TAG 1822:
Apakah Senjata Pemusnah Massa Sedang Diada-adakan Di Iraq 
Untuk “Penemuan” Pada Masa Hadapan

(Are Weapons of Mass Destruction Being Planted in Iraq for Future "Discovery")   - Laman M@RHAEN
Oleh: Stan Moore – Media Monitors Network June 3, 2005

Kita berterusan mendengar petanda dari pelbagai sumber rasmi di Iraq, termasuk dari Pegawai rakyat Iraq yang terpilih betapa sesetengahnya menjangkakan bakal terjadi penemuan senjata pemusnah besar di Iraq. Ini bakal menyediakan ‘kesahihan’ bagi pencerobohan Iraq.

Tentunya, kita tahu yang tentera Amerika sudah pun menyelongkar segenap pelosok Iraq dengan segala peralatan pengesan yang ada selama berbulan-bulan selepas pencerobohan. Kita juga tahu yang pegawai tentera Iraq serta kerajaannya yang sah dahulu telah ditahan dan terus ditahan untuk beberapa bulan, mungkin telah didedahkan kepada pelbagai kaedah pemerolehan maklumat bagi menentukan kewujudan serta lokasi senjata sebegitu. Namun tiada pun senjata sedemikian dijumpai setakat ini, walau telah dilakukan pelbagai usaha yang intensif serta mahal pula harganya.

Namun, peringatan bermakna betapa masih ada yang menjangkakan penemuan senjata sebegitu dalam jangka masa terdekat menjadikan ianya perlu dicurigai. Apakah tidak mungkin yang pegawai Amerika atau Pegawai kerajaan terpilih yang dikongkong Amerika akan mengada-adakan kertas kerja, senjata atau bahan bukti lain Senjata Pemusnah Massa [SPM] itu? Tentu sahaja mereka tidak akan menipu kita, mungkinkah mereka menipu, secara sengaja?

Tentunya, Collin Powell tidak akan melakukan kerja kotor seperti itu, namun dia telah pun melakukannya. Pastinya Dick Chenney tidak akan berbohong dengan kita, tetapi ia telah pun berbohong kepada kita. Sudah tentu Chalabi tidak akan menjual kelentung, akan tetapi kita sudah pun dilelongnya.

Janganlah terkejut sekiranya pada tahun hadapan atau sekitarnya, penemuan terbaru yang segar akan dihebahkan melalui saluran media. Kemudahan SPM yang disamarkan, tersembunyi, sukar dikesan serta lama disyaki ditemui dalam ‘lounge’ wanita di Istana ketiga milik isteri kedua seorang yang disyaki anak luar nikah Saddam Hussein. Ianya memang sukar ditemui, namun amat bertuah akhirnya mereka berjaya juga! Kesemua dokumentasi akan ditemui, maklumat pengeluarnya, catatan pembungkusan, arahan ketenteraan bagi penggunaannya, malah juga sijil pengkebumian wanita Iraq yang malang kerana telah terdedah secara tidak sengaja dan telah dikebumikan di situ juga secara rahsia.

Penemuan besar ini mungkin akan terjadi tatkala cakap-cakap undian tidak percaya terhadap George W Bush semakin hangat diperkatakan orang.

Terjemahan N-SPAR  - 08.06.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: