![]()
TAG 1810:
Pertembungan Orang Kerdil Dalam UMNO
(The clash of the UMNO pygmies)
Oleh: MGG Pillai - 20-04-2005 10:42 pm - Laman M@RHAEN
Kebelakangan ini keraguan politik yang semakin memuncak ialah apakah Abdullah Badawi dan Timbalannya Najib Razak akan terus berpencak. Mereka dianggap sebagai pigmi UMNO yang akan berantakan dalam satu pertembungan yang dinanti-nantikan. Pertembungan mereka bukanlah di atas dasar ataupun isu apakah hala tuju Malaysia. Tetapi ia lebih tertumpu kepada siapa nanti yang akan menguasai UMNO dan meraih kuasa mutlak daripada kemenangannya. Hanya satu tahun lagi sebelum UMNO boleh dinobat sebagai juara yang menggungguli politik Malaysia selama lima dekad. Gara-gara kedudukan unggul begini menyebabkan masa terus berlalu di mana UMNO memperlekeh apa juga pandangan orang lain, termasuk suara rintihan di dalam parti. Apa lagi sebarang suara bantahan pihak Pembangkang. Akan tetapi, peristiwa rusuhan kaum 1969 dahulu telah merobah segala-galanya. Segala perubahan suasana politik dan Perlembagaan yang dilakukan, selepas itu menjadikan UMNO seolah-olah kebal memegang tampuk kerajaan. Inilah kekebalan yang disalahgunakan para pemimpin UMNO untuk mengungguli kuasa politik dan memuaskan nafsu serakah mereka. Sesiapa sahaja yang membangkang dilayan dengan ganas. Apabila pihak parti pembangkang cuba mencabar pegangan kuasa politik itu, para pemimpinnya disauk untuk diperusuk dalam penjara tanpa sebarang perbicaraan.Untuk kekuasaan gila-gila dapat kekal berterusan, para pemimpin UMNO perlu bersatu di belakang Presiden mereka. Si Presiden mesti terus mencengkam kuasa dengan pemerintahan kuku besi, lagaknya. Pemerintahan autokratik begini mewarnai pemerintahan kerajaan BN di peringkat pusat dan negeri-negeri. Dewan Parlimen dan sesi Dewan Perundangan Negeri sengaja diperlekeh, kerana segala dasar dan hukum-hakam sengaja disogok dan disumbat untuk diterima pakai oleh rakyat, secara paksa/ Rintihan rakyat marhaen sengaja diketepikan, dan diambil kira hanya apabila dan ketika pihak Pembangkang dapat menunjukkan pengaruhnya yang lebih perkasa. Untuk sistem semacam itu dapat berterusan dengan jayanya, UMNO memerlukan pemimpin yang perkasa dan berwibawa. Kejayaan perubahan Perlembagaan dan suasana politik selepas terjadinya rusuhan kaum 1969 dahulu banyak bergantung kepada keperkasaan Presiden UMNO. Segala perubahan yang dramatik seperti yang terjadi sepanjang cengkaman kuasa Tun Kepala Taik Mahathir yang .mencengkam selama 22 tahun dahulu tidak akan dapat bertahan seandainya pengganti beliau tidak perkasa seperti beliau dahulu. Inilah hakikat sebenarnya kerana si pengganti ini adalah lemah, selemah-lemahnya.
Kalau UMNO bertukar arah, ia bukanlah disebabkan parti itu menghendakinya tetapi kerana Presiden Parti yang mahukan perubahan demikian. Sayangnya, TKT Mahathir tersilap congak akan cengkaman kuasanya ke atas UMNO dan kerajaan ketika beliau memecat, memenjara dan mengaibkan Timbalan beliau dahulu Dato Seri Anwar Ibrahim. Anwar telah melibas balik dengan menunjuk perasaan di jalan raya. Satu ketika dahulu memang ada seorang tokoh politik yang begitu perkasa, Almarhum Dato Harun Idris. Beliau cuba bertindak balas ketika beliau ditangkap kerana korupsi dan salah guna kuasa semasa menjadi Menteri Besar Selangor. Beliau telah dipenjarakan dan lenyap begitu sahaja perwatakan politiknya. Malahan, ketika Tengku Razaleigh Hamzah memberontak, beliau terus terhenyak. Anwar Ibrahim bertindak membantah juga dan beliau muncul lebih perkasa daripada kedudukannya pada saat mula-mula. Kelas menengah yang begitu mual dengan gelagat kerajaan turut bertindak menunjuk perasaan di jalan raya kerana membantah cara BN dan UMNO memerintah mereka. Dato Seri Anwar telah melepaskan satu revolusi rakyat yang menakutkan UMNO. Beliau berjaya mencongak gelombang perasaan akar umbi sehinggakan mereka berani mempertikaikan kewibawaan UMNO dengan penuh teka-teki.
Gelombang bantahan yang dilancarkan oleh Anwar di kalangan akar umbi UMNO dan di kalangan kelas menengah menjadikan Pak Lah takut dan gusar akan kedudukannya. Sudah menjadi adat resam UMNO, siapa yang menang akan menjuarai segala-galanya. Sesiapa yang tidak sanggup menerima hakikat itu, harus bersedia menerima bahana libasannya kerana sudah sedia menanti satu barisan tindakan politik dan mahkamah yang akan menghenyaknya. Inilah yang tidak dapat disenangi oleh Paklah. Hukum-hakam sudah berubah di peringkat bawah. Para musuhnya sudah bersedia untuk menentang beliau dengan megah. Musuh politik beliau yang paling menyerlah ialah Najib Tun Razak, yang naik mencanak sejurus Anwar Ibrahim membuka pintu gelombang keresahan kelas menengah dahulu. Najib dan Paklah sedang sedia untuk berantakan. Namun, mereka sebenarnya hanya merupakan bidak dan buah-catur politik para penasihat dan ahli keluarganya sedangkan Najib ternyata merupakan buah-catur politik Tun Kepala Taik Mahathir pula. Sudah semakin lantang bunyinya kini, suara yang dinafikan oleh kedua-dua pihak betapa sudah ada satu usaha penyelesaian dan penyatuan pengaruh antara Paklah dan Dato Seri Anwar. Jurang perbalahan dalam UMNO seperti ini sudah berada di satu tahap yang amat sukar untuk diperbetulkan lagi.
Memang tidak menjadi satu kejutan lagi apabila kita melihat betapa rapuhnya kerajaan BN di peringkat pusat dan negeri. Satu ketika dahulu pemerintahannya memang tidak berbelah bagi. Kini setiap pucuk kepimpinan dilanda krisis, secara perseorangan mahupun secara kolektifnya. Media masa yang selama ini di bawah kawalan kerajaan BN, telah mengabaikan fenomena ini, walaupun mereka kerap secara tergesa-gesa cuba melindungi para pemimpin parti. Dalam usaha beginilah mereka tersilap langkah kerana mendedahkan apa yang sepatutnya mereka sorokkan juga. Lihatlah sahaja mana-mana parti komponen dalam BN ataupun negeri-negeri yang dikuasainya. Sesungguhnya BN sedang dilanda krisis, walaupun para pemimpin parti menafikan wujudnya krisis itu, selalu. Kerana memperkecilkan krisis inilah yang menyebabkan UMNO bergolak sehingga mengejutkan para pemimpinnya. Sejak selesainya pilihan raya umum pada Mac 2004, keputusan pilihan raya itu menonjolkan kepimpinan Paklah yang berjaya membawa kemenangan setakat 90 peratus kerusi di Parlimen dan merangkul semua kerajaan negeri kecuali satu (Kelantan). Sejak itu juga krisis dalaman UMNO semakin bergolak.
Kemenangan Paklah adalah satu kemenangan yang lompong, kerana dua sebab. Beliau bukanlah arkitek kemenangan itu. BN telah menang besar kerana pihak Pembangkang telah salah-congak memikirkan bahawa TKT Mahathir akan terus memimpin BN menghadapi pilihan raya tersebut. Seandainya beliau terus menerajui parti, sudah pasti BN sudah kalah teruk. Apabila beliau berundur sebelum pilihanraya umum itu, pihak Pembangkang telah terjerat dengan langkah yang silap. Para pengundi telah memberikan undi mereka kerana mahu memberi peluang kepada Paklah. Yang kedua, seperti juga pihak Pembangkang, Paklah telah memperkecilkan Faktor ‘M’ ( Mahathir), dan telah melakukan banyak manipulasi terhadap peti undi sehinggakan orang-orang beliau dalam UMNO turut terkejut beruk. Walaupun sudah menang, Paklah ternyata tidak bermaya memimpin kerajaannya,. Beliau berharap sangat untuk dilantik menjadi Presiden UMNO tanpa ada yang menentangnya. Harapan beliau hanya setakat satu impian sahaja.
Kerana itu dia mencuba putar-belit itu sekali lagi. Mereka yang telah mencadangkan nama orang lain selain Paklah, telah diugut. Ada yang menerima surat saman dimufliskan. Sebagai contoh ada seorang penerima notis muflis itu pada malam menjelang mesyuarat bahagian parti. Paklah tidak mahu ada sesiapa menentang beliau dalam apa cara pun. Satu-stunya pencabar beliau ialah Tengku Razaleigh Hamzah, yang menerima pencalonan daripada Bahagian Gua Musang yang dipimpinnya. Mereka berdua memang dicalonkan tanpa tentangan di bahagian yang mereka pimpin. Apabila Presiden UMNO lemah memimpin parti, sekaligus dia pun turut lemah sebagai ketua Barisan Nasional. Itulah sebabnya beliau tidak dapat merombak kabinet. Beliau begitu gelabah dan tidak menentu akan tindak balas akar umbi kerana takutkan sesiapa yang digugurkannya akan berpaling tadah menyokong timbalannya. Sesungguhnya beliau tersilap langkah dengan andaian ini. Secara lahiriah Paklah begitu takut kalau ada satu rampasan kuasa yang ditunjangi oleh Timbalan beliau, Najib Tun Razak.
Sepatutnya Paklah sudah bertindak tegas pada tahap awal lagi, dan merombak kabinet beliau. Sebaliknya beliau telah mengekalkan kabinet pelantikan Tun Kepala Taik Mahathir. Beliau terus tidak dapat membuat keputusan sendiri sambil menyendiri dengan mendengar segala nasihat para penasihat yang mentah dan tidak teruji serta suku-sakat dan para kroni. Wawasan beliau yang dinamakannya Islam Hadhari terbantut sejak dilahirkannya. Beberapa orang yang dianggap penyokong utama beliau telah ditangkap berkhalwat tetapi terus dikekalkan di jawatan mereka, dan ramai yang dinaikkan pangkat pula. Segala janji beliau untuk membanteras rasuah sudah pun dilupakannya. Beliau belum lagi berpindah ke rumah kediaman rasminya. Apa pun alasan kelewatan itu, ada yang percaya itu adalah satu usaha yang disengajakan untuk menafikan hak timbalan beliau berada di rumah kediaman rasminya. Isteri mereka berdua memang diketahui tidak boleh berpandangan muka.
Kini, ada pula yang takut kalau-kalau Najib menang pergocohan ini. Nafsu serakah isterinya dalam dunia niaga memang menakutkan orang. Begitu juga dengan cara Najib menangani masalah keselamatan negara. Apa lagi dengan kepercayaan orang ramai bahawa Najib ialah proksi kepada Tun Kepala Taik Mahathir, serta kewujudan ramai para jongos beliau yang menunggu-nunggu kalau beliau menang untuk membalun apa juga harta karun yang dapat mereka samun. Kini, sudah muncul suara halus di kalangan pemimpin utama UMNO untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Paklah dalam sidang Perhimpunan Agung UMNO bulan September nanti. Paklah akan tumpas kalau tercetus perkara itu. Kelompok dalam kem Najib memang terlalu ghairah mahukan peristiwa itu diadakan. Akan tetapi ini tidak bermakna Najib akan menggantikan Paklah kerana kelompok dalam kem Paklah akan menentukan perkara itu akan tercetus juga. Persidangan UMNO nanti akan menjadi satu pertemuan yang memaksa perwakilan memilih seorang pemimpin parti yang baru. Jika tidak UMNO akan menggelonsor ke lembah kepupusannya selepas itu. Bagaimana ia akan menjejaskan BN adalah satu cerita lain pula.
- MGG Pillai
pillai@streamyx.com
Terjemahan MT-SPAR - 28.04.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)