![]()
TAG 1832:
Apakah Di Sebalik Serangan Kota London?
(What's Behind the London Attacks?)
Oleh: Matt Hutaff Jul 7, 2005 - Laman M@RHAEN
Hanya satu perkataan yang bergema dalam fikiran saya tentang pengeboman yang meragut berdozen nyawa penduduk London hari ini – sungguh menyelesakan.Apakah terdapat keselesaan dalam kematian, atau ribuan nyawa yang dimusnahkan dari malapetaka? Tidak- dan perkataan tidak dapat menyatakan kesedihan yang saya rasakan bagi lelaki dan wanita yang berubah oleh kejadian hari ini. Akan tetapi kerajaan yang penuh dengan rekod khianat (jerangkung dalam almari) tentu mengaut sesuatu dari tragedi nasional yang diperkuatkan oleh “keganasan”.
Ketika saya duduk dalam pejabat hari ini, saya terdengar rakan sekerja yang berbisik dengan yakin betapa peperangan terhadap keganasan mesti diteruskan. Walaupun penglibatan Amerika dan British di Timur Tengah melahirkan pasukan pemberontrak yang bertali arus, doktrin Bush kini diterima akal oleh jutaan orang. Kesedihan seperti kelentungan Downing Street Minutes, sokongan Presiden kepada bendera asing serta and Karl Rove's pendedahan khianat Karl Rove akan agen CIA Valerie Plame menjadi tidak penting. Pakatan berselindung sedang membaham kita.
Macam biasa dengar? memang pun- helah emosi yang sama telah digunakan dengan berkesan keatas rakyat Amerika pada awalan 11 September. Jangan persoalkan, terutamanya raungan untuk membalas dendam serta kesakitan di belakang kepala anda. Melengah-lengahkan keadilan sama seperti tidak menegakkannya.Tidak sepertimana empat tahun lalu, namun kini, saya enggan menerima serangan keatas Kota London selain dari operasi bendera asing yang dianyam untuk menaikkan kemarahan “tamadun” Barat terhadap Timur Tengah. Kenapa? Kerana tidak ada alasan bagi kumpulan “pengganas” untuk menyerang England. Baru-baru ini Menteri Pertahanan mengumumkan perancangan sedang dibuat untuk menarik keluar pasukan tentera British dari kemelut Iraq dan Afghanistan. Dengan British secara berkesan mengaku untuk mengundurkan diri, satu-satunya semangat yang perlu untuk terus bercendawan di sana ialah dengan serangan yang akan memaksa tentera terus bertahan dan melawan “keganasan sejagat”.
Cuba fikir baik-baik. Serangan hanya menguntungkan empayar yang terdesak untuk mengukuhkan kedudukannya di Timur Tengah tanpa perlu menghakis pendapat awam. Adakah Parlimen akan buat tak kisah sambil mendorong tentera mereka untuk tugasan dengan tempoh yang lebih lama hanya kerana penipuan ini? Jelas ianya terlalu awal untuk memperkatakan tentangnya, namun jika ianya terjadi, pemberontak dan pejuang akan merasai lebih banyak kerugian dalam kemusnahan laluan kereta api bawah tanah itu.
Brian Kilmeade dari Fox News bersetuju, mendakwa ianya tindakan sabotaj "berkesan kepada ... kelebihan kepada dunia Barat, untuk orang mengalami sesuatu seperti ini.” Ia bukan sekadar menjadikan “keganasan” sebagai masalah rakyat Amerika sahaja. Ia menjadikan keganasan satu masalah seluruh dunia. Masalah Nombor Satu.
Kita tidak lagi perlu bimbang dengan dua orang pemimpin dunia (yang telah menyuburkan lebih banyak keganasan seluruh dunia dari sebarang pertubuhan agama yang fanatik) yang terlepas tanpa disoal akan kelentongan mereka dalam memulakan perang. Kita boleh mengenepikan masalah kelembapan ekonomi, terkuncinya kebebasan serta menjunam ke dalam Perundangan Rimba (Drakonian). Keganasan sedang meningkat.
Saya berasa seperti sedang duduk dalam apartmen menonton bagaimana WTC runtuh. Kesemuanya sama sahaja, bermula dari Kumpulan Islamik yang tidak pernah didengari sebelumnya (Pertubuhan Sulit Al Qaeda di Eropah? Kamu melawak kot?) yang mengaku bertanggungjawab– walaupun terjemahannya caca merba sahaja apabila diselidiki dan petikan Quran yang tidak kena pada tempatnya. Satu-satunya sel Al Qaeda yang belum didedahkan ialah balaci kepada Mossad, anda tentu fikir para penjahat itu sekurang-kurang muncul dengan nama-nama canggih yang baru untuk menjadi berita utama. Keangkuhan mereka amat memikat.
As is the ever-present Israeli connection, a staple among false flag operations. Sebelum serangan hari ini, Kedutaan Israeli di London telah diberi amaran yang serangan akan berlaku. Lantaran itu, mantan PM Israel Benjamin Netanyahu terus duduk dalam biliknya dari sepatutnya menuju ke hotel berhampiran di mana ia sepatutnya memberi ucapan dalam satu persidangan ekonomi.
Sudah tentu,kerajaan menafikan yang mereka mempunyai pengetahuan awal, tetapi cerita sudah bertukar dengan dramatiknya dalam proses itu. Sekiranya benar seperti kata mereka yang Netanyahu tidak pun diberi amaran awal, bagaimana mungkin ia tahu untuk duduk diam sahaja dalam bilik hotelnya? Bagaimana dia boleh tahu tentang bahaya yang dahsyat itu sehinggakan ia tidak berani untuk bersiar-siar keluar dari hotelnya?
Oops! Cerita bertukar sekali lagi- di sini Netanyahu berkata yang polis British telah memberi amaran kepada Israel (tetapi tidak kepada penduduk kota yang lain?) akan serangan yang akan berlaku. Scotland Yard menafikan cerita ini; Israel menjawab mengatakan yang Netanyahu telah menerima amaran selepas letupan yang pertama. Bagaimana tuh? Pada awalnya ia dilaporkan sebagai lonjakan kuasa selama beberapa jam. Apakah agaknya yang cuba disorokkan? Dan kenapa agaknya tidak terdapat penyiasatan akan perbezaan cerita yang menjolok mata ini?
Ianya cukup untuk memeningkan kepala serta memerahkan mata dengan kemarahan.
Pun begitu, saya membuat rayuan kepada rakyat Britain yang memang sedang tersentak dengan kesedihan ketika ini- jangan biarkan kemarahan menghanyutkan diri sepertimana yang telah kami rakyat Amerika lakukan. Jangan perlekehkan bahan bukti jelas betapa kesemua kisah ini telah didalangi oleh kerajaan kamu sendiri. Terlebih pentingnya, jangan biarkan kematian beberapa nyawa, walaupun begitu tragik, menjerumuskan bangsa anda ke dalam satu lagi gejala peperangan dan sekatan peraturan yang belenggu kehidupan awam.
Melayani emosi memang dijangkakan. Jangan sesekali menjadi mangsa kepada ketidak-pedulian. Lihatlah serangan keatas negara anda sebagai kes yang sebenarnya- yakni satu alih tumpuan yang akan menyebabkan wang, sumber serta anggota tentera terperangkap dalam pertempuran yang tiada hentinya demi untuk ideologi yang mengkhianati tiang-tiang utama demokrasi serta tamadun itu sendiri.
Hormati lah si mati kalangan kamu dengan sedikit linangan air mata, bukannya dengan seruan gila untuk berperang atau menyanjung pemimpin yang tidak pun layak dihormati.
Terjemahan N-SPAR - 13.07.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN