![]()
TAG 1816:
Iran dan Syria Yang Dilengkapi Misil S-300 Russia
(Iran & Syria Armed With Russian S-300 Missiles)Semasa lawatan ke Ramallah Palestin pada 29 April, 2005, Presiden Putin memberi komen: “mengharapkan agar Mahmoud Abbas menentang keganasan dengan berkesan, kita perlu menyedari yang lastik serta segenggam batu tidak akan menyempurnakan tugasan itu.” Kemudiannya Putin berhenti sejenak, sebelum menambah, “Yang mana Israel jelas memahaminya.”
During a visit to Ramallah in Palestine on April 29, 2005, President Putin commented: "Expecting Mahmoud Abbas to fight terrorism effectively, we have to realize that a slingshot and a handful of stones won't do the job." Then Putin paused, before adding, "Which Israel clearly understands."
Copyright Joe Vialls, 5 May 2005 - Laman M@RHAEN
Sebaik selepas ketibaannya di Palestin pada Rabu 27 April 2005, Presiden Russia Vladimir Putin menyalakan lilin ketika dia melawat Gereja Kristian Holy Sepulchre, yang dipercayai dibina atas tapak yang merupakan tempat rehat terakhir selepas jenazahnya dibebaskan dari palang salib di Bandar lama Jerusalem.Tatkala Vladimir Putin tiba di Palestin baru-baru ini, media Barat dengan anihnya membisu, mungkin kerana tersengat apabila menyedari akan hakikat yang Presiden Russia itu adalah seorang (satu-satunya) Ketua Negara yang tidak membenarkan dirinya menjadi kambing suruhan untuk digembala sekitar Negara Haram Yahudi dalam salah satu hentian lawatan yang disengajakan Ariel Sharon di Muzium ‘holocaust’ serta Tembok Ratapan (Wailing Wall) berhampiran Masjid Al-Aqsa.
Sebenarnya pun, Putin tidak perlu untuk tunduk sebagai hamba kepada mereka yang dianggapnya sebagai vassal kepada bank Wall Street- institusi sama yang telah melututkan Soviet Union dalam tahun 1989, dengan sedikit pertolongan dari Mikhail Sergeyevich Gorbachev yang kemudiannya telah dihadiahkan atas pengkhianatannya itu dengan Kad Emas American Express untuk beliau dan isterinya Raisa. Dalam terma komersil ketika itu, Gorbachev adalah seorang Presiden bertaraf bahan komoditi murahan.Dengan ‘Orang Mereka’ Gorbachev di puncak kuasa dan Russia yang bercelaru sepenuhnya, para ahli Perbankan Wall Street telah mengarahkan para Oligarki di Moscow mula membeli aset Negara itu pada harga yang amat murah, dengan harapan menambah Russia ke dalam bakul yang berisi Negara subsidi milik penuh mereka. Penguasaan mutlak ke atas Russia akan akhirnya memberi Orang Gila ‘Kerajaan Tunggal Dunia’ di New York kuasa hebat yang mereka cari selama ini- begitu lah yang dipercayai mereka ketika itu.
Tahun demi tahun yang memilukan, para Oligarki telah menyauk semakin besar khazanah Negara Russia, melakukan penipuan terancang setiap hari, dan membentuk Mafia Moskow bagi mengganas keatas rakyat Russia supaya tunduk menyerah. Yang tersohor antara mereka ialah Mikhail Khodorkovzky, Leonid Nevlin, Mikhail Brudno, Vladimir Duboy dan Vladimir Gusinsky. Kesemua mereka hidup mewah bagai babi kasi sehinggalah saat Vladimir Putin menjadi Presiden Russia.Kebanyakan pembaca sudah pun tahu apa yang telah menimpa Mikhail Khodorkovsky. Sejurus selepas cubaan untuk memindahkan hak milik syarikat minyak gergasi Yukos kepada Exxon Mobil Amerika, Khodorkovsky telah ditangkap atas tuduhan penipuan dan mengelak cukai. Penghukuman atas kesalahan itu telah dirancang pada 27 April, sehari sebelum Putin dijadualkan tiba di Jerusalam bagi lawatan singkat. Hukuman itu amat dinanti-nanti oleh Tel Aviv, di mana Ariel Sharon yang amat cemas itu sangat-sangat memerlukan modal untuk membalun Presiden Russia.
Namun ianya tidak terjadi sedemikian. Pada jam 10 pagi waktu Moskow 27 April, sebuah nota ringkas dilekatkan pada pintu Mahkamah Russia. Ringkas sahaja tulisannya, “Penghukuman keatas Mikhail Khodorkovsky telah ditunda pada 16 Mei 2005.” Keputusan kehakiman itu tidak mungkin dipengaruhi oleh Vladimir Putin, kerana pemisahan kuasa yang dijamin oleh demokrasi Russia yang baru. Namun keputusan itu telah menghenyak Ariel Sharon dan juga mereka yang berselindung di sebalik tubuhnya yang gedempol itu.
Muka-muka serabut yang berselindung di sebalik bayang Ariel Sharon termasuklah Leonid Nevzlin, Mikhail Brudno, Vladimir Dubov serta Vladimir Gusinsky: kesemua mereka yang sudah pun menetap di Negara Haram Yahudi beberapa tahun kebelakangan ini sebaik Russia mengarahkan mereka ditangkap. Bukanlah suatu yang mengejutkan apabila para penjahat ini mencari perlindungan di samping penjenayah perang tersohor Ariel Sharon, kerana setiap Oligarki penyangak di Russia sejak tahun 1989 adalah keturunan Yahudi dan kesemua mereka memegang kerakyatan serta passport Israel bagi kegunaan kecemasan.
Penyangak akan bergaul dengan penyamun juga, begitu lah juga dalam persoalan di sini. Semasa tahun 40an Yahudi telah merampok Palestin yang berdaulat kerana “Tuhan mengizinkan”, kemudian mereka turut menyamun Russia yang berdaulat. Jeas mereka tidak berpuas hati dengan dengan dua kekjaman itu, mereka kemudiannya mengarahkan bonek yang bernama George Bush untuk menyamun Iraq yang berdaulat.
Adalah merupakan satu fakta betapa jenayah terancang amat memikat Oligarki sepertimana lalat yang mengerumuni bangkai yang reput, dan laporan perisikan tahun lalu menunjukkan betapa Negara Haram Yahudi kini menguasai sekitar 94% perdagangan sejagat dadah (Ecstacy), lantas menyediakan kimia penggugat otak atas permintaan bagi kegunaan remaja lelaki dan perempuan anda.
Tiada satu pun dari ‘Kerajaan Tunggal Dunia’ dan korupsi mereka terlepas dari pendangan Moskow, di mana untuk lebih satu dekad para pegawai kanan secara senyap telah mengatur kemusnahan asimetrik akan Empayar Zionis yang jahat itu, dengan secara cermat meletakkan aset taktikal serta strategik ketenteraan di seluruh dunia, dalam Negara-negara yang berpotensi terdedah kepada kelompok Oligarki.
Kebanyakan dari aktiviti Russia (dan China) tidak disedari di Barat, dan apabila kelompok Oligarki itu benar-benar tersedar, mereka hanya memperlekehkan sahaja dan gagal bertindak balas kerana mereka telah termakan dengan propaganda mereka sendiri yang sistem senjata Russia dan China adalah bertaraf ‘kelas dua’ sahaja.
Menjelang pertengahan 2004 ianya sudah terlambat untuk memberi tindakbalas yang bermakna kerana secara tiba-tiba telah diumumkan betapa Russia, China, India serta Brazil secara rasmi menganggotai pakatan yang paling berkuasa di atas muka bumi, secara bahasanya telah mengepung Amerika dan Negara Haram Yahudi dengan rantaian senjata canggih yang ampuh.
Pada masa yang sama, sebuah pakatan yang lebih kecil telah dibentuk berhampiran sempadan AS, yang amat mengancam (bagi Amerika), iaitu pakatan antara Brazil, Venezuela dan Cuba. Merentasi Hemisfera Timur, pakatan kedua telah dibentuk antara Iran, Syria, India dan China. Dalam masa beberapa bulan, setiap Negara berdaulat yang menganggotai pakatan itu telah dilengkapi dengan senjata yang amat ampuh bagi memusnahkan kuasa tembak Amerika dan Negara Haram Yahudi.Gambar kiri, pemegang talipinggang hitam gred ke Tujuh Judo Vladimir Putin membanting seorang lawannya penuntut Jepun ke tikar lemet, sementara gambar kanan ialah misil hebat S-300 PMU yang melonjak keluar dari pelancarnya, bagi memusnahkan misil taktikal balistik yang datang meluru. Saya ada mempertimbangkan untuk meletakkan gambar Ariel Sharon bersama gambar-gambar tersebut, tetapi bimbang imej penjenayah perang yang gedempol itu akan merosakkan keindahan dan nilai fotografi.
Ketika Oligarki Zionis tersedar sepenuhnya, ianya sudah pun terlambat untuk menyerang balas secara berkesan. Jadi ketika Vladimir Putin tiba dengan tenang di Palestin bagi mengumumkan yang ia akan membekalkan pehak berkuasa Palestin dengan helicopter dan sejumlah minima 50 buah kenderaan perisai bagi menentang “pengganas”, ia hanya memerlukan sedikit bayangan bagi mengenal pengganas manakah yang dirujuk oleh Putin.
Maksud beliau tersirat dalam butiran lengkap, apabila Putin dengan berseni menyerlahkan niatnya dengan kenyataan berani di Ramallah yang , “lastik dan segenggam batu tidak akan mencukupi” [bagi rakyat Palestin]. Sejak dari pencerobohan serta penaklukan pertama akan Palestin yang berdaulat, pertahanan tradisi yang digunakan oleh rakyat Palestin terhadap penceroboh Yahudi ialah lastik dan ketulan batu. Senjata lemah itu tidak pernah digunakan terhadap orang lain, menjadikan pengganas Yahudi adalah sasaran yang mungkin bagi senjata baru buatan Russia.
Seperti selalunya, media Barat yang dikongkong itu ‘menutup’ anda dari kenyataan Putin itu, kerana ianya amat memalukan bagi Wall Street untuk mengaku betapa Vladimir Putin telah terbang ke Palestin khusus untuk menawarkan bantuan ketenteraan dalam kemusnahan akhir pasukan penceroboh haram Yahudi; satu peristiwa yang kemudian nanti akan menyebabkan wujudnya diaspora Yahudi yang sebenarnya.Melalui piawai media Barat, pembaca tentu sahaja menjangkakan yang Washington serta Tel Aviv akan mengancam Putin dengan balasan hebat akan keberanian serta keangkuhan itu, akan tetapi mereka gagal melakukannya. Selain dari komen senyap betapa kenderaan perisai Russia tidak akan dibenarkan memasuki Palestin, “kerana kami [Yahudi] menguasai wilayah itu”, perkara itu dibiarkan tenggelam begitu sahaja.
Alasan bagi reaksi pondan Barat itu mudah sahaja. Washington dan Tel Aviv memang amat takut kepada Presiden Putin. Kerana ini lah lelaki yang telah membekalkan anggota Garda Republikan dengan sejumlah besar misil anti-kereta kebal panduan laser Kornet, setiap satunya boleh dilancar atas bahu dan amat mampu memusnahkan kereta kebal Abrams Amerika bagi kos 1/2,000 dari harga kereta kebal tersebut.
Putin juga adalah orang yang membantu persenjataan terus Iran dan Syria dengan cekapnya, dan dengan persenjataan hebat itu, hanya orang bodoh lagi tolol sahaja akan cuba menyerang kedua-dua negara terbabit. Jadi, di Hemisfera Timur, penceroboh Yahudi di Palestin kini sudah terkepung, kecuali Lautan Mediterranean di bahagian Barat yang merupakan laluan selesa bagi kebanyakan mereka yang dibenarkan cabut lari apabila masanya tiba nanti.
Untuk memahami bagaimana kebanyakan orang di Amerika, Britain serta Australia tidak dapat menghargai apa yang terjadi di Timur tengah ketika ini, kita perlu kembali kepada sejarah untuk melihat lebih dekat akan mesin propaganda Barat yang hebat, dan juga bagaimana ia telah mengkhayalkan seluruh rakyat untuk mempercayai betapa Amerika ialah kuasa ampuh dan canggih tunggal di muka bumi ini.Sejak lewat tahun 50an, setiap institusi media dari New York sehingga seterusnya telah memainkan permainan memperbesarkan ‘kerendahan Russia’, dalam soal proses politik dan juga kemampuannya dalam mengeluar serta menggunakan sistem senjata canggih. Kesemua itu memang tidak benar, akan tetapi setelah berdekad kemudiannya, propaganda media kreatif telah membenarkan politikus serta pegawai Barat ‘membasuh otak’ rakyat Amerika dan lainnya untuk mempercayai yang Russia tidak merbahaya.
Sekarang, sekiranya anda boleh terpercaya yang Russia hanyalah mangkuk sahaja sedangkan Amerika gagah perkasa, secara semulajadinya anda akan lebih bersedia untuk menghantar anak lelaki dan perempuan anda ke medan perang, kerana media Barat sudah pun meyakinkan anda betapa anak-anak anda akan dengan pantas membunuh beberapa keparat “Gook” atau “Hajis” [bergantung kepada Negara mana Wall Street akan menceroboh secara haram ketika itu], kemudian akan kembali pulang dengan berjayanya serta tidak cedera, dengan cenderamata dari Negara eksotik. Seperti berpergian dalam pakej percutian, kan, tetapi dengan New York menghulurkan senjata percuma serta peluru untuk tugasan.
Hakikatnya anda mungkin mengingati media memberitahu anda sedikit masa dahulu, tatkala televisyen serta akhbar memberitahu anda yang tentera Amerika ‘membebaskan’ Iraq berdaulat yang disokong Russia dari kerajaan berdaulatnya sendiri, akan disambut gembira oleh warga Iraq yang melontar jambangan bunga ros atas jalan di hadapan kereta kebal Abrams. Wanita-wanita Iraq pula didakwa akan memenuhi kehendak nafsu seks hero tentera Amerika, bir dan wain akan mengalir bebas dan lain-lainnya.
Apa yang mereka terlupa ceritakan kepada anda ialah betapa Saddam Hussein tetap kekal sebagai hero bangsanya- lelaki yang telah mengusir Britain dan Amerika keluar dari Iraq pada tahun 1972, sekaligus memberikan rakyat Iraq Negara serta memulihkan maruah bangsa. Sejak tahun 2003, warga Iraq yang sama telah menghantar lebih 3,400 anak lelaki dan perempuan anda dalam beg mayat, yang menanti giliran dua tahun bagi pengebumian di Tanah Perkuburan Arlington. Media tentu sahaja akan memberitahu anda yang pengebumian tertunda di Arlington ialah kerana veteran PD2 tetiba pula mati dengan kadar lebih 1,000 orang bagi setiap minggu. Anda boleh sahaja mempercayai khayalan Orwellian ini jika itu yang anda mahukan.
Dari mana datangnya senjata canggih serta taktik yang sungguh ampuh dalam membalun tentera tersebut? Tentu sahaja bukan dari Russia yang bergaya lama, kelas kedua, tak masuk ‘book’ serta melanus itu? Sebenarnya memang benar. Cuba lihat, sejak Yuri Gagarin mengelilingi bumi dalam Vostok 1 pada April 1961, Russia sudah pun jauh mengatasi Amerika dalam bidang sains serta rekaan ketenteraan. Seperti dijangka, hakikat yang mengusik ini sengaja diperlekehkan saluran media Barat menggunakan helah dengan grafik bagi menyampaikan maksud jahat mereka.
Sebenarnya terdapat begitu banyak contoh yang saya boleh gunakan, akan tetapi kita hanya mampu muatkan satu sahaja. Jadi, mari lah kita lupakan kisah penipuan gila “Apollo ke bulan”, yang sebenarnya merupakan helah dalam memesongkan trillion dollar wang pembayar cukai ke dalam projek hitam serta akaun bank Swiss, sebaliknya bertumpu kepada perbandingan tunggal akan kapal angkasa Vostok 1 Yuri Gagarin serta kapal Alan Shepard Freedom 7, yang telah cuba mengikuti pencapaian Gagarin dalam angkasa hanya 23 hari kemudiannya.
Ketika di Palestin, Presiden Russia Vladimir Putin melakukan lawatan diplomatic 3 minit ke “Tembok Ratapan” Yahudi, yang terletak secara provokatif di bawah Masjid Al-Aqsa orang Islam, kemudiannya menghabiskan masa empat kali lebih lama di Maqam Yassir Arafat. Secara perbandingan terus, Presiden Amerika Georga W Bush yang berterusan memanggil Yassir Arafat “pengganas”, memperolokkan anutan agamanya “kristian’ dengan menziarahi kuil kelompok yang telah membunuh Jesus Christ (kununnya Nabi Isa a.s.). sekarang cuba bertanya kepada diri anda soalan mudah: Kelompok Agama manakah yang mempunyai kuasa mutlak serta menguasai Amerika Syarikat? Teruslah membuat tekaan…
Tatkala Kosmonaut Yuri Gagarin berlepas dengan Vostok 1 pada 12 April 1961, beliau sebenarnya menaiki roket pelancar yang paling unggul dalam dunia. Amerika tidak pun dapat menyainginya ketika itu, dan masih lagi tertinggal di belakang pada tahun 2005. dek kerana kemampuan roket itu menujah muatan yang begitu berat, Gagarin berbaring dengan selesanya dalam kapsul perisai yang begitu kukuh sehinggakan tekanan dalaman ialah 14.7 p.s.i, tepat sepertimana tekanan atmosfera di permukaan bumi. Lantas, ini bermakna yang Yuri Gagarin mampu untuk berbaring dengan santai dengan visor topi keledarnya terbuka, menyedut udara yang sama seperti kita sedut setiap hari.
Di bawah kapsul itu adalah peringkat sokongan panduan yang hebat, mengandungi sokongan hayat penuh, termasuk roket pelonjak serta pemandu arah. Bagi penerbangan pertama ini, kesemua kawalan telah dikunci dan dikawal dari bumi oleh computer analog, akan tetapi Gagarin mempunyai sampul berkunci yang mengandungi kunci yang membolehkan beliau menguasai kapal angkasa itu sepenuhnya jika hubungan dengan bumi terputus. Vostok 1 menjulang ke orbit penuh bumi pada ketinggian 204.4 batu dan mengapung selama 108 minit.
Selepas kemasukan semula ke atmosfera bumi, Gagarin telah diberi pilihan samada terus berada dalam kapsul semasa ia berpayung terjun ke bumi, atau melenting keluar dan mendarat dengan payung terjun berasingan. Yuri Gagarin memilih untuk melenting keluar, akan tetapi Russia telah merahsiakan maklumat ini selama bertahun-tahun kemudiannya. Memang ada alasan yang bagus untuknya. Operasi kerusi lenting sangat rumit, tersangat berat dan besar, bermaknanya jika pehak Amerika mendapat tahu tentang kerusi tersebut, kemampuan tujahan yang mengkagumkan milik Russia itu akan dikira semula dan didarabkan dengan factor tiga. Dalam kata lain, empat puluh tahun lalu, Yuri Gagarin sudah pun berada dalam kapsul yang lengkap peralatannya serta dimampat yang jauh lebih besar dari kokpit pesawat pejuang F15 Eagle.
Tetu sahaja, pemutar cerita Barat begitu marah akan kehebatan yang menjatuhkan martabat unggul saintifik Amerika (Piiraah), lantas mengadakan kempen propaganda balas yang hebat. Russia telah berada di tempat yang sepatutnya milik mereka, Amerika menghantar Alan Shepard yang agak cemas dalam tin Coca-cola yang diperbesarkan yang dipanggil “Freedom 7”, melekatkan tin Coke gergasi itu di atas misil balistik dan kemudiannya melonjaknya ke udara pada 5 Mei, 1961.
Percayalah cakap saya, Alan Shepard memang seorang yang berani. Ini kerana misil balistik Amerika mempunyai kemampuan tujahan yang lemah, kapsul bak tin Coca-cola itu tidak boleh dimampatkan kepada tekanan atmosfera sepenuhnya. Lalu, ini bermakna yang nyawa Sheperd bergantung kepada pakaian angkasa yang ditutup sepenuhnya, ini juga bermakna yang ia perlu menyedut oksigen 100 % bagi tempoh itu. Tidak ada salahnya dengan oksigen 100 % (kadang-kadang saya juga menyedutnya), akan tetapi ia amat merbahaya dalam suasana separuh mampat dalam jarak yang dekat dengan kemungkinan punca kejutan elektrik atau percikan bunga api. Sedikity percikan bunga api dalam Freedom 7 akan menukar Alan Shepard dan pakaian angkasawan itu menjadi lilin roman dalam kurang sesaat, Shepard pula tidak memiliki kemewahan kerusi lenting (anjal).
Di sebalik kehebatan pestaria media Amerika selepas pelancaran, kapal angkasa Freedom7 adalah satu kegagalan yang memalukan, ia hanya mampu mencecah sehingga ke paras 116 batu dalam trajektori orbit, sebelum jatuh semula ke bumi hanya selepas 15 minit dan 28 saat. Burung helang kerdil telah mendarat dengan benjol yang memalukan manakala beruang besar terus mengorak kejayaan demi kejayaan.
Hanya beberapa tahun kemudiannya dalam tahun 1965 Russia mula menggunakan roket pelancar yang dipanggil “Proton”, yang terus digunakan sehingga hari ini sebagai pelancar muatan berat yang paling boleh diharap dalam sejarah. Roket Proton boleh mengangkat beban sehingga 22 tan metric ke orbit rendah bumi- itu ialah satu setengah kali ganda bas Greyhound. Pengiktirafan yang tak perlu diucapkan akan kemampuan hebat serta amat boleh diharap itu terjawab dengan hakikat betapa Amerika pada hari ini mengupah Russia bagi melancarkan muatan beratnya ke angkasa, bukannya dengan membiarkan ia musnah dalam kapsul buatan mereka yang tak boleh diharap langsung itu.
Adalah jelas dari contoh tunggal yang tercatat ini, betapa Russia menggunakan Sains sepenuhnya untuk mencapai hasil yang unggul, Amerika pula menggunakan propaganda media bagi memesongkan pendapat awam dari fakta kejayaan hebat Russia. Ianya hakikat yang menggerunkan dengan kumpulan tentera AS dikepung oleh Garda Republikan di Iraq, sementara Iran dan Syria dengan tenang menunggu untuk membalas dan sekiranya perlu memusnahkan sebarang penceroboh yang dihantar oleh ‘Kerajaan Tunggal Dunia’ yang gila di New York.
Untuk berdekad-dekad, Russia telah mengamalkan teknik peperangan tidak seimbang (asimetrikal), bermaknanya yang ia telah membangunkan senjata serta teknik yang direka bagi memastikan ia (serta sekutunya) boleh mengalahkan negara yang punya kelengkapan jauh lebih besar, dalam kes ini secara prinsipnya walaupun tidak sepenuhnya ialah ‘Kerajaan Tunggal Dunia’ sebelah sana di New York.
Semasa Amerika melaburkan berbillion dalam membangunkan kereta kebal Abrams, Russia mula mencari cara yang paling ekonomi untuk memusnahkan kereta kebal itu tanpa perlu membina kereta kebal untuk bersaing. Bagi mencapai maksudnya, mereka meniru perisai Amerika lalu mencuba pelbagai kaedah untuk menembusinya dengan senjata ringan yang ekonomi. Lama sebelum Amerika menceroboh rakan sekutu Russia Iraq dalam tahun 2003, Russia sudah pun memperolehi jawabannya.
Sebelum Amerika melintasi sempadan dari Kuwait ke dalam Iraq, Russia secara sulit telah membekalkan anggota Garda Republikan dengan 1000 buah misil anti-kereta kebal “Kornet”. Setiap satunya serta alat pelancar dengan mudah boleh dikendali oleh 3 anggota dan boleh ditembak dari lubang yang dikorek di padang pasir. Kornet ialah misil panduan laser berkelajuan Mach 3 yang merupakan mimpi ngeri dengan dua kepala peledak bagi menjamin kemusnahan Abrams dari jarak 5,000 ela. Dalam kata lain, ia nya tidak pun dapat dikesan oleh anggota kereta kebal Amerika sehinggalah misil menghentamnya. Misil ini sudah pun membalun lebih 60 buah kereta kebal Abrams di Iraq, dan tanpa ragu akan memusnahkan lebih banyak lagi di masa hadapan.Semasa politikus serta kontraktor ketenteraan yang korup di Amerika mengambil keputusan menguasai dunia dengan membina kapal pengangkut pesawat yang bagak itu, yang dikenali dengan sopan di New York sebagai “Perkakas Polisi Luar Amerika”, Russia tidak pun ambil pusing untuk berlumba membinanya. Ianya amat mudah untuk Russia berlumba akan tetapi ia memilih cara yang lebih ekonomik untuk memusnahkan kapal laut Amerika yang nakal itu. Ianya telah tercapai dengan misil supersonic “Sunburn” dan “Onyx” yang telah diketahui tidak pernah tersasar dari sasarannya. Perhatikan di sini yang kedua-dua buah misil itu mempunyai jarak hentaman terbaik kurang 250 batu, membuktikan yang ianya direka semata-mata untuk kegunaan pertahanan. Tidak ada satu pun yang dipasang kepada pesawat pengebom strategik bagi menyerang kapal Amerika di perairan Amerika sendiri, akan tetapi tanpa ragu ia akan digunakan untuk menenggelamkan sebarang kapal pengangkut Amerika yang bodoh untuk menghampiri jarak 250 batu wilayah Russia mahupun sekutu rapatnya. Sekaligus misil ini dengan sempurnanya telah menumpulkan bisa “Perkakasan Polisi Luar” pada kos hanya satu juta dollar sebutir.
Pada tahap taktikal, senjata ini amat berguna. Polisi Luar Amerika semakin merbahaya kepada Iran dan Syria sejak dua tahun kebelakangan ini, dan kedua-dua buah Negara berdaulat itu kini telah pun dilengkapi dengan Sunburn atau Onyx yang kedua-dua nya mampu membawa kepala nuclear. Jadi sekiranya Amerika bersikap bodoh menyerang Iran, ia akan pasti kehilangan sekurang-kurangnya satu kumpulan pengangkut di Teluk Parsi kepada senjata yang tiada lawannya itu, menjadikan langkah gopoh itu suatu yang bahaya.
Begitu juga sekiranya Negara Haram Yahudi membuat langkah bodoh dalam menyerang Syria, ia boleh menjangkakan akan kehilangan sebahagian besar Tel Aviv dan mungkin juga Haifa. Masalahnya Negara haram yahudi yang terdesak itu sudah pun tidak sabar, mungkin mengambil keputusan menggunakan senjata nuclear dan menghalakan ‘perolehan’ simpanan senjata atomic Amerika terhadap Syria dan Iran. Jelas, yang Sunburn serta Onyx tidak lagi berguna dalam scenario dahsyat yang gila itu. Akan tetapi usah lah takut, Russia sudah pun memikirkan jawaban kepada masalah kecil itu.
Kereta kebal Amerika Abrams M1A1 (#siri L13170) di Baghdad, selepas dihentam oleh peluru 8 mm berkelajuan cahaya senjata plasma gas. Bebola plasma memasuki melalui skirt perisai yang melindungi runut bahagian kanan, menembusi armor utama badan (bahagian kanan), kemudiannya mencalari bahagian belakang kerusi juru-senjata serta panel kawalan sebelum membuat lubang sedalam 2 inci di armor badan utama (bahagian kiri). Ianya seperti pisau panas membelah keju yang lembut. Amat malang bagi Amerika, Los Alamos tidak memiliki senjata yang sehebat itu.
Hampir setiap orang yang mempunyai peti tv pernah melihat atau sekurang-kurangnya terdengar tentang misil Patriot Amerika, yang telah direka dengan harapan bagi memintas serta memusnahkan misil ballistic yang mara, yang dianggap telah ditembak oleh ‘Pengganas Islam’, atau mungkin juga sebarang Negara yang degil serta terbakar hatinya terhadap Wall Street yang cuba mencuri simpanan minyak mereka secara demokrasi. Sepertimana juga perbandingan awal antara Vostok 1 dan Freedom 7, Patriot adalah versi sais terbantut kepada sistem misil Russia S-300 dan dengan had perbandingan yang sama, yakni sistem Russia berfungsi dengan sempurna, sementara sistem Amerika tidak boleh diharap langsung.
S-300 pada asalnya direka pada lewat 60an oleh Persatuan Pengeluaran Saintifik Almaz Russia, bagi menembak jatuh sasaran aras rendah, termasuk misil kruis serta pesawat udara. Sejak pada pembinaan awal lagi, radar kawalan tembakan ‘phased-array’ sudah mampu menjejak sehingga enam sasaran serentak, sementara keadaan misil yang ditujah oleh bahan api pejal memberikan permukaan aerodinamik serta pengarah tujah yang amat berkuasa. Misil S-300 yang pertama dikenali sebagai 5V55K mempunyai jarak 30 batu serta mampu menangani sasaran yang meluru antara 200 hingga 100,000 kaki.
Akan tetapi itu cerita dulu, sekarang lain pula ceritanya. Iran dan Syria baru-baru ini telah dilengkapi dengan versi terkini misil tersebut, S-300PMU-2, yang jauh lebih besar, pantas serta lebih berkesan dalam memburu mangsanya. Jarak bagi misil yang ditingkat-upaya ini lebih 125 batu, dengan kemampuan untuk mengesan serta membunuh sasaran yang terbang serendah 30 kaki. Pehak Russia dengan kerapnya menembak dron sasaran yang bergerak pada kelajuan 5,800 kaki sesaat dan terus mendakwa yang senjata itu dengan mudah mampu memusnahkan sasaran yang menghampiri sehingga 15,500 kaki sesaat, atau Mach 14. percayalah yang S-300PMU-2 dengan berkesannya boleh menangani apa jua yang ditembak oleh Amerika dan Negara Haram Yahudi kearah Iran atau Syria. Khabar angin mengatakan yang pemangsa ini cukup hebat untuk mengesan serta memusnahkan hatta pengebom ‘halimunan’ B2 dari Groom Lake.
Sebaik saya menyediakan laporan ini dalam internet, cerita-cerita telah berlegar tentang pekerja Pentagon yang telah didakwa kerana ‘membocorkan’ perancangan sulit bagi menceroboh Iran, kepada “pelobi pro Israel’. Harus didengari dengan jelas- ‘Pelobi Pro israel’ adalah gerombolan yang sebenarnya cuba untuk menjadikan Amerika kambing korban demi kebaikan Negara Haram Yahudi yang sudah pun hampir kaput itu. Tanpa ragu Vladimir Putin akan tersenyum mendengarkan beritan terkini itu, sementara dengan rahsia mengeluarkan arahan mempersenjatai Palestin.
Terjemahan N-SPAR
http://www.vialls.com/subliminalsuggestion/s_300.html
17.05.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)