya?
 
Pengeboman London memiliki petanda yang sama seperti pengeboman Madrid pada 3/11.kedua-dua pengeboman itu hampir tidak dapat dibezakan dengan pengeboman Bolognia dalam tahun 1980 yang membunuh lebih 80 orang.

Pengeboman di Bolognia adalah sebahagian dari operasi CIA yang dinamakan Gladio, di mana kerajaan AS akan mengupah pengganas sayap kanan untuk melakukan pengeboman yang akan diletakkan kesalahan kepada sayap kiri di Eropah. Kesemua ini terdedah luas apabila dua orang dari pengebom Bolognia telah didapati bersalah dalam mahkamah Itali, memaksa mereka memuntahkan cerita sebenar bahawa mereka adalah anggota neo-fascist yang diupah oleh CIA. Dokumen-dokumen Operation Gladio telah pun dinyah-rahsia.

Sebelum pengeboman terjadi tahap kewaspadaan London telah direndahkan. Ini memberi perlindungan tambahan kepada penjahat untuk melakukan serangan tanpa perlu mengelak dari kawalan keselamatan yang amat ketat selama ini.

Dalam sebarang jenayah anda lihat pada sejarah dan motifnya, kerajaan British pernah ditangkap dalam pelbagai contoh dalam melakukan pengeboman di London yang kemudiannya dituding jari kepada IRA. Malah mereka sehingga menyusupkan anggota agen M15 mereka ke dalam skuad pengebom Omagh.  Klik di sini bagi arkib bahan bukti ini.

Agenda yang lebih luas akan menjadi jelas sebaik Blair dengan yakinnya menuding jari kearah mangsa yang dipilih untuk menjadi kambing hitamnya. Akan tetapi buat masa ini bedebah itu cukup gembira tampil sebagai pemimpin berani yang dengan segera pulang ke London untuk mengambil alih kuasa pemerintahan dek kerana kacau-bilau itu.

Bancian BBC yang menunjukkan 80 peratus lebih rakyat menentang kad Pengenalan Biometrik yang cuba diperkenalkan tentunya akan berpaling ke arah bertentangan. Sokongan bagi Kesatuan Eropah dan peningkatan globalisasi melalui G8 akan turut melonjak. Siapa agaknya yang meraih untung dari semua ini? Siapakah yang mempunyai motif?

Bermula dari Putin meletupkan bangunan apartmen rakyatnya sendiri sehingga kepada Israel di belakang tindak-tanduk Hamas, bahan bukti memang terang benderang betapa keganasan yang berskala besar senantiasa ditaja kerajaan melalui pasukan rahsia.

Pengeboman kereta api Madrid adalah contoh lainnya. Para pengebom didapati adalah seorang pemberi maklumat polis yang mempunyai hubungan rapat dengan Perkhidmatan Keselamatan Sepanyol. Mereka mempunyai kemudahan kepada kawasan yang paling dikawal rapi dalam sistem kereta api Madrid. Kerajaan Sepanyol pada awalnya cuba melonggokkan kesalahan kepada kumpulan Basque ETA bagi letupan itu dengan harapan rakyat akan berdiri di belakang kerajaan dan membolehkan mereka dipilih semula. Selepas ETA menafikan pembabitan mereka dan rakyat mula berkata yang kerajaan terlibat, kerajaan Sepanyol perlu menyalahkan Al Qaeda serta membunuh beberapa kambing hitam dengan mendakwa yang mereka telah meletupkan diri mereka semasa diserbu.

Latihan letupan olok-olok bawah tanah London telah digunakan sebagai asap perabun bagi menjalankan serangan. Ini adalah bukti terang terbesar yang menghala kearah tahap paling rahsia dalam kerajaan British sebagai dalang di sebalik serangan itu.

Prison planet

Terjemahan N-SPAR  - 13.07.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN