![]()
TAG 1829-33:
Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 33
Bila Perang Bermula: Mahathir Menyerang – Caesar Menjadi Brutus
(The Battle Begins: Caesar becomes Brutus)
Laporan Khas Malaysia Today - Laman M@RHAEN
Jarum jam menunjukkan pukul empat pagi. Mantan Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam, masih tidak dapat melelapkan mata. Kepanasan hari itu masih mengganggu beliau walaupun pendingin udara ligat berputar di bahagian kepala, dalam kamar tidurnya. Pada usia 72 tahun, Musa sudah lama meninggalkan dunia politik, menyisihkan diri daripada segala bahaya politik yang pernah disenangi ketika beliau mencabar kekuatan ketuanya dahulu, Dr. Mahathir Mohamad. Hampir 20 tahun sudah pun berlalu. Sejak gagal merampas kuasa daripada Mahathir, Musa sudah menghilang diri menjadi senyap. Ada juga sekali sekala mengaut apa juga yang berbasi di meja korporat dan berpura-pura laksana seorang diplomat. Memang terdapat juga beberapa malam sebelum itu yang membuatkan Musa tidak boleh tidur lena. Tetapi malam itu adalah amat jauh bezanya. Dahinya dipenuhi peluh dingin. Dia seolah-olah dihantui igauan ngeri yang menyebabkan dia tidak boleh tidur lena. Kepalanya kerap diketuk bunyi deringan loceng penggera, menyebabkan beliau mengimbau kepada zaman dahulu kala ketika kerjaya politiknya malahan hala tuju negara berada di atas neraca.Pada sebelah siangnya Musa telah menghadiri satu jamuan ulang tahun UMNO ke-60 tahun. Sebagai seorang bekas pemimpin kanan, Musa telah diberikan tempat terhormat duduk bersama beberapa veteran supaya kelihatan semacam potret Cina purba. Mereka duduk di tempat tinggi untuk mudah melihat ke bawah kepada pelakon semasa yang menyanyi lagu dewa yang memuja pengorbanan pemimpin lama dan pada waktu yang sama cuba mengaitkannya kepada peranan mereka untuk faedah masa depan sendiri juga. Musa telah ditempatkan bersebelahan dewa utama UMNO, Dr. Mahathir Mohamad, yang merupakan satu-satunya bekas Presiden UMNO, yang mash bernyawa dan hampir menikmati status laksana dewata berbanding bekas pemimpin lain semuanya. Akan tetapi bukannya sambutan majlis itu yang telah membuatkan Musa tidak boleh tidur lena. Dia digugat oleh bisikan Mahathir ketika mereka duduk bersebelahan sepanjang hari itu. Bisikan itulah yang menyekatnya dari menutupkan mata.
Sebenarnya apa yang disebut oleh Mahathir tidak boleh dianggap satu bisikan. Memang jelas Mahathir tidak senang hati, malahan mungkin juga marah. Sasaran amarahnya itu ialah tokoh yang berdiri tegak di Istana Besar Johor Bahru, yang kini menjadi Perdana Menteri. Memang Mahathir tidak mampu menyorok kebenciannya terhadap Abdullah Ahmad Badawi. Mahathir kerap menyumpah-seranah Abdullah kerana tindakan beliau yang dianggap Mahathir sebagai merungkai bukan sahaja legasi pemerintahannya bahkan juga masa depan negara. Mahathir terus merengek hinggakan Musa tidak dapat menahannya lagi. Musa telah bertanya Mahathir apa yang mahu dibuatnya. Jawapan yang didengarnya telah mengejutkan Musa sehinggakan kini dia tidak dapat tidur sekelip mata pun. Mahathir memberitahu Musa rencana beliau kenapa mahu menggulingkan Abdullah.
Musa sedar apa yang disebut oleh Mahathir adalah sesuatu yang gergasi UMNO itu tidak akan menarik balik. Laksana Caesar selepas memasuki kawasan Rubicon, Mahathir telah menepis segala keraguannya dan menjadi begitu tegas untuk melancarkan perang terakhir yang akan menjulang namanya sebagai penyelamat negara ataupun menjahanamkan nama sendiri dengan panggilan “Penderhaka”. Mahathir sudah membuat keputusan mahu memainkan peranan ketua konspirator dalam satu plot besar membunuh kerjaya politik Abdullah Badawi, untuk selamanya. Hanya dengan cara itu dia dapat menjamin tidak akan menutup mata bila dia nazak nanti.
Musa mencapai gagang telefon dan mendial satu nombor, cuba mendapatkan seorang Anggota Parlimen tertentu daripada Johor yang dipercayai boleh menyampaikan pesanan kepada Abdullah. Walaupun Musa tidak berapa bersetuju keseluruhannya kepada apa yang dilakukan oleh Abdullah – malahan, Musa merupakan salah seorang yang pertama menyuarakan kerisauannya kepada Abdullah, tentang anak menantunya, Khairy Jamaluddin yang telah menjadi terlampau perkasa dan kaya-raya – Musa tidak mahu melihat politik Malaysia menjadi begitu berkecamuk dalam kebuasan yang pernah disaksikannya pada 1987 dan sekali lagi pada 1998.
Sebagai rakyat Johor daripada sekolah politik lama, jampi serapah Musa, sama ada benar ataupun salah, sentiasa membuat pilihan antara dua momok – alternatif yang lagi satu merupakan peperangan menyeluruh di mana kedua-dua pihak menanggung bencananya dan setiap pemimpin tertinggi turut terkorban. Musa fikir adalah lebih baik berlagak penakut dan berhati-hati daripada mati katak dalam peperangan di mana orang lain akan turut merasakan bencana mautnya.
Jadi, Musa mengambil tindakan memberitahu awal secara menelefon anggota Parlimen itu. Musa mahu beri tip maklumat yang secara khususnya merupakan satu mesej penting kepada Abdullah. Pesanan itu memang mudah dan terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama, Mahathir sedang merancang untuk menyerang Abdullah dan menggulingnya daripada puncak kuasa. Kedua, tindakan Mahathir itu sudah difikirkannya masak-masak dan sebarang usaha untuk meredakan keadaan dengan cara berunding dahulu tidak akan membawa sebarang makna. Ketiga, Musa telah membuat pilihan sendiri untuk menyebelahi siapa kali ini. Dia memilih Abdullah menentang Mahathir yang satu ketika dahulu membuat beliau rimas kerana keganasannya.
Abdullah Badawi telah menerima mesej itu pada keesokan paginya. Dia masih tidak faham kenapa Musa beranggapan serangan itu akan berlaku. Lagi pun dia telah lama memberi ruang dan mencuba mendinginkan kemarahan Mahathir dengan segala tingkah laku yang selalunya boleh meredakan kemarahan Tokoh Tua itu. Akan tetapi, memang sudah lama Abdullah memainkan peranan talam dua muka. Walaupun dia lama mencuba memaparkan ketokohan yang dianggap Musa sebagai ‘diam berisi”. Semua orang bawahannya daripada anggota kabinet yang ‘yang paling haprak hinggalah kepada pemimpin bahagian UMNO yang paling sarat gelarannya telah kerap diberitahu betapa banyak dasar Mahathir tidak lagi dianggap dapat diamalkan dan Abdullah pula tidak berminat dengan projek sedemikian, lebih memilih membuat sesuatu yang baik untuk semua orang sebelum terlambat masanya.
Pihak akhbar yang dikuasai oleh Kalimullah Hassan Masheerul Hassan telah sengaja diandam untuk kelihatan lebih terbuka untuk persiapan bila mereka berdaya, seperti menyempurnakan ramalan diri, mengisytiharkan betapa mereka lebih bebas dan lebih kritis kini berbanding di zaman Mahathir dahulu. Apa pun, apabila serangan itu muncul akhirnya, akhbar yang dikuasai oleh Khairy jadi gelabah untuk menyerang balik Dr. Mahathir. Ada antara usaha mereka itu ternyata melucukan juga. Sebagai contoh, Datuk Kamarulzaman daripada TV3, telah mengadakan satu program menemubual ketua kampung dan penghulu untuk menayangkan gelagat mereka menyokong Abdullah. Malahan, Rahman Rashid yang selalunya kelihatan berilmu-pengetahuan boleh pula menunjukkan kemahuan hanya mampu menulis apa yang disebut satu surat terbuka kepada Dr. Mahathir, sambil memuji Abdullah kerana mempunyai apa yang disebutnya secara memualkan satu ‘dasar terbuka akhbar’. Pada waktu yang sama Rehman Rashid lupa membuat satu pengisytiharan betapa dasar itu sudah memberikan padanya peluang pekerjaan sedangkan kedudukannya itu yang pernah disingkir oleh Abdullah satu ketika dahulu. Dengan lain perkataan, pelakon tambahan ini semuanya menggunakan pisau lipat mereka untuk mencarik kulit Mahathir dan ketawa keriangan melihatkan darah yang mengalir. Kisah yang sebenarnya ialah segala usaha untuk memperlekehkan Mahathir telah digerakkan dari hari pertama pentadbiran Abdullah bermula. Ini merupakan satu strategi berpadu yang sengaja dirancang oleh Khairy, dan diserahkannya beberapa bulan sebelum pasukan peralihan yang ditubuhkannya memainkan peranan untuk menyangga Abdullah.
Dalam bahagian pertama Hikayat Khairy dahulu, kami telah memberikan bayangan bagaimana Khairy berura-ura mahu menghancurkan legasi Mahathir satu demi satu. Dua tahun sudah pun berlalu, tetapi rencana yang dilakar beberapa bulan sebelum itu sudah pun menggelegak. Rencana kejatuhan Mahathir akan disungkup sebagai satu pergerakan reformasi yang dikepalai oleh Abdullah, ataupun sekurang-kurangnya diperakukan oleh pentadbiran beliau.
Keluaran buah pertama sudah pun mula ranum. Karenah Mahathir menyalahgunakan badan kehakiman, ketaksubannya mementingkan perniagaan tertentu, salahguna dana kerajaan untuk projek mega dan pelbagai salahguna dan pembaziran, kini ditimbulkan dan didedahkan untuk pemerhatian umum. Peringkat kedua akan muncul seperti yang pernah dinyatakan oleh Khairy sebelum ini kepada kawan-kawan rapatnya (dan seperti yang pernah ditulis dalam Hikayat sebelum ini): bahawa segelintir tokoh daripada pentadbiran Mahathir dahulu akan dihambat untuk dibicarakan kerana ‘dosa’ mereka dan dikenakan hukuman yang ‘sepatutnya’. Sudah tentu tindakan itu memberikan andaian sebagai tuduhan rasmi ke atas kepimpinan menengah di bawah pemerintahan Mahathir, sedangkan tujuan dan sasaran sebenar ialah terhadap si Arkitek Tua itu sendiri. Nama Mahathir akan disebut-sebut dalam mahkamah di merata negara dan dia akan digambarkan sebagai seorang ‘evil genius’ (momok bijaksana) yang telah menjadi sutradara ke atas segala aksi korupsi dan salahguna kuasa orang bawahannya selama 22 tahun beliau mencengkam kuasa sebagai Perdana Menteri.
Akhirnya nanti, sasaran Khairy ialah menyumbat sekurang-kurangnya seorang-dua bekas pembantu utama Mahathir dalam penjara. Yang menonjol di kalangan mereka adalah sekumpulan manusia yang pernah melakonkan peranan sebagai orang poster kepada agenda korporat Mahathir – yakni mereka yang rapat kepada bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin. Daim memang sudah lama menjadi sasaran paling utama Khairy. Sungguhpun ramai yang memberi pujian kepada beliau kerana merancang pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 1980-an dan 1990-an, oleh kerana Daim selalu memuji Mahathir kerana pertumbuhan itu, adalah amat mudah mencemarkan nama beliau sebagai penyangak tanpa perasaan silu dan malu. Lagi pun rekod prestasi Daim bukanlah bersih sangat kalau dibandingkan dengan Menteri Kewangan yang lain, kecuali Anwar Ibrahim. Memang menjadi pengetahuan umum bahawa Daim mempunyai satu kumpulan orang kepercayaan yang disuapkan wang, kedudukan dan kontrak.
Akan tetapi, sudah tentu Mahathir tahu cerita ini semua, dan itulah yang sebenarnya. Salah satu faktor yang menyebabkan Mahathir naik berang ialah penemuan terbaru yang dibawa kepada perhatiannya oleh salah seorang bekas Setiausaha beliau. Kononnya, Khairy telah mengadakan beberapa pertemuan dengan beberapa bekas hakim yang merancang satu serangan terhadap rakan sejawatan mereka yang telah dinaikkan pangkat oleh Mahathir hanya kerana kesetiaan mereka yang tidak berbelah bagi. Akan tetapi, jangan pula ada sesiapa yang syak lagi bahawa kebanyakan yang lain itu adalah sama rasuahnya seperti bakal mangsa mereka dan mereka hanya mahu memberikan sokongan kepada Khairy untuk menyelamatkan diri sendiri. Dalam badan kehakiman negara bukannya ada ketentuan mana satu yang hitam dan mana satu yang putih, segalanya berupa kelabu asap sahaja. Semua hakim yang bersih telah lama ditendang keluar bersama Salleh Abas sedangkan ramai yang lain sudah lama terkubur ataupun tertekan dan patah hati ataupun sengaja ghaib entah ke mana.
Bolehkah sesiapa berkata bahawa rencana reformasi Abdullah menerima sokongan tangan yang bersih? Kita tidak perlu seorang bijak bestari untuk menyedari bahawa kebanyakan suara yang menyokong Perdana Menteri Abdullah terhadap Mahathir adalah mereka yang naik menikmati kedudukan mewah melalui rasuah. Mereka itu termasuklah hampir semua menteri kabinet yang ada, yang merupakan saki-baki pemerintahan Mahathir. Semua malaun ini bukannya bersih. Segelintir di kalangan mereka seperti Nazri Aziz memang begitu korup-tegar sehingga anda boleh menghidu rasuahnya itu laksana seekor anjing menghidu kehangatan pasangan betinanya yang sudah naik syahwat di musim mengawan. Yang lain, khususnya Muhyiddin Yassin adalah sama terlibat dengan politik wang persis Isa Samad yang telah digugurkan. Muhiyuddin sengaja tidak dikenakan sebarang tindakan kerana dia dianggap tidak berbahaya terhadap kerjaya politik Khairy. Tentulah melucukan bagaimana orang-orang ini semuanya menyokong ‘program reformasi’ Abdullah kini. Mereka sanggup menyokong mana-mana Perdana Menteri, bila-bila masa. Kalaulah Hadi Awang naik menjadi Perdana Menteri, mereka akan berubah kulit dan melaungkan namanya.
Apa yang merungsingkan orang-orang begini, ialah tidak lagi dapat berlakon sebagai anak setia Mahathir sedangkan mereka berkhidmat dengan Abdullah. Dengan bermulanya peperangan ini mereka mesti dilihat sebagai askar yang penuh kesetiaan kepada panglima utama mereka. Inilah yang diharapkan dari mereka kerana inilah budaya UMNO. Namun demikian terdapat tiga orang antara mereka yang terus memberikan sokongan kepada Mahathir secara berahsia. Itulah hakikatnya dan kehidupan ini akan menjadi lebih menarik. Tiga orang yang telah bertemu Mahathir untuk memberikan sokongan mereka ialah Tengku Palsu Adnan Mansor, Azmi Khalid dan Mustapha Mohamad.
Akan tetapi perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Sebaliknya yang mengejutkan itu muncul daripada reaksi Mahathir dan tindak-balasnya. Sudah tentu tidak ada sesiapa yang begitu ngok berfikir bahawa Mahathir berdiam diri mendengar semua ini, sambil menelan Panadol ketika memberikan komen yang berbisa itu. Seperti dengan episod Anwar, Mahathir telah lama berfikir panjang. Inilah yang menjadi tindakannya kemudian. Mahathir telah menjatuhkan Anwar dengan merancang agar orang lain memantau pergerakannya. Akan tetapi, pada kali ini beliau akan melaksanakannya sendiri. Inilah yang dikatakannya pada orang lain. Malahan anaknya Mukhriz mengaku kepada akhbar betapa marahnya ayah beliau sehingga merancang sendiri tindakannya tanpa mahu menyerahkan tugas itu pada orang lain.
Akan tetapi, yang pertama diperlukan ialah satu pergerakan dalam UMNO yang tidak yakin (kepada pucuk kepimpinan pentadbiran Paklah) perlu diwujudkan. Seperti masa dahulu, Mahathir akan menyandarkan harapan ke atas jentera UMNO peringkat negeri untuk melakukan kerja ini. Daripada begitu ramai Menteri Besar, hanya dua orang yang masih setia kepada Abdullah. Mereka adalah Mahadzir Khalid daripada Kedah dan Mohamad Hassan daripada Negeri Sembilan. Mahdzir Khalid adalah laksana melukut di tepi gantang di Kedah. Beliau masih baru dan bertaraf hingusan untuk mendapat sokongan padu akar umbi dan telah bermusuhan pula dengan Ahmad Lebai Sudin, Aziz Sheikh Fadzir dan juga bekas Menteri Besar Syed Razak Syed Zain. Lagi pun lagak pembaziran beliau sejak beberapa bulan yang berlalu sehingga menjadi satu-satunya Menteri Besar yang menggunakan jet peribadi untuk melawat ke luar negara telah menaikkan amarah pemimpin UMNO di Kedah. Beliau marahkan mereka secara terbuka seolah-olah mereka adalah anak sekolah – mungkin mengulangi gelagat marahkan anak murid isterinya ketika dia merewang dalam dunia politik dahulu. Mahadzir bukanlah orangnya yang boleh diharap memajukan sesuatu yang penting kepada Kedah.
Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan adalah laksana seorang penyangak dalam filem Tamil keluaran 1970-an dahulu. Beliau inipun laksana melukut di tepi gantang juga. Dia dilompatkan mengisi kerusi untuk sementara sehingga satu masa Khairy sudah bersedia memegang pucuk kepimpinan Negri Sembilan. Mohamad telah bermusuhan dengan Isa Samad, Menteri Besar yang digantinya dan ramai anggota Exco lain yang mempunyai banyak pengalaman berbanding dirinya. Pengetahuan beliau mentadbir negeri itu adalah baik sikit dari pengetahuan mekanik kereta yang mudah kelihatan di merata Seremban. Menyatakan sokongan padu terhadap Abdullah adalah satu-satunya cara yang dia tahu untuk terus bergayut pada jawatannya.
Sesungguhnya ada lagi calon lain seperti Idris Jusoh daripada Terengganu dan Musa Aman daripada Sabah yang sedia memberikan sokongan kepada sesiapa yang mereka jangka akan menang. Kalau mereka fikir Mahathir akan menang, mereka akan menolak Abdullah laksana dia diserang penyakit kusta dan melompat memasuki kumpulan Mahathir. Antara yang lain-lain pula, dua orang sudah pun menyatakan sokongan rahsia terhadap Mahathir – Shahidan Kassim, opportunis unggulan yang menganggap dirinya adalah ciptaan Tuhan pada kerja perdamaian dan Adnan Yaakob, yang masih marah terhadap Khairy kerana tidak menyokong usaha beliau bertanding jawatan Naib Presiden semasa pilihan UMNO tahun lalu.
Akan tetapi dua orang Menteri Besar itu hanya bertaraf badut sahaja. Mahathir menyandarkan harapan ke atas orang lain sebagai pengurus kempen untuk peringkat negeri. Calonnya itu adalah seseorang yang memang sudah lama berdendam bukan sahaja terhadap Abdullah, tetapi terhadap Khairy. Semasa Pilihan Raya Umum dahulu, nama beliau telah tersenarai untuk disingkirkan. Yang lebih penting lagi, Khairy telah memijak kepalanya menentukan projek di negerinya. Ada ketikanya bila dia diberitahu oleh peniaga bahawa Khairy telah memberikan konsesi tertentu—dan dia tidak dibenarkan untuk memprotes. Amarahnya terhadap Khairy memang berasas dan penyingkiran Abdullah serta anak menantu beliau adalah kemuncak impian unggulannya.
Mahathir akan menyandarkan harapan kepada orang ini untuk menggerakkan UMNO secara perlahan tetapi penuh keyakinan arah menggulingkan Abdullah. Dengan apa cara pun, UMNO akan dipersiap untuk menghadapi satu pertandingan yang melihat sama ada Abdullah berjaya ke atas Mahathir ataupun Mahathir berjaya meletakkan orang baru di pucuk kepimpinan Barisan Nasional sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 nanti. Oleh kerana Mahathir sudah begitu taksub dalam usaha menggulingkan Abdullah dan Khairy, Malaysia Today tidak akan kacau daun mendedahkan rencana beliau setakat ini. Memadailah kalau kami sebutkan senjata Mahathir ini dengan panggilan ‘MB X.’ Terpulanglah kepada ‘MB X’ memperkenalkan dirinya kepada umum tidak lama lagi.
Siri Hikayat Khairy ini telah ditamatkan oleh penulis Raja Petra Kamarudin hingga ke bilangan ke-33 ini sahaja.
- MalaysiaToday
Terjemahan MT-SPAR - 14.06.2006 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Hikayat Khairy Jamaludin: Bahagian: 1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20/1 - 20/2 - 20/3 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - Ditamatkan
Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan:bakongnet.com
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN