TAG 1815:
Menghenyak Atau Terhenyak
(Hard Knock on Hard Talk)
Oleh: MGG Pillai - 15-05-2005 11:08 am     - Laman M@RHAEN
Wawancara di TV merupakan berita paling hangat zaman ini. Kiriman Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS menjadi berserabut dan berlari pecut. Pada hari itu sahaja dalam masa 30 minit, saya telah menerima tidak kurang 20 panggilan SMS mengingatkan saya akan program itu dan segala dakyah yang Astro mungkin membatalkan siaran wawancara di TV itu. Tetapi rencana BBC berjudul “Hard Talk” telah disiarkan tanpa suntingan, membolehkan sesiapa sahaja pulang bergegas ke rumah masing-masing untuk menonton siarannya pada 7.30 petang 10 Mei, 2005. Akan tetapi rencana itu ternyata indah khabar dari rupa. Mantan Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim merupakan satu nama yang menggegarkan pihak kerajaan (Malaysia) ternyata tidak bermaya menunjukkan taringnya ketika diwawancara. Terlalu banyak isu yang telah dilupakannya untuk membetulkan kesangsian banyak pihak termasuk sahabat-sahabatnya sendiri terhadap (pendirian) beliau. Oleh kerana terlalu ghairah mahu menjelaskan pendiriannya beliau telah memberi terlalu banyak ruang kepada si pengacara, Steven Sackur, menguasai majlis wawancara itu.

Memang jelas betapa Anwar telah kehilangan peluang besar untuk membetulkan keadaan. Mantan Perdana Menteri si Tun Kepala Taik Mahathir Mohamad, telah sengaja mengada-ngada seolah-olah tersinggung dengan sikap Anwar yang melanggar sumpah mahkamahnya dahulu dengan mengulangi kenyataan bahawa si kepala taik adalah seorang tua yang kuat rasuah. Melanggar sumpah setia mahkamah boleh menyebabkan seseorang terperosok dalam penjara selama tujuh tahun. Jadi, kenapa pula dia mengungkit perkara itu lagi? Sudah tentu doktor nyanyuk itu tidak mahu melihat zaman persaraannya dikelabui satu percanggahan terbuka dengan bekas anak-emasnya dalam satu situasi yang tidak mampu dikuasainya. Baik di Malaysia mahupun di United Kingdom, di mana sebarang perbicaraan mahkamah perlu diadakan.

Ternyata, bahawa orang yang akan rugi dalam situasi ini ialah Anwar Ibrahim, juga. Beliau telah diberikan peluang besar yang tidak disangka-sangka untuk membetulkan segala kekeruhan. Tetapi itulah yang gagal dilaksanakannya. Ketika membincangkan TKT Mahathir, sepatutnya beliau telah bersuara lantang seperti yang pernah disebutnya kepada ramai orang, termasuk saya, bahawasanya walaupun dia tidak dapat melupakan segala perbuatan ganas TKT terhadap beliau, namun beliau mampu memaafkannya. Sebaliknya, Anwar telah membiarkan dirinya diselubungi banyak kesangsian di sepanjang wawancara TV itu. Dia ternyata seolah-olah tidak jelas akan siapa penonton wawancara itu sebenarnya: adakah mereka rakyat Malaysia ataupun penonton dunia sejagat. Akan tetapi perkara semacam ini memang amat lumrah di Malaysia. Ketika berucap kepada penonton luar negara, seseorang warga Malaysia akan menunjukkan ketokohannya, seolah-olah mahu menyenangi hati para hadirin, sambil melupakan latar-belakangnya dan bercakap apa yang tidak pernah dipraktikkannya sebelum itu ataupun mempercayainya.

Anwar kelihatan seolah-olah terganggu dan tidak yakin dengan keadaan. Dan ini amat bertentangan dengan perwatakan beliau yang memang tahu dan jelas akan apa yang perlu dilakukannya Sedangkan ada kalanya sebelum ini dia sedia berbincang akan keyakinan itu secara rahsia dengan orang lain. Anwar kelihatan amat berbeza dan suka bertahan sahaja. Sedangakn dia tidak perlu berbuat begitu. Sepatutnya dia mengawal keadaan daripada mula wawancara itu dan berkata apa yang dia suka. Dia dapat peluang berbuat begitu banyak kali tetapi membiarkan peluang itu terlepas begitu sahaja. Mr. Sackur telah menghenyak beliau untuk bertahan sejak dari mula lagi dan sejak itu Anwar tidak dapat bangkit lagi. Apa yang disebutkannya bukanlah benda yang baru-baru. Para penyokong beliau tidak dapat bersorak gembira dengan gelagatnya sedangkan orang yang membenci beliau dalam BN ternyata mampu meneruskan kebencian mereka,. Inilah yang membolehkan BN (Barisan Nasional) terus leka.

Bukannya mudah untuk mendedahkan ketokohan diri kita kepada satu wawancara yang tajam dan berbisa. Perdana Menteri Britain, Tony Blair, enggan muncul diwawancara di Hard Talk. Begitu juga ramai orang lain lagi. Segala soalan dalam wawancara TV ini memang berat-berat belaka seperti soalan: “Bilakah anda menghentikan tabiat mendera isteri anda?” Wawancara semacam ini memerlukan seseorang ahli p9litik itu mempunyai satu sifat tenang di hadapan khalayak ramai. Dato Seri Anwar tidak terkecuali pada sifat itu. Tetapi dia terpaksa berbuat demikian jua. Namun, dia tergagap-gagap, tidak keruan dan gelabah, apabila si pengacara menghenyaknya dengan soalan yang bertubi-tubi. Anwar ternyata keliru siapakah sebenarnya yang menonton rencana itu. Inilah yang jelas terbukti. Apabila TKT Mahathir menuduh beliau menyebar fitnah, selepas wawancara itu, Anwar telah memberikan jawab-balasnya pula. Sepatutnya beliau diam membisu. Tetapi keadaan sudah terlambat sekarang ini. Medan perang yang baru sudah mula diisytiharkan.

Media di Malaysia sengaja memomokkan Anwar. Beliau terpaksa bergantung harap kepada saluran alternatif Setakat ini, dia ternyata memainkan peranan yang amat baik. Namun, dia memang menikmati kebebasannya. Dan memang patut menikmatinya di luar negara selepas enam tahun terpenjara. Memang tidak salah kalau dia memperbaharui persahabatan lamanya dengan pihak yang satu hari nanti mampu membantu Malaysia di masa hadapan. Saya berpendirian dia menjawab dengan baik mengenai persabahatannya dengan Mr. Paul Wolfowitz . Inilah insan yang digelar ‘neocons’ dalam kumpulan rapat Presiden George Bush, yang kini mengepalai Bank Dunia. Kini, Anwar mempunyai orang yang sanggup mendengar rintihan Malaysia di Ibu pejabat Bank dunia. Kalaulah berubah nasib Malaysia dan Anwar pada masa mendatang, sudah tentu Wolfowitz merupakan seorang rakan yang amat berguna. Saya tidak percaya bahawa dalam politik seseorang ahli politik mempunyai sahabat dan musuh yang kekal. Anwar tidak mampu dengan sikap begitu. Beliau terpaksa bermain dengan golongan momok kalau tujuannya untuk membawa perubahan besar yang elok. Baik untuk dirinya, partinya dan juga negaranya.

Rakyat Malaysia menyandarkan harapan kepada Anwar untuk mengetahui apakah cadangan beliau. Parti Keadilan Rakyat, yang menganggap beliau sebagai pemimpin unggulan mereka, masih lagi samar-samar akan rencana beliau terhadap masa depan mereka. Anwar memerlukan segala sokongan yang mampu diraihnya. Akan tetapi, dia tidak pun memberitahu mereka, akan rencana itu, setiap kali muncul peluang berbuat begitu. Anwar mungkin mampu memberi penerangan kepada rakan dan pemimpin partinya, tetapi tidak semudah itu untuk rencana itu diketahui oleh akar umbi. Kehampaan beginilah yang menyebabkan ramai penyokong beliau undur daripada parti. Anwar perlu menyemak semula rencana politik masa depannya, dengan mengambil kira hakikat keadaan di Malaysia, bukan bergantung kepada keseronokan dijamu oleh majlis luar negara.

Kini, sudah wujud jurang pemisah yang begitu luas antara parti dan anggotanya, sehinggakan mereka mendongak kepada beliau untuk meyakinkan mereka. Itu sebabnya rencana ‘Hard Talk’ menerima penelitian ramai orang di Malaysia pada malam Selasa lalu. Liputannya yang meluas memang di luar jangkaan. Sayangnya mesej daripada Anwar ternyata bercampur-baur. Ramai yang mendengar kata-kata beliau hanya sedar apa yang telah terjadi kepadanya. Anwar sudah menonjol sebagai figur (tokoh) harapan di sebalik segala kekecohan Namun masih wujud kesamaran di benaknya mana satu yang lebih perlu diutamakan: membersihkan reputasinya ataupun bersiap sedia memimpin negara ini. Memang, Anwar merupakan seorang manusia yang bercita-cita tinggi. Beliau tahu apa yang diingininya. Sayangnya, beliau sudah terlupa akan getaran jiwa akar umbi. Sepatutnya dia bersabar dengan watak menjadi seorang Negarawan. Yang patut didahulukannya ialah menjadi seorang ahli politik yang unggulan.

Inilah satu pilihan yang berserabut di kepala Anwar. Inilah reaksi pertama saya setelah mendengar program BBC. Anwar harus melupakan sikap menonjol diri meyakinkan para penyokongnya yang dialah satu-satunya yang benar-benar layak untuk jawatan (Perdana Menteri) utama itu. Anwar harus melupakan sikap menonjol diri seolah-olah dia mahu jadi Negarawan ulung, sedangkan yang sepatutnya dia menonjolkan diri untuk menarik lebih ramai penyokong di negaranya sendiri. Seperti yang disebut oleh para kelentong di tanah air, sasaran pendengarnya adalah para penyokong yang sudah jelak di negara sendiri. Anwar mesti menunjukkan kepada mereka secara lantang dan bukti bahawa dia amat berbeza dari pada Anwar yang dimomokkan oleh para pengkhianatnya. Sayangnya, Anwar terlalu ghairah cuba mendamaikan semua pihak. Apa perlunya beliau menjawab rengekan TKT Mahathir sambil memberikan penjelasan apa yang dikatakannya dan apa yang dilakukannya? Inilah yang melunturkan ketokohannya.

Bukan mudah menonjolkan diri dalam rencana seperti ‘Hard Talk”. Terlalu banyak risikonya. Tidak ramai yang mampu bangkit daripada wawancara rencana TV itu dengan tidak menjejaskan ketokohan diri, dan tercalar reputasinya. Rencana “Hard Talk” telah diwujudkan untuk menggantikan “Face to Face” . Itulah rencana awal program TV yang menemubual tokoh terkenal dunia yang diwawancara oleh John Freeman. Beliau akhirnya menjadi Duta Britain ke Amerika Syarikat semasa Harold Wilson memimpin Labour Party untuk menang pilihan raya di Britain pada 1964.

Pada 1960-an dahulu, beliau telah menemubual Jomo Kenyatta (bapa kemerdekaan Kenya – penterjemah). Jomo merupakan seorang tokoh politik Kenya dan pengasas pergerakan Mau Mau yang sungguh dibenci di Britain. Freeman telah bertanya perihal pergerakan Mau Mau yang dipimpin oleh orang kampung yang tidak berpendidikan. “Tak tahu pula saya akan hal ini” jawab Jomo dengan selamba. “Saya memiliki PhD daripada Universiti London. Tom Mboya adalah lulusan American Universiti....” dan Jomo terus menyebut nama-nama para pemimpin Mau yang berkelulusan tinggi-tinggi. Kamera TV ketika itu berpaling kepada muka Mr. Freeman yang ternyata terkejut dengan ketangkasan jawapan yang diberikan. Itulah ketika yang paling penting untuk dikenang dan diabadikan. Mr. Kenyata akhirnya menjadi Presiden Kenya. Sayang.. semasa Anwar ditemubual oleh “Hard Talk” tidak pula ada saat dan ketika yang penting seperti itu yang dapat kita abadikan.

- MGG Pillai
pillai@streamyx.com
Terjemahan MT-SPAR  - 16.05.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: