TAG 1829-12:
Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 12
Mengggoncang Laci Duit
(Ringing in the cash till)
Laporan Khas Malaysia Today - Laman M@RHAENSudah ada kepastian kini betapa sudah tidak ada lagi unsur ketelusan di kalangan agensi ekonomi dan kewangan milik kerajaan. Norza Zakaria pernah membuat pengakuan secara terbuka kepada anggota Majlis Tertinggi Pemuda UMNO yang dia membaca minit mesyuarat yang penting-penting sebelum dokumen rahsia itu dikemukakan kepada Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop. Memanglah, masih ada lagi segelintir manusia yang tulus ikhlas bertugas dalam pertubuhan itu semua. Mereka sudah begitu mual dengan gelagat Khairy Jamaluddin. Mereka ternyata segelintir sahaja dan dianggap golongan minoriti. Sebagai anak-anak muda dalam sekitaran 30-an mereka amat mengimpikan kejayaan dalam kerjaya mereka setara dengan mereka yang menjadi kroni Khairy dan kini menerajui syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan (GLC = government linked companies) di bawah naungan Khazanah.
Kerana itu, golongan minoriti ini hanya sanggup merungut sendirian. Tidak siapa yang berani mengemukakan masalah ini ke atas kerana sedar betapa ketua-ketua mereka pun masuk dalam kocek Khairy. Baru-baru ini ada seorang pegawai muda yang bertugas di sebuah institusi kewangan telah bertindak membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) perihal pembelian aset yang berupa sebuah kereta SPV. Secara tiba-tiba BPR menggugurkan siasatannya apabila mengetahui bahawa pembeli aset itu ialah Mr. S yang merupakan proksi istimewa Khairy dan Norza. Pegawai yang jujur itu telah ditukarkan kepada satu jawatan tidak bermakna di Bank Negara.
Jumlah para perunding ‘lantikan’ Khairy memang berlipat kali ganda berbanding segelintir perunding yang bertugas secara jujur itu. Kebanyakan mereka telah diambil pada awal 1998 dan 1999 ketika Malaysia menjadi taksub menyandarkan harapan ke atas lulusan Oxbridge sebagai insan-insan yang dilihat sebagai penyelamat ekonomi negara. Sebagai contohnya ialah seorang insan bernama Azman Yahya, seorang pentadbir yang disebut-sebut sebagai pintar dan cekap lulusan London School of Economics. Beliau telah diambil untuk menangani krisis ekonomi Asia pada 1997 dahulu. Azman telah diberikan satu kontrak oleh Syarikat Scomi (milik anak Perdana Menteri) melalui syarikatnya yang bernama Symphony. Sebenarnya kontrak itu bukanlah hebat sangat. Ia adalah kerja mengagihkan risalah kepada pemegang-pemegang saham yang dahulunya dikendalikan oleh sebuah jabatan kerajaan tetapi telah diswastakan kepada Scomi Dengan kata lain, Azman telah dianugerahkan kontrak itu sebagai balasan terhadap khidmat kerjanya yang dikatakan baik. Akan tetapi itu adalah satu helah untuk mengengsotkannya daripada satu kedudukan yang berpengaruh. Kebanyakan pegawai-pegawai muda di CDR (Corporate Debt Restructuring Committee) Jawatankuasa Pengstrukturan Semula Hutang Korporat di Kementerian Kewangan dan Danaharta yang dilatih oleh Azman kini sudah menjadi penjilat tetap Khairy. Mereka sanggup menjilat Khairy dengan impian untuk naik mencanak menjadi semacam Azman Yahaya.
Khairy sedar akan kejadian semua ini tetapi sengaja tidak mahu berbuat apa-apa. Hakikatnya Khairy sedang mengukir satu empayar sendiri. Oleh kerana kebanyakan kroni beliau adalah insan yang tidak berapa dikenali oleh masyarakat umum, apa yang sedang berlaku di sebalik tabir tidak pernah mendapat penelitian dan kutukan umum seperti yang sepatutnya.
Parti-parti pembangkang di Malaysia memang sudah terlalu berkhayal daripada kejadian sebenar. Mereka lebih cenderung menumpukan kritikan terhadap korupsi yang berlaku di zaman TKT Mahathir dan tidak kepada kejadian seperti itu pada masa kini. Mereka tidak sedar keadaan semakin teruk sekarang ini kerana kuasa naungan dalam aliran politik di Malaysia sudah pun dikendalikan oleh satu kumpulan baru yang dianggotai oleh anak-anak muda yang berpaut kepada seluar dalam Abdullah Badawi.
Kalau ada pun rungutan mengenai tindak-tanduk Khairy menggeledah aset negara, rungutan itu datang daripada suara-suara sumbang yang masih memihak kepada mantan Perdana Menteri TKT Mahathir. Pada Jun tahun ini, ada juga beberapa anggota Parlimen BN yang cuba mengemukakan soalan mengenai salahguna kuasa terhadap dana milik GLC, Khazanah dan Danaharta. Malahan ada salah seorang ahli Parlimen itu yang mengemukakan satu soalan kepada Menteri Kewangan Kedua Nor Mohamed Yakcop, mempertikaikan kewarasan memberikan begitu banyak tugas yang penting dan berahsia besar kepada ECM Libra, Ethos Consulting dan Binafikir. Sedangkan ketika-tiga syarikat ini ternyata tidak mempunyai banyak pengalaman ataupun latihan. Memanglah tersisip satu agenda sulit di sebalik soalan begitu yang telah disisipkan secara berahsia kepada Khairy oleh seorang senator wanita. Dengan pantas, Khairy menelefon pejabat Abdullah Badawi yang mengatur satu sesi pertemuan khas dengan anggota Parlimen berkenaan. Di sana ahli Parlimen itu telah diberikan satu ‘khutbah’ khas. Soalan semacam itu tidak pun muncul selepas itu dan mungkin juga untuk beberapa tahun mendatang. Besar kemungkinannya, nama anggota Parlimen itu pun tidak akan dapat didengar lagi selepas itu.
Khairy merupakan salah seorang anggota daripada tiga orang yang mempunyai kuasa terakhir menentukan siapa yang patut menjadi calon Barisan Nasional masa pilihan raya umum. Menyedari hakikat ini makanya anggota Parlimen diam membisu dan tidak berani menimbulkan soalan yang ada kaitannya dengan pentadbiran bekas mantan Perdana Menteri TKT Mahathir. Kerana itu kalau ada soalan yang dikemukakan, ia adalah mengenai perkara yang indah-indah dan muluk-muluk dan harum semerbaknya pentadbiran Abdullah Badawi.
Akan tetapi ini tidak bermakna tidak ada keresahan dan rungutan dalam keadaan demikian. Cuma, selagi Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, Khairy dan para kroni beliau akan terus bergerak bebas untuk menjadi kaya-raya. Segala contoh yang terdedah luas dan berlaku dalam pentadbiran yang lalu memang amat difahami oleh anak-anak muda lulusan Oxford dan Cambridge sambil mereka menggunakan ruang perundangan yang sah untuk menaungi dan membalun harta negara.
Khairy memang mempunyai ruang bebas untuk mengemukakan sebarang cadangan kepada agensi kerajaan yang berselerak itu kerana wujudnya manusia yang bersedia bersekongkol dengan beliau dengan janji mendapat imbuhan yang lumayan. Sebagai contoh, di Khazanah kita melihat Azman Mokhtar sebagai seorang yang bersih. Akan tetapi, beliau ada satu syarikat bernama ‘BINAFIKIR” yang kini diketuai oleh rakan baiknya Mohd. Rashdan Yusuf, seorang lulusan Cambridge. Binafikir sedang menantikan peluang mendapat kontrak yang bernilai berjuta-juta dollar yang mampu melonjakkannya ke mercu industri kewangan negara. Untuk mencapai matlamat ini, Mohd Rashdan telah berulang-kali melobi kepada Khairy agar memberi peluang beliau mengambil alih Aseambankers berasaskan kejayaan Binafikir menjalankan khidmat menstruktur semula syarikat milik kerajaan.
Hakikatnya, Binafikir hanya merupakan satu wadah untuk beberapa anak-anak muda lulusan Cambridge yang diketuai oleh segelintir akauntan yang bernasib baik pada 1998. Inilah kumpulan profesional muda yang terpilih oleh Nor Mohamed Yakcop meneliti MAS dengan tujuan untuk membahagi-bahagikan operasi syarikat itu hingga MAS menjadi satu syarikat induk dan beberapa syarikat yang berfungsi. Sejak itulah Binafikir tidak pula menjalankan khidmat yang mewajarkan nama syarikat disebut-sebut orang. Namun, Mohd Rashdan beranggapan bahawa kejayaan merangkul Aseambankers akan melonjakkan segala peluang secara automatik. Aseambankers sudah lama mempunyai senarai ‘clientele’ yang tersedia ada, sedangkan Rashdan menganggap Binafikir sebagai satu syarikat yang mempunyai anggota yang berbakat.
Pendapat dan tanggapan Mohd Rashdan begitu, tidak pula dikongsi dan dipersetujui oleh orang lama dalam industri perbankan yang menganggap Binafikir hanyalah sebuah syarikat yang tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan
Namun demikian perancangan itu dijangka akan terlaksana juga berasaskan hubungan baik Rashdan dengan Mafia Oxbridge yang dipimpin oleh Khairy. Berita terkini mengenai MAS yang gagal terlepas daripada cengkaman krisis 1997 sudah menjadi satu tamparan hebat terhadap suku-sakat Khairy yang ditugaskan memperbetulkan kepincangan MAS dahulu. Ternyata segala gembar-gembur kepintaran kumpulan ini hanyalah omongan kosong semata-mata. Namun, tidak ada sesiapa yang sanggup bersuara menyekat kelentungan begini kerana tidak ramai manusia yang benar-benar faham apa sebenarnya yang bermain di sebalik tabir dalam pergerakan nadi pentadbiran kerajaan Malaysia.
Khairy membalun harta karun bukan sahaja melalui Khazanah, tetapi dengan cara meraih peluang sampingan melalui hubungannya dengan Kementerian Kewangan yang diketuai oleh bapa mertuanya. Dua contoh boleh dikemukakan di sini. Pertama ialah pengagihan saham-saham khas untuk Bumiputra yang terdapat dalam syarikat tersenarai yang mempunyai orang asing sebagai pemegang majoriti. Khairy bergantung kepada Norza untuk memberikan maklumat mengenai urusan itu. Dalam banyak hal Khairy telah berjanji mahu mengagihkan saham-saham tersebut kepada dua calon sekutunya. Syarikat pertama yang dijanjikannya ialah anggota istana yang rapat dengan Khairy. Bahagian yang lagi satu, yang sudah pun diidamkan oleh salah seorang adik Najib Tun Razak dan bersamaan dengan 19% saham syarikat itu akan diagihkan kepada seorang Melayu yang merupakan proksi-nomini kepada seorang bilioner Cina. Tauke ini memang kerap kelihatan mengiringi Abdullah dalam banyak perjalanan beliau ke Amerika Syarikat semasa menziarahi isterinya yang sakit, Endon Mahmood Ambak.
Apakah pulangan (net worth) Khairy dalam dua urusan ini? Urusan yang pertama melibatkan saham bernilai RM526 juta. Khairy dijangka meraih komisen sebanyak RM15 juta. Dalam urusan kedua membabitkan saham bernilai RM883 juta. Khairy dijangka membalun sekurang-kurangnya RM20 juta.
Sejak bulan Mac, satu congakan kasar terhadap pendapatan Khairy menunjukkan angka-angka berikut:
1. Komisen daripada penjualan 5% saham TM kepada Temasek Holdings, Singapura - RM16 juta.Kenapa Khairy mampu merencana semua ini tanpa banyak rintangan? Pertama, pihak pembangkang di Malaysia terlalu rapuh dan tidak mampu bersepadu menentang satu kerajaan yang mereka anggap masih popular yang dipimpin oleh Abdullah Badawi. DAP telah sekian lama membuat penentangannya dengan bahasa yang tinggi dari segi akademik yang tidak mudah difahami oleh rakyat marhaen dan para pengundi.2. Komisen daripada pembelian saham M1 oleh Khazanah dan TM – RM 6 juta.
3. Komisen yang dijangka daripada penjualan 5% saham TM kepada Temasek Holdings Singapore – RM17 juta.
4. Komisen yang dijangka daripada penjualan aset Danaharta – RM85 juta
5. Komisen yang dijangka daripada penjualan aset sampingan FELDA kepada Temasek Holdings dan DBS Bank - RM30 juta.
6. Komisen yang dijangka daripada peruntukan saham Bumiputra dalam syarikat milik asing – Syarikat 1 - RM15 juta
7. Komisen seperti (6) daripada Syarikat 2 - RM20 juta.
Jumlah yang terlibat ialah RM189 juta. Itu pun yang dapat diteliti oleh umum
PAS tidak mempunyai pakar ekonomi yang benar-benar berwibawa.
PKR (KeAdilan) lebih berminat menyerang Mahathir Mohamad daripada mengkritik Abdullah kerana mereka masih memuji Abdullah sebagai orang yang membebaskan Anwar Ibrahim.
Kedua, kalau ada pun musuh politik Khairy dalam UMNO, mereka sendiri sedang digugat oleh pelbagai kes yang melibatkan persekongkolan mereka dengan TKT Mahathir. Sebagai contohnya ialah anak-anak Mahathir. Mereka tidak mampu mengkritik Khairy dalam tindak-tanduknya membalun harta negara selaku seorang anggota dalaman pucuk kepimpinan. Semasa Mahathir memerintah mereka pun turut membalun harta karun dan menghakis Petronas sehingga ratusan juta Ringgut juga.
Ketiga, Para professional yang masih muda dan dibawa masuk berkhidmat sejak beberapa tahun kebelakangan ini terlalu takut risiko kehilangan punca rezeki. Lagi pun mereka menganggap Khairy sebagai sebaya mereka dan mengharapkan kejayaan beliau dapat mereka kongsi juga untuk naik ke atas.
Keempat; Ramai pentadbir dalam organisasi yang terlibat sudah dibeli oleh Khairy, Norza dan sekutu mereka sehinggakan mereka turut terlibat dan sanggup menipu rakyat.
Jelas, betapa Khairy memang berada di satu laluan mudah untuk menjadi seorang bilionaire menjelang akhir tahun ini. Siapa dapat menduga beliau akan menjadi Perdana Menteri Thai, Thaksin, sebagai seorang bilioner pertama di Malaysia yang akan menjadi Perdana Menteri.
Memanglah, alasan yang utama ialah kewujudan Khairy sebagai anggota Keluarga Utama Malaysia. Sebagai menantu kepada Abdullah Badawi dia mempunyai peluang keemasan yang sama yang pernah diraih oleh beberapa tokoh lain seperti General Prabowo (menantu Suharto), Taufik Kiemas (suami Megawati Sukarnoputri) dan Mike Arroyo (suami Gloria Macapagal Arroyo).
Bersambung ke Bahagian 13: Cinta Yang Berbelah-bagi
- MalaysiaToday
Hikayat Khairy Jamaludin: Bahagian: 1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20/1 - 20/2 - 20/3 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - Ditamatkan
Terjemahan MT-SPAR - 17.09.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan:bakongnet.com
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN