TAG 1825:
Mantan Anggota Tim Bush Berkata yang Keruntuhan WTC
Mungkin Pemusnahan Terkawal dan Ianya ‘Kerja Orang Dalam’
(Former Bush Team Member Says WTC Collapse Likely A Controlled Demolition And 'Inside Job')   - Laman M@RHAEN
OLEH: Greg Szymanski

Mantan ketua ekonomis di Jabatan Buruh ketika penggal pertama Presiden Bush kini percaya yang cerita rasmi tentang runtuhnya WTC adalah satu ‘pembohongan’, ia menegaskan yang kejadian itu lebih kepada pemusnahan terkawal dengan penggunaan bahan letupan yang merebahkan Menara kembar serta Bangunan 7 yang terletak 600 kaki dari nya.

“Sekiranya pemusnahan terkawal yang meruntuhkan 3 pencakar langit keluli di WTC pada 11 September, ia menjadikan kes itu sebagai ‘kerja orang dalam’ serta serangan kerajaan khianat ke atas Amerika sebagai suatu yang tidak boleh ditolak,” kata Morgan Reynolds, berkelulusan PhD mantan anggota pasukan Bush yang juga berkhidmat sebagai pengarah Pusat Kehakiman Jenayah di ibu pejabat Pusat Penganalisis Polisi Kebangsaan Dallas Texas.

Reynolds yang kini professor Emeritus di A&M Universiti Texas juga percaya adalah hampir mustahil bagi 19 Pengganas Arab secara sendirian menewaskan keutuhan tentera AS, sambil menambah kesimpulan saintifik tentang runtuhnya WTC mungkin menjadi kunci kepada keseluruhan plot misteri di sebalik 9/11.

“Adalah sukar untuk untuk memperbesarkan kepentingan perdebatan saintifik berkaitan penyebab (-penyebab) runtuhnya menara kembar serta Bangunan 7,” kata Reynolds dari pejabatnya di Texas A&M minggu ini. “Sekiranya kewajaran rasmi kerajaan berkaitan runtuhan itu salah, sebagaimana yang saya percaya, lalu polisi yang berdasar kepada penganalisaan yang salah sebegitu juga turut silap dan tersasar. Teori runtuhan bangunan terbabit oleh kerajaan sangat lemah asasnya. Hanya pemusnahan terkawal yang profesional sahaja mampu dikaitkan dengan keruntuhan ketiga-tiga bangunan itu.

“Terlebih pentingnya, kesan politik serta sosial yang akan terjadi sekiranya pemerhati yang yang tidak berat sebelah membuat kesimpulan yang kelompok Profesional yang meletupkan WTC. Sementara itu, adalah menjadi tugas para saintis, jurutera serta pengkaji yang saksama di mana-mana jua bagi mendapatkan analisa kejuruteraan serta saintifik yang betul.”

Namun, Reynolds berkata “memperbetulkan keadaan dalam suasana ‘keselamatan negara’ terus menjadi satu cabaran kerana ia mendakwa pakar-pakar struktur serta bahan letupan telah ditakut-takutkan kerana penganalisaan yang mereka buat akan keruntuhan pada 11 September itu.”

Sejak dari awal lagi, pentadbiran Bush mendakwa yang kebakaran bahan api jet yang telah menyebabkan menara tersebut runtuh. Walaupun ramai penyiasat bebas tidak bersetuju, mereka menghadapi masalah untuk menyangkal teori kerajaan kerana kebanyakan bahan bukti telah dihilangkan oleh FEMA sebelum sempat penyiasatan bebas dijalankan.

Para pengkritik mendakwa pentadbiran Bush telah cuba menutup bahan bukti dan Jawatankuasa 9/11 bebaru ini telah gagal menangani bahan bukti utama yang menyanggahi versi rasmi 9/11.

Beberapa fakta yang mempamirkan kecacatan dalam teori bahan api jet kerajaan termasuk:

? Gambarfoto yang menunjukkan mangsa berjalan sekitar lubang di Menara Utara di mana 10,000 gelen bahan api jet sepatutnya sedang terbakar..

--Tatkala Menara Selatan dihentam, kebanyakan api yang marak di Menara Utara sudah pun terpadam, terbakar hanya selama 16 minit, membuatkan ia secara relatif mudah dikawal tanpa keruntuhan sepenuhnya.

--Api kebakaran tidak pun membesar, mungkin kerana bahan api yang cepat meruap serta kehabisan, menunjukkan tanpa peralatan letupan tambahan api dengan mudah dikawal.

? --Anggota bomba FDNY terus diikat dengan arahan keras menutup mulut dari membicarakan perihal letupan yang mereka dengar, rasakan serta lihat. Anggota FAA juga telah diberi arahan serupa.

? --Malahan Laporan Jawatankuasa 9/11 yang cacat itu juga mengakui betapa “tidak seorang pun dari Ketua Bomba yang hadir ketika itu percaya keruntuhan sepenuhnya menara terbabit adalah suatu yang mungkin berlaku.”

? --Kebakaran tidak pernah menyebabkan bangunan kerangka keluli runtuh melainkan ketiga-tiga bangunan terbabit pada 9/11, kebakaran juga tidak pernah menyebabkan runtuhan bangunan pencakar langit keluli sebelum 9/11.

? Kebakaran , terutamanya pada Menara Selatan serta WTC-7 amat kecil secara relatifnya.

? --WTC-7 tidak pun dihentam oleh pesawat dan hanya mengalami kebakaran kecil pada tingkat 7 dan 20 dari keseluruhan 47 tingkat namun ia runtuh dalam kurang 10 saat.

? --WTC-5 dan WTC-6 mengalami kebakaran yang marak tetapi tidak pun runtuh walaupun mempunyai tulang rasuk keluli yang lebih kecil.

? --Dalam dokumentari PBS, Larry Silverstein, penyewa WTC telah memberitahu komander Jabatan Bomba pada 9/11 tentang WTC-7 yang “perkara terbaik untuk dibuat ialah merentapnya,”  bahasa lain untuk pemusnahan terkawal.
?
? --Adalah sukar jika pun tidak mustahil bagi api hidrokarbon oleh bahan api jet (kerosene) untuk menaikkan suhu kepada tahap lebur keluli.

Walaupun terdapat begitu banyak kelemahan dalam cerita kerajaan, pentadbiran Bush telah menolak ke tepi atau tidak mempedulikan langsung sebarang kritik. Pakar-pakar arus perdana, bercakap bagi pehak kerajaan menawarkan teori yang secara asasnya bertegas betapa impak hentaman pesawat telah melemahkan setiap struktur dan haba kebakaran yang sengit ttelah melemahkan komponen struktur, menyebabkan kegagaln fungsi sementara melumpuhkan lantai tingkat atas untuk menghenyak lantai-lantai di bawahnya.

Salah seorang yang menyokong pendapat rasmi ialah Thomas Eager, professor kejuruteraan bahan dan sistem kejuruteraan di MIT. Beliau bertegas yang keruntuhan bangunan terjadi disebabkan oleh haba yang tersangat tinggi dari api yang marak, yang menyebabkan keupayaan menyokong beban pada rangka struktur hilang.

Eager menegaskan yang keluli di menara berkenaaan boleh runtuh hanya jika ia dipanaskan kepada tahap ‘kehilangan 80 peratus dari kekuatannya,” atau sekitar 1,300 darjah Farenheit. Pengkritik mendakwa teori beliau cacat kerana api jelas tidak begitu marak dan meluas sehingga cukup untuk mencapai suhu tinggi seperti itu.
 
Pakar-pakar lain yang menyokong cerita rasmi mendakwa impak pesawat bukannya haba panas oleh kebakaran yang melemahkan keseluruhan sistem struktur menara, namun pengkritik bertegas yang rasuk pada lantai tingkat 94-98 tidak pun kelihatan seperti terjejas teruk, begitu juga dengan keseluruhan sistem strukturnya.

Tambah menyulitkan keadaan, bukti penting bagi menyokong sepenuhnya teori berkaitan terjejas kerana bahan bukti yang kurang oleh langkah pantas FEMA dalam memunggah keluar struktur keluli  sebelum sempat ia dianalisis. Walaupun kod jenayah menghendaki bahan bukti tapak kejadian perlu disimpan bagi analisis forensik, FEMA telah pun memusnahkan atau menghantar ke luar negara dengan kapal sebelum penyiasatan serius dapat dilakukan.

Dan apa yang lebih meragukan ialah kenapa FEMA bertindak begitu pantas kerana secara tidak sengaja para pegawainya telah tiba sehari sebelum kejadian serangan 9/11 di Jeti 29 New York bagi menjalankan latihan peperangan yang dinamakan “Tripod II”.
 
Selain dari langkah pantas FEMA dalam memunggah serpihan bangunan itu, pihak berkuasa menganggap keluli itu sungguh bernilai apabila Pegawai Bandaraya New York menjejak setiap terak yang mengangkut dengan sistem GPS malah memecat seorang pemandu lori yang telah dikesan berehat tanpa kebenaran hanya untuk menikmati makan tengah hari.

Dalam analisis lengkap yang baru dikeluarkan menyokong teori pemusnahan terkawal, Reynolds membentangkan kes yang amat mendesak untuk disiasat.
 
“Pertamanya, tiada bangunan pencakar langit berkerangka keluli pernah runtuh sebelum ini, walau telah dilanda kebakaran berjam-jam.”

Secara tiba-tiba, berlaku tiga runtuhan bangunan yang mengejutkan dalam kawasan yang sama pada hari tersebut, dua didakwa ekoran hunjaman pesawat udara, manakala yang ketiganya tidak pun berkait dengan pesawat,” kata Reynolds. “keruntuhan bangunan yang ganjil selepas kebakaran kecil yang pendek masanya membuatkan amat penting untuk menyimpan bahan bukti terutamanya pengalas keluli bagi mengkaji apa sebenarnya yang terjadi.”

“Berkaitan soal kemarakan api, pertimbangkan penanda aras ini: Laporan FEMA tahun 1991 berkaitan kebakaran Plaza Meridian Philadelphia yang dikatakan api kebakaran begitu marak sehinggakan ‘alang dan pengalas nya senget serta terpulas, namun walau didedah sedemikian rupa, kerangkanya berterusan mampu menyokong bebanan tanpa kerosakan yang ketara.’ Kehangatan api kebakaran yang besar serta tersenget dan terpulas nya alang keluli tidak langsung menyerupai dengan apa yang kita perhatikan di WTC.”

Selepas mengambilkira perdebatan kedua belah pehak akan 9/11 dan juga meneliti kesemua bahan yang ada, Reynolds berkesimpulan yang cerita kerajaan berkaitan dengan perlanggaran empat buah pesawat itu berterusan menimbulkan kecurigaan yang tinggi.

“Hakikatnya, kerajaan telah gagal menunjukkan serpihan yang signifikans dari sebarang empat pesawat pada hari malang itu. Gambar foto akan tapak terhempasnya Penerbangan 93 di Pennsylvania langsung tidak menunjukkan badan, enjin serta sebarang petunjuk keberadaan pesawat , hanya sekadar lubang yang berasap di tanah,” kata Reynolds. “Para jurugambar telah dilaporkan dihalang dari mendekati lubang tersebut. Tidak satupun sama ada FBI atau Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan telah menyiasat serta mengeluarkan laporan akan pesawat yang didakwa terhempas itu.”

For more informative articles, go to www.arcticbeacon.com.
Greg Szymanski
http://www.arcticbeacon.com/articles/article/1518131/27302.htm

Terjemahan N-SPAR  - 24.06.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: