TAG 1829-25:
Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 25
Muslihat Baru: Ketandusan Masa
(A New Deal: Running Out of Time)
Laporan Khas Malaysia Today - Laman M@RHAENSalah seorang kawan rapat Khairy ialah seorang pemuda India kelahiran Malaysia dan pernah lulus ilmu undang-undang di London, yang baru-baru ini bekerja dengan sebuah bank antarabangsa. Beliau adalah beberapa tahun lebih ‘senior’ daripada Khairy, dan sengaja bermain di sebalik tabir kerana ada sebab tertentu. Walaupun dia bangga dengan kejayaan Khairy, dia pernah berbincang dengan kawan-kawannya rahsia peribadinya bahawa dia fikir Khairy hampir melakukan kesilapan yang paling besar dalam hidupnya. Malahan peguam ini percaya bahawa Khairy sedang berada di satu kedudukan yang paling berbahaya dalam keseluruhan kerjayanya dan seandainya dia terjebak antara mulut harimau dan rahang buaya – yakni segala tindakan Khairy yang akan menghancurkannya, adalah tidak mungkin Khairy akan mampu bangkit semula.
Beberapa bulan yang lalu, peguam ini telah berjumpa Khairy untuk memberikan sedikit nasihat. Dia memberitahu Khairy secara terus terang bahawa walaupun ia faham Khairy bijak melakar rencana, Khairy seharusnya lebih berwaspada dan berhati-hati. Peguam itu memberi ingatan kepada Khairy agar tidak terlalu gelojoh dalam tindakannya.
Itu memang merupakan satu nasihat yang ikhlas. Pada masa dahulu, Khairy memang diam mendengar apa yang dileter oleh kawannya itu dan membuat rumusannya sendiri. Ada kalanya ia dapat menerima kritikan semacam itu untuk memperbetulkan kesilapannya. Akan tetapi Khairy masa kini adalah seorang anak muda yang berbeza. Sekarang ini nasihat semacam itu kerap diperlekeh sebagai sesuatu yang dia tidak perlu. Khairy beranggapan bahawa kawan-kawannya sudah memandai-mandai untuk kepentingan diri sendiri. Dia fikir tidak terhutang budi untuk mendengar segala celoteh mereka, apa lagi mengikuti nasihatnya. Lagi pun, kalau semua kawannya lebih cerdik daripada dia, tentu mereka sudah lama menggantikan tempatnya. Sebaliknya dialah orangnya, paling muda dalam kumpulan mereka yang berjaya mendapatkan kedudukan yang paling tinggi dalam masa yang paling singkat sekali.
Sikap Khairy begini yang mengejutkan para sahabatnya. Peguam itu seolah-olah dapat merasakan Khairy berperangai begitu adalah disebabkan dia sudah jauh menyimpang daripada kenyataan. Kuasa dan kemewahan adalah satu adunan yang menyebabkan Khairy mabuk sendiri dan menjadi begitu tuli kenapa suara rintihan yang semakin bergema di sekelilingnya. Malahan beberapa sahabat karib Khairy yang mengkagumi beliau dapat merasakan betapa dalam beberapa bulan kebelakangan ini Khairy akan membuat beberapa kesilapan juga. Beliau sudah pun menggantikan beberapa kawan yang mampu memberikan nasihat yang baik-baik dengan beberapa penjilat di kalangan Pemuda Umno yang membawa beg duit untuknya. Khairy kerap diiringi oleh anak-anak muda dalam usia dua puluhan yang membawa karung wang bernilai RM10,000, untuk mereka agihkan kepada penyokong setia di mesyuarat bahagian dan cawangan. Penyangak semacam inilah sahaja yang tinggal kekal sebagai kawan-kawan Khairy.
Sikap Khairy dalam beberapa bulan terakhir ini adalah gambaran betapa beliau masih lagi bertaraf hingusan, kurang matang dan bangang. Tanda-tanda korupsi dan penglibatan urusan-dagang-dalaman (insider trading) dalam pembelian saham ECM Libra dan penggunaan syarikat milik kerajaan Avenue Capital untuk menyelamatkan bisnes kroni Khairy dan menjadikan mereka jutawan kaya-raya dalam masa sekelip mata adalah tindakan yang sepatutnya dapat ditangani dengan kemas dan lebih berhati-hati. Sebaliknya penyelesaiannya menunjukkan tanda-tanda kerja orang gelojoh, persis kerja orang yang tidak matang berpolitik dan bisnes. Watak dan ketokohan yang digambarkan oleh Khairy sebagai seorang anak muda yang kacak dan bijak serta berkeyakinan diri sudah pun bertukar rupa kepada seorang yang tamak dan haloba kerana terlalu gelojoh dengan habuan korupsi. Gelaran “operator licik’ sudah pun berganti kepada “tukang kelentung yang gemar meragut dan cabut lari.”
Mungkin sudah wujud satu trend dalam kegilaan ini. Mungkin juga segala tindakan yang begitu pantas bukanlah satu kegelojohan yang tercipta disebabkan kesuntukan masa, tetapi sengaja dirancang begitu rupa untuk cuba menyelamatkan apa juga yang tinggal dalam pentadbiran Abdullah Badawi yang goyah dan akan tumbang menunggu hari. Satu pentadbiran yang bermula dengan segala janji manis untuk menghadiahkan rakyat Malaysia dengan mentari dan purnama, dan diiringi satu kemenangan paling besar dalam pilihan raya umum sejak ia bermula pada 1955 dahulu, sudah mula dilihat sebagai tidak mampu bertahan dana merupakan satu kera