TAG 1831:
Saksi Kaitkan Misil Dengan Penemuan
Alat-alat Jet Kecil Tentera Di Pentagon Pada 9/11

(Witnesses link missile to small military jet parts found at Pentagon on 9/11)
Oleh: Tom Flocco - Fort Collins, Colorado -- May 26, 2005   - Laman M@RHAEN
Misil serta sistem kawalan jauh telah ditambah kepada jet kecil sebelum 9/11; bahagian pesawat yang sama ditemui di Pentagon.

Dua orang pekerja awam kontraktor pertahanan—yang diarah menutup mulut— telah mendedahkan bagaimana pekerja lainnya secara sulit telah memasang peluru berpandu (misil) dan sistem kawalan jauh ke atas jet A-3 Sky Warrior di lapangan terbang awam Colorado sebelum dari kejadian 11 September sementara bahagian serupa pesawat A-3 yang lebih kecil dari kepunyaan Boeing 757 telah dijumpai di Pentagon.

Calon Presiden (2008) berkata yang sejumlah besar pegawai tentera dan perisikan yang bersara serta yang masih aktif akan menjadi saksi di hadapan Grand Juri yang menyiasat penglibatan kerajaan dalam serangan 9/11. - TomFlocco.com


Menurut dua orang pekerja awam kontraktor pertahanan yang bekerja di kemudahan Korporat komersial Lapangan Terbang Fort Collins- Bandar Loveland (kiri), beberapa bulan sebelum serangan 11 September kontraktor pertahanan Tentera Udara telah membawa masuk pesawat A-3 Sky Warrior dalam kegelapan malam untuk dilengkapi dengan peralatan canggih serta ubahsuaian yang dilakukan di sebuah lapangan terbang kecil awam di Colorado.

Pendedahan itu adalah bahan bukti penting bagi penyiasatan yang berterusan akan rahsia sebenar 9/11 kerana gambar foto yang diambil oleh Federal Emergency Management Administration (FEMA) semasa serangan itu dengan jelas menunjukkan betapa beberapa bahagian pesawat yang dijumpai di Pentagon adalah sebenarnya kepunyaan jet kecil yang mirip dengan pesawat A-3 Sky Warrior—bukannya pesawat Boeing 757 milik American Airlines yang besar bagak itu.

Tidaklah diketahui sama ada kesemua anggota Kongres menyedari akan perjalanan Juri Utama yang senyap, yang sudah pun disahkan, juga sama ada siasatan itu sengaja dirahsiakan dari pengetahuan umum, menurut sumber perisikan kerajaan.
 
Kedua-dua orang saksi berkata yang pasukan kontraktor tentera berasingan—bekerja dengan bebas dalam masa yang berbeza—telah memasang misil terkini pada pesawat Douglas A-3 Sky Warrior (atas), sistem kawalan jauh Raytheon Global Hawk (UAV), sistem kawalan tembakan, enjin, transponder serta sistem navigasi radio-radar- kesemuanya baru, kelihatannya bagi operasi yang lebih penting dari sekadar ujian ringkas platform misil bagi kontraktor pertahanan Hughes-Raytheon.

Pekerja tersebut yang meminta dirahsiakan identity atas alasan keselamatan peribadi serta bimbang dipecat dari kerjanya; namun kedua-duanya telah memberitahu calon presiden bebas 2008 Karl Schwarz (kiri) “Tentera Udara membawa masuk pasukan berbeza bagi kerja-kerja ketenteraan sulit yang tidak pun berkait dengan penerbangan komersial di lapangan terbang kami, dan kami diberitahu oleh ketua kami supaya tidak membincangkan apa yang telah kami lihat dengan sesiapa pun.”
 
Para saksi itu amat bimbang tentang beberapa kejadian baru-baru ini seperti “bunuh diri, kemalangan kereta—kematian misteri—yang terjadi secara langsung kepada beberapa pakar penerbangan” yang bekerja berkaitan sistem yang telah dipasang pada pesawat A-3 di Lapangan terbang Fort Collins-Loveland—yang telah melanggari aliran maklumat yang dihalang oleh kerajaan atas risiko sendiri, menurut Schwarz—akan tetapi ia memberikan lebih banyak bahan bukti bagi penyiasatan 9/11 New York.

Schwarz, adalah bekas anggota parti Republikan dari Arkansas yang kini menetap di Georgia yang bertanding sebagai calon bebas bagi membersihkan korupsi serta jenayah dalam kerajaan telah memberitahu TomFlocco.com yang ia telah menemui pekerja itu kira-kira selama sejam dalam bulan Februari bagi membincangkan isu tersebut.

Para saksi itu telah memberitahu Schwarz yang setiap buah jet telah ditempatkan dalam hangar yang muat-muat sahaja untuk kakitangan bekerja serta sebuah pesawat A-3 Sky warrior, dan “kami berada di bawah arahan ketat untuk tidak membincangkan apa yang dibuat oleh pasukan tentera atau apa yang kami lihat”.

Calon Presiden itu memberitahu kita “terdapat sekitar 150 pegawai perisikan Persekutuan serta Tentera AS yang masih aktif mahupun telah bersara bersedia untuk dipanggil sebagai saksi dan memberi keterangan berkaitan penglibatan kerajaan dalam serangan 11 September—namun ianya bergantung jika terdapat juri jenayah yang benar-benar serius.”

Bahan bukti pesawat kecil telah dipindahkan dari pentagon

Lubang sebesar 16 kaki yang terjadi pada tembok luaran Pentagon pada 9/11 telah menjadi bahan persoalan tanpa henti oleh mereka yang mengatakan lubang itu disebabkan oleh misil udara-bumi (AGM) yang ditembak dari sebuah jet tentera kecil bukannya akibat hentaman dari pesawat Boeing 757.

Yang menariknya, divisyen Hughes telah mengeluarkan AGM, manakala divisyen Raytheon mengekalkan beberapa pesawat A-3 Sky Warrior dalam operasi- mereka juga menghasilkan sistem kawalan jauh UAV Global Hawk.

Sesetengah alasan condong untuk menyokong betapa lubang itu terhasil oleh sebab misil termasuk bukti a)sayap serta penstabil belakang tidak langsung menyebabkan kerosakan kepada tembok luar serta tingkap pada tapak hentaman, b)tiada bahagian dalaman mahupun luaran pesawat Boeing 757 ditemui pada tapak kejadian, c)muncung lembut pesawat Boeing 757 adalah sukar untuk menembusi tiga cincinan dinding pentagon yang kukuh itu, dan d)tiga serpihan pesawat yang dijumpai amat menyamai bahagian pesawat usang yang masih berkhidmat yakni Douglas A-3 Sky Warrior sebuah jet serangan tentera bukannya Boeing 757 yang jauh lebih besar dari itu.

Pengawal lalu-lintas udara dari Washington sektor DC pada asalnya berkata mengikut laporan pesawat yang terlibat dalam kejadian itu adalah jet tentera; namun tidak ada Juri yang telah memanggil mereka bagi memberi keterangan dan mereka telah dengan anehnya ditutup mulut dari menyatakan cerita sebenarnya.

Seorang pengawal lalu-lintas udara dari sektor Timur-Laut mendedahkan kepada balu mangsa 9/11 betapa ugutan FBI telah dibuat secara peribadi mahupun terhadap kerjaya mereka: “Kamu telah diarahkan untuk tidak bercakap kepada sesiapa pun apa yang kamu lihat dalam skrin semasa serangan itu dibuat; dan sekiranya anda engkar, keadaan mungkin tidak begitu baik untuk anda dan juga keluarga anda sekali.”

Yang mencurigakan, sebuah serpihan yang besar telah dijumpai pada lubang yang terjadi, akan tetapi orang awam telah dihalang daripada memerhatinya dengan dekat apa yang dikatakan sebagai bahagian sayap yang terkoyak dari sebuah jet yang jauh lebih kecil dari Boeing 757.

Sekumpulan anggota tentera dan pegawai persekutuan dalam pakaian sut telah menutup dengan ketat serpihan sayap itu dengan tarpan biru dan membawanya ke sebuah terak yang sedia menunggu. Tidak ada wartawan serta pakar-pakar pesawat yang dibenarkan memeriksa sebarang bahagian pesawat yang dijumpai dan tidak ada sapina yang dikeluarkan untuk mendengar akuan bersumpah dari “para pengangkut itu”.

Pegawai-pegawai kerajaan lain yang lebih kelihatan seperti agen FBI dari anggota penyelamat juga telah dirakam gambar mereka sedang mengubah kedudukan bahan bukti sebaik selepas perlanggaran; namun tiada satu pun disapina bagi keterangan awam apakah mereka sengaja meletakkan bahan bukti atau mengubahnya dari tapak jenayah pembunuhan massa.

Seolah-olah mereka sudah pun mempunyai maklumat sebelumnya, dalam masa beberapa minit sahaja selepas Pentagon dilanggar—Agen FBI dengan pantas merampas a) pita video dari kamera keselamatan stesen gas berhampiran yang ditujukan terus kepada tempat perlanggaran yang merakam saiz pesawat dan/atau misil serta b) Filem kamera video keselamatan dari Hotel Sheraton berhampiran serta c) filem dari kamera Jabatan Pengangkutan Virginia yang mengawasi Lebuh Raya berhampiran.

Ini telah menimbulkan persoalan penting tentang halangan kepada keadilan kerana tiada wartawan, pakar tapak jenayah bebas atau juri yang dibenarkan melihat serta menganalisis kesemua filem kerana ia telah dirampas atau mengesahkan yang ianya tidak diubah suai—dan mereka yang telah menyerahkan filem terbabit telah diberitahu supaya tidak membincangkan perkara itu.

Tidaklah diketahui sama ada FBI telah memberi imuniti dari pendakwaan berkaitan bahan bukti ini- atau menyatakan ianya adalah “Rahsia Sulit Negara” seperti mana kes pakar bahasa FBI Sibel Edmonds yang dikaitkan dengan dakwaan pembiayaan serangan 911, pembersihan wang dadah serta sumbangan kempen politik.

Bahan bukti yang mengejutkan ini telah menimbulkan persoalan apakah grand juri akan mensapina kesemua serpihan pesawat di Pentagon bagi menentukan apakah ia bahagian dari pesawat A-3 Sky Warrior sebagaimana sumber yang arif percaya akan tetapi juga apakah serpihan yang diperolehi itu menyamai Boeing 757 yang dikatakan ramai pemimpin rejim Bush.

Schwarz memberitahu yang pegawai tentera tentunya akan menegaskan betapa A-3 telah dilengkapi dengan tapak bagi ujian tembakan misil sahaja, akan tetapi jadual masa pemasangan secara sulit itu yang dilakukan sebelum serangan serta serpihan bangkai pesawat yang ditemui yang konsisten milik jet penyerang A-3 yang ditemui di Pentagon menjadi bahan bukti yang sukar digugat betapa pesawat Sky Warrior yang tidak didaftarkan telah dilencongkan kegunaannya pada 11 September bagi menembak misil ke arah Pentagon. Setiausaha Pertahanan secara tidak sengaja telah mendedahkan perkara ini sekali dalam satu temuramah tempatan.

Sebulan selepas serangan pada 12 Oktober, 2001 Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld memberitahu Majalah Parade, “Di sini kita bercakap soal pisau plastik, dan menggunakan pesawat American Airline yang dipenuhi rakyat kita, dan juga misil bagi memusnahkan bangunan ini, dan yang serupa (kurang jelas) telah memusnahkan Pusat Dagangan Dunia [rangkap #12].”
 
Schwarz juga telah menyatakan yang Hakim Daerah New York City Robert Morgenthau (kiri) telah mempunyai lebih dari mencukupi bukti bagi kes jenayah NYC 911, dan pendakwa patut menyiasat siapakah yang telah memberikan kebenaran bagi memasang pesawat A-3 Sky Warrior dengan sistem kawalan jauh serta misil udara-ke bumi di lapangan terbang awam, merujuk kepada bahagian pesawat A-3 yang ditemui di Pentagon.

Cebisan A-3 Sky Warrior yang ditemui- bukannya cebisan Boeing 757.

Pesawat A-3 adalah jauh lebih kecil dari pesawat Boeing 757 dengan bukaan sayap sekitar 72.6 kaki berbanding sayap Boeing 757 yang bersayap antara 93 kaki dan 112.6 kaki bergantung kepada versi pengeluarnya—jet berenjin kembar yang dipasang pada bahagian bawah sayap seperti 757.

“Tentera Udara memiliki sejumlah empat hingga enam pesawat A-3 dalam operasi hari ini manakala Hughes-Raytheon mempunyai sekitar 12-14 buah Sky Warrior menurut rekod yang ada,” kata Schwarz.

Calon itu menambah, “pesawat yang digunakan terhadap Pentagon pada 11/9 mungkin dibawa dari Tucson, Arizona dari Pengkalan Udara Davis-Monthan yang memiliki sejumlah besar pesawat yang dinyahtauliah dari perkhidmatan dan disimpan dalam persekitaran yang gersang- menggunakan pesawat yang dinyahtauliah akan membuatnya sukar untuk mengenal pasti jet yang sebenar.”

“Sesiapa sahaja yang melakukan kerja kotor ini mempunyai sekitar satu billion dollar untuk menyempurnakan tugasan ini, menurut sumber perisikan saya yang telah tampil ke depan,” kata Schwarz, menambah “seorang kakitangan datang untuk memasang sistem kawalan jauh pada jet, satu kakitangan lainnya memasang sistem kawalan tembakan dan yang lainnya pula memasang enjin jet baru, satu lagi memasang misil udara ke bumi, dan seterusnya, dan kesemuanya itu dilakukan dalam masa yang berbeza bagi mengelirukan aliran maklumat tentang mereka yang terbabit.”

Bahagian pesawat ini yang di sebelah kiri—ditemui selepas Pentagon dihentam—ialah “diffuser case”, satu komponen dari enjin turbojet jenis “ruang berkembar” yang diwakili oleh Allison J33, J71, Pratt & Whitney J57 dan JT8D. “ianya bukanlah sebahagian dari enjin Boeing 757,” kata Schwarz, tambahnya lagi, malah kita telah pergi memeriksa enjin 757 di sebuah kedai selenggaraan jet.”

Gambarajah sebelah kiri menunjukkan ‘diffuser case’ yang direka bagi enjin jet 757 dan ianya agak berbeza dari sebuah bahagian yang dijumpai di Pentagon (kiri). Kata Schwarz “perbezaan ialah antara “turbojet ruang berkembar” dengan “kipas jet pintasan tinggi” yang direka untuk jet 757 dan 767.

Perbezaan penting antara diffuser case yang dijumpai di pentagon dan yang dimiliki Boeing 757 (bawah dan kiri) ialah bezel tiga segi di keliling pembukaannya. [bezel yang berbentuk segitiga itu lebih mudah dilihat pada bahagian atas foto di bawah]. Perhatikan yang diffuser case pentagon tidak memiliki bukaan sebegitu atau tapak penguat- tiada segitiga bezel.

Menurut Schwarz, diffuser dibina dalam komponen yang lebih besar, bukannya komponen terpisah dalam jenis enjin jet 757 yang baru- dan tidak ada sebutir pun darinya yang dijumpai di Pentagon.

”Komponen ini bukannya sesuatu yang akan melebur atau meruap begitu sahaja walau dalam apa keadaan,” kata Schwarz, Ketua Eksekutif Korporat yang pakar dalam sistem peperangan kawalan jauh tentera

Satu lagi komponen yang ditemui di pentagon ialah pendakap tayar (hub)—jenis yang diperbuat oleh divisyen aeroangkasa B.F. Goodrich. Di sini, Schwarz sangat spesifik: “Mereka juga mengeluarkan roda bagi pesawat 757 namun pemeriksaan kesesuaian akan lebar dengan garis pusat dengan mudah akan menunjukkan   yang foto (kiri) bukanlah pendakap roda dari pesawat 757, yang mempunyai jejari yang lebih besar berbanding lebarnya. Jejari ini hampir sama dengan lebar pendakap roda, dan ini adalah satu lagi petunjuk yang ‘pesawat 757 terhempas di pentagon adalah cerita bohong Bush,” kata beliau.

”Sekiranya kita melihat dengan dekat akan garis pusat dan lebar tayar yang dijumpai di Pentagon,” kata Schwarz, “ini adalah jenis tayar yang digunakan oleh pesawat yang berpangkalan di kapal pengangkut dan tayar belakang umum bagi pesawat tentera kecil—bukannya pesawat komersial.” [pesawat usang Douglas A-3 Sky Warrior berkhidmat sebagai pesawat penyerang dari kapal pengangkut, ia mampu melancarkan peluru berpandu]

Schwarz telah memberitahu kita yang ia mengalami kesukaran dalam mengenalpasti serta memperolehi gambar foto bagi membandingkan bahagian pesawat yang diperolehi dari pentagon yang mirip pesawat A-3 dengan saiz bahagian Boeing 757 kerana apa yang beliau katakan sebagai “kandungan internet yang sengaja dihalang”, yang mana pendakwa jenayah akan sebutkan sebagai menghalang proses keadilan.
 
Akhirnya Schwarz memperolehi gambar foto bahagian pesawat A-3 Sky Warrior angka-angka dalam tapak web Penerbangan Evergreen dan Praxair, Evergreen adalah merupakan penerbangan bagi operasi sulit CIA, merujuk kepada buku Pete Brewton yang pernah memenangi award:
 
“… sebuah syarikat yang dibentuk dari asset CIA, intermountain aviation, selepas rahsianya terdedah pada pertengahan tahun 1970an. Hakikatnya, Evergreen disenaraikan dalam senarai penghutang Global Airline selepas Southern Air Transport….Evergreen mengendalikan pangkalan udara besar di Marana Arizona Barat-laut Tuscon yang mana dimiliki Intermountain Aviation. Pengasas Evergreen serta pemilik utamanya Delford Smith memberitahu Portland Oregonian yang syarikatnya itu mempunyai satu kontrak dengan CIA bagi  membantu warganegara luar yang CIA mahu pindahkan dari satu Negara mahupun membawa masuk mereka ke dalam Amerika Syarikat. Smith memberitahu yang beliau mempercayai perjuangan CIA. ‘Dan kita tidak tahu ketikanya kita membantu mereka dan bila pula kita tidak membantu sebagai kontraktor pengangkut. ‘ kata beliau. Laporan akhbar pada Julai 1984 menyatakan yang CIA telah menggunakan Southern Air Transport  dan Summit Aviation milik Du Pont, begitu juga dengan Evergreen Air bagi mengangkut senjata kepada Iran-Contra.” (The Mafia, CIA and George Bush: Corruption, greed and abuse of power in the nation’s highest office, by Pete Brewton, SPI Books/Shapolsky Publishers, Inc.,1992, pp. 206-207)

“Hanya eksekutif Raytheon dan Tentera Udara yang tahu pasukan mana yang memasang sistem tertentu pada pesawat A-3 dan siapakah mereka yang terlibat dalam operasi itu,” kata Schwarz.

Kebetulan pula, lima eksekutif utama Raytheon mati dalam kejadian 9-11: Stanley Hall—Pengarah pengurusan program kaedah peperangan (American 77), Peter Gay—Naib Presiden Sistem Elektronik bagi tugasan khas di El Segundo, divisyen pejabat CIA di mana sistem kawalan jauh UAV Global Hawk dibuat (American 11), Kenneth Waldie—Jurutera Kawalan Kualiti Kanan bagi Sistem Elektronik (American 11), David Kovalcin—Jurutera Mekanikal Kanan bagi Sistem Elektronik (American 11) dan Herbert Homer—Eksekutif Korporat yang bekerja dengan Jabatan Pertahanan (United 175)

Yang mencurigakan, kelima-lima eksekutif Raytheon telah memilih tiga dari empat buah jet malang itu dan kesemuanya menaiki pesawat pada 11 September. Apakah anggota keluarga mereka ditemuramah? Rakan setugas lainnya? Bagaimana pula dengan Pegawai Jabatan Pertahanan?

Pegawai tertinggi Raytheon yang dikaitkan dengan sistem pesawat kawalan jauh Global Hawk UAV kesemuanya mati dalam 9/11 tanpa grand Juri menyelongkar barangan mereka seperti memo, mesej elektronik, rekod telefon, calendar mesyuarat, lawatan atau panggilan ke lapangan terbang Ft. Collins-Loveland serta akuan sumpah yang berkaitan.

Penyeludupan dadah narkotik hujung minggu & Bank AS

Kedua-dua orang saksi itu juga berkata yang mereka amat mengesyaki akan  kerja penyeludupan dadah yang dilakukan di lapangan terbang Fort Collins-Loveland, menurut kata Schwarz.

Pendedahan ini menawarkan kaitan rapat kepada apa yang diberitahu Penterjemah FBI Sibel Edmonds kepada TomFlocco.com tiga minggu lalu tentang apa yang beliau dengar semasa memintas terjemahan kod FBI, beliau telah memberitahu kita secara peribadi dapat mengenalpasti sepuluh warga Amerika yang terkenal di kalangan politikus serta Ketua Agensi Persekutuan yang berkait dengan pembersihan wang dadah dalam sistem perbankan Persekutuan yang kemudiannya digunakan dalam kempen politik- tetapi juga berkait dengan pembiayaan serangan World Trade Centre dan Pentagon pada 11 September. Namun beliau belum mahu mendedahkan nama mereka.

Laporan yang tersebar luas baru-baru ini juga mendedahkan betapa sebuah penghantaran besar akan dadah ecstasy telah dipintas dalam sebuah penerbangan Garda Udara Kebangsaan di Pengkalan Udara Stewart berhampiran Newburgh, New York--  hanya 40 batu dari Manhattan dan Pusat Dagangan Dunia.

Ini semua terjadi, sementara anggota kongres yang terpilih serta senator mengerdip mata, mengangguk dan memandang ke arah lain sedangkan keuntungan perniagaan dadah telah dicuci ke dalam tabung kempen pemilihan dan juga membiayai serangan 9/11, jika kamu mempercayai cerita mantan pakar bahasa FBI Sibel Edmonds—yang telah ditutup mulut oleh Mahkamah Daerah Persekutuan dan Apellat sementara ia memohon rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Dua orang kontraktor awam di Fort Collins memikirkan adalah ganjil bagi kerja-kerja penerbangan rahsia ketenteraan dijalankan di lapangan terbang awam mereka, apatah lagi diarahkan supaya tidak memberitahu kepada orang akan apa yang telah mereka lihat dan juga adanya cakap-cakap tentang penyeludupan dadah serta pencucian wang dadah dalam system perbankan Amerika.
 
Sibel Edmonds (kiri) telah menghadapi tekanan kehakiman yang dahsyat untuk menutup mulutnya tentang apa yang didengari beliau semasa menterjemahkan pintasan elektronik, berkaitan dakwaannya tentang wang dadah yang dikaitkan dengan kempen politik AS—dan siapakah sepuluh tokoh politik utama AS serta pegawai yang dikenalpastinya melalui pemintasan perisikan yang berkait dengan serangan 9/11- telah ditolak  oleh Mahkamah Daerah dan Barisan Hakim Rayuan atas alasan yang jarang digunakan “Rahsia Negara”. Sebenarnya siapakah yang dilindungi mereka?

Persoalan masih berlegar apakah AG New York Eliot Spitzer, Peguam Daerah New York City Robert Morganthau serta Juri Utama persekutuan akan menolak dakwaan Edmonds dalam siasatan jenayah berkait pembersihan wang dadah dalam sistem perbankan AS, pengedaran dadah bagi kepentingan politik serta halangan keadilan dari ditegakkan untuk menutup pengkhianatan dalam serangan 11 September.

Spitzer dan Morgenthau menghadapi hanya sedikit tekanan dari warga Amerika bagi meneruskan siasatan jenayah, hatta dari keluarga mangsa September 11—ramai dari mereka yang pasrah dan meneruskan saki-baki kehidupan masing-masing.
 
Ini berlaku walaupun penemuan di pentagon sungguh meyakinkan serta bukti jenayah yang dahsyat ditemui dalam liputan berita pada hari serangan terjadi dalam bentuk temuramah, sedutan letupan Menara Kembar dan pesawat yang menghentam bangunan sementara bahan bukti menunjukkan yang mereka telah direbahkan serentak melalui pemusnahan terkawal dengan bahan letupan.

Walaupun dengan penemuan bukti di Pentagon, kebanyakan rakyat Amerika tidak menyedari akan bahan bukti kukuh bagaimana menara WTC telah diranapkan oleh pemusnahan terkawal yang menyebabkan kesemua syarikat insurans membuat bayaran ke atas menara kerana saman yang intensif melalui saman pemegang saham—yang tentu sahaja tidak berlaku dengan bukti kukuh terhadap penipuan insurans yang amat besar itu.

Ramai dari pengkaji warga 9/11 secara peribadi merasakan yang penipuan tuntutan insurans akan merupai tuduhan  “pengelakan cukai Al Capone” yang mana akan menggantung para pelaku 11 September – mencungkil lebih banyak bahan bukti kepada rakyat awam untuk menolak konspirasi “19 Arab yang begitu licik dan pintar melakukannya”. Mereka telah dirobotkan? Mungkin. Akan tetapi tiada siapa yang mengaku kepada umum benar-benar melihat mereka memasuki pesawat terbabit. Malah nama mereka pun tidak ada dalam senarai penumpang.

Gudang & mesin pengawalan penerbangan kawalan jauh

Turut menjadi perkara yang amat penting bagi penyiasatan jenayah 9/11 ialah fakta betapa lapangan terbang Fort Collins-Loveland telah digunakan sebagai tapak ujian terakhir bagi pesawat kawalan jauh tanpa pemandu UAV, dan inilah sebenarnya yang menarik perhatian Karl Schwarz.

Schwarz adalah CEO bagi sebuah syarikat yang mereka-cipta pesawat  kawalan jauh/UAV bagi tentera AS dan telah memperolehi tempahan bernilai $392 dari Jabatan Pertahanan untuk 32 buah pesawat yang kemudiannya telah dibatalkan “ kerana kita akan melihat lebih banyak kisah di Iraq dan juga kerana kita boleh mengadakan satu armada sedangkan bagi harga itu hanya mampu untuk dua buah pesawat sahaja yang dikeluarkan syarikat pesaing.

 UAV yang dikeluarkan oleh Lockheed Martin yang digunakan di Iraq dipanggil Predator, berharga $45 juta bagi setiap unit, mempunyai tiga penderia dan memerlukan kakitangan seramai 55 orang untuk pengendalian sebuah darinya, menurut kata Schwarz.

“Projek Medus kami mempunyai 11 penderia berkuasa tinggi yang boleh beroperasi serentak, boleh mengapung untuk sekurang-kurangnya 24 jam, mempunyai system hiper-spektral paling terkehadapan  yang diperkuat oleh dua teknologi untuk mempercepatkan analisis piksel serta mengesan keganjilan kecil dalam medan pandangan (field of View) sama ada pengendalinya menumpukan perhatian mahupun tidak, atau sekiranya mata manusia tidak mampu melihat butiran terperinci ‘software’ akan mengesan serta memandu pengendali akan bertumpu kepadanya,” kata CEO syarikat UAV itu.

”Kakitangan seramai 55 orang diperlukan bagi mengendalikan 5 buah Medusa Skypods secara serentak. Seorang pengendali penerbangan mengawal pesawat itu melalui sebuah laptop atau computer peribadi. Ringkasnya, 55 orang pengendali mengawal 55 buah penderia berkuasa tinggi dengan kuasa pengesanan serta pemprosesan dan enjin piksel yang ampuh berbanding 55 pengendali yang mengoperasikan sebuah Predator dengan hanya satu penderia yang berfungsi dalam satu masa. Kelima-lima buah Medusa berharga $65 juta tetapi ia mempunyai kemampuan teknologi yang lebih dan pada sebarang masa meliputi kawasan yang lebih luas dengan asset penglihatan yang lebih,” kata Schwarz.

“Ringkasnya, ianya bukanlah barang mainan. Ia mempunyai peralatan AIM 100 yang boleh menyuluh sasaran sehingga 30 batu di kesemua arah bagi serangan udara, artileri, mortar ataupun helicopter menyingkirkan masalah… kombinasi kawasan liputan, serta jumlah anggota tentera yang boleh dilindungi mereka jika kesemua pesawat manjaan [Jabatan Keselamatan] dilancarkan dalam masa yang sama, atau jika tidak dilubangi peluru senjata mesin, ialah sekitar kawasan yang mampu dipantau oleh Medusa Skypod…...kami sekurang-kurangnya satu atau dua tahun di hadapan Lockheed dalam teknologi HAA… Bagi kumpulan saya ianya adalah satu penghormatan untuk disoal dan kami telah membuktikan akan kemampuan kami, malangnya kami tersentak selama beberapa bulan oleh birokrat yang melindungi projek belaan mereka [seperti Predator Lockheed yang cokia itu]. (One-Way Ticket to Crawford, Texas: A Conservative Republican Speaks Out, by Karl W. B. Schwarz, Reichenbach Publishing Company, 2004, p. 379 [821 pages])
 
Karl Schwarz bimbang yang Jabatan Pertahanan sedang melindungi projek belaan pilihan mereka bukannya mencari peralatan yang terbaik bagi menyediakan keselamatan udara serta sokongan kepada perajurit muda Amerika: “Kami juga telah menolak beberapa urusniaga demi untuk keutamaan kepada projek ini, kerana kami tentu saja yakin yang seseorang dalam Tentera akan mengambil berat tentang menyelamatkan banyak nyawa.

“Mereka tidak mahu orang awam terlibat kerana tentera tentu sahaja perlu memerlukan kami bagi menunjukkan kepada mereka bagaimana mengendali pesawat UAV, kata beliau, menambah lagi betapa “mereka memiliki seorang pegawai bernama John Geddes yang langsung tidak tahu menilai keberkesanan serta penjimatan akan system Medusa kami berbanding system Predator yang dibuat oleh Lockheed-Martin—salah satu dari kumpulan projek kegemaran mereka.”

Schwarz menambah, “dan kesemua ujianilai kawalan jauh/UAV telah dilakukan di lapangan Terbang Fort Collins-Loveland dalam masa yang sama pesawat Sky warrior A-3 ditingkat-upaya sebelum 11 September!”

“Mereka memerhati setiap langkah yang saya ambil tatkala berada di Fort Collins,” kata Schwarz, tambahnya lagi “mereka juga mempunyai begitu banyak gudang serta hangar pesawat—begitu banyak pergudangan yang saya fikir agak aneh bagi sebuah lapangan terbang awam yang kecil.

Komander Tentera Laut AS yang bersara dan mantan pegawai perisikan Tentera Laut serta orang dalam Iran-Contra Al Martin tidak menganggap ianya aneh. Beliau berkata dalam bukunya:

"Marty [Greenberg--Denver, Colorado’s Atlantis Securities syndicator] used to syndicate real estate deals, principally small airport developments and secure warehouse facilities around airports...Jeb Bush was on the Board of Directors of a West Palm Beach Airport development deal where all those supposedly ultra-secure warehouses were going to be built around West Palm Airfield, way out in the western section which the military still controls...what those warehouses were going to be used for was the storage of narcotics. That was the intent. And Oliver North was directly involved in that West Palm Beach Airport deal (The Conspirators: Secrets of an Iran-Contra Insider, by Alexander Martin, National Liberty Press, 2002, pp. 238-239)
"Kebanyakan pintu hangar adalah terlalu kecil untuk memuatkan pesawat; tetapi raytheon dan Boeing berada di sana—sebuah lapangan terbang kecil awam dengan ramai kontraktor pertahanan menurut kata seorang sumber perisikan  yang memberitahu kepada saya.” Kata Schwarz.

”Mereka yang saya temui di Fort Collins yakni dua orang saksi itu—memberitahu saya akan kebimbangan tentang nyawa mereka. Setiap orang kelihatan ketakutan dan bimbang dengan bayang-bayang sendiri. Kedua-dua saksi berkata yang mereka telah melihat dan mendengar lebih dari sepatutnya akan pesawat A-3 yang dibawa masuk dalam kegelapan malam untuk dipasang misil- dan kesemua ini berlaku sebelum serangan 9/11,” kata beliau.

"Moser": mereka yang mendakwa penjenayah 911?

Deborah Simon, salah seorang pengkaji 9/11 yang berkahwin dengan ahli keluarga Yahudi terkemuka, memberitahu kita tentang sesuatu yang dipanggil isu “Moser”—menunjukkan yang kedua-dua Eliot Spitzer dan Robert Morganthau adalah keturunan Yahudi. Moser adalah perkataan Yahudi bagi pemberi maklumat—yang boleh dihukum bunuh menurut budaya sejarah.
 
Menurut banyak bancian, Eliot Spitzer (kiri) memperolehi banyak sokongan dari rakyat Amerika kerana membuat perkembangan sebenar dalam mendedahkan korupsi dalam pasaran saham negara serta mendakwa jenayah penipuan dalam industri insurans.

Namun Simon telah memberikan kita sedikit kefahaman tentang kesulitan besar yang dihadapi mereka berdua termasuk kehilangan nyawa. Kedua-duanya mungkin menghadapi tekanan dalaman yang kuat untuk meringan-ringankan suasana berkaitan pertuduhan ke atas ahli perbankan Yahudi serta eksekutif korporat lainnya atas kesalahan besar yang dikaitkan dengan membiayai serangan 11 September melalui pembersihan wang dalam sistem perbankan Persekutuan, menurut Simon.

Sumber-sumber Perisikan telah tampil ke hadapan untuk menyatakan tanpa direkodkan kepada Schwarz dan lain-lainnya tentang pembersihan wang dadah yang mengongkosi serangan 9-11; tambahan lagi FBI Pakar Bahasa FBI Sibel Edmonds telah membisikkan maklumat yang serupa, yang mengaitkannya dengan sekumpulan politikus serta ketua agensi persekutuan yang terkenal.
 
Dengan persembahan yang menakjubkan akan  bahan bukti fizikal, visual dan audio akan penglibatan kerajaan dalam serangan 11 September, , kilauan akan siasatan orang awam akan tentunya memaksa rakyat Amerika untuk melihat gelagat Spitzer dan Morgenthau dengan dekat dalam mengukur kedudukan tahap ketaatan berkenaan menyeluruhnya, ketegasan serta kekuatan penyiasatan jenayah juri utama yang berlangsung secara sulit itu.

Kejadian 9/11 adalah justifikasi bagi a)pencerobohan Afghanistan dan Iraq, b)pembentukan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, c)Akta Patriotik yang kontroversi dan d)”Perang Menentang Keganasan yang panjang,” akan tetapi tidak ada seorang pun yang ditahan untuk pertanggungjawaban atau dihukum.

Schwarz dan yang lain-lainnya sudah pun menyerahkan secara peribadi bahan bukti di atas kepada Spitzer dan Morgenthau; malangnya , rekod tugasan Morgenthau yang lalu dalam pendakwaan yang melibatkan skandal dadah/senjata Iran-Contra serta Bank of Credit and Commerce International (BCCI) hanya berlegar-legar di tempat yang sama tanpa keadilan ditegakkan terhadap Pegawai-pegawai  AS yang korup itu.

Kita telah mendengar laporan yang menunjukkan betapa juri utama Persekutuan New York di Albany begitu tidak menggemari tindakan Spitzer serta Morgenthau yang terkemut-kemut dan kurangnya sapina serta tuduhan berkaitan 9/11 (sedangkan bahan bukti sudah pun diserahkan) dan mereka sudah pun meneruskan kuasa persekutuan serta Perlembagaan bebas yang dimiliki mereka bagi menguasai perbicaraan jenayah tersebut.
 
Kita juga telah diberitahu betapa Spitzer telah diusir keluar dari bilik soal-siasat Juri Utama sekurang-kurangnya sekali supaya para juri boleh secara berahsia mempertimbangkan bahan bukti akan kemungkinannya pengkhianatan kerajaan AS, menjadikan persoalan apakah ia berkait dengan isu mosser- atau pencalonan Spitzer dalam perebutan jawatan Gabenor  New York dan keperluannya dalam sumbangan kempen dari elit yang kaya-raya—mungkin telah membantutkan sapina serta pertuduhan jenayah 911.

Tidak kiralah setinggi mana pegawai persekutuan atau wakil rakyat yang terpilih dikaitkan, atau eksekutif media cetak atau elektronik yang melakukan halangan proses keadilan bagi menutup bukti jenayah, atau pegawai tentera dan kerajaan yang mana telah menyelia penutupan fungsi tentera Udara selama dua jam semasa serangan, penduduk New York yang memilih Spitzer dan Morgenthau (dan kesemua rakyat Amerika yang menanam kepercayaan dengan keselamatan dan juga perlindungan peribadi dalam bidang kuasa mereka berkait perbicaraan jenayah 9/11) mempunyai hak  berharap agar kedua-dua mereka meneruskan kes itu dengan bahan bukti yang terang, kredibel serta boleh dihukum betapa kerajaan AS mengambil bahagian dalam serangan 11 September. Ini termasuklah bahan bukti yang berkait dengan Pentagon di atas.
 
Sekiranya Spitzer dan Morgenthau enggan melaksanakan tugas mereka sebaik mungkin sebagai pegawai yang dipilih kerana, seperti kata Deborah Simon, mereka takut dicap sebagai “moser-ratfink-informers" yang mengkhianati ahli perbankan Yahudi yang kaya-raya, bersekongkol dengan jutawan kewangan lainnya atau menyiasat kes van bergerak Zionis serta pelajar sastera yang merisik berlaku yang dilaporkan mengikuti “perampas” sekitar AS sebelum 9/11 – lalu rakyat Amerika mungkin perlu menuntut peletakan jawatan mereka supaya orang lain boleh dengan cepat serta berkesan mendapatkan pertuduhan serta perbicaraan oleh pendakwa yang terlatih dalam perangkap jenayah yang bebas, non partisan serta tulus dalam kerjaya.

Amerika syarikat tidak boleh membiarkan pembunuhan massa berlalu tanpa dihukum dengan ketelusan yang hampeh—terutamanya apabila bahan bukti begitu menjolok mata dan dua orang pegawai perundangan New York yang tersohor menjalankan penyiasatan yang tidak bersungguh di pandangan mata orang awam.

Deborah Simon contributed additional research for this story.

http://www.tomflocco.com/modules.php?name=News&file=article&sid=110&mode=&order=0&thold=0

Terjemahan N-SPAR  - 12.07.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN